Mesti panik bila anak menangis, isteri pula tiada di rumah. Macam-macam sebab bayi menangis. Perut kembung, rasa tak selesa selepas buang air dan berbagai lagi. Untuk isteri, cara paling cepat ialah dengan bagi nenen. Oklah tu. Sekurang-kurangya ada nenen nak diberi. Kalau untuk suami, apa yang harus dilakukan?

4 Cara Hentikan Baby Menangis Tanpa Susu, Yang Bakal Jadi Ayah Tu Patut Ambil Tahu

Dr. Robert C Hamilton dari California berkata dia telah menemui satu teknik memegang bayi yang boleh membuatkan mereka berhenti menangis. Menurutnya, teknik yang dipanggil ‘The Hold’ itu belum pernah gagal dari membuat bayi berhenti menangis.

Dr Hamilton merupakan Pediatrik (pakar kanak-kanak), dengan lebih 30 tahun pengalaman. Dia telah share teknik tersebut di laman youtube dan sudah memperoleh lebih sejuta penonton.

4 Cara Hentikan Baby Menangis Tanpa Susu, Yang Bakal Jadi Ayah Tu Patut Ambil Tahu

Ads

Mudah je tekniknya. Menurut Dr Hamilton, teknik ini sesuai untuk bayi 3 bulan ke bawah kerana sesuai dengan badan mereka yang masih ringan, mudah untuk ibu bapa melakukannya.

Para ayah nak cuba? Ikut cara di bawah ini.

Ads

1. Pusing/terbalikkan bayi anda seperti posisi meniarap

4 Cara Hentikan Baby Menangis Tanpa Susu, Yang Bakal Jadi Ayah Tu Patut Ambil Tahu

2. Lipatkan kedua-dua tangan bayi dengan tangan anda

4 Cara Hentikan Baby Menangis Tanpa Susu, Yang Bakal Jadi Ayah Tu Patut Ambil Tahu

Ads

3. Tampung punggung bayi dengan tangan kanan anda

4 Cara Hentikan Baby Menangis Tanpa Susu, Yang Bakal Jadi Ayah Tu Patut Ambil Tahu

4. Seterusnya, dodoi bayi anda secara perlahan pada sudut 45 darjah, sambil menyokong bahagian dagu bagi dengan tangan anda.

4 Cara Hentikan Baby Menangis Tanpa Susu, Yang Bakal Jadi Ayah Tu Patut Ambil Tahu

Kalau masih kurang konfiden, korang boleh tengok video oleh Dr Hamilton ini. Suami dan isteri boleh cuba. Bukan hanya suami saja. Takkan si isteri nak bagi nenen saja kan?

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI