Memulakan kerjayanya sebagai Miss Universe Malaysia pada tahun 2019 melalui aplikasi online, kini namanya kian meniti serta sudah ditahap membanggakan.
Berketurunan India Punjabi, Shwetajeet Kaur Sekhon atau lebih dikenali sebagai Shweta Sekhon mengantikan tempat Miss Universe Malaysia 2018, Jane Teoh.
Namanya semakin dikenali sejak salah umumkan pemenang Miss Universe Best National Costume di Miss Universe 2019. Ikuti Maskulin untuk mengetahui tentang dirinya.
Kejadian 4 jam Yang Memeranjatkan
Mengetengahkan tradisi Melaka – Baba Nyoya, dirinya cukup berbangga memperkenalkan tradisi itu ke mata dunia.
Ads
“Untuk baju tersebut, ia membawa maksud Malaysia ada pelbagai makanan serta kuih-muih seperti telur pindang, Kuih Koci dan Kuih Lapis dan tidak lupa juga mangkuk tingkat.
“Malah baju yang dipakai juga adalah modernization dan juga baju pengantin perempuan untuk Baba Nyonya. Untuk bahagian kepak belakang, ia melambangkan corak ekor ikan emas sebagai simbolik kepercayaan Baba Nyonya. It’s bring property” Jelas anak kelahiran Kuala Lumpur ini.
Walaupun bertubuh kecil, Shweta berjaya meyakinkan semua orang tentang baju tradisi kebangsaan negara. Tetapi perkara itu tidak terhenti di situ, ternyata nasib tidak menyebelahinya hinggakan dia memegang title tersebut selama 4 jam sahaja.
Ads
“First of all, jujur saya katakan moment tersebut membuatkan saya terkena heart attack sebanyak dua kali. Sewaktu diberi tahu yang saya memenangi tittle ‘Miss Universe Best National Costume’ saya sangat teruja dan gembira. Saya teruja dan tak sabar untuk memperagakan baju tersebut kepada orang ramai terutamanya orang Malayasia untuk memberitahu saya menang.
“Sewaktu itu, keputusan telah diumumkan tetapi dia menyebut pemenang untuk Miss Universe Best National Costume jatuh kepada Miss Philippines, Gazini Ganados. Jadi saya betulkan pengacara tersebut kerana saya tahu sejarah pengacara (Steve Harvey) pernah salah umumkan nama pemenang Miss Universe 2018.
“Saya sangkakan saya dapat betulkan pengacara itu. Tetapi lain ceritanya. Selepas 4 jam, new statement came out and I get another heart attack!”Jelasnya atas apa yang terjadi kepada MASKULIN.
Ads
Menurutnya selepas kejadian tersebut berlaku, dia ada berjumpa dengan Miss Philippines dan berkata dia akur dengan keputusan itu dan menganggap semua adalah pemenang.
Shewa turut tidak melupakan moment itu, kerana semua orang cuba untuk mendapatkannya kerana semua orang ingin tahu apa sebenarnya yang berlaku.
Anak bungsu daripada dua beradik ini berkata dia sangat bersyukur kerana hingga ke hari ini peluang perkerjaannya semakin cerah di sebabkan kejadian itu. Malah dia juga tidak menolak sifat positif yang ada padanya mungkin menyebabkan orang ramai selesa berkerja dengannya.
Shweta juga memberitahu, dia kini lebih dikenali sebagai pakar motivasi serta berharap menjadi mentor kepada Miss Universe Malaysia 2020.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sahabat? Apa yang kita faham tentang sahabat? Memang indahnya dunia jika kita ada sahabat susah senang bersama. Namun, untuk miliki sahabat di kala susah, memang jauh sekali.
Baru-baru ini di media sosial milik Hafiz Mahamad ada mekaramkan bertapa dia menghargai sahabatnya membuatkan ramai orang yang terbuka mata tentang bertapa besarnya erti sahabat buatnya.
Menurutnya dia sanggup membatalakan kerja serta mesyuarat untuk membawa sahabatnya ke hospital kerana mengalami stroke disebabkan kerja kuat selama 10 tahun hanya untuk mendapatkan OT untuk bayaran gaji sebanyak RM2000.
“Harini saya cancel semua kerja & meeting then fly ke Kelantan untuk angkat sahabat saya dari rumah ke hospital.
“Dia stroke disebabkan kerja kuat. 10 tahun dh kerja tempat tu, saya tahu mmg dia kerja setiap hari dari jam 8:30am sampai 11pm semata mata buat OT untuk dapat 2K sebulan.
“Bila kesihatan dia terjejas, saya tktau dia stroke. Dia kata dia demam & kaki sakit. Saya call & suruh dia berhenti, kerja dengan saya je.
“Last week, saya belikan dia ticket ke KL. Bila sampai je Airport, Ya Allah terkejut. Badan kurus kering, kaki kiri lemah. Terinjit injit.
“Lepas 5 hari jaga dekat KL, saya minta dia balik Kelantan untuk follow up hospital. Bila balik Kelantan, dia rest berapa hari then tak boleh bangun langsung.
“Saya call semalam, dia kata dh taktahan. Then saya decide pagi ni untuk terus fly Kelantan.
“Bila sampai rumah tadi, Ya Allah. Nak nangis tapi tahan, pakaikan dia spender baju & angkat dia ke hospital.” Tulisnya di ruangan kepsyen.
Malah, dirinya juga mengimbau kenangannya bersama sahabatnya itu. Katanya mereka sering bermandi-manda di sungai dan saling berjanji sesiapa di antara mereka yang berjaya harus membantu rakan-rakannya yang lain.
“Kami selalu mandi sungai kecik kecik dulu, ingat lagi. Bawah jambatan, kita 4 sahabat janji. Time tu saya cakap.
“Siapa antara kita yg senang, kita tlg antara kita yg susah” & Alhamdulilah Allah bg saya rezeki, kemampuan untuk bantu sahabat ni
“Loh, aku pastikan kau sihat balik. Kau kerja dengan aku & kita berjuang sama sama” terus sihat loh!”katanya lagi.
Bila sebut tinju pastinya kita akan terus terbayang akan sukan yang sangat menuntut kecergasan serta stamina yang tinggi. Tinju juga merupakan antara sukan yang menuntut persediaan fizikal dalam keadaan paling mantap.
Tapi bagaimana pula petinju yang bakal mengharungi perlawanan penting dalam kariernya di bulan Ramadan dan menjalankan ibadah puasa? Itulah yang telah dilalui oleh petinju profesional negara, Adli Hafiz Mohd Pauzi.
Dikenali dengan nama gelaran ‘Goldenboy’, Adli Hafidz bakal berentap di UBO Middleweight World Championship di Singapura pada 30 April 2022 di Singapura. Dalam pertarungan tersebut dia bakal berentap dengan petinju dari Thailand, Theerawat Yoohangoh.
Adli Hafidz yang juga merupakan dura kepada jenama sukan popular, Under Armour sempat meluangkan masanya untuk ditemu bual secara di atas talian bersama MASKULIN.
Ikuti temu bual eksklusif MASKULIN bersama jaguh tinju ini di bawah.
1. Salam Adli, pertama sekali boleh kongsi bagaimana pada mulanya boleh berkecimpung dengan dunia tinju atau seni mempertahankan diri secara umumnya?
Saya mula berkecimpung dalam sukan tinju pada usia 15 tahun di mana ketika itu saya sedar yang saya perlu mencari kelainan dalam aktiviti sukan yang diceburi.
2. Mengapa memilih tinju, adakah disebabkan cabaran atau faktor teknikal yang lebih mencabar?
Secara teknikalnya, sukan tinju perlu dilihat bukan sahaja dari perspektif sukan. Lebih penting lagi, sukan ini banyak mengajar saya erti disiplin. Saya ingin mencabar potensi diri saya dan melihat sejauh mana saya mampu pergi dengan berbekalkan semangat juang yang ada.
3. Apakah perkara paling sukar untuk mula menjejakkan kaki ke dalam sukan tinju?
Bermula pada usia yang agak lewat dalam sukan tinju memerlukan saya untuk bijak mengadaptasi dengan persekitaran sukan ini. Kebanyakan atlet tinju memulakan karier mereka sejak kecil. Jadi saya perlu berlatih dan belajar teknik sukan ini secara pantas untuk memastikan saya ‘fit’ untuk menceburi sukan ini.
4. Bagaimana dengan reaksi keluarga apabila mengetahui anda ingin aktif dalam sukan lasak seperti tinju?
Keluargalah merupakan pendorong utama saya. Alhamdulillah, keluarga saya amat menyokong pendirian saya dalam menceburi sukan ini.
5. Pada 30 April ini anda akan bertarung melawan peserta Thailand. Apakah harapan anda untuk perlawanan tersebut?
Saya amat bersyukur kerana kita sekarang sedang beralih ke fasa endemik dan ini membolehkan saya untuk menyertai kejohanan. Harapan saya untuk perlawanan ini amat tinggi kerana kemenangan ini akan membolehkan saya untuk pergi lebih jauh dalam karier tinju saya.
Memenangi UBO adalah impian saya maka saya perlu bertarung hingga ke titisan darah terakhir. Sebagai atlet Under Armour, saya selalu meletakkan moto ‘The Only Way Is Through’ apabila berlatih dan ketika berada di gelanggang bagi memberikan saya semangat juang dan untuk tidak berputus asa.
Selain itu, moto ini juga memberikan saya motivasi untuk bersedia secara mental dan fizikal dengan melakukan yang terbaik apabila berada di gelanggang, walau dengan apapun jua situasi yang melanda.
6. Berlatih pada bulan puasa merupakan satu cabaran yang agak mencabar? Boleh kongsi rutin latihan anda pada bulan puasa?
Berlatih pada bulan Ramadan sejujurnya, agak mencabar kerana kekurangan tenaga untuk berlatih pada waktu siang. Namun itu bukanlah alasan untuk saya tidak berlatih. Saya mencadangkan pada bulan puasa untuk melakukan senaman pada skala intensiti sederhana.
Selain itu, anda juga perlu hidratkan diri dengan kerapkan minum air selepas waktu berbuka bagi memastikan bekalan tenaga yang berkekalan bagi sesi latihan pada waktu siang.
7. Bagaimana pula rutin dengan pengambilan makanan di bulan puasa bagi memastikan badan anda sentiasa ada tenaga mencukupi untuk latihan? Boleh kongsi jenis makanan dan minuman yang diambil.
Semasa berpuasa, saya mengamalkan pengambilan kurma yang kaya dengan sumber nutrien bagi memastikan saya sentiasa bertenaga ketika berlatih. Selain itu, saya juga mengamalkan pemakanan yang kaya dengan makronutrien (karbohidrat, protein dan lemak) serta tinggi nutrien untuk prestasi dan proses pemulihan tenaga. Saya akan hadkan pengambilan makanan dan mengambilnya dalam sukatan sederhana.
8. Apakah corak latihan fizikal yang anda lakukan untuk persediaan perlawanan nanti?
Saya telah melakukan persiapan sejak November 2021. Untuk makluman, perlawanan ini telah ditunda sebanyak 3 kali. Untuk persediaan perlawanan, saya banyak memfokuskan kepada tactical focus untuk mitts dan sparring. Selain itu, saya turut melakukan larian untuk memastikan saya sentiasa bertenaga dengan melakukan larian aerobik dalam jangka masa yang panjang.
Untuk larian, saya banyak dibantu dengan kelengkapan sukan dari Under Armour iaitu koleksi UA Flow Wind Velociti 2. Bersifat ringan, tanpa getah dan tahan lasak, teknologi ‘cushioning’ baharu daripada Under Armour memberikan impak ‘close-to-the-ground’ memberikan keselesaan yang optimum semasa saya berlari.
9. Dari segi mental pula, bagaimanakah pendekatan yang anda ambil. Adakah menerusi jurulatih peribadi atau kerohanian?
Persiapan menghadapi perlawanan ini menuntut saya untuk bersedia bukan sahaja dari segi fizikal malah mental juga perlu dititikberatkan. Saya percaya aspek mental perlu diberi perhatian dalam menghadapi sesuatu perlawanan.
Salah satu moto yang saya pegang adalah ‘The Only Way Is Through’ dari Under Armour. Satu mesej yang kuat untuk memotivasikan saya dan membuatkan saya untuk terus berfikiran positif. Sejujurnya, saya juga tertekan ekoran daripada penundaan perlawanan sebanyak 3 kali, namun saya perlu bangkit dan tidak boleh menyerah kalah.
Moto ini jelas memberikan saya semangat untuk mencapai impian saya. Aspek kerohanian juga amat penting dalam kehidupan. Selain itu, saya juga mendapat bimbingan dan konsultasi dengan jurulatih peribadi dari aspek teknikal berkenaan jadual latihan dan sebagainya.
10. Apakah strategi yang anda ambil untuk setiap perlawanan atau pertarungan? Adakah dengan mengkaji corak bertarung pihak lawan atau bagaimana?
Saya menjangkakan pertemuan kami akan memberikan perlawanan yang sengit. Sekiranya ada peluang untuk menumbangkan lawan, saya akan buat yang terbaik sehingga ke pusingan terakhir.
11. Boleh kongsi asal usul nickname ‘Golden Boy’?
Nama idola saya, Oscar Goldenboy Dela Hoya, hanya ada seorang di USA. Jadi, saya mendapat inspirasi untuk gunakan nama Goldenboy tersebut di Malaysia.
12. Boleh kongsi jenis kelengkapan dan pakaian yang anda sentiasa guna ketika latihan?
Persiapan saya banyak dibantu dengan peralatan dan kelengkapan sukan dari Under Armour. Koleksi UA RUSH merupakan kegemaran saya. Koleksi ini diperbuat daripada fabrik yang selesa dan ditambah baik dengan teknologi Celliant- sejenis teknologi infrared yang terbukti meningkatkan oksigen dalam tisu badan.
Saya percaya kualiti fabrik yang diperkaya dengan teknologi sains ini memainkan peranan dalam membantu proses pemulihan tenaga dan memastikan prestasi saya berada pada tahap terbaik. Biasanya, saya akan mengenakan UA RUSH Seamless Short Sleeve, HeatGear 2.0 Leggings dan Quarter Socks sebelum latihan.
Selain itu, UA Recover juga turut membantu dalam proses pemulihan tubuh badan di mana koleksi ini turut ditambah dengan teknologi Celliant. Sebelum tidur, saya akan mengenakan UA RECOVER Shorts dan Crew Long Sleeves untuk pemulihan tenaga saya selepas seharian berlatih.
13. Boleh share sedikit Ucapan Hari Raya.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin buat semua peminat sukan tinju di Malaysia! Setelah dua tahun tidak dapat beraya, saya berharap agar kita semua dapat memanfaatkan kesempatan yang ada untuk menziarahi keluarga dan sanak saudara yang tersayang.
Selamat berjaya MASKULIN ucapkan kepada Adli Hafidz dalam pertarungannya nanti. Malaysia boleh!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jodoh boleh hadir dalam bentuk yang tidak dijangka. Penyanyi popular Amerika Syarikat, Charlie Puth mengejutkan ramai apabila menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihannya Brooke Ashley Sansone yang juga ‘childhood bestie’ nya .
Selepas lebih dua tahun bercinta, penyanyi Charlie Puth, 32, akhirnya berkahwin dengan wanita pilihannya pada 7 September lalu dalam majlis tertutup.
Puth berkongsi berita gembira itu hari ini dan menyatakan dirinya adalah lelaki paling terbahagia dapat memperisterikan Brooke yang bekerja sebagai penyelaras pemasaran digital itu.
“Ayah kami ke sekolah yang sama, dan kami berdua dibesarkan di New Jersey,” kata Brooke. “Sememangnya ada tarikan antara kami, tetapi mungkin kerana masa itu kami masih muda jadi hubungan kami tidak menjadi, sehinggalah sekarang. Jelas membuktikan bahawa masa adalah segala-galanya.”
Charlie Puth
Memilih kediaman Puth sebagai lokasi perkahwinan
Menerusi foto dikongsinya, majlis mereka diadakan di luar kediaman keluarga Puth di Montecito, California. Mereka kelihatan cukup berseri dalam busana kahwin ringkas.
Pasangan itu mulai bercinta sejak Jun 2022. Kemudian pada 5 September tahun lalu, penyanyi One Call Away itu melamar Sansone. Tiada majlis besar, Puth melamarnya secara ringkas sebelum berkongsi khabar gembira dengan keluarga tercinta mereka.
“Cuma kami berdua saja, berkongsi makanan Cina atas sofa dan momen intim yang sungguh indah. Selepas itu, kami hubungi keluarga menerusi Facetime untuk kongsi berita itu,” katanya.
Seperti Charlie, mungkin tiba masanya untuk melihat kembali hubungan yang ada di sekeliling, dan siapa tahu, mungkin jodoh kita sebenarnya adalah seseorang yang telah lama kita kenali.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.