Pejam celik pejam celik, esok kita bakal bertemu dengan bulan Ramadan.
Bila nak menyambut bulan puasa ini rata-rata dari kita sibuk membuat persiapan untuk bersahur. Tapi ramai juga yang skip sahur dengan alasan tak lalu nak makan pada waktu pagi. Padahal sama seperti breakfast, sahur ni pun penting untuk membekalkan tenaga supaya korang boleh bertahan sepanjang hari.
Bukanlah pagi-pagi tu dah kena makan nasi kandar atau nasi Arab, tapi kalau bijak memilih menu sahur, insyaAllah anda akan kekal bertenaga ketika berpuasa.
Kami nak kongsikan satu video TikTok yang menarik tambahan lagi kita akan berpuasa selang beberapa hari ini. Seorang pengguna bernama Nur Hashida berkongsi tips sahur supaya kenyang lama sekaligus dapat mengurangkan berat badan. Jom ikuti perkongsian tips beliau.
Kenyang Lama Ketika Berpuasa
1. Makan kurma 3 biji
Ads
Makan kurma adalah sunnah jika di makan dalam bilangan ganjil. Bukan untuk saja-saja, ternyata kurma yang dimakan dalam jumlah ganjil akan memberi kesan yang berbesa jika dibandingkan makan kurma dalam jumlah genap.
2. Minum 2 gelas air kosong
Pada bulan Ramadan, minuman manis dilihat lebih menarik berbanding air kosong, sedangkan air kosong merupakan minuman terbaik untuk memenuhi keperluan cecair tubuh terutamanya apabila kita terpaksa seharian tidak dapat minum air.
Ads
3. Minum milo oat
Milo dan oat merupakan antara makanan yang ringkas dan mudah untuk bersahur. Malah ianya sangat mengenyangkan dan tahan lama dalam perut kita. Cara untuk bancuh milo oat ini adalah dengan letak 1 sachet milo dangan oat dan bancuh dengan air panas.
Sangat mudah disediakan dan yang paling penting dapat memberi kekenyangan dalam waktu yang lama. Lepas ni dah tak ada alasan untuk korang tak mahu bersahur.
Selamat mencuba dan selamat berpuasa.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tak tahan lama ketika bersama pasangan bukan sekadar isu di bilik tidur, tetapi juga boleh menjejaskan keyakinan diri seorang lelaki. Masalah ejakulasi pra-matang adalah antara isu seksual yang paling kerap dihadapi lelaki moden, dan berita buruknya ia boleh berlaku walaupun anda masih muda, aktif bersenam, atau kelihatan sihat di luar.
Kajian kesihatan lelaki menunjukkan hampir 1 daripada 3 lelaki pernah mengalami masalah ini. Bukan saja mempengaruhi prestasi, malah ia mampu menggugat keharmonian rumah tangga jika dibiarkan berlarutan.
Kenapa Lelaki Tak Tahan Lama?
Pakar kesihatan seperti Dr. Samhan menjelaskan, punca utama ejakulasi pra-matang biasanya berpunca daripada sensitiviti berlebihan pada hujung zakar. Saraf yang terlalu responsif menghantar isyarat ke otak terlalu cepat, menyebabkan kawalan pancutan menjadi sukar.
Selain faktor semula jadi sejak muda, masalah ini boleh berpunca daripada:
Keradangan atau luka kecil pada zakar
Kerap onani dengan teknik salah
Pengaruh video lucah yang merosakkan kawalan minda
Tekanan atau kegelisahan ketika bersama pasangan
Kesan Jika Dibiarkan
Keyakinan diri merosot
Hubungan intim dengan isteri menjadi hambar
Suami mula mengelak hubungan kerana malu
Risiko keretakan rumah tangga
Rahsia Lelaki Kembali Perkasa & Dominan
Masalah ini bukan hukuman kekal. Dengan langkah yang betul, anda boleh kembali mengawal stamina dan meningkatkan prestasi:
Latih Kawalan Nafas & Otot Lantai Pelvis Amalkan senaman kegel dengan teknik yang betul dan disertai kawalan nafas ketika bersama.
Teknik Start-Stop & Squeeze Hentikan pergerakan ketika hampir klimaks, tarik nafas dalam dan sambung semula perlahan-lahan.
Ubah Posisi Pilih posisi yang memberi anda kawalan, bukan yang terlalu merangsang pada awal hubungan.
Kurangkan Sensitiviti Dengan Rawatan Selamat Rujuk doktor untuk kaedah mengurangkan sensitiviti tanpa merosakkan saraf.
Gaya Hidup Sihat Elakkan rokok, alkohol dan amalkan pemakanan tinggi protein serta zink seperti tiram, ayam tanpa lemak dan kekacang.
