Selepas beberapa bulan peminat automotif di Malaysia berteka-teki tentang kemundulan model terbaru Honda ini, ia akgirnya terjabawa! Pada hari ini, Honda Malaysia melancarkan model W-RV (Winsome Runabout Vehicle) yang didatangkan dengan empat varian berbeza.
Ramalan awal dri pemerhati industri menjangkakan ia bakal menguasai trend SUV kecil di Malaysia. Pelancaran WR-V.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Encik Hironobu Yoshimura berkata, “Seiring dengan perubahan landskap automotif di Malaysia, kita boleh lihat peningkatan permintaan untuk model SUV.
“Populariti segmen ini sedang meningkat naik memandangkan ia luas dan praktikal, pada masa yang sama menawarkan prestasi pemanduan dan keselesaan yang baik.
“Berdasarkan maklumat, Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Honda (R&D) memasukkan ciri-ciri terbaik sesebuah SUV ke dalam reka bentuk yang lebih kecil, bagi membolehkan pengguna menikmati keseronokan memiliki SUV kecil dan praktikal untuk pemanduan harian dalam bandar. Oleh itu, kami datangkan SUV kecil pertama Honda Malaysia ke negara ini iaitu WR-V Serba Baharu.
POTENSI BESAR
Ads
“Kami percaya SUV kecil ini mempunyai potensi besar dalam pasaran dan akan mengukuhkan kedudukan Honda Malaysia dalam segmen kenderaan SUV kategori bukan nasional.
“Kami yakin WR-V Serba Baharu ini dapat menarik perhatian golongan professional muda serta pelanggan berkeluarga yang mencari SUV kecil dengan penawaran nilai yang baik,” jelasnya lagi.
Dari segi tempahan awal Honda Malaysia berkata mereka menerima lebih 2,000 tempahan dalam masa sebulan sahaja. Sekali gus menyaksikan perkembangan yang cukup positif buat model baru mereka kali ini.
Penerimaan pasaran yang menggalakkan adalah kerana rekaannya yang berbeza, yang mempunyai ciri-ciri yang dikehendaki dalam sebuah SUV sekali gus menjadikannya sebuah model serba baharu yang menyeronokkan dan menarik.
Ads
GAYA BAHARU & MENARIK
Bagi menambah WR-V Serba Baharu itu tampak lebih bergaya, varian RS hadir dengan gril gaya mesh berwarna krom perak, hiasan bawah bertona perak cerah dan Aloi Roda Dwi-Tona 17 inci.
Model itu turut menarik perhatian dengan aspek kelepasan permukaan (ground clearance) setinggi 207mm, mengatasi kenderaan dalam kategori lebih tinggi. Ciri-ciri luaran lain yang menambahkan seri WR-V Serba Baharu termasuklah Spoiler Belakang, Antena Shark Fin, Lampu Auto LED dan Lampu Nyalaan Siang LED (DRL), Lampu Kabus Depan LED dan Lampu Isyarat Depan LED Sequential.
Sebagai sebahagian daripada keluarga Honda, WR-V Serba Baharu dilengkapi dengan ciri inovatif dan berfungsi untuk keselesaan pelanggan. Antara ciri-ciri ini ialah Cermin Sisi Lipat Automatik, Kemasukan Pintar dengan Butang Push-Start, Penghidup Enjin Kawalan Jauh (Remote Engine Start) dan Kunci Automatik Bila Beredar (Walk Away Auto Lock).
Ads
Sebagai tambahan, varian RS dilengkapi dengan Honda CONNECT untuk menyediakan keselamatan, sekuriti dan keselesaan untuk para pemilik SUV kecil.
Honda WR-V hadir dengan lima pilihan warna, termasuk warna baharu, putih mutiara stellar (Stellar Diamond Pearl), pertama kali seumpamanya untuk model Honda. Warna lain ialah Platinum White Pearl, Ignite Red Metallic, Meteoroid Gray Metallic dan Crystal Black Pearl.
Varian Harga On-The-Road Tanpa Insurans (RM) *6
RS RM107,900.00
V RM99,900.00
E RM95,900.00
S RM89,900.00
Honda CB1000R melakukan debutnya pada 2007 dan sejak itu tiada kemas kini major dilakukan pada model berkenaan. Khabarnya setelah sedekad berada di pasaran, Honda bakal mengeluarkan model CB1000R terbaru.
Versi 2017 itu dikatakan bakal dipertontonkan kepada umum buat kali pertama pada pameran motosikal EICMA yang akan berlangsung awal November depan.
Rombakan besar-besaran dilakukan pada model berkenaan yang mana difahamkan desain CB1000R lebih ke arah retro-moden. Pastinya kehadiran model naked bike itu akan membangkitkan ghairah Honda untuk bersaing dengan jenama lain.
Rekaan motosikal tersebut menggabungkan dua model konsep CB4 dan CB1100TR. Penampilan retro boleh dilihat menerusi penggunaan lampu depan bulat, lengan ayun tunggal dan hendal yang rata.
Versi kemas kini Honda CB1000R akan bersaing dengan Kawasaki Z1000, Suzuki GSX-S 1000 dan BMW S 1000R. Berdasarkan gambaran berkenaan, dapat dilihat Honda merancang untuk muncul dengan sebuah jentera super naked.
Untuk makluman, CB1000R sedia ada di pasaran dilengkapi enjin 998cc 4-silinder penyejukan cecair. Enjin sama yang digunakan pada CBR1000RR Fireblade. Enjin itu menghasilkan kuasa 123.3 bhp pada 10,000 rpm dan tork maksimum 99Nm pada 7,750 rpm. Kuasa itu dipadankan dengan transmisi 6-kelajuan.
Manakala, bahagian rangka CB1000R menggunakan jenis diamond dengan material aluminium yang ringan dan digabungkan dengan lengan ayun juga dari bahan aluminium.
Spekulasi menyatakan versi kemas kini CB1000R itu akan menggunakan enjin dari CBR Fireblade generasi terkini. Tidak cukup di situ, sistem keselamatan membrek juga dilengkapkan dengan teknologi ABS. Bahkan, pakej elektronik juga dipertingkatkan sebagaimana milik CBR1000RR Fireblade versi terbaru antaranya mod tunggangan, kawalan traksi dan anti-wheelie.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kegembiraan jelas terpancar di wajah anak-anak yatim dan balu kepada bekas kakitangan Proton yang pernah berkhidmat apabila diraikan menerusi program Kasih Ramadan 2017 dengan membeli-belah pakaian raya di Jakel, Shah Alam, semalam.
Hadir seawal jam lapan pagi, kesemua 15 keluarga yang terdiri anak-anak yatim diraikan dengan penuh mesra kakitangan Proton yang turut sama membantu dari awal hinggalah selesai.
Program kali pertama anjuran Proton dengan kerjasama Jakel ini dilihat dapat mengurangkan beban ahli keluarga selain memeriahkan sambutan Syawal pada tahun ini.
Biar pun pasti terselit kesedihan kerana sekali lagi pada tahun ini, tidak dapat berhari raya dengan bapa yang telah kembali ke pangkuan Ilahi, namun pengkongsian rezeki oleh Proton ini ibarat mengubat duka di hati insan yang ditinggalkan orang tersayang.
Hadir sama dalam majlis ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali diiringi pihak pengurusan tertinggi Proton, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd, Abdul Rashid manakala bagi pihak Jakel Shah Alam, Pengarahnya Tuan Haji Mohamed Izani Mohamed Jakel turut hadir sama memeriahkan majlis.
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) memperbaharui wajah skuter XMAX250 dengan 4-lenjang 4 -injap silinder tunggal 250cc SOHC penyejuk cecair dengan sister suntikan bahan api (FI) yang dibantu teknologi BlueCore. Kuada kuda dihasilkan 22.5hp @7,000rpm dan tork 25.3Nm @ 5,500rpm manakala transmisi jenis CTV.
Ia di datangkan dengan 3 varian warna matte yang baharu untuk dipilih; Matte Blue, Matte Silver dan Matte Grey.
Ada beberapa ciri menarik yang terdapat di motor ini, antaranya ialah soket 12V untuk mengecas telefon pintar, bar hendal boleh dilarakan secara manual, ruang storan yang boleh memuatkan dua helmet bersaiz XL.
Untuk harganya pula ia masih kekal dengan harga RM 21,500 (tidak termasuk cukai jalan, insurans pedaftaran dan lain-lain.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang