15 Sukan Ekstrem Yang Mustahil Ada Dekat Malaysia! Mana Satu Paling Teringin Nak Buat?

Share

15 XTVT PALING EKSTREM!

Bagi anda yang gemar melakukan aktiviti ekstrem, terdapat banyak aktiviti lebih menarik yang boleh anda terokai di seluruh dunia. Setiap satunya bakal menguji ketahanan fizikal dan mental, malah kadangkala tidak masuk akal. Ayuh, pilih mana satu daripada 15 aktiviti ini mahu anda cuba?.

SKI HELIKOPTER (Gunung Chugach, Alaska)

Seperti luncur ais, peserta harus menaiki helikopter dan melompat keluar sewaktu berada di atas puncak tertinggi gunung.  Namun ia memerlukan peserta untuk menyertai kelas teknik asas meluncur dari helikopter bagi mengelakkan sebarang kemalangan yang tidak diingini.

LUNCUR GUNUNG BERAPI (Nicaragua)

Para peserta akan menggunakan papan luncur dan meluncur daripada puncak tertinggi gunung berapi. Daya graviti yang kuat mampu menolak peluncur sehingga kelajuan 90 kilometer sejam dan peluncur hanya menggunakan tumit kaki untuk memperlahankan papan luncur.

3. SKYWALK (China)

Laluan pejalan kaki ini dipasang pada lereng gunung Tianmen di Hunan, China. Pengunjung berpeluang untuk melihat dengan jelas pandangan 4000 kaki ke bawah gunung menerusi lantai kaca.

4.MENGEJAR PUTTING BELIUNG (Amerika Syarikat)

Beberapa agensi pelancongan di US menjadikan aktiviti sebagai tarikan utama.  Lawatan mengejar puting beliung mengambil masa enam hari dan peserta akan dibawa mengikuti laluan ribut tersebut demi mendapatkan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

5. SANGKAR MAUT (Australia)

Sangkar kaca yang boleh menempatkan dua orang peserta ini akan ditenggelamkan ke dalam kolam yang dipenuhi buaya air masin. Kebanyakan peserta tidak mampu untuk bertahan lebih daripada sepuluh minit kerana buaya yang dibiarkan dalam keadaan kelaparan akan menyerang sangkar tersebut dengan kuat.

 

  1. LOMPATAN BUNGEE TERTINGGI DUNIA (Macau)

Lompatan Bugee dari menara Macau ini direkodkan sebagai lompatan tertinggi di dunia berikutan ketinggiannya iaitu 223 meter dan kelajuan terjunan boleh mencecah sehingga 220 kilometer sejam.

  1. JURUTERBANG JET SEHARI (Amerika Syarikat)

Sebuah syarikat penerbangan di Switzerland memberi peluang kepada peserta untuk menerbangkan pesawat MiG-29, L-39 Albatross dan Hawker Hunter. Namun, peserta harus mengikuti kursus terlebuh dahulu sebelum dibenarkan berlepas.

  1. ZAPCAT POWERBOATING
    (United Kingdom)

Bot angin yang dilengkapi enjin berkuasa ini dibina untuk mereka yang gemar kelasakan dan kelajuan. Bot yang dipandu laju itu akan meredah ombak dan terapung seketika di udara membuatkan peserta terlompat.

 

  1. 9. BOSSABALL(Brazil)

Bossaball adalah sukan gabungan antara bola sepak, bola tampar, gimnastik dan capoeira. Ia dimainkan di atas trampolin besar dan para peserta perlu melompat tinggi bagi melontarkan bola ke pasukan lawan. Sukan ini telah mendapat perhatian yang meluas di seluruh Brazil.

  1. TUNGGANG LEMBU (Mexico)

Para peserta akan diberi peluang untuk menunggang lembu jantan matang dan perlu bertahan di atas lembu tersebut selama mampu. Sukan ini memerlukan konsentrasi tinggi bagi mengelakkan kesilapan langkah yang mampu membawa kepada kecederaan parah.

  1. MENDAKI AIS (Amerika Syarikat)

Sering kali kita dengan tentang sukan memanjat batu namun mendaki ais lebih sukar kerana ia memerlukan skil dan konsentrasi tinggi bagi memilih jejak selamat. Faktor ais yang tidak kukuh sering menyumbang pada peningkatan angka kematian.

  1. WING WALKING (United Kingdom)

Aktiviti ini memerlukan peserta untuk berjalan dari penghujung sayap ke satu lagi penghujung sayap pesawat. Dengan kelajuan 220 kilometer sejam di udara, ia nyata memberikan cabaran yang tidak dapat dilupakan.

  1. MANDI AIS (Finland)

Di Finland, aktiviti mandi ais sudah menjadi popular. Selain mampu mencabar diri melawan rasa sejuk, aktiviti ini juga dikatakan boleh meningkatkan daya ketahanan diri.

  1. WINGSUIT FLYING JUMP (Norway)

. Amat mencabar kekuatan fizikal dan mental. Peserta akan terapung di udara seolah-olah seperti gaya tupai terbang dari pokok ke pokok buat seketika sebelum tiba di paras ketinggian yang memerlukan peserta untuk membuka payung terjun.

 

  1. HIGHLINING (Australia)

Sukan yang memerlukan peserta untuk berjalan di atas tali antara dua tebing bukit tinggi. Walaupun menggunakan peralatan keselamatan seperti tali pengikat badan, namun perasaan gerun tetap ada.

IKLAN