Seorang lelaki maskulin bukan sekadar kuat di gim, tetapi juga mampu bertahan dan memberi kepuasan di bilik tidur. Jangan malu untuk mendapatkan rawatan awal — kerana semakin cepat anda bertindak, semakin besar peluang anda kembali menjadi lelaki perkasa dan dominan seperti yang anda impikan.
Zaman sekarangboleh dikatakan semua benda akan terdapat dalam apps. Begitu juga dengan senaman yang kini boleh dilakukan dengan lebih baik dengan bantuan apps personal training.
Jika dulu kita hanya bersenam mengikut panduan majalah, menonton video dan juga latihan dari jurulatih persendirian. Namun kini penggunaan apps personal training lebih popular. Ia bukan sahaja murah malah boleh digunakan bila-bila masa.
Hanya tekan butang aplikasi dan terus bersenam mengikut arahan dan tip yang diberi! Selain menjimatkan wang ia juga boleh diubah mengikut kesesuaian atau preferences anda.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi 8 apps personal training terbaik untuk anda cuba.
1. Keelo
Di dalam apps ini sahaja terdapat lebih 400 High Intensity Interval Training (HIIT) dan senaman kekuatan ditawarkan kepada pengguna. Anda newbie? Jangan risau kerana apps ini mencipta pelan khas spesifik untuk anda mengikut pengalaman, sejarah dan juga level senaman anda. Setiap hari Keelo mecadangkan jenis senaman berbeza mengikut kesesuaian level anda.
2. Just 6 Weeks
Jika anda mempunyai sasaran senaman yang agak hardcore, apps Just 6 Weeks boleh membantu anda merealisasikannya. Anda akan memulakan ujian senaman fizikal dan apps ini akan membina program cabaran berdasarkan keputusan tersebut. Just 6 Weeks hanya mengambil masa selama 10 minit sehari untuk anda mengikutinya dan anda boleh mencapai pelbagai sasaran.
Penggemar crossfit pasti akan menyukai apps personal training ini. Selain senaman ia memberi panduan kepada penggunanya tentang nutrisi. Selain itu Trifecta juga mempunyai fungsi tracking yang mana lebih 1,000 jenis senaman Crossfit Game yang dibangunkan oleh atlet crossfit, Brooke Ence. Anda juga boleh memasukkan data pemakanan anda dan apps ini akan mengira jumlah kalori yang diambil.
4. 7 Minutes Workout Challenge
Anda tiada masa untuk bersenam? Dengan apps ini anda tak boleh lagi mencipta banyak alasan. Hanya tujuh minit diperlukan untuk melakukan senaman dengan mengikuti panduan daripada 7 Minutes Workout Challenge. Ia datang bersama audi, video dan foto arahan untuk anda melakukan senaman selama tujuh minit. Ia juga membenarkan anda mengesan perubahan berat badan dan stamina anda sepanjang menggunakan apps ini.
5. Runtastic
Anda mahu aplikasi larian yang terunggul? Mungkin inilah jawapannya. Dengan binaan GPS, Runtastic mampu mengesan semua aktiviti anda seperti jarak larian, kelajuan dan juga peningkatan purata kelajuan dalam masa sebenar. Runtastic juga mempunyai maklum balas berbentuk audio yang dicipta untuk meningkatkan larian anda. Bagi anda yang menyertai Virtual Run MASKULIN DARE, ini boleh menjadi apps pilihan anda.
6. Aaptiv
Sejumlah lebih 2,500 jenis senaman menerusi panduan audio tersedia untuk pengguna apps personal training, Aaptiv. Antara jkenis senaman yang tersedia ialah latihan kekuatan, HIIT, larian dan sukan mendayung. Lengkapkan program yang terbina eksklusif untuk anda. Jika taida Wi-Fi, anda boleh muat turun terlebih dahulu agar boleh digunakan secara off-line.
7. Interval Time App
Ia sebuah apps yang sangat ringkas dan mudah. Ia sesuai dijadikan apps personal training asas bagi anda yang melakukan aktiviti larian, akngkat berat, regangan atau bertinju. Interval Time App membolehkan juga anda melakukan kustomasi senaman.
8. Petar
Jika anda ingin cuba corak latihan yang pernah diamalkan oleh atlet Olimpik seperti Deena Kastor dan Kaylin Richardson. Apps interaktif ini akan mengesan biofeedback untuk melakukan adaptasi terhadap prestasi semasa anda. Ia menyediakan ratusan jenis senaman sepeerti HIIT, larian dan juga yoga.
Dah daftar #maskulindare3000km?
Kami dari MASKULIN ingin menjemput team anda menyertai VIRTUAL RUN – MASKULIN DARE 3,000KM. Pendaftaran KETUA KUMPULAN sedang dibuka sehingga 25 Mac (Isnin) ini. Jika berminat, isi CEPAT borang http://bit.ly/TeamLeaderRegistration.
– 15 Mac 2019 hingga 25 Mac 2019 (Ketua Kumpulan) – 26 Mac 2019 hingga 16 April 2019 (Ahli Kumpulan)
Rebut hadiah menarik iaitu:
A) Top 3 Kumpulan:
Tempat Pertama – RM1000
Tempat Kedua – RM700
Tempat Ketiga -RM500
B) Top 3 Individu:
Tempat Pertama – RM500
Tempat Kedua – RM300
Tempat Ketiga – RM100
C) Kumpulan Paling Aktif:
Wang tunai RM1500
Yuran pendaftaran: RM65
Catatan rekod larian sejauh 20KM, anda layak untuk menerima:
1. Medal ?
2. T Shirt ?
3. E-Certificate
Pastinya kita sebagai lelaki dianugerahkan sedikit kelebihan, mampu menahan diri daripada membuang air kecil lebih lama berbanding wanita. Namun, jangan terpedaya! Ramai yang tidak menyedari bahawa tabiat menahan kencing ini sebenarnya boleh membawa padah kepada kesihatan.
Sering kali kita lihat (atau mungkin kita sendiri yang melakukannya) lelaki cenderung menangguhkan atau melambatkan untuk buang air kecil, terutamanya ketika memandu dan berasa malas untuk berhenti di R&R atau stesen minyak. Ingat, jangan sesekali jadikan ia kebiasaan!
Sedarkah anda, air kencing yang ditahan itu sebenarnya adalah sisa kotoran dari tubuh yang perlu disingkirkan secepat mungkin? Menyimpan kotoran dalam badan hanya mengundang pelbagai risiko kesihatan yang tidak diingini.
BERBEZA IKUT USIA
Tabiat menahan diri daripada membuang air kecil jika diamalkan berlarutan boleh memberikan kesan sangat negatif terhadap kesihatan. Akan tetapi ia mempunyai kesan yang berbeza mengikut jantina dan umur.
Sebagai contoh kanak-kanak yang menahan kencing akan berdepan dengan komplikasi lain di masa akan datang. Bagi orang dewasa pula ia boleh menyebabkan jagkitan pada saluran kencing. Malahan dalam kes lebih teruk, ia boleh menyebabkan masalah inkontinens iaitu masalah hilang kemampuan untuk menahan kencing.
Sedar tak sedar seluar sudah basah dek kerana badan sudah tak mampu menahan kencing secara semulajadi.
Dalam kes lebih teruk seseorang berdepan masalah ini boleh terkencing di mana-mana dan bila-bila sahaja. Apabila batuk atau bersin, air kencing boleh keluar tanpa disedari. Bagi mereka yang mengalami kerosakan buah pinggang, uretra yang tersumbat atau pun kerosakan saraf turut berlaku.
Tahukah anda bahawa jika kencing melebihi lapan kali dalam sehari ia merupakan indikasi sesuatu yang tidak normal berlaku. Jangan pula anda mengurangkan jumlah pengambilan air kerana ingin elak tahan kencing kerana itu adalah tindakan salah.
Jika terdapat jangkitan, pesakit perlu dirawat terutamanya mereka yang mengalami pundi kencing terlalu aktif. Antara tanda kencing terlalu aktif adalah sukar menahan kencing, kencing tidak puas, pergi ke tandas melebihi 10 kali sehari dan berlaku kebocoran jika menahannya.
KESAN BURUK
Antara kaedah yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah itu adalah senaman otot untuk mengawal kencing, latihan pundi kencing dan penggunaan ubatan. Masalah tersebut sering berlaku akibat kesibukan kerja yang mengundang masalah malas ke tandas selain ketiadaan kemudahan tandas yang bersih.
Sementara itu, melakukan aktiviti seperti memandu sambil menahan air kencing boleh mengundang bahaya. Perbuatan menahan kencing didapati mempunyai kesan yang sama dengan keracunan alkohol atau tidak tidur selama 24 jam secara berterusan.
“Apabila manusia sampai kepada titik kesakitan, mereka tidak mampu berfikir dan membuat keputusan lagi. Ia sama seperti mabuk,” kata profesor neurologi di Universiti Brown di Providence, Pulau Rhode, Amerika Syarikat (AS), Peter Snyder.
Kajian Synder bersama kumpulan penyelidiknya itu memenangi kategori perubatan anugerah Ig Nobel anjuran majalah Annals of Improbable Research (AIR) di AS baru-baru ini. Ig Nobel memberikan anugerah untuk pelbagai kajian yang dianggap melucukan tetapi kemudian membuatkan orang mula berfikir.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.