Adakah anda pernah berada pada situasi ini. Rakan anda mengambil makanan dengan kerap dalam masa sehari seperti nasi lemak, ayam goreng, mi goreng dan tidak melakukan senaman tetapi tidak pula badannya tergolong dalam obesiti. Anda punyalah susah mengawal diet tidak pula kurus macam kawan anda tu. Adakah anda berasa pelik? Adakah anda patut menyerah kalah?
Keradaan ini ada berkait rapat dengan kadar metabolisme dan genetik seseorang. Secara ringkasnya, metabolisme adalah proses kimia yang menukar bahan makanan ke dalam bentuk tenaga. Ada orang yang dilahirkan dengan metabolisme tinggi, jadi dia sukar mendapat kegemukan. Manakala orang yang mempunyai metabolisme rendah mudah mendapat kegemukan. Metabolisme akan mula menurun pada umur 25 .
Semakin meningkat umur seseorang tu, makin rendah metabolismenya. Kita akan perasan orang yang berumur 30 tahun nampak sedikit gemuk dan seterusnya. Kadar metabolisme seseorang itu berbeza mengikut jantina, umur, genetik, tahap aktif, dan sebagainya.
Untuk mengelakkan seseorang tu menjadi obesiti, ia bergantung pada berapa cepat kadar metabolismenya. Metabolisme boleh di tingkatkan dengan beberapa cara selain bergantung pada genetik. Salah satu caranya adalah meningkatkan penggunaan tubuh badan dengan menambah otot-otot. Lagi banyak otot seseorang itu, lagi banyak jumlah kalori untuk dibakar.
Cara meningkatkan Metabolisme
Ads
– Melakukan ‘weight training’
– Senaman kardiovaskular
-Minum air secukupnya
-Jangan elak makan pada waktu yang ditetapkan
-Aktifkan tubuh anda dengan aktiviti harian
Ads
Goblet Squat
Senaman squat penting kerana senaman ini menggunakan pelbagai otot kaki berbanding dengan senaman yang lain. Lagi banyak otot digunakan maka lagi banyak kalori di perlukan untuk dibakar. Letakkan dumbbell di hadapan anda dengan merapatkan siku ke badan. Mulakan squat dengan posisi berdiri tegak, pandang ke hadapan. Squat serendah 90 darjah dan ulangi langkah ini sebanyak 30 kali.
Ads
Static Reverse Lunge
Berdiri dengan membuka kaki anda, langkah ke belakang dengan jarak yang optimal dan pastikan tubuh dalam keadaan stabil. Semasa anda melangkah ke belakang, pastikan anda dalam posisi 90 darjah. Tolak kembali tubuh anda ke hadapan. Sekiranya mudah bagi anda, tambah bebanan dengan meningkatkan berat dumbbell. Lakukan sebanyak 30 kali.
T Formation Press-up
Senaman bagi meningkatkan kekuatan pada oblique serta otot abdominal anda. Mulakan pada posisi push up, kemudian pusing ke kanan jadi berat badan anda akan diletakkan pada tubuh badan anda di bahagian kiri kemudian tukar posisi. Lakukan sebanyak 30 kali.
Mountain Climber
Mulakan dengan posisi seperti push up. Kemudian, angat satu kaki anda dan rapatkan lutut pada dada. Sentuh kembali kaki pada lantai dan lakukan pada sebelah kaki lagi. Lakukan senaman ini selama 1 minit.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
DUNIA HARI SERING MEMBINCANGKAN TENTANG KEPINCANGAN MASALAH YANG DIHADAPI OLEH GOLONGAN YANG MEMPUNYAI BERAT BADAN BERLEBIHAN. FOKUS TERHADAP MEREKA LEBIH DIBERI PERHATIAN WALAUPUN IA SEPERTI GELANDANGAN DALAM DUNIA KESIHATAN.
Mereka yang tidak bertauliah, diangkat sebagai pakar dalam kesihatan hanya kerana mereka memegang tiket pengalaman. Lambakan pelatih kecergasan menjadikan ramai antara pakar diet dan nutrisi tidak mendapat perhatian secukupnya dari umum. Mungkin ada antara mereka yang mengatakan bahawa, pakar-pakar ini boleh menempah nama di arena perubatan, namun tahukah anda bahawa pakar-pakar yang mempunyai pengetahuan dan sedia untuk membatu orang awam lebih tepat kaedahnya dari mereka yang hanya berlandaskan pengalaman dan bahan bacaan sampingan?
PAKAR NUTRISI DAN PAKAR DIET?
Adalah baiknya jika anda yang mempunyai masalah berat badan bertemu dengan Pakar Nutrisi atau Pakat Diet. Jangan keliru dengan dua jawatan ini, Pakar Nutrisi dan Pakar Diet keduanya adalah expert di bahagian pemakanan dan nutrisi. Mereka mengkaji bagaimana diet dan pemakanan dapat menjejaskan kesihatan tubuh badan. Secara amnya, Pakar Diet adalah profesion yang lebih khusus kerana mereka menerima latihan profesional dalam pemakanan dan secara tidak langsung, terlibat dalam diagnosis dan rawatan penyakit dengan membantu merancang makanan untuk menguruskan gejala masalah kesihatan. Sebaliknya, seorang Pakar Nutrisi pula mengajar pelanggannya mengenai khasiat pemakanan dan menumpukan kepada isu tingkah laku makanan pada diri. Secara ringkasnya, Pakar Diet boleh dianggap sebagai Pakar Nutrisi tetapi tidak semua Pakar Nutrisi boleh dianggap Pakar Diet.
Jika pada awalnya tadi penekanan terhadap penurunan berat badan, kami berkesempatan untuk bertanyakan kepada Pakar Diet berkenaan dengan mereka yang mempunyai masalah dalam menambah berat badan. Mungkin penekanan terhadap pengurangan berat badan terlalu meluas sehinggakan mereka yang susah untuk menambah berat terabai. Fakta mengatakan bahawa mereka yang tidak mencapai BMI normal atas sebab berat badan rendah, akan mengalami pelbagai penyakit dan ia dianggap tidak sihat. Ini suatu perkara yang tidak boleh diambil mudah. Banyak perkara yang perlu dititikberatkan jika dikaitkan dengan berat badan rendah ini.
FAKTOR BERAT BADAN RENDAH
Faktor kekurangan berat badan adalah sangat meluas. Antara faktor tersebut adalah faktor genetik, faktor metabolik, faktor kesihatan ataupun faktor masalah psikologi seperti anorexia. Sama ada seseorang yang kurang berat badan ingin menambahkan berat badan atau tidak, boleh menjadi satu persoalan kesihatan ataupun pilihan individu untuk meningkatkan penampilan diri atau prestasi bersukan. Adalah sangat bermanfaat jika seorang individu yang kekurangan berat badan untuk mengamalkan pengambilan protein dan diet tenaga yang tinggi bagi membantu penambahan berat badan mereka.
Makanan yang mempunyai protein yang tinggi:
Daging, Ayam dan Ikan
Telur
Produk tenusu contohnya susu, keju dan yogurt (termasuk jenis soya dan bebas laktosa)
Kekacang
Alternatif daging seperti tauhu atau daging vegetarian.
Makanan yang mempunyai tenaga yang tinggi:
Produk tenusu krim penuh
Marjerin, mentega, berpakaian salad, minyak berasaskan tumbuhan
Krim, coklat, es krim, gula-gula, kek
Alpukat
Walaupun pengambilan makanan tenaga tinggi adalah disyorkan, tetapi seseorang perlu berhati-hati mengambilnya terutama bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang sedia ada misalnya, diabetes, hyperlipidaemia dan penyakit kardiovaskular. Mereka harus meminimumkan makanan yang mempunyai lemak tepu atau gula yang tinggi dan memilih makanan yang sihat.
TIGA PETUA DIET UTAMA UNTUK MEREKA YANG KURANG BERAT BADAN DAN TIP UNTUK MEMPUNYAI BMI YANG SIHAT?
Bagi meningkatkan berat badan yang berkesan, kira-kira 500 hingga 1000kcal (2100 hingga 4200kJ) perlu ditambah kepada makanan harian untuk keperluan tenaga yang dianggarkan mengikut berat badan semasa. Ini bermakna jika individu memerlukan 1500kcal untuk mengekalkan berat badan sekarang, 2000 hingga 2500kcal diperlukan untuk meningkatkan timbangan berat badan. Berikut adalah tiga petua diet untuk membantu mempercepatkan peningkatan kalori yang diperlukan untuk menggalakkan peningkatan berat badan untuk individu yang kurang berat badan.
Petua 1: Makan lebih kerap dengan memakan snek di antara waktu makanan. Cuba memilih snek yang mempunyai protein dan tenaga yang tinggi. Antara snek yang dicadangkan adalah produk tenusu, sandwic dengan pengisian mentega kacang atau telur/ayam/ tuna dengan mayonis/ alpukat/ keju atau kekacang.
Petua 2: Pengambilan makanan secara tetap dengan hidangan yang besar. Orang yang kurang berat badan perlu memberi keutamaan pada waktu makan yang teratur bagi mengelakkan diri daripada tidak makan. Mereka harus mempunyai sekurang-kurangnya tiga waktu makanan setiap hari dan belajar untuk makan dengan hidangan yang banyak. Sebagai contoh, makan dengan hidangan protein yang banyak ataupun makan atau minum dari gelas dan mangkuk yang besar. Sesetengah orang yang kurang berat badan mungkin terbiasa dengan porsi yang lebih kecil, jadi tingkatkanlah hidangan makanan secara beransur-ansur.
Petua 3: Memperkayakan minuman harian anda. Air kosong adalah sumber cecair yang baik untuk penghidratan tetapi air kosong tidak mempunyai kalori. Minuman lain pula menyediakan cara yang mudah untuk meningkatkan kalori. Susu adalah asas yang baik untuk minuman berkhasiat kerana ia mempunyai protein dan tenaga yang tinggi. Sebagai contoh, menambah susu kepada Milo, Horlicks atau kopi dapat meningkatkan kalori minuman tersebut. Selain itu, jus juga merupakan minuman lain yang menyediakan kalori tambahan dalam pemakanan kerana enam gelas jus oren menambah kira-kira 500kcal kepada pengambilan harian anda.
PENGAMBILAN PROTEIN SHAKE ATAU SUPLEMEN PENAMBAH BERAT BADAN
Suplemen pemakanan seperti Ensure, Nutren Optimum dan Sustagen sangat berkesan apabila digunakan sebagai sebahagian daripada diet berat badan. Suplemen ini boleh dijadikan sebagai tambahan kepada makanan biasa kerana ia adalah berkhasiat, mudah disediakan dan mudah dimakan untuk meningkatkan pengambilan kalori. Suplemen ini boleh diambil bersama makanan ataupun di antara masa makanan.
JENIS SENAMAN YANG PERLU DILAKUKAN?
Untuk meningkatkan berat badan, individu yang kurang underweight perlu bersenam untuk membina otot, dengan tumpuan terutamanya pada latihan stamina. Aktiviti fizikal dapat menggalakkan peningkatan berat badan yang sihat dari kedua-dua otot dan lemak dan bukan dari lemak sahaja.
Menjadi seorang yang underweight bukanlah satu penyakit namun ia boleh menjadi gejala atau akibat yang boleh mendatangkan pelbagai masalah kesihatan. Seseorang yang sihat dalam berat badan semasa mereka (walaupun BMI rendah) boleh memilih untuk tidak meningkatkan berat badan kerana tiada sebab untuk berbuat demikian. Mereka yang underweight kerana maslah kesihatan atau kekurangan makanan mungkin akan mendapat manfaat daripada diet plan ini. Ia juga sama pentingnya untuk menentukan punca penurunan berat badan dan merawat penyakit yang mendasari. Seseorang yang kekurangan nutrisi boleh menjejaskan organ-organ tertentu dan juga boleh menyebabkan kehilangan tenaga. Selain itu, mereka akan lebih cenderung kepada kecederaan, jangkitan dan imej tubuh yang terdistorsi. Anda harus mempertimbangkan berunding dengan doktor atau pakar diet jika anda mengalami penurunan berat badan yang mendadak secara tidak sengaja.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Apakah yang dimaksudkan dengan hidung berdarah? Hidung berdarah atau (epistaksis) biasa berlaku apabila salur darah kecil kapilari di rongga hidung pecah.
Apakah punca hidung berdarah?
Kecederaan di hidung
Udara yang terlampau sejuk atau kering
Menghembus hidung dengan kuat
Terlalu kerap bersin
Ketumbuhan dalam rongga hidung
Apakah yang perlu dilakukan? Jangan panik sekiranya hidung berdarah.
Rawatan segera:
Duduk dan tunduk ke hadapan
Bernafas melalui mulut dan picit hidung di bahagian yang keras selama 10 minit
Terus picit hidung dan letakkan pek ais di bahagian hidung antara mata
Selepas 10 minit, berhenti picit hidung dan periksa sama ada darah telah berhenti
Elak dari bersin, menghembus atau mengorek hidung
Pergi ke klinik atau hospital yang berdekatan untuk pemeriksaan lanjut oleh doktor
Sumber: myhealth.gov.my
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Putih telur mungkin kurang digemari kerana rasanya yang tawar berbanding telur kuning yang berlemak.
Sebenarnya diet dengan putih telur mampu memberi impak yang besar jika anda ingin kurus. Sebiji putih telur memberikan 4 gram protein tanpa lemak dari kuning telur.
Cara terbaik makan putih telur adalah dengan kaedah merebus atau memasaknya terlebih dahulu.
Ia tidak boleh dimakan mentah kerana putih telur mengandungi kandungan tertentu dari telur yang menghalang anda untuk mendapatkan manfaatnya jika tidak dipanaskan dalam suhu tertentu.
Makan sebiji putih telur ketika bersarapan membuatkan perut kenyang lebih lama. Telur yang tinggi kandungan proteinnya akan memberi signal ke otak bahawa makanan protein lebih cepat dicernakan.
2. Kuatkan otot tubuh
Protein sangat penting untuk menguatkan otot dan protein tersebut dapat diperoleh dengan cara makan putih telur. Setelah bersenam pastikan anda makan putih telur rebus. Cara ini akan meningkatkan kekuatan pada otot tubuh.
3. Baik untuk saraf dan fungsi otak
Putih telur mengandung kolin iaitu sebuah nutrisi yang dapat membantu melancarkan proses metilasi atau proses pembentukan sel DNA. Selain itu, putih telur juga dapat memaksimakan fungsi saraf dan otak serta membantu membuang racun dari dalam tubuh.
4. Cegah katarak & migrain
Putih telur diperkayakan dengan kandungan riboflavin yang diperlukan oleh tubuh untuk mencegah penyakit-penyakit tertentu seperti katarak dan migrain. Ia juga dapat mencegah pelbagai penyakit seperti serangan jantung dan penyakit tulang.
5. Tidak mengandungi kolesterol
Putih telur tidak memiliki kandungan kolesterol sehingga ia sangat baik diamalkan jika anda sedang menerapkan pola diet yang sihat. Jadi amalkan pemakanan putih telur untuk manfaat kurus anda kerana ia membuatkan perut kenyang lebih lama.
6. Meningkatkan kesihatan kulit
Telur mengandungi kolagen di dalam membran yang hadir di luar putih telur. Jadi jika anda ingin memiliki kulit yang sihat, masukkan putih telur dalam makanan kita. Bukan hanya mencegah kedutan, putih teur juga boleh memberi nutrisi yang diperlukan oleh kulit.
Jangan guna minyak untuk menggoreng dan jangan makan telur putih bersama sos. Ini kerana kaedah menggoreng dengan minyak akan menghilangkan manfaat yang ada pada putih telur. Jadi jika anda ingin menggunakan minyak untuk menumis, pilihlah minyak zaitun.
2. Amalkan selama 7 hari
Makan telur setiap pagi, sayur, daging, ayam atau makanan laut pada waktu tengah hari dan telur untuk makan malam (sebelum 8 malam).
3. Gantikan makan tengah hari dengan putih telur
Gantikan makan tengah hari anda dengan putih telur. Dengan makan tiga biji putih telur rebus, anda telah menggunakan 177 kalori termasuk 169 kalori dari lemak.
4. Ganti putih telur ketika makan malam
Gantilah putih telur dengan sumber protein lain ketika makan malam (makan sebelum jam 8 malam). Makan tiga biji putih telur yang besar bersamaan dengan anda makan tiga ons daging. Anda telah menggunakan 212 kalori dan 99 di antaranya berasal dari lemak.
5. Amalkan pemakanan yang seimbang
Salah satu perkara penting nak kurus adalah mengamalkan pengambilan makanan seimbang. Walaupun diet putih telur tidak menampakkan keseimbangan dalam pelan pemakanan, ia berfungsi untuk menurunkan paras kandungan gula seterusnya memudahkan proses mengurangkan lemak badan yang mungkin dah lama jadi ‘kilang haram’ dalam badan anda.
Disebabkan putih telur mengandungi protein yang cukup tinggi, ia juga boleh menimbulkan alahan pada sistem tubuh seseorang. Oleh sebab itulah bayi di bawah usia setahun tidak digalakkan makan telur atau putih telur. Seiring dengan penambahan usia, alergi seseorang itu akan hilang dengan sendirinya.
2. Kandungan natriumnya tinggi
Natrium yang tinggi dapat meningkatkan tekanan darah seseorang. Bagi yang nak buat diet putih telur, anda dinasihatkan berjupa dengan doktor terlebih dahulu dan periksa tekanan darah sama ada anda boleh meneruskan pengambilan putih telur dalam diet makanan anda atau tidak.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Flushing aircond kereta, apa, bila dan kenapa penting. Sistem penghawa dingin atau aircond kereta bukan sekadar untuk keselesaan, ia adalah satu keperluan, lebih-lebih lagi di negara beriklim panas seperti Malaysia.