Pernah tak anda mengalami ulser mulut yang berleluasa? Sampai nak mengunyah pun sakit mulut. Ramai yang membuat keputusan untuk ke klinik untuk mendapatkan rawatan, namun ubat yang sesuai masih tidak ditemui. Apa yang menariknya, ramai antara anda yang sanggup membiarkan mulut anda sakit sampai akhirnya ia akan pulih sendiri dalam masa beberapa minggu.
Antara punca anda sering mendapat ulser adalah cara pemakanan anda. Jika anda jarang minum air masak, ia akan menjadikan badan anda kurang hidrat dan ini antara punca ulser pada mulut anda. Antara punca lain juga merupakan faktor cuaca yang terlampau panas ataupun hujan tidak tentu masa.
Tahukah anda bahawa selain daripada membiarkan mulut anda tu sakit sepanjang masa sehinggakan anda tidak dapat menikmati makanan yang disediakan, anda juga boleh cuba beberapa cara mudah dan cepat sembuh apabila mulut anda sakit.
Madu
Ads
Madu memiliki sifat antibakteria yang bagus untuk menghilangkan ulser mulut. Dalam masa yang sama, ia melembapkan dan menggalakkan proses penambahan tisu baru. Anda boleh minum atau sapukan madu asli pada ulser anda.
Baking Soda
Selain daripada dapat mencantikkan barang terpakai, menghapuskan kotoran degil, baking soda juga mampu untuk menghilangkan ulser pada mulut anda. Jadi, kalau tak ada barang lain dalam rumah, boleh menggunakan baking soda. Apa yang anda perlu lakukan adalah sapu bahagian ulser anda itu.
Ads
Garam
Rasanya ramai antara anda yang mengamalkan kaedah ini jika mulut mempunyai ulser. Garam membantu untuk neutralkan kembali suhu dalaman anda disamping dapat mempercepatkan proses pulih bibir pecah anda. Anda boleh kumuh dengan air larutan garam, atau letakkan secubit garam pada bahagian ulser anda.
Tuamkan dengan uncang teh
Ads
Rendamkan uncang teh yang telah direndam ke bahagian mulut / bibir yang terdapat ulser selama 5 minit. Teh adalah sejenis bahan beralkali. Maka, ia dapat membantu meneutralkan asid yang menyebabkan rasa sakit pada ulser mulut.
Sapukan Gel Oral
Gel oral seperti Bonjela atau Oral Aid adalah antara ubat yang sering disyorkan dan ia boleh didapati di farmasi. Gunakan mengikut arahan pada label dan ikut preskripsi daripada ahli farmasi.
Sumber: Siraplimau
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
“Fashion is about dressing according to what’s fashionable. Style is more about being yourself.”- Oscar de la Renta
Berapa jumlah wang yang anda laburkan untuk membeli sehelai baju? Dan bagaimana anda memilih rekaan baju itu? Adakah dari jenama nya atau rekaan yang bersesuaian dengan gaya anda sendiri?
Saya akui, hari ini rata-rata dari kita adalah brand concious. Membeli hanya dari jenama mewah untuk disarungkan di tubuh mereka.Terlalu memilih. Masalahnya, mereka menganggap apabila menyarungkan helaian mewah dari jenama seperi Prada, Gucci , dan Louis Vuitton, mereka ini adalah golongan yang menghargai fesyen. Seolah-olah memahami konsep berfesyen itu. Walhal, semakin kita selami erti fesyen itu, semakin kita kenal corak industri fesyen yang tidaklah berpaksikan hanya pada jenama semata-mata.
Tidak bermakna jika anda membeli sehelai jumper yang berharga RM 2,000 anda sudah layak mengelar diri anda sebagai pencinta fesyen. Pengikut trend. Mahupun seorang fashionista. Saya kira ada sahaja dikalangan kita yang berbelanja besar serba mewah namun tiada elemen “fesyen” dalam penggayaannya. Asalkan baju yang disarungkan itu dari Prada, dan celananya rekaan Givenchy, sudah berdiri megah kononnya stail nya itu sangat ‘fesyen’. Salah belaka.
“A person who follows trends in the fashion industry obsessively and strives continually to adopt the latest fashions”
Industri fesyen ini sungguh luas. Luasnya sehingga meliputi pelbagai aspek termasuklah dari pilihan design untuk rekaan aksesori. Begitu juga dari segi stail dan penggayaan. Maksud saya, bisa saja jika anda membeli sehelai t-shirt putih yang berharga RM10 dan dipadankan dengan jaket ala Louis Vuitton berharga RM35 serta diserasikan dengan celana hitam berharga RM17 untuk anda menhasilkan stail yang tip-top. Asalkan tahu bagaimana untuk mix and match sudah cukup membantu dalam mencipta satu total look yang lebih berstail dan “fesyen”. Nah! Terang lagi bersuluh, bukan sekadar wang semata-mata, malahan pendekatan ilmu dalam fesyen juga penting untuk menghasilkan gaya yang menarik, relevan namun bijak mengatur kos belanja.
“Create your own style. Let it be unique for yourself and yet identifiable for others.” – Anna Wintour
Menurut Anna Wintour, ciptalah gaya kita sendiri. Gaya yang bisa unik untuk kita sendiri dan memberi impak besar pada orang ramai sehingga kita dikenali ramai orang. Terang lagi bersuluh. Untuk mencipta impak dalam gaya berfesyen anda, ia tidaklah sekadar memandang kepada jenama sesebuah produk, malahan ia lebih kepada bagaimana kita bermain dengan kuasa warna, rekaan, dan juga bijak dalam proses suai padan yang mampu menaikkan aura karisma anda. Apa yang penting, sentiasa yakin dengan gaya penampilan anda supaya dapat dilihat sebagai seorang yang bold dalam personaliti, juga seorang yang sharp dalam berfesyen.
Jadi, cuba kembangkan kreativiti dalam penggayaan fesyen anda dengan membeli helaian baju di kedai bundle seperti di uptown. Why not?
Sejak beberapa tahun ini, golongan lelaki dilihat lebih gemar memakai kurta, lebih-lebih lagi di hari Jumaat untuk menghadiri solat Jumaat di masjid. Berbanding dahulu,Baju Melayu sering menjadi pilihan utama lelaki.
Artikel kali ini, MASKULIN akan kongsikan beberapa faktor mengapa kurta lebih menjadi pilihan lelaki berbanding Baju Melayu.
Perkara utama yang sering dipertimbangkan lelaki dalam berpakaian adalah keselesaan. Rekaan kurta tanpa berkolar sering menjadi pilihan kebanyakan lelaki. Sesetengah lelaki kurang gemar memakai Baju Melayu berkolar Cekak Musang kerana kurang selesa.
Jika anda perhatikan, ramai lelaki tidak gemar memakai Baju Melayu secara lengkap. Baju Melayu lengkap merangkumi baju dan seluar, dan lebih lengkap jika bersamping. Atas faktor keselesaan dan ingin kelihatan lebih santai, ramai lelaki gemar memakai bahagian baju sahaja dan digandingkan dengan seluar yang lain.
Kurta pula merupakan baju sahaja tanpa seluar. Oleh itu, ia bebas digayakan dengan seluar biasa dan tiada ‘peraturan’ pemakaian lengkap bagi kurta.
Bukan sahaja untuk menghadiri aktiviti kerohanian di masjid, ia juga boleh di pakai untuk harian dan menghadiri majlis-majlis perkahwinan. Jika anda tahu cara untuk menyuai padankan kurta dengan seluar yang bersesuaian, anda pasti boleh menghadiri pellbagai acara dengan memakai kurta.
Suai padankan dengan kain pelikat untuk ke masjid, ataupun seluar slack mahupun khaki untuk menghadiri majlis perkahwinan. Jika ingin kelihatan santai untuk aktiviti harian, padankan dengan seluar jeans atau apa-apa seluar bagi bagi penampilan yang lebih moden.
Bagaimanapun, masih ramai yang menggemari Baju Melayu kerana nilai tradisionalnya. Yang penting, hormati nilai pakaian budaya dan usah biarkan nilai keasliannya hilang dibawa arus kemodenan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Gandakan keyakinan diri dengan kulit wajah yang bersih dan sihat sepanjang hari. Meski kelihatan sedikit feminin untuk berlulur wajah dengan produk masker, namun keperluan ini harus dijadikan rutin buat lelaki agar penjagaan wajah rapi dapat meningkatkan daya tarikan dan aura penampilan diri. Ini adalah beberapa jenis masker yang boleh dijadikan rutin dua kali seminggu oleh anda.
Clay
Topeng wajah yang berasaskan dari tanah liat atau ‘clay’ ternyata cukup sesuai buat lelaki yang punya kulit wajah berminyak dan berjerawat. Hal ini kerana, topeng wajah clay ini mampu untuk menyerap dan membersih secara mendalam. Ia berfungsi secara efektif untuk menarik dan menyerap lebihan minyak pada wajah lantas membersihkan kekotoran dari dalam liang pori-pori. Namun, jangan tunggu sehingga ‘clay’ ini menjadi keras secara total kerana ia akan menjadi keras pada wajah anda lantaran mungkin boleh menyebabkan iritasi dan dehidrasi kulit wajah. Bersihkan wajah dengan air hangat sehingga bersih.
Peel Off
Mengalami masalah kulit berjerawat pasti sukar buat anda untuk merawat wajah dengan mudah. Oleh yang demikian, pemakaian topeng wajah jenis ‘peel off’ adalah lebih mudah dan ‘gentle’. Mampu merawat masalah kulit berjerawat dan pori-pori tersumbat, memakai topeng wajah ini nyata cukup menenangkan.
Topeng wajah berasaskan krim ternyata sesuai untuk jenis kulit kering dan sering tampak suram. Hal ini kerana, topeng wajah krim sangat kaya dengan kandungan bahan pelembap dan minyak yang akan menghidrasi dan melembapkan kulit wajah. Bukan itu sahaja, malah topeng wajah krim punya manfaat anti-aging untuk kulit wajah.
Gel
Lelaki yang memiliki kulit wajah berminyak tidak semestinya tidak memerlukan bahan pelembap untuk wajah. Topeng wajah berasaskan gel nyata paling sesuai untuk membelai kulit wajah untuk memberi kelembapan tanpa meninggalkan kesan minyak pada kulit. Selain itu, ia nyata cukup memberi kedinginan dan ketenangan pada kulit sekali gus menyahkan stres.