Antara tanggungjawab penting suami perlu tahu dan pelajari ialah menanam uri atau juga dikenali sebagai ‘placenta’. Oleh kerana uri tersebut keluar dari faraj isterinya, tempat yang paling sulit dan maruah suami, maka suamilah yang sebaik-baiknya mencuci uri dan menguruskannya. Uri adalah sebahagian daripada bayi, dan kerana itu ia perlu dijaga.
Ikuti beberapa langkah mudah berikut. Mungkin ada yang serba lengkap dalam urusan ini. Cara saya ini ringkas dan mudah. Jadi para suami boleh lakukannya sendiri.
1. Barang penting untuk uruskan uri bayi
Ada 3 perkara utama di sini:
1. Uri
2. Garam
3. Asam Jawa
4. Kain putih
2. Keadaan bungkusan uri dari hospital
Hospital akan membungkus dengan plastik berikat getah dan dibalut dengan kertas kalis air berwarna hijau.
3. Kita mulakan cara basuh uri
Buka bungkusan kertas pembalut uri. Basuh kertas kalis air hijau tadi jika terdapat kesan darah dan jemur.
4. Apa nak baca masa basuh uri?
Letak uri diatas tempat basuhan. Basuh uri dimulakan dengan bacaan basmallah dan alirkan air ke atas uri tersebut.
5. Lebih mudah basuh dalam besen
Untuk lebih mudah masukkan uri di dalam bekas seperti besen dan cucur air sehingga kurang darah yang keluar.
6. Langkah seterusnya, campuran bahan lain
Ambil sedikit garam dan asam jawa.
Ads
7. Bagaimana nak buat?
Letakkan garam dan asam jawa pada uri.
8. Kemudian…
Lumurkan garam dan asam jawa pada uri.
9. Dah selesai, kena bilas
Bilas uri dengan air bersih sehingga tiada lagi darah dan bau hanyir darah sudah kurang kerana sudah dibasuh dengan garam dan asam jawa.
10. Masa untuk bungkus uri
Sediakan kain putih dan seutas tali yang sesuai untuk mengikat kain tersebut nanti.
11. Hampatkan kertas hijau kalis air dan kain putih
Ads
Lipat kertas kalis air dari hospital tadi dan bentangkan kain putih diatasnya.
12. Masa untuk balut uri
Letakkan uri yang siap dibasuh keatas kain putih.
13. Langkah seterusnya
Letakkan sedikit garam dan asam jawa diatas uri.
14. Balut uri dengan kain putih
Balut uri dengan kain putih dan ikat dengan kemas.
15. Kemudian balut pula dengan kertas hijau kalis air
Kemudian balut pula dengan kertas kalis air hijau tadi dan ikat dengan getah atau tali dengan kemas.
Ads
16. Langkah seterusnya, gali lubang
Gali lubang ditempat yang selamat seperti di halaman rumah atau depan rumah.
17. Berapa dalam lubang kena gali
Pastikan gali lubang dalam sedikit sedalam kira-kira 1.5 kaki.
18. Dan akhirnya
Masukkan bungkusan uri tadi dengan membaca bismallah.
19. Selesai
Timbus tanah dan pijak sehingga rata.
20. Jangan lupa letak tanda
Letakkan sesuatu seperti batu sebagai tanda yang uri itu tidak digali oleh binatang buas seperti anjing, serigala, singa dan sebagainya.
Sumber : thevocket.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Merupakan salah satu buah yang sangat terkenal dengan kandungan nutrisinya di seluruh dunia. Buah tersebut berasal dari India Utara, Pakistan, Iran dan Afghanistan. Selain itu, buah ini juga boleh didapati di Malaysia, Asia Selatan, California, Afrika dan lain-lain. Buah ini berwarna oren kekuningan, merah ataupun ungu. Isinya pula berwarna merah jambu dan mempunyai biji yang kecil. Rasanya manis berjus.
Buah delima juga popular dalam bidang perubatan dan kecantikan kerana ia mempunyai kandungan yang sangat baik untuk badan. Perkara ini telah diamalkan sejak beribu tahun yang lalu!
– Dapat menurunkan kadar kolesterol dalam darah. Penelitian dijalankan American Journal of Clinical Nutrition, mendapati antioksidan dalam delima dapat mengurangkan oksidasi LDL (kolesterol jahat) pada tikus. Hal ini menurunkan kadar LDL dan meningkatkan HDL (kolesterol baik).
– Dapat mencegah dan mengubati barah. Buah delima memiliki khasiat mencegah dan mengubati pelbagai jenis barah. Jus delima dapat menghancurkan sel barah payudara dan mengaktifkan sel sihat. Ini kerana ekstrak biji delima kaya dengan polifenol yang berupaya memulihkan leukemia.
– Ia merencatkan barah paru-paru dan prostat. Dalam penelitian terhadap 50 lelaki yang minum 205 gram jus delima setiap hari didapati melambatkan ukuran perkembangan barah prostat.
– Buah delima dikatakan mencegah dan melambatkan penyakit Alzheimer. Kajian dijalankan ke atas tikus yang diberi minum jus delima menunjukkan sel aktif meningkat.
– Kandungan gula dalam delima bertindak sebagai ‘penggosok’ untuk menyingkirkan sel kulit mati. Hasilnya kulit segar dan muda.
– Kulit buah delima boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat. Kulitnya yang dijemur dikisar dan digunakan bersama sedikit air perahan limau nipis.
– Dapat menghilangkan kejang kaki yang biasa dihadapi wanita hamil.
– Bagi ibu mengandung, delima baik diambil kerana kandungan asid folik tinggi mencegah kecacatan tiub saraf yang menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang belakang dan langit bibir sumbing pada bayi.
– Ketika membeli delima, pilih buah yang berat dan kulitnya bersih tanpa cela serta tidak merekah.
– Boleh dibeli banyak kerana ia tahan enam bulan dalam peti sejuk.
1) Mengandungi zat besi, kalsium, folforus dan vitamin
Buah ini mengandungi zat besi, kalsium, folforus, vitamin A dan C. Sejak zaman dahulu ahli perubatan Yunani menggunakan ubat ini sebagai ubat cacing. Alkaloid yang terdapat pada kulit buah membuat cacing melekat pada dinding usus manusia melepaskan pegangannya.
2) Mempunyai khasiat anti-radang.
Dalam perubatan Cina, biji delima putih mempunyai khasiat anti-radang. Buasir merupakan satu lagi penyakit yang boleh dirawat menggunakan buah delima. Airnya bertindak sebagai astrigen disapu kebahagian yang bengkak dan dilakukan beberapa kali sehingga sembuh.
3) Buah delima mengandungi antioksidan
Buah delima mengandungi antioksidan. Kajian menunjukkan bahawa kandungan antioksidan dalam buah delima adalah dua atau tiga kali lebih tinggi berbanding anggur merah. Malah, kualiti antioksidan juga dikatakan lebih baik daripada buah beri biru, cranberry serta oren kerana polifenol dalam buah delima juga lebih tinggi. Fungsi Antioksidan ialah ianya dapat melawan radikal bebas yang dapat merosakkan sel dalam badan kita. Kerosakan sel akan menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah kanser dan penyakit jantung.
4) Mencegah Penyakit Jantung
Buah delima dapat melindungi jantung kita kajian Proceedings of the National Academy of Sciences menyatakan jus delima dapat mencegah pengerasan arteri dan penyakit lain seperti serangan jantung dan stroke. Buah delima mencegah daripada tompokan plak yang menyebabkan plak tersumbat di arteri dan buah delima juga dapat meluruhkan tompokan plak yang terlekat diarteri. Dalam Journal of Cardiology menyatakan pesakit koroneri (PJK) yang jus buah delima setiap hari selama tiga bulan menunjukkan peningkatan aliran darah ke jantung sebanyak 1 %. Aliran darah menurun sebesar 18%.
5) Menurunkan Kadar Kolesterol
Buah delima dapat Menurunkan kadar kolesterol dalam darah Menurut penelitian di American Journal of Clinical Nutrition, antioksidan dalam buah delima dapat mengurangkan oksidasi LDL (kolesterol jahat) pada tikus. Hal ini menurunkan kadar LDL dan meningkatkan HDL (kolesterol baik).
6) Mencegah Kanser
Buah delima dapat Mencegah dan mengubati kanser , Buah delima memiliki khasiat mencegah dan mengubati berbagai jenis kanser: Jus buah delima dapat menghancurkan sel-sel kanser payudara dan dapat membiarkan sel-sel sehat. Buah delima juga dapat mencegah pembentukan sel kanser payudara.
7) Mencegah Alzheimer
Buah delima mungkin mencegah dan memperlambat penyakit Alzheimer. Dalam sebuah studio, tikus yang dibiakkan untuk mengembangkan penyakit Alzheimer diberi jus delima. Mereka mengakumulasi plak amiloid yang lebih sedikit dan melakukan tugas-tugas mental yang lebih baik
8) Buah delima Sumber nutrisi
Sebiji buah delima memiliki sekitar 40 % vitamin C harian untuk orang dewasa, bersama dan ianya juga mengandungi folat, serat, kalium, niasin dan vitamin A dan E.
9) Melindungi hati dan ginjal
Penelitian terbaru menunjukkan bahwa ekstrak delima mencegah kerosakan ginjal dan melindungi ginjal dari racun berbahaya. Selain itu, delima juga melindungi hati Anda dan membantu untuk meregenerasi hati yang mengalami kerosakan.
10) Buah delima dapat memberikan zat dan menyegarkan badan
Buah delima dapat memberikan zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan dan ia dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut. Oleh sebab itu buah delima tidak disarankan kepada mereka yang menghidap demam. Ia juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis. Di samping itu, buah delima dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot. Oleh kerana itulah, ia mampu menghilangkan rasa keletihan. Di dalam perubatan homeopati pula, buah delima disarankan untuk mengubat cirit birit, sakit telinga dan kurang lawas penghadaman.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sejak dua hari lalu laman media sosial dan corong-corong bertia dipenuhi dengan tragedi yang diakibatkan dari banjir luar biasa melanda beberapa lokasi di Lembah Klang dan beberapa buah negeri seperti Melaka dan juga negeri-negeri Pantai Timur
Hujan yang menimpa bumi bertuah Malaysia selama dua hari tanpa henti telah dikenal pasti sebagai salah satu punca utama berlakunya banjir luar biasa. Selain banjir kejadian tanah runtuh juga menjadi ancaman yang cukup bahaya kepada orang ramai.
Laluan utama sama seperti jalan raya dan lebih raya juga turut terjejas. Pelakon, pengacara dan ahli perniagaan berpengaruh, Fizo Omar turut berkongsi pengalamannya terperangkap di atas lebuh raya akibat kejadian banjir dan tanah runtuh.
Menerusi beberapa hantaran di laman media sosial di Intagram, Fizo menceritakan pengelamannya ketika dalam perjalanan di Lebuh Raya Karak-KL pada tengah malam dua hari lalu. Ratusan buah kendraan telah terkandas dalam beberapa tempoh yang lama setelah berlakunya ranah runtuh serta pokok tumbang di kilometer 62.9 menghala ke Bentong.
Kongsi Fizo, dia berada di tempat kejadian kira-kira pada jam 11 malam dan sedang dalam perjalanan pulang dari Kuantan, Pahang dan menuju ke ibu negera setelah menghadiri sebuah majlis di spa milik rakannya.
Disebabkan terkandas Fizo hanya tiba di ibu negara pada jam tiga pagi semalam.
“Kami tersangkut dekat tanah runtuh inilah malam tadi dan ambik keputusan untuk patah balik dan cross ke sebarang jalan (wrong way) heading to KL. Malam tadi air sebelah jalan yg menghala ke kuantan tu tinggi sangat macam dalam video ni dah macam sungai dah tu,” jelasnya menceritakan keadaan yang mencemaskan.
“Terima kasih kepad semua semalam yang bersama buka jalan (emergency divider) utk masuk ke opposite lane dan gamble jugak menghala ke KL. So sepanjang jalan tu tanah runtuh dan pokok tumbang semua bersepah di karak highway tu. Masyallah,” jelasnya lagi.
Menurutnya ramai juga mangsa yang terkandas terpaksa keluar dari kereta dan bas untuk mencari tempat yang selemat kerana risau tanah runtuh lebih teruk atau air naik dengan mendadak.
“Mereka tiada hala tuju di tengah-tengah highway dalam hujan lebat dan gelap gelita. Ramai weh beratus-ratus orang termasuk bayi kecil dan warga emas. I can’t help it!! Seriously sedih giler tengok!!”
Fizo juga turut memberikan pandangan dan cadangan kepada pihak berkenaan agar mengambil tindakan dengan segera bagi mengelakkan lebih ramai orang yang terkandas seperti dilaluinya pada masa akan datang.
Kredit: IG Fizo Omar
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jam 12.30 pagi tadi, 8 Mei 2020, kita kehilangan tokoh ilmuan dan pendakwah negara, Tuan Guru Datuk Ismail Kamus yang kembali ke rahmatullah di kediaman beliau di Ampang pada usia 72 tahun.
Berita rasmi pemergian tokoh pendakwah tanah air dan Pengasas Persatuan Perubatan Islam DarusSalam Malaysia ini dikongsikan laman Facebook Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia.
Tuan Guru Datuk Ismail Kamus telah dimasukkan ke wad sejak 26 April lalu disebabkan keadaaan kesihatannya yang lemah dan dirawat akibat serangan jantung, strok ringan dan jangkitan kuman di paru-paru.
Ternyata pemergian Tuan Guru merupakan satu kehilangan yang cukup besar buat kita semua.
Menurut perkongsian facebook Ustazah Asma’ Harun, “Mereka dipilih Allah untuk kematian yang begitu indah kerana saat hidup mereka memilih berjuang kerana Allah dan Agama Allah, mengatur jadual hidup dengan mengutamakan temujanji dengan Allah, akhirnya kembali dan bertemu Allah dengan cara terindah.. Allahu Akbar.” 😭🤲
Jadual harian yang disusun Allahyarham Tuan Guru Dato Ustaz ISMAIL KAMUS.
1. Bangun Malam (sekitar jam 3 pg)
– Mandi dan ambil wuduk
2. Solat Sunat Wuduk.
3. Solat Sunat Taubat.
4. Solat Sunat Tahajjud (8 rakaat).
5. Solat Sunat Hajat (mintak Allah makbulkan permintaan kita, bila2 masa kita mintak).
“Didunia bukan tempat untuk berehat, tetapi tempat untuk beribadat.”
Ustaz Ismail Kamus ❤️
Kata Ulama, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi:
🔸 Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia.
🔸 Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak.
🔸Allah akan sibukkan kita dengan urusan perniagaan.
🔸Allah akan sibukkan kita dengan harta.
🔸 Allah akan sibukkan kita dengan mencari pengaruh pangkat dan kuasa.
🔸 Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan. Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia.
🔸 Tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah SWT. Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.
🔸 Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar.
🔸 Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun disepertiga malam untuk solat tahajjud.
🔸 Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam Al-Quran sebulan 2 kali.
🔸 Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman apabila duit, pangkat dan harta mengatasi segalanya.
🔸 Setiap kali menyambut hari jadi kita sibuk hendak raikan sebaik mungkin tetapi kita telah lupa dengan bertambahnya umur kita maka kita akan dipanggil oleh Allah SWT semakin dekat.
🔸 Kita patut bermuhasabah mengenai bekalan ke satu perjalanan yang jauh yang tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya.
🔸 Sesungguhnya mati itu benar, alam kubur itu benar, pertanyaan munkar dan nakir itu benar, mahsyar Allah itu benar, syurga dan neraka itu benar.
Tazkirah hati
C&P
#Share ilmu ini untuk peringatan semua.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.