Ramai yang tak sedar sebenarnya lelaki berambut panjang mempunyai satu tarikan yang luar biasa di mata wanita.
Lihat sahaja aktor, penyanyi serta rockers di seluruh dunia. Dengan gaya rambut panjang itulah mereka berjaya membuatkan ramai wanita histeria menyebut nama mereka.
Melangkah ke situasi keraimaian, jejaka berambut panjang seakan mempunyai magnet yang kuat sehingga ramai akan memerhatikan setiap gerak langkah mereka.
Jelas sekali Chris Hemsworth versi rambut panjang jauh lebih bergaya dan tampan!
Jadi perkara ini bukanlah auta tetapi auta! Namun kalau anda yang mempunyai rambut panjang tapi tak pandai menggayakannya maka amat rugilah.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi 15 jenis gaya rambut panjang yang boleh membuatkan hati wanita bergegar bagaikan deruman enjin kereta berkuasa tinggi!
Kepada anda yang berkira-kira ingin menyimpan rambut panjang mungkin 15 gaya di atas boleh dicuba. MASKULIN dengan yakin boleh katakan penampilan serta persona anda akan berubah 100%.
Ada satu perkara yang tak dapat kita ungkapkan terhadap jejaka berambut panjang. Ia satu misteri yang hanya orang berambut panjang sahaja yang faham dan rasa.
Selamat mencuba ya!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Lambakan produk penjagaan wajah terutamanya untuk lelaki di pasaran pastinya ada yang sesuai dan tidak sesuai dengan kulit anda.
Setiap orang mempunyai jenis kulit yang berbeza-beza. Jadi bagaimanakah kita nak kenal pasti sama ada produk itu bersesuaian dengan kulit atau tak?
Dan nasihat MASKULIN, janganlah percaya sangat dengan pelbagai testimoni daripada orang-orang asing yang tidak dikenali terutamanya yang beriya-iya mempromosikan sesetengah produk tertentu.
Jika menggunakan produk yang tak betul anda mungkin alami gejala seperti di bawah:
Anda alami lapisan kulit yang terasa panas dan kemudian mengalami pedih-pedih. Sebenarnya ini terjadi apabila produk yang anda gunakan tidak berfungsi pada wajah anda.
Ia hanya memberikan rasa iritasi dan jika dibiar berterusan boleh menyebabkan radang kemerah-merahan. Jangan biarkan begitu dan hentikan menggunakan produk tersebut. Sila dapatkan nasihat doktor dengan kadar segera.
Ada beberapa produk penjagaan kulit seperti losyen badan dikatakan baik untuk melembabkan kuit. Akan tetapi bila anda menggunakannya kulit menjadi semakin kering dan menggerutu.
Sama juga dengan sabun mandi yang menyebabkan kulit kering akibat dari bahan sodium hidroikda yang banyak.
Tak sampai beberapa minit bila anda keluar kulit sudah bertukar seperti warna kulit udang. Ia berkemungkinan besar berpunca daripada produk penjagaan kulit yang mengandungi retinoic acid (retinol, vitamin A). Hati-hatilah menggunakan produk yang mengandungi bahan ini kerana ia boleh menyebabkan kulit menjadi sensitif apabila terkena pancaran matahari.
Ramai yang kata kulit menggelupas tandanya kulit nak tumbuh yang baru atau bersalin kulit. Tunggu dulu.
Adakah anda tahu bahawa lapisan kulit yang pertama iaitu epidermis amat penting bagi melindungi kulit dari terkena sebarang jangkitan kuman dan bakteria. Bayangkan jika kulit menggelupas apa mungkin boleh berlaku pada kulit anda!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dalam era serba moden ini, seorang lelaki mementingkan penjagaan diri tidak sepatutnya mengabaikan aspek penampilan diri, dan ini bermula dari kepala — secara literal. Walaupun kemajuan teknologi dan gaya hidup pantas, ironinya, masih ramai lelaki yang menganggap penjagaan rambut hanya sebagai tugas sampingan. Penggunaan syampu lelaki dilihat sebagai perkara asas semata-mata, padahal ia adalah benteng pertahanan untuk rambut yang sihat dan, yang paling penting, rambut yang wangi.
Kesan penjagaan rambut yang sambil lewa adalah berbeza bagi setiap individu. Namun, realiti pahitnya adalah jika rambut tidak dijaga dan dibersihkan dengan baik, ia pasti akan berbau.
Bayangkan, seorang lelaki yang jarang mencuci rambut dan sering berpeluh. Kombo ini adalah bencana sosial!
Lebih teruk, ada juga yang sangat rajin mencuci rambut dengan syampu, namun masalah kulit kepala pula muncul seperti kelemumur atau kegatalan.
Usah risau, kemungkinan besar ini berpunca daripada pemilihan produk rambut atau syampu lelaki yang tidak sesuai dengan jenis rambut anda.
Sebelum anda melabur dalam mana-mana produk rambut, kenali dahulu peranan syampu yang sebenar. Secara umumnya, syampu lelaki membantu membersihkan rambut, memberikan keselesaan dari segi bau dan kelembutan.
Secara saintifik, syampu melakukan tugas berat. Kebanyakan syampu mengandungi bahan dikenali sebagai surfactants, bahan aktif yang merendahkan kadar minyak di permukaan kulit kepala dan rambut, lantas mencuci kotoran serta sebum yang melekat.
Tanpa syampu, amat sukar untuk membuang kotoran terutamanya jika rambut anda jenis berminyak. Ini adalah kunci kepada kebersihan dan penampilan yang kemas.
Apabila memilih syampu lelaki, faktor utama ialah keberkesanannya membersihkan rambut dan mengekalkan tekstur dalam keadaan sihat. Jadi, pilih mengikut jenis rambut anda.
Carilah syampu yang banyak mengeluarkan buih. Buih yang banyak membantu cucian secara total, memastikan semua kawasan rambut tebal anda dibersihkan secara menyeluruh.
Gunakan syampu jenis thickening. Syampu ini membantu cucian lebih rapi dan yang paling penting, ia membantu mengurangkan rambut gugur dengan menguatkan folikel secara semula jadi.
Elakkan syampu biasa yang boleh mengeringkan. Pilih syampu khas untuk rambut kerinting bagi mengelakkan rambut berpintal, kusut, dan kelihatan tidak terurus (frizz).
Jenis rambut idaman ramai ini tidak cerewet. Untuk mengekalkan bentuk dan kelembutannya, pilih syampu lelaki dengan buih lembut dan ringan bagi mengelakkan rambut menjadi terlalu berat atau flat.
Untuk rambut sensitif, elakkan syampu yang mengandungi sulfate. Sulfate boleh melucutkan minyak semula jadi kulit kepala secara berlebihan, menyebabkan kekeringan, kegatalan atau tindak balas sensitif.
Pilih syampu bebas sulfate dan berasaskan bahan semula jadi seperti aloe vera atau tea tree oil.
Jelas sekali, penjagaan rambut lelaki memerlukan strategi sama seperti kerjaya atau latihan kecergasan anda — berstrategi dan tepat. Jangan biarkan masalah rambut menjadi titik lemah anda.
Jadikan kebersihan dan keharuman rambut anda sebagai salah satu kelebihan utama dalam penampilan diri. Pilih syampu lelaki yang sesuai dengan gaya hidup anda, dan biarkan rambut menjadi refleksi keyakinan serta disiplin diri sebenar.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jika anda seorang pencinta pada alam semula jadi namun tidak boleh berpisah dengan kemeriahan kota raya yang sibuk, mungkin anda boleh mempertimbangkan wangian terbaharu dari Coach.
Coach baru sahaja melancarkan Coach Green di dalam koleksi wangian lelakinya untuk para jejaka yang mencari titik keseimbangan di antara dua alam yang berbeza itu.
Diilhamkan daripada ketenangan kehijauan alam semula jadi di tengah tenaga dinamik bandar, Marie Salamagne selaku pembuat wangian ini berhasil menemukan keseimbangan di antara kemeriahanan semangat bandar dan kedamaian alam semula jadi.
Haruman Eau de Toilette dibuka dengan top note buah kiwi dan bergamot yang menyegarkan, diserlahkan dengan aroma rosemary dan geranium, sebelum ia kering dan mengeluarkan haruman semula jadi crystal moss dan kayu cedar yang maskulin.
Dalam pada itu, rekaan botolnya pula menampilkan rona hijau yang diilhamkan oleh warna yang wujud di alam semula jadi dan kraf kulit Coach.
Selain dilengkapi dengan penutup besi yang diilhamkan dari bentuk kunci putar yang sinonim dengan jenama itu, botol wangian turut menampilkan ukiran kereta kuda yang merupakan simbol pertama yang melambangkan Coach.
Kotak berwarna hijau ombre’ dengan logo Coach yang dicetak dengan warna silver pula melengkapkan pembungkusan wangian ini yang dilihat sepadan dengan botolnya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
'Good Boys Go To Heaven ', siri thriller psikologi Astro Originals yang sarat emosi, trauma dan penceritaan diterajui hero Malaya popular, Beto Kusyairy.