Sudah kerap kali kita dengar akan kes mangsa kehilangan dompet dan barangan berharga akibat perbuatan penyeluk saku.

Kebanyakan kes ini berlaki di kawasan yang mempunyai orang yang ramai. Sebagai contoh rakan sepejabat penulis pernah kehilangan dompet dan telefon bimbit selepas beg galasnya ditoreh dari belakang oleh pencuri.

Namun berbeza dengan kejadian yang dirakamkan oleh rakaman kamera litar tertutup yang dikongsikan oleh sebuah page Facebook, We Are Malaysians.

Pertama kali melihat rakaman video tersebut MASKULIN bagaikan tak percaya melihatkan taktik licik, keberanian serta bagaimana mangsanya seakan tak sedar bahawa beg atau barangan mereka dicuri begitu sahaja.

Menerusi rakaman berdurasi 1 minit 49 saat tersebut seorang lelaki yang berusia pertengahan umur telah dirakam aksinya mencuri daripada mangsanya yang sedang asyik di kedai makan.

Kerap kali kecurian seperti ini berlaku disebabkan mangsa tidak memberikan tumpuan kepada keadaan sekeliling dan cuai menjaga barangan peribadi mereka.

Rakaman tersebut menyaksikan penjenayah tersebut melakukan 3 aksi ‘silap mata’ berbeza untuk mencuri.

BACA: Tip Untuk Elak Jadi Mangsa Penipuan Ketika Membaiki Telefon Pintar!

IKLAN

KEJADIAN PERTAMA

Dalam kejadian pertama dia telah secara senyap-senyap menyelinap dari belakang dan mengambil beg mangsa yang diletakkan di bawah kaki. Dengan selamba sambil berpura-pura bercakap telefon dia berlalu, tunduk dan mengambil beg mangsa.

3 Kes 1 Penjenayah, Bagaikan Ahli Silap Mata Lelaki Ini Mencuri Di Depan Mangsanya

Malah yang lebih mengejutkan lagi beg tersebut telah terjatuh dari tangannya dan dia ambil semula dengan penuh yakin!

Mangsa yang bersama rakannya di meja makan tak menyedari langsung dan seolah tiada apa yang berlaku.

3 Kes 1 Penjenayah, Bagaikan Ahli Silap Mata Lelaki Ini Mencuri Di Depan Mangsanya

IKLAN

KEJADIAN KEDUA

Dalam kejadian kedua pula penjenayah ini lebih berani. Mangsanya kali ini perempuan yang sedang asyik bercakap di meja makan yang nampak seperti di food court. Dia mendekati mangsa dengan duduk di meja belakang.

3 Kes 1 Penjenayah, Bagaikan Ahli Silap Mata Lelaki Ini Mencuri Di Depan Mangsanya

3 Kes 1 Penjenayah, Bagaikan Ahli Silap Mata Lelaki Ini Mencuri Di Depan Mangsanya

Sambil berpura-pura membaca surat khabar dia menghampiri sasaran. Surat kahabr itu juga digunakan sebagai ‘senjata’ untuk melakukan jenayahnya dengan meletakkan ke atas beg yang ingin dicuri. Sekelip mata sahaja dia terus berlalu dengan habuan di tangan.

IKLAN

KEJADIAN KETIGA

Manakala dalam kes ketiga pula penjenayah ini lebih berani. Seorang wanita bersama dua orang kanak-kanak menjadi sasarannya. Menerusi rakaman dia dilihat masuk ke restoran dan menetapkan sasarannya. Sambil berpura-pura bercakap telefon dia berjalan melitasi meja wanita tersebut sambil menarik kerusi yang menempatkan beg mangsa.

3 Kes 1 Penjenayah, Bagaikan Ahli Silap Mata Lelaki Ini Mencuri Di Depan Mangsanya 3 Kes 1 Penjenayah, Bagaikan Ahli Silap Mata Lelaki Ini Mencuri Di Depan Mangsanya

Bukan sekali tetapi dua kali dia menarik kerusi itu kerana ingin membuka ruang buat dirinya mengambil beg tersebut. Setelah itu dia berlalu keluar dari restoran tersebut. Dalam beberapa saat selepas itu pencuri tersebut mengambil beg dari belakang dan hanya tangannya sahaja terlihat di rakaman kamera litar tertutup.

Kepada anda di luar sana sentiasalah berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling apatah lagi jika membawa barangan berharga.

Jangan jadikan diri anda sebagai mangsa bergerak dan sasaran mudah buat penyagak seperti pencuri di dalam rakaman ini. Sama-sama kita lebih peka bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi orang lain di persekitaran. Kita boleh cegat penyangak seperti ini dari lebih berleluasa melakukan kerja jahatnya.

Sumber: We Are Malaysians

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI