Baru-baru ini, MINI Malaysia menganjurkan MINIscape 2022, acara komuniti cukup dinanti-nantikan yang kini kembali setelah tiga tahun berlalu. Acara jelajah ini yang mengujakan dari Kuala Lumpur ke Perak telah disertai oleh lebih 200 warga MINIac.
Pengembaraan tersebut bermula di Marina Putrajaya, di mana 90 buah kenderaan MINI yang mempesonakan telah berkumpul sebelum berkonvoi ke DoubleTree by Hilton Damai Laut.
Linnet Yew, Ketua MINI Malaysia berkongsi, “Komuniti MINIac sejak sekian lama melambangkan siapa kami sebenarnya sebagai sebuah jenama dan telah menjadi sumber ilham bagi apa yang kami lakukan buat para pelanggan kami di dalam negara.
“Komuniti ini berdorongkan Big Love serta semangat ke atas pengembaraan yang mengujakan; mereka terus memberi sokongan yang padu termasuk di kala pandemik, justeru kami berbesar hati untuk terus membekalkan keseronokan kepada mereka.
Ads
“MINIscape 2022 merupakan tanda penghargaan kecil kami atas kesetiaan yang dipamerkan oleh warga MINIac dan kami gembira kerana berpeluang untuk melihat ukhwah yang terjalin antara para pemilik MINI sepanjang acara tersebut.”
MINIscape 2022 telah menawarkan warga MINIac dan insan-insan kesayangan mereka sebuah pengalaman yang sarat dengan aktiviti-aktiviti menarik, bermula dengan aktiviti Treasure Hunt sepanjang perjalanan mereka ke Damai Laut.
Ads
Setelah tiba, para tetamu bebas untuk menikmati pelbagai aktiviti rekreasi yang dirancang oleh MINI Malaysia, ia termasuk dayung berdiri, menunggang ATV, berbasikal dan berlayar bot tunda.
Ads
Masih berpegang kepada cinta MINI ke atas keseronokan maksimum, warga MINIac juga disambut dengan sesi makan malam merangkap karnival dengan aneka permainan retro seperti Rodeo Bull, Power Slam dan Straight Shooter, antara lainnya. Untuk menyerikan lagi malam tersebut, para tetamu dihiburkan oleh ahli silap mata, penjugel, aneka persembahan karnival, dan juga persembahan muzik.
Jangan lupa subscribe YoutTube MASKULIN untuk seleksi video automotif paling gempak seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Menunggang motosikal merupakan salah satu hobi golongan lelaki dan hujung minggu akan menjadi aktiviti beriadah buat mereka. Tetapi ada ketikanya jika anda ingin menunggang secara berbahaya ataupun melakukan wheelie tempatnya bukan di jalan terbuka. Ini akan membahayakan pengguna jalan raya yang lain.
Jika anda menunggang secara merbahaya lakukanlah di lokasi yang tertutup mahu pun tiada kenderaan. Kisah ini perlu dijadikan pengajaran buat anda. Pawel Zietowski dijatuhi hukuman penjara selama lapan bulan akibat daripada perbuatannya.
Video selama 51 saat itu merekodkan beliau melakukan wheelie beberapa kali, mengambil swafoto, berdiri di atas motor dan melepaskan tangan dari hendal serta menunggang motosikal dalam keadaan berbahaya.
Selain itu, Zietowski dilarang memandu laju dan menggunakan telefon ketika memandu selama 28 bulan. Menerusi video yang dipaparkan ketika perbicaraan, Zietowski menunggang motosikal Yamaha R6.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Saban tahun industri automotif pasti akan menonjolkan teknologi hebat yang semakin hari semakin luar biasa. Begitu juga dengan pemain penting industri ini iaitu BMW.
Semalam, BMW Malaysia mengumumkan kemunculan buat julung kalinya BMW XM iaitu sebuah jentera SAV BMW M GmbH berprestasi tinggi yang didatangkan dengan daya pacuan elektrik.
Dijadualkan memasuki pasaran Malaysia pada bulan Jun tahun ini, BMW XM hadir dengan sistem pacuan B,W M HYBRID lengkap bersama teknologi suspensi M bagi menzahirkan pemanduan dinamik, premium dan tiada tandingannya.
“Kami benar-benar teruja untuk memperkenalkan BMW XM yang sulung di Malaysia. Jentera SAV serba eksklusif ini merupakan kereta berprestasi tinggi BMW M GmbH yang pertama bakal menampilkan sistem pacuan M HYBRID, lantas meluaskan lagi keupayaan e-mobiliti dalam segmen kereta berprestasi tinggi di Malaysia.
“Ia merupakan pengilhaman semula ideal automotif, dan karakteristik prestasinya yang ekstrem akan menjanjikan pengalaman pemanduan yang serba mewah buat para pelanggan dan penyokong jenama ini di Malaysia,” jelas Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser.
Ketibaan MBW XM sekali gus turut menandakan satu era baharu sejak BMW M1 diperkenalkan pada era 1970-an. BMW XM yang sulung menggandingkan bahasa reka bentuk model-model BMW X dengan karakter yang menonjol serta aneka ciri yang elegan.
Justeru, berbekalkan juga prestasi cemerlang sebuah model BMW M, maka terlahirlah jentera elektrik yang benar-benar memukau, memecah acuan tradisi dan kelaziman.
Sebagai standard, BMW XM yang sulung hadir dengan Pakej M Aerodynamics dan M High-Gloss Shadow Line, dengan Konten Lanjutan yang disediakan untuk profil Shadow Line. Selain itu, lampu hadapan Adaptive LED dengan ciri bantuan lampu puncak juga disertakan secara standard.
Dari sudut hadapan, BMW XM yang sulung membawakan gril “kidney” bersaiz besar dengan kisi-kisi M berkembar secara mendatar, lalu ia disempurnakan dengan kontur gril ‘kidney’ beriluminasi. Di atasnya, terletak dua kubah kuasa sebagai elemen bonet yang berperwatakan ekspresif.
Mengiringi gril tersebut ialah set lampu hadapan yang tampak jitu dan langsing, ia terbahagi kepada dua modul yang berasingan, satu untuk pencahayaan waktu siang dan satu lagi untuk lampu rendah/puncak.
BMW XM yang sulung merupakan model BMW M yang pertama didatangkan dengan sistem pacuan hibrid ‘plug-in’. Kombinasi antara enjin pembakaran dalaman yang membekalkan 360 kW / 489 kk.
Ia turut mencatatkan nilai tork maksimum mencecah 650 Nm – dan motor elektrik memberi satu lagi kelebihan kepada prestasi M yang sinonim dengannya sambil meningkatkan efisiensi.
Semasa ia dirungkaikan, BMW XM yang sulung hadir secara eksklusif dengan teknologi M HYBRID, berpaksikan M TwinPower Turbo V8 4.4 liter.
Jentera ini turut membawakan sistem ekzos sport dengan ciri kawalan kelepak yang menonjolkan karakter ekstrovertnya, justeru profil bunyi yang setara dengan perwatakan ini telah disertakan bersama.
Output keseluruhan rangkaian kuasa (powertrain) BMW XM yang sulung merekodkan 480 kW / 653 kk dan 800 Nm tork, ia dibekalkan melalui transmisi automatik Steptronic Sport lapan kelajuan. Pecutan abad dapat dibuat oleh kenderaan ini dalam masa 4.3 saat sahaja. Dengan rangkuman Kawalan Pelancar, daya pecutan maksimum dijamin seawal posisi henti.
Bagi BMW XM yang sulung, kelajuan tertingginya dihadkan pada paras 250 km/j (270 km/j dengan pakej M Driver, yang disertakan secara standard), manakala kelajuan tertinggi elektriknya dihadkan pada paras 140 km/j.
Seperti yang dijangkakan daripada kenderaan BMW M, SAV berelektrik ini menampilkan sistem pacuan semua roda M xDrive serba pintar secara standard.
Ia membekalkan dinamik pemanduan yang luar biasa, pengendalian yang optimum, serta cengkaman maksimum.
Di samping tetapan 4WD yang asas, pemandu dapat memilih mod 4WD Sport, yang mempunyai bias tayar belakang dan tahap kelincahan kenderaan ini dapat ditingkatkan melaluinya.
Semasa menyusuri permukaan berpasir, mod 4WD Sand boleh digunakan untuk mengoptimumkan cengkaman, ia disumbang oleh komponen diferensial M Sport yang membekalkan distribusi boleh ubah bagi daya pacuan roda belakang untuk menjamin cengkaman dan stabiliti pemanduan yang lebih cemerlang.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kini semakin banyak kenderaan memasang lampu putih HID. Selain nampak ‘lawa’ dan gah, lampu putih HID juga mampu memberikan cahaya yang lebih terang dan jelas ketika anda memandu.
Namun sedarkah anda bahawa lampu jenis ini boleh memberi gangguan kepada pengguna jalan raya lain?
Menurut perkongsian Public Health Malaysia, penggunaan lampu putih HID ini sebenarnya berbahaya dan boleh menyebabkan risiko kemalangan terutamanya pada waktu hujan.
Ingat! Jangan pentingkan diri sendiri kerana ada pemandu lain yang bersama anda menggunakan jalan raya.
Perhatian kepada pemandu dengan lampu putih terang. Walaupun pandangan anda lebih jelas dengan jarak penglihatan yang lebih luas tetapi anda TIDAk sendirian di jalan raya.
Penggunaan lampu putih HID sememangnya boleh menyebabkan gangguan kepada pengguna jalan raya lain.
Cahaya lampu putih yang terlalu terang menyebabkan pandangan menjadi silau dan ini boleh menyebabkan risiko kemalangan maut.
Keadaan akan menjadi lebih serius pada waktu hujan kerana cahaya putih ini akan diserakkan oleh titisan hujan sehingga menyebabkan penglihatan pemandu lain terganggu.
Kemalangan jalan raya merupakan antara pembunuh utama rakyat Malaysia dan penggunaan lampu putih HID ternyata menyuluh jalan pintas ke liang lahad bagi pemandu lain.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ketahui fakta sebenar tentang protein bar untuk lelaki aktif — adakah ia benar-benar sihat atau sekadar snek berkalori tinggi? Fahami cara pilih dan guna protein bar dengan bijak supaya badan kekal fit dan bertenaga.