Latihan kecergasan yang menggunakan tenaga dan stamina tubuh secara maksima bagi menghasilkan kesan sangat efektif buat otot dan tubuh secara berkesan.
DEADLIFT
Ads
Efektif dengan melakukan pergerakan pantas pada keseluruhan otot tubuh nyata memberikan kesan secara menyeluruh. Lakukan deadlift dengan mengangkat bebanan yang anda mampu lakukan bergantung kepada kekuatan tubuh dan stamina yang dimiliki.
BURPEE OVER BAR
Ads
Lakukan burpee over bar secara berselang dengan deadlift dengan kiraan 5-4-3-2-1 . Turunkan tubuh anda ke permukaan lantai dengan kaki menjurus ke belakang di sebelah deadlift. Lakukan push up lantas berdiri semula dan melompat ke bahagian lain deadlift dengan mengulangi pergerakan yang sama.
KETTLEBELL SWING
Ads
Kettlebell mempunyai beberapa jenis bebanan dan pilih berat yang mampu anda lakukan. Hayunan kettlebell mampu memberi rengan kepada keseluruhan otot utama tubuh anda. Lakukan dengan mengangkat kettlebell dengan kedua belah tangan dan mulakan hayunan hingga ke posisi 70 darjah. Lakukan secara berulang dari kiraan 20-10-5.
GOBLET SQUAT
Kekal menggunakan kettlebell dengan mengaplikasikan sifat fizikal bebanan yang dimiliki. Lakukan squat sambil memegang kettlebell dengan menggunakan kedua belah tangan dan bawa kettebell ke paras dada. Lakukan secara berulang dari kiraan 20-10-5.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pertumbuhan sukan pickleball di Malaysia kini memasuki fasa yang lebih serius apabila kejohanan kebangsaan pertamanya Gatorade Malaysia Closed 2025 diumumkan secara rasmi.
Dengan penyertaan pemain dari seluruh negara, kejohanan ini bukan sekadar pertandingan pertama seumpamanya tetapi simbol perkembangan pesat sukan ini yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.
Dianjurkan oleh Malaysia Pickleball Association (MPA) dan dikoordinasikan bersama Kuala Lumpur Pickleball Association (KLPA), kejohanan ini membuka peluang kepada atlet terbaik negara untuk bersaing bagi ranking nasional rasmi.
Ia juga menandakan permulaan ekosistem kompetitif yang lebih tersusun bagi sukan yang sebelum ini lebih sinonim sebagai aktiviti rekreasi.
Gatorade Malaysia Closed 2025 dijadual berlangsung dari 5 hingga 8 Disember 2025 di PickleDepot di Sentul Depot. Para peserta akan bertanding dalam kategori Lelaki Perseorangan, Wanita Perseorangan, Beregu dan Beregu Campuran.
Penyertaan hanya dibuka kepada pemain Malaysia, sekali gus menjadikan kejohanan ini medan paling penting untuk menentukan kedudukan sebenar atlet tanah air dalam dunia pickleball.
Sebagai penaja utama dan rakan hidrasi rasmi, Gatorade menekankan komitmen mereka terhadap pembangunan atlet dan komuniti sukan Malaysia.
Menurut Amy Gan, Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn. Bhd., “Gatorade sentiasa berdiri atas prestasi, sains dan kemajuan. Pickleball ialah sukan yang memerlukan kelincahan, daya tahan dan pemulihan pantas.
“Kami menyokong pemain harian untuk menemui potensi mereka, meningkatkan permainan dan bersaing di pentas kebangsaan. Beyond sponsorship, kami mahu membina ekosistem sukan yang melahirkan atlet berdisiplin dan resilient.”
Kenyataan ini menggambarkan peranan Gatorade bukan sekadar penaja tetapi penyokong aktif dalam membentuk komuniti sukan yang lebih kompetitif.
Peranan kejohanan ini dalam membina masa depan sukan pickleball turut ditegaskan oleh YB Dr. Kelvin Yii, Penasihat Malaysia Pickleball Association.
“Kejohanan ini menandakan bab baharu yang menarik untuk pickleball di Malaysia. Dengan menyediakan laluan kompetitif yang jelas, kita sedang membina asas bagi pembangunan bakat jangka panjang dan kehadiran nasional yang lebih kukuh dalam sukan ini,” jelasnya lagi.
Minat terhadap sukan ini kini melonjak. Daripada sukan santai kepada platform pembangunan komuniti dan gaya hidup aktif, Gatorade Malaysia Closed 2025 menjadi pemangkin kepada struktur pertandingan yang lebih tersusun.
Kejohanan empat hari ini akan berlangsung mengikut peraturan rasmi bagi memastikan keadilan dan standard pertandingan setara dengan kejohanan antarabangsa. Penonton boleh hadir menyaksikan sendiri aksi atlet tempatan di Sentul Depot atau mengikuti sorotan melalui Instagram @gatorademalaysiaclosed2025.
Pendaftaran akan ditutup pada 30 November 2025 atau apabila semua slot penuh.
Kejohanan ini bukan sekadar menonjolkan bakat tempatan tetapi turut menegaskan komitmen Gatorade dalam mempromosikan gaya hidup sihat, peluang inklusif serta pertumbuhan sukan baharu di Malaysia.
Dengan struktur pertandingan lebih kukuh, sokongan organisasi dan penglibatan komuniti yang semakin meluas, pickleball kini berada di landasan tepat untuk menjadi antara sukan paling berkembang di Malaysia.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Paru-paru adalah antara organ utama yang penting dalam tubuh manusia untuk fungsi pernafasan. Manusia bernafas sekurang-kurangnya 20,000 kali dalam sehari dan bekerja 24 jam tanpa henti.
Ia bertugas menyedut masuk udara bersih untuk mencerna oksigen dan mengeluarkan kembali sisa gas yang tidak diperlukan ke ruangan atmosfera dalam kitaran proses respirasi. Umpama penapis udara di dalam enjin kenderaan, ia perlu selalu dijaga bersih. Semakin banyak enapan gas kotor atau bendasing, semakin kurang efisien prestasi enjin.
Tapi 7 fakta menarik ni mungkin korang tak tahu lagi.
1. Penyelam bebas mampu menahan nafas selama lebih dari 20 minit.
Rata-rata orang dewasa berkebolehan untuk menahan nafas mereka selama 30 hingga 60 saat. Tapi penyelam bebas mampu untuk menguasai berbagai teknik, seperti hiperventilasi, untuk mengurangkan konsentrasi karbon dioksida di dalam darah, yang membolehkan mereka untuk menahan nafas untuk waktu yang sangat lama.
2. Paru-paru satu-satunya organ mampu terapung di atas air.
Setiap paru-paru manusia mengandung sekitar 300 juta struktur seperti belon yang dikenali sebagai alveoli, yang menggantikan karbon dioksida di dalam darah dengan oksigen. Ketika alveoli dipenuhi dengan udara, paru-paru anda akan dapat terapung di atas air.
3. Bersin mempunyai kekuatan yang hebat.
Bersin adalah refleks involunter yang tidak mudah untuk dihentikan dan terjadi begitu saja. Pergerakan bersin dapat mencapai lebih dari 150 kilometer sejam serta mampu menjangkau jarak hingga lima meter. Bahkan, sekali anda bersin, ada sekitar 100.000 kuman bakal dilepaskan seorang manusia itu ke udara.
4. Barah paru-paru merupakan pembunuh yang berbahaya.
Menurut sebuah penelitian, barah paru-paru boleh menjadi pembunuh yang lebih ganas dibandingkan beberapa jenis barah yang lainnya, seperti barah payudara, usus besar, dan barah prostat. Adapun penderita barah paru-paru 81 peratus ada diantaranya yang berusia di atas 60 tahun.
5. Wow! Orang normal dalam keadaan rileks mempunyai sekitar 16 nafas per minit.
Manusia secara umumnya akan bernafas sekitar 960 kali setiap jam, 23.040 kali sehari, dan 8.409.600 kali setahun. Seseorang yang hidup sehingga mencapai usia 80 akan bernafas pada sekitar 672.768.000 kali dalam seumur hidup mereka.
6. Manusia boleh hidup dengan hanya ada satu paru-paru
Manusia masih mampu untuk hidup walaupun salah satu paru-parunya dikeluarkan. Ketika salah satu paru-paru dikeluarkan, paru-paru di sebelahnya akan mengembang untuk mengambil beberapa ruang yang kosong. Namun begitu orang yang memiliki satu paru-paru tidak akan mampu bersenam sekeras orang dengan dua paru-paru yang berfungsi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Walaupun ramai mengetahui yang sarapan pagi sememangnya penting, namun ia masih lagi diabaikan oleh sesetengah orang yang sering memberi alasan ingin bergegas setiap pagi ke tempat kerja atau ke kelas. Lelaki tak suka bersarapan dikatakan lelaki yang lebih cepat tua. Benarkah dakwaan ini? Jom kita ketahuinya.
5 keburukan tidak mengambil sarapan pagi dan bekerja dengan perut kosong
1. Refleks perlahan
Sarapan merupakan sumber tenaga utama untuk prestasi fizikal dan mental yang lebih aktif.
Tanpa pengambilan sarapan pagi, badan akan mengalami kekurangan bekalan gula, mengakibatkan kehabisan tenaga, keletihan, tumpuan lemah, kemurungan dan refleks perlahan.
2. Kecekapan kerja menurun
Selepas tidur semalaman, nutrisi badan anda berkurangan dan paras gula pula sering jatuh pada kadar minimum.
Mengelak makan sarapan menghalang tubuh badan untuk menambah gula dalam darah, menyebabkan simptom-simptom seperti pening, lemah badan dan kemurungan, lantas mempengaruhi prestasi kerja.
3. Cenderung menjadi obesiti
Sesetengah orang menganggap mengelak sarapan pagi dapat mengurangkan kalori dengan harapan untuk mengurangkan berat badan.
Namun, mengelak sarapan pagi akan menyebabkan lebih mudah lapar menjelang waktu makan tengah hari dan sekaligus mendorong untuk makan secara berlebihan.
Akhirnya, pengambilan karbohidrat organik secara berlebihan menyebabkan cubaan kurangkan berat badan menjadi lebih sukar dan cenderung kepada obesiti.
4. Sembelit
Apabila tiga hidangan dalam sehari diambil secara tetap, tubuh secara automatik akan memelihara pergerakan usus dengan lebih efektif.
Jika anda sering mengelak sarapan pagi, dalam jangka masa panjang ia akan mengganggu ritma normal ini dan sekali gus boleh menyebabkan berlakunya sembelit.
5. Penuaan pra-matang
Apabila badan mengalami kekurangan sumber tenaga, ia mula membakar tenaga daripada simpanan glikogen dan protein. Dalam jangka masa yang lama, ia bakal menyebabkan kulit menjadi kering, berkedut dan anemia. Dan ini bererti anda akan lebih cepat jadi tua!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang