Trend mencium dibibir anak-anak kecil bukan suatu yang baru di kalangan masayarakat kita. Perkara ini mendatangkan pelbagai persoalan yang bermain di minda penulis; “Apakah salah jika ibu bapa sendiri mencium bibir anak si kecil?”, “Ada kesan buruk jika melakukannya?”

Viral baru-baru ini apabila di Instagram Che Ta ternyata foto tersebut mengundang kontroversi netizen yang rata-rata tidak bersetuju dengan tindakan aktres cantik itu.

Yang jelas, bukan masyarakat kita saja yang sibuk berdebat dengan isu ini, tapi di barat turut terkena tempiasnya. Musykil? Sebenarnya sayang macam mana sekalipun ibu ayah pada si anak, cium di bibir sama sekali dilarang walaupun mereka masih kecil. Ini sebabnya :

IKLAN

3 Sebab Utama, Ibu Bapa Di Larang Cium Bibir Anak-Anak Walaupun Masih Kecil

1. Merangsang Syahwat

Bibir merupakan kawasan sensitif yang boleh merangsang syahwat. Dr. Charlotte Reznick, ahli psikologi University of California UCLA berkata apabila kanak-kanak mencapai usia 4 hingga 6 tahun, kesedaran seksual mula muncul. Terdapat juga beberapa kanak-kanak yang ksedaran seksual muncul awal, sekitar usia 2 atau 3 tahun. Jadi, ciuman bibir akan menggalakkan kesedaran seksual mereka (nafsu). Beliau menambah, kebiasaan mencium bibir anak dapat membuat si anak mempunyai pemikiran dan menyimpul kegiatan romantis ibu dan bapa mereka.

Why we love SABAH, Borneo! . . . #nature #fresh #iburayfalraysha

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

IKLAN

2. Pendapat Islam

Ada bahagian tertentu yang disarankan untuk dicium iaitu bahagian pipi, seperti yang dilakukan oleh Saidina Abu Bakar kepada puterinya, Aisyah.

“Aku masuk bersama Abu Bakar menemui keluarganya, ternyata Aisyah sedang berbaring kerana diserang demam panas. Maka aku melihat ayahnya, Abu Bakar, mencium pipinya seraya bertanya, “Bagaimana keadaan wahai puteriku?” (HR. Al-Bukhari no.3918)

IKLAN

Walaupun tiada hadis khusus berkaitan hal ini, tetapi sebaiknya tidak digalak untuk mencium bibir si anak.

3. Penyakit

Kita sedia maklum, kanak-kanak mudah terkena virus penyakit walaupun sekadar ciuman di bibir. Ingatlah bahawa mulut boleh memindahkan kuman melalui ciuman bibir, kerana kuman tersebut boleh masuk ke dalam tubuh.
Selagi mereka masih kecil, rasanya tak salah. Tetapi sebaik sahaja si anak kecil mula berasa tidak selesa, lebih baik anda berhenti.. Itu lebih mudah dan orang pun tak bercakap lagi.

Sumber : Wanista

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI