Aktor kacak, Meerqeen tampil menjelaskan keputusan untuk berehat seketika daripada media sosial demi memberi tumpuan kepada fasa baharu dalam kehidupannya.
Dalam temubual bersama Era, pelakon berusia 24 tahun itu memilih untuk tidak mengulas panjang, namun mengakui bahawa dia kini mahu memulakan hidup baru dan mengambil masa untuk berehat, khususnya daripada dunia media sosial.
Menurut Meerqeen, keputusan untuk berehat daripada media sosial bukanlah sesuatu yang dibuat secara tergesa-gesa.
Ia hadir daripada keinginan untuk lebih fokus terhadap diri sendiri dan hala tuju hidupnya.
“Saya rasa sudah tiba masa untuk saya memberi ruang kepada diri sendiri dan menilai semula apa yang penting dalam hidup,” ujarnya dengan nada tenang.
@era.je @fazziqmuqris call terus @meerqeen untuk tanya pasal posting yang dia muatnaik di media sosialnya. Meerqeen kongsi dia nak rehat sekejap dari media sosial!! Harap kita semua hormat dan bagi ruang buat Meerqeen 🙏🏻 Semoga dipermudahkan segala urusan Meerqeen #ERAthon#ERARadioNo1PalingLegit♬ original sound – ERA
Mencari Ketenangan di Sebalik Tekanan Dunia Hiburan
Bagi pelakon muda ini, tempoh rehat menjadi cara terbaik untuk mencari keseimbangan antara kerjaya dan kehidupan peribadi.
Ads
Dunia hiburan yang penuh tekanan dan tumpuan media membuatkan Meerqeen berehat dari media sosial sebagai langkah penting untuk menjaga kestabilan mental serta emosi.
“Kadang-kadang kita perlu undur selangkah untuk melihat dengan lebih jelas ke hadapan,” tambahnya lagi.
Fokus Baharu Persiapan Ke Arah Karier Antarabangsa
Menariknya, di sebalik tempoh rehat tersebut, Meerqeen turut mendedahkan bahawa dirinya sedang membuat persiapan untuk melebarkan sayap ke Hollywood.
Walaupun tidak menjelaskan secara terperinci bentuk persiapan yang dilakukan, kenyataan itu memberi bayangan besar bahawa bintang muda ini sedang melangkah ke peringkat antarabangsa.
Langkah Meerqeen berehat dari media sosial dilihat selari dengan hasratnya untuk memberi tumpuan kepada pembangunan diri dan karier.
Sebelum ini, bekas peserta Hero Remaja itu pernah menyuarakan cita-citanya untuk menembusi pasaran antarabangsa selepas berjaya mencuri perhatian peminat di Indonesia.
Difahamkan, dia kini turut berehat daripada sebarang penggambaran bagi menumpukan sepenuhnya terhadap persiapan sebuah filem aksi yang bakal dijayakannya tidak lama lagi.
Keputusan Meerqeen berehat dari media sosial menjadi contoh positif bahawa kematangan tidak diukur melalui usia semata-mata, tetapi melalui keupayaan mengenali keperluan diri.
Ads
Dalam dunia yang serba pantas dan penuh distraksi, keberanian untuk mengambil masa berehat adalah satu kekuatan.
Peminat pastinya menghormati langkah ini dan menantikan kemunculan semula pelakon muda ini dengan tenaga serta semangat baharu.
Tanpa ragu, ramai menantikan kemunculan semula Meerqeen dengan tenaga baharu, imej segar, dan mungkin dengan kejayaan besar di pentas antarabangsa sesuatu yang akan membanggakan industri seni tanah air.
Walaupun namanya terpalit dengan kontroversi hangat bersama bekas isterinya, Johnny Depp dilihat tetap utuh mempertahankan reputasinya sebagai ikon berpengaruh.
Kisah pergolakan rumah tanngganya bersama Amber Heard telah menjadi penghias muka hadapan berita-berita berpengaruh dunia.
Namun keputusan yang memihak kepadanya dalam perbiacaraan tahun lalu sedikti sebanyak telah memulihkan imejnya sebagai seorang selebriti yang dilihat masih mempunyai pengaruh sangat besar dalam dunia lakonan danjuga fesyen.
Bersama Dior yang setia bersamanya, Johnny Depp dilihat sebagai antara wajah jenama tersebut dengan persona cukup ikonik. Dan terbaru, Dior telah dilaporkan menawarkan kontrak kepada Johnny Depp bernilai USD20 juta (RM90 juta) sebagai duta wangian mereka.
Jenama fesyen dan kosmetik mewah dari Perancis tersebut dilihat setia berdiri bersama Johnny Depp ketika dia ‘dilambung’ ombak.
Melihatkan hubungan baik itulah membuatkan Dior tanpa ragu-ragu menandatangani Johnny Depp untuk sebuah kontrak yang cukup besar menandakan kerjasama mereka bagi wangian lelaki. Ia merupakan kontrak yang terbesar pernah dilaporkan seumpamanya.
LEBIH BESAR
Memetik Variety, perjanjian tiga tahun itu pada harga lebih daripada USD20 juta, mengatasi perjanjian USD12 juta Robert Pattinson untuk berkhidmat sebagai jurucakap pakatan Dior Homme dan USD7 juta untuk Brad Pitt mempromosikan Chanel No. 5.
Sumber yang biasa dengan industri wangian ini turut mengatakan kebanyakan artis ‘A-lister’ dengan tawaran wangian memperoleh sekitar USD2 juta sehingga USD4 juta setahun seperti Chris Pine di mana kontraknya bersama Armani bernilai $4 juta setahun dalam tempoh tiga tahun.
Johnny Depp, bintang filem siri ‘Pirates of Caribbean’ telah menjadi wajah wangian Dior Sauvage sejak tahun 2015 dengan seleksi kempennya ditampilkan sebagai bintang rock.
Walaupun pernah berdepan tekanan dan gesaan untuk menggugurkan Johnny Depp namun Dior tetap utuh bersamanya sehingga ke hari ini.
Imej dan keboleh pasaran Johnney Depp meningkat secara mendadak tahun lepas selepas keputusan mahkamah tersebut menjadikan wangian tersebut sangat popular di pasaran bukan sahaja Amerika Syarikat tetapi seluruh dunia.
Perjanjian Dior yang cukup besar ini juga dilihat mungkin menjadi pembuka jalan semula bagi Johnny Depp kembali ke filem dari studio utama, yang telah teragak-agak untuk bekerjasama dengannya sebelum ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai yang mahu kurus dalam masa singkat, namun kebanyakannya kurang mengambil berat mengenai keperluan nutrien yang diperlukan tubuh. Keinginan yang tinggi untuk menurunkan berat badan dalam tempoh singkat membuatkan individu itu ‘menutup mata’ dari segi pengambilan makanan berkhasiat dan senaman, hingga ada yang sanggup mengamalkan diet yang menurunkan berat badan secara mendadak.
Ramai juga suka mencuba diet sebegini kerana menjanjikan hasil yang cepat berbanding berusaha mengurangkan berat badan dengan melakukan perubahan jangka panjang dari segi tabiat pemakanan dan senaman.
Banyak perkara yang boleh diperkatakan mengenai penurunan berat badan sehinggakan tiada satu pun dianggap mustahil. Ini kerana terdapat pelbagai cara menurunkan berat badan terutama mengehadkan pengambilan makanan berkalori tinggi dan bersenam setiap hari.
Menurut pakar pemakanan Orlando Magic, Tara Gidus, ada beberapa makanan yang dapat membantu fungsi pembakaran lemak dipanggil termogenik. Makanan termogenik membakar lebih banyak kalori. Penulis buku Weight Loss: The Alternative Medicine Guide menjelaskan, makanan pembakar lemak mempunyai tiga karakter iaitu mengandungi protein, lemak dan serat yang tinggi.
“Makanan ini walaupun mengandungi lemak, ia memerlukan tenaga ketika proses penghadamannya. Ini membuatkan proses pembakaran lemak menjadi lebih cepat,” ujarnya.Berdasarkan kajian, terdapat enam makanan membakar lemak terbaik antaranya:
-Daging tanpa lemak
Mengambil daging tanpa lemak untuk makan tengah hari akan membuatkan anda kenyang lebih lama. Ini kerana daging kaya protein sehingga memerlukan banyak tenaga ketika proses penghadaman.
Sekiranya tubuh memerlukan lebih tenaga untuk pemecahan protein yang terkandung dalam daging, ini bererti tubuh memerlukan lebih banyak kalori untuk membakarnya.
-Teh hijau
Jurnal Nutrisi Klinikal Amerika melaporkan, minum empat cawan teh hijau setiap hari membuatkan berat badan berkurangan sehingga enam kilogram dalam tempoh lapan minggu. Ini kerana kandungan EGCG iaitu sejenis bahan antioksidan di dalam teh hijau menjadikan minuman ini sangat berkesan sebagai bahan pembakar lemak.
-Avokado
Avokado mempunyai nilai kalori yang sangat tinggi, kaya lemak serta tinggi kandungan serat yang membantu membakar banyak lemak. Pengambilan avokado dalam hidangan harian menjadikan pembakaran kalori berlaku setiap hari.
-Badam
Segenggam badam mengandung protein, lemak dan serat. Badam memberikan rasa kenyang lebih lama dan membantu membakar lemak tiga kali lebih cepat berbanding kekacang lain.
-Cili merah
Ramai tidak tahu cili merah yang berfungsi menambah rasa pedas dalam masakan membantu meningkatkan kemampuan tubuh membakar lemak. Ini kerana kandungan capsaicin di dalam cili meningkatkan metabolisme.
-Kopi
Kafein juga mampu membuat metabolisme bekerja lebih cepat. Ini kerana kafein dapat melakukan proses pemecahan lemak atau liposis. Satu atau dua cawan kopi setiap hari sudah mencukupi untuk pembakaran kalori anda.
Selain itu, pastikan anda mengambil banyak sayur-sayuran hijau dan buah-buahan kerana kedua-duanya membantu mengurangkan rasa lapar. Kandungan gula semula jadi yang terdapat di dalamnya memberikan rasa kenyang lebih lama. Untuk mengelak rasa bosan, buah boleh dijadikan salad, jus atau snek harian. Jangan lupa, bersenam setiap hari selama 10 minit membantu tubuh kekal langsing dan sihat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sekeping roti canai mempunyai kalori umpama kita berlari 7 kali keliling padang bolasepak!
Roti canai adalah makanan ‘favourite’ rakyat Malaysia. Tepung yang diuli dengan minyak sapi (lemak lembu) dan digoreng dalam minyak sawit tin (Kebanyakkan pengusaha restoran menggunakan minyak sawit tin yang tinggi kandungan lemak tepunya). Oleh kerana ia nipis, maka ia dapat menyerap lebih banyak minyak ketika digoreng (Ingat formula fizik Jumlah luas permukaan perisi padu, JLP/I : Lebih lebar dan nipis, maka lebih banyak kadar serapan minyak).
Tenaga pada sekeping roti canai adalah 300 Kalori 10g lemak dan 50g karbohidrat. Tenaga ini menyamai dengan tenaga yang perlu dibakar apabila kita berlari selama 1 jam 15minit di balapan sekeliling padang bola sepak sebanyak 7 kali pusnigan atau sejauh 2800 meter.
Sekiranya kita tidak berlari atau tidak bakar lemak tersebut tapi kita terus makan sekeping sehari apa akan terjadi?
Perut kita akan membuncit kehadapan sebanyak 0.25cm setiap hari!!
SUMBER : FACEBOOK DR ROSLI ABD JALIL.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Panduan gaya lelaki 30an yang padat — cara mix & match kemeja, jaket dan seluar jean untuk tampak matang, maskulin dan bergaya tanpa berlebihan. Inspirasi fesyen lelaki moden dengan keyakinan sejati.