Jika anda ingin berjalan jauh misalnya mahu pulang ke kampung atau bercuti di kawasan luar negeri, anda seharusnya bijak merancang waktu perjalanan.
Lebih-lebih lagi waktu keluar rumah sebagai perjalanan fasa pertama untuk anda mula bergerak bagi mengelakkan anda terperangkap dengan kesesakan dan sebagainya.
1. Keluar seawal pukul 6 – 9 pagi
Waktu ini adalah waktu paling sesuai untuk anda memulakan perjalanan jauh kerana belum ramai penduduk tempatan keluar rumah pada hujung minggu. Jadi, jalan masih clear dan anda boleh memandu dengan selesa.
2. Keluar selepas pukul 2 – 4 petang
Ads
Kebiasaannya pada pukul 12 tengahari, penduduk setempat akan keluar mencari makan tengahari. Jadi, akan berlaku sedikit kesesakan yang boleh merencatkan perjalanan anda. Waktu baiknya, tunggu mereka pulang dan bergerak sebelum mereka keluar sekali lagi pada sekitar pukul 5 petang ke atas.
3. Keluar selepas pukul 8 malam
Waktu ini juga sesuai untuk perjalanan jarak jauh seperti dari Selatan ke negeri Pantai Timur. Jika anda bergerak seawal pukul 8 malam, anda boleh tiba sekitar pukul 4 – 5 pagi tanpa meredah kesesakan jalan raya.
Ads
Namun begitu, ada waktu-waktu yang tidak digalakkan anda mulakan pemanduan jarak jauh seperti :
1. Pukul 12 tengahari
Waktu ini kebiasaannya cuaca agak panas dan boleh menyebabkan pemandu mudah mengantuk biar pun ketika itu masih waktu siang. Haba sekeliling boleh memberi kesan kepada pemandu.
Ads
2. Pukul 1 – 2 pagi
Jika anda tidur pada sebelah malam dan merancang pemanduan pada pukul 1 atau 2 pagi, anda mungkin akan terdedah kepada risiko masih mengantuk dan jika anda tiba-tiba terlena, ia sangat berbahaya kepada diri anda serta penumpang yang dibawa.
Namun demikian, mata setiap orang adalah tidak sama dan bergantung kepada daya tahan masing-masing. Semoga bermanfaat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sebenarnya banyak trik yang boleh kita lakukan sendiri untuk memudahkan penggunaan kereta. Semuanya boleh dilakukan hanya menggunakan bahan bajet yang ada di rumah sahaja.
Tidak dinafikan sesetengah barangan atau aksesori kereta yang dijual di pasaran mahal. Jadi dengan adanya trik ini, tak perlulah lagi anda nak membeli alatan tambahan untuk tujuan ini.
Selagi boleh berjimat, bukan ke lagi bagus! Malah trik kereta ini juga boleh menjadi penyelamat untuk keperluan kereta anda. Caranya mudah dan berkesan tapi tak ramai orang yang tahu.
Jom kita tengok 8 trik kereta ini.
Gunakan ubat gigi untuk membersihkan semula lampu kereta anda jika kuning dan kusam. Anda hanya perlu sapukan ubat gigi pada lampu kereta yang kuning tadi dan gosok menggunakan span. Kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan 3-4 kali jika lampu kereta anda terlalu kotor.
Untuk mengelakkan cermin kereta berkabus ketika waktu sejuk, anda boleh sapukan dengan krim pencukur. Kemudian lapkan krim pencukur tadi dengn kain. Kini tiada lagi masalah berkabus yang anda bakal alami.
Gunakan klip kertas sebagai pemegang telefon bimbit anda. Walaupun nampak tak sempurna, ia mudah untuk dibuat dan sesuai menjadi alat pengganti jika kebetulan anda terdesak untuk menggunakan GPS dan tiada alat untuk memegang telefon bimbit. Malah cara ini boleh menjadi penyelesaian segera pada permasalahan anda.
Bagi memudahkan anda menanggalkan pelekat kereta pada cermin tanpa meninggalkan kesan gam, anda boleh gunakan kain lembap. Caranya cukup mudah! Hanya perlu rendamkan kain ke dalam air panas dan tekapkan kain tersebut pada bahagian luar cermin. Kain yang panas itu akan memudahkan kerja anda untuk menanggalkan pelekat kereta.
Jika anda dapati cermin kereta anda retak sedikit, cepat-cepat sapukan pengilat kuku di bahagian yang retak tadi. Cara ini akan menghalang retak tersebut daripada semakin teruk dan membesar sebelum anda menghantarnya ke bengkel.
Jika kereta anda kemek (tidak begitu teruk), anda boleh gunakan pam untuk mengatasi masalah ini. Caranya, pamkan bahagian kemek tersebut dan masalah anda akan selesai.
Wangikan baju busuk dan hapak di dalam kereta dengan cara mudah. Anda hanya perlu gunakan penyepit baju yang telah disapukan dengan minyak aromaterapi. Kemudian sepitkan di celah aircond kereta. Bau minyak aromaterapi tadi akan menyebarkan harumannya ketika aircond dipasang.
Jika anda tidak cukup tidur tapi terpaksa memandu untuk urusan yang penting, bawa hirisan buah lemon bersama anda. Bila mata anda mula rasa mengantuk, letakkan sehiris buah lemon di bawah lidah. Asid pada lemon akan membuatkan mata anda segar dan anda boleh meneruskan pemanduan dengan selamat.
Motosikal Dan Enjin Nasional (Modenas) nampaknya tidak mahu ketinggalan dalam menyemarakkan industri permotoran apabila meluaskan lagi rakan usaha sama menerusi Bajaj Auto Ltd dari India.
Lantaran itu terhasillah tiga produk baharu iaitu V15,RS200 dan NS200 yang pastinya mampu memberikan saingan kepada jenama lain jika dilihat dengan harga yang ditawarkan.
Ruang tunggang uji kali ini akan membicarakan potensi Pulsar NS200 yang dijana enjin 199cc, SOHC, 4-lejang, penyejukan cecair.Penghantaran kuasa ke roda belakang disalurkan menerusi transmisi enam kelajuan.
SANTAI
Berkesempatan menunggang uji Pulsar NS200 dalam tempoh seminggu yang diberikan Modenas pada awal Ramadan lalu dimanfaatkan penulis dengan laluan lebuh raya menjadi ujian pertama menguji kemampuan jentera menggunakan teknologi tiga palam yang mampu menghasilkan kuasa 24.5PS dan tork 18.6Nm ini.
Reka bentuk Pulsar NS200 yang lebih kepada motosikal naked secara tidak langsung memberikan keselesaan kepada penulis ketika memandu pada kelajuan 80 hingga 100 kilometer sejam (kmj).
Tindak balas ketika menukar gear juga begitu lancar, kedudukan tunggangan lebih santai, pelana empuk selain reka bentuk tangki bahan api yang aerodinamik menambahkan keseronokan tunggang uji dari Shah Alam menuju Putrajaya. Namun pada kelajuan 120 hingga 140kmj, keyakinan penulis untuk meneruskan kelajuan sedikit goyang terutama mengambil selekoh.
Dari segi penggunaan bahan api, penulis merasakan Pulsar NS200 agak jimat bagi tunggang secara solo namun ia bergantung kepada corak tunggangan dan bebanan.
KURANG SELESA
Pulsar NS200 yang ringan menjadikannya sesuai untuk tunggangan dalam bandar dan membelah kesesakan lalu lintas. Mudah dikendalikan dengan kuasa pecutan ketara antara kelebihan utama jentera dua roda ini.
Bagaimanapun penulis kurang selesa dengan kedudukan cermin pandang sisi yang terlalu rapat dengan pemulas selain agak pendek memberikan sedikit kesukaran ketika ingin menambah kelajuan mahupun melihat ke belakang.
Dilengkapi brek cakera hadapan 280 mm dan 230 mm dibahagian belakang memberi keyakinan ketara buat penulis untuk berhenti dari melanggar kenderaan yang secara tiba-tiba keluar persimpanan mahu pun menukar lorong.
Satu lagi kelebihan bagi penulis ialah Pulsar NS200 ini memiliki penghadang enjin dikedua belah bahagian untuk mengelakkan enjin mengalami kerosakan ketara apabila terjatuh selain tongkat tengah yang jarang-jarang ada bagi jentera dua roda 200cc seumpama ini.
JADI REBUTAN
Pulsar NS200 tampil lebih menarik, model yang dipasang tempatan itu dilengkapi dengan lampu nyalaan siang LED dan lampu belakang dari jenis LED, saiz tangki dengan kapasiti 12 liter namun tidak didatangkan dengan ciri ABS.
Melihat kepada harga yang ditawarkan iaitu RM9,222 (termasuk GST) pastinya ia mampu bersaing dengan jenama lain yang telah lama berada dalam pasaran.
Bagi setiap pemilik kereta, pam tayar adalah satu rutin yang tidak dapat dielakkan, sama ada secara mingguan atau bulanan.
Ia adalah sebahagian daripada penjagaan kenderaan yang asas. Namun, pernahkah anda berhenti sejenak dan bertanya, adakah kaedah pam tayar yang anda lakukan selama ini benar-benar tepat?
Anda mungkin terkejut jika sebenarnya ada kesilapan yang boleh menyebabkan tayar kereta botak dengan lebih cepat.
Hakikatnya, tekanan tayar yang betul dan tepat bukan sahaja penting untuk kelancaran pemanduan, malah ia adalah kunci utama kepada keselamatan dan ketahanan jangka panjang tayar anda.
Perhatikan tulisan pada dinding sisi tayar anda. Anda akan dapati perkataan ‘Max. Press. 35 PSI’ tertera di situ. Angka ini sebenarnya merujuk kepada tekanan sejuk maksimum yang diperlukan tayar untuk menampung beban paling tinggi.
Istilah ‘sejuk’ di sini membawa maksud anda perlu mengepam tayar pada masa yang paling ideal, iaitu ketika tayar berada dalam keadaan sejuk.
Contohnya, pada waktu pagi sebelum anda memulakan perjalanan, atau selepas kereta anda dibiarkan berehat selama beberapa jam di tempat teduh. Inilah sebenarnya masa terbaik untuk mengepam tayar anda. Lazimnya, tekanan tayar yang disyorkan berada dalam julat 30 hingga 32 PSI.
KARAKTER PENGENDALIAN KERETA BERUBAH
Antara perubahan ketara dirasakan ialah karakter pengendalian. Tayar yang sudah dipam maksimum tidak mempunyai ruang anjalan pada dinding sisi. Ini menyebabkan tahap membelok jadi bertambah baik.
Namun anda berdepan risiko ketika melakukan brek jajap (threshold braking). Jika membelok pantas atau mengejut, belakang kereta anda boleh terseret.
JANGKA HAYAT TAYAR MEROSOT
Antara kekurangannya pula jangka hayat tayar akan lebih cepat botak. Bila tayar dipam terlalu banyak, getah pada bunga tayar atas akan lebih menonjol dan membuatkan bahagian tengah tayar cepat haus. Malah, kawalan traksi juga berkurangan dan anda menghadapi risiko tayar meletup.
Tekanan tayar yang disarankan lazimnya berada di antara 30 hingga 35 PSI. Angka ini menunjukkan jumlah minimum tekanan udara yang diperlukan untuk menyokong kapasiti bawaan beban maksimum kenderaan anda.
Jika tekanan ini berkurangan, anda akan mendapati penggunaan bahan api akan meningkat dan tahap pengendalian kenderaan akan terjejas. Lebih serius, tayar anda mungkin akan mengalami masalah haus disebabkan beban berlebihan dan getah tayar yang terlalu menganjal.
Bilakah masa terbaik memeriksa tekanan tayar? Sebaiknya, ikutilah 3 syarat asas ini:
i. Setiap kali mengisi minyak.
ii. Setiap kali suhu berubah 10º.
iii. Sekali bagi setiap 30 hari.
Jika anda mahu tayar anda dipam mengikut tekanan tepat sebelum memandu, apa kata dapatkan tolok tekanan di mana-mana kedai aksesori kereta terdekat. Cara ini lebih memudahkan anda.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.