Mula muncul dan dikenali menerusi program nyanyian Akademi Fantasi musim keempat pada 2006, Dr. Diddy Hirdy kembali mengagumkan orang ramai apabila berjaya mengenggam ijazah Doktor Falsafah (PhD) pada tahun 2022.

Dr. Diddy, atau nama sebenarnya Syamsul Hirdi bin Muhid, 39, masih tampak cergas dan awet muda ketika ditemui Maskulin di pejabatnya di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Apa tidaknya, pelantun lagu “Hilang” ini menjelaskan yang beliau mempunyai rutin yang diamalkan sejak beliau menetap di Liverpool, England untuk menjalani pengajian PhD nya.

@maskulinmySejak dahulu lagi, Dr Diddy memperuntukkan waktu pagi untuk bersenam dahulu sebelum memulakan rutin harian. Patutlah alumni Akademi Fantasia musim 4 ini masih kekal cergas dan awet muda sehingga kini. #DiddyHirdy #maskulin #majalahmaskulin♬ original sound – Maskulin

Bersenam Sebelum Mulakan Hari

Berkongsi kepada Maskulin, setiap pagi beliau akan bangun seawal jam 4.30 pagi untuk bekerja sebagai pekerja pembersihan sebuah firma guaman di pusat bandar Liverpool.

Selepas bekerja selama dua jam sehingga jam 7.30 pagi, beliau akan ke salah sebuah pusat membeli-belah di sana untuk bersarapan.

Kemudian, baru lah Dr. Diddy akan ke universiti namun beliau tidak langsung masuk ke pejabat yang disediakan untuk pelajar PhD.

“Sampai universiti, saya pergi pusat kecergasan dahulu. Saya pergi gim,” jelasnya kepada Maskulin.

IKLAN

“Saya pergi gim dulu, bersenam. Mandi, dah bersihkan badan baru saya masuk pejabat dan mulakan hari saya sampailah petang”.

Sentiasa Bawa Bekal Makanan

Selain itu, Dr. Diddy turut menitik beratkan pengambilan makanan seimbang di mana beliau sentiasa membawa bekal yang disediakan di rumah.

“Saya makan benda-benda yang berkhasiat, protin dan sebagainya,” katanya.

Disebabkan rutin sedemikianlah bekas peserta Akademi Fantasia musim 4 ini mampu mengekalkan bentuk badan yang tegap dan menarik ketika bermastautin di negara tersebut.

IKLAN

“Kalau tengok gambar saya dekat Liverpool itu, memang badan saya teraturlah sebab rutin itu cantik, dia jaga elok”.

Kekal Cergas Menjelang Usia 40, Dr Diddy Hirdy Kongsi Rutin Hariannya
Sumber foto: Instagram @diddyhirdy.

Kekalkan Rutin Apabila Pulang Ke Malaysia Walaupun Sukar

Bagaimanapun, rutin itu agak sedikit tersasar apabila Dr. Diddy pulang ke Malaysia untuk kembali menabur bakti di tanah air pula.

Jelasnya, perbezaan budaya dan gaya hidup di kedua-dua negara ini agak menyukarkan beliau untuk kekal dengan rutin yang sihat itu.

“Makanan Malaysia sedap-sedap kan?” selorohnya.

IKLAN

“Makanan sihat sangat murah di sana (England). Sini (Malaysia), benda itu yang mahal”.

Menurut Dr Diddy lagi, masyarakat di England kerap berjalan kaki dan menggunakan pengangkutan awam berbanding masyarakat Malaysia yang lebih gemar menggunakan kereta.

Beliau yang kini bertugas sebagai pensyarah di UUM itu tetap cuba untuk mengekalkan sedikit sebanyak rutin tersebut.

Tumpu Sihat & Cergas, Bina Badan Bukan Lagi Keutamaan

“Sekarang ini saya cuba untuk kembali kepada rutin yang lama, iaitu pagi-pagi saya akan ke gim dahulu di sekitar sini (Sintok, Kedah) sahaja lah, selama 30 minit ataupun satu jam paling maksimum untuk sekadar bersenam di atas pengisar injakan (treadmill) sahaja,” ujarnya.

Membina badan kini bukanlah menjadi keutamaan Dr. Diddy namun sekadar memastikan dirinya kekal cergas dan sihat, tambahnya yang merupakan Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar & Alumni bagi Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan (SCIMPA), UUM berkuatkuasa awal tahun ini.

“Dari segi makan, saya mula berjaga-jaga jugalah sebab usia dah makin lanjut. Jadi kenalah jaga sikit makan,” katanya lagi.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI