Buat pemilik kereta membeli aksesori kereta merupakan perkara biasa yang ramai di antara kita lakukan. Kebiasaannya aksesori yang dipasang sama ada boleh mencantikkan kereta atau boleh memudahkan kerja ketika di dalam kereta.
MASKULIN dulu pernah kongsikan jenis-jenis aksesori yang bahaya dan berisiko untuk digunakan sehingga ia boleh menjejaskan proses tuntutan insurans jika berlaku kemalangan.
Kali ini kita ingin berbicara tentang aksesori yang paling tidak berguna dan membawa faedah dan kadangkala bersifat penipuan atau scam semata-mata.
MASKULIN tertarik dengan perkongsian dari pempengaruh automotif popular di TikTok iaitu James Alatin. Beliau menyenaraikan empat jenis aksesori yang langsung tak berguna dan berfaedah untuk dipasang atau digunakan.
Ikuti perkongsian dari beliau tersebut di bawah.
Alat Tune Engine
Ads
Aksesori yang kononnya boleh buat kereta jimat minyak sampai 50 peratus dan kuasa kereta boleh meningkat hingga 35 peratus. Dijual pada harga cukup murah iaitu sekitar RM30 aksesori mengarut ini biasanya di pasang pada bahagian ECU. Kalau betul aksesori ini berkesan alamatnya gulung tukarlah pengeluar kereta semua.
Kad Jimat Minyak
Salah satu produk yang sebenarnya langsung tiada logik di sebaliknya. Kononnya kad yang dijual sampai harga seratus lebih ini boleh digunakan untuk menjimatkan minyak kereta.
Ads
Tiub Penambah Kuasa
Sesiapa memasang aksesori ini didakwa mampu memperkuatkan kuasa pick up kereta menjadi lebih berkuasa dan mantap. Ini hingga ia digelar sebagai ‘surbo’ atau ‘trubo’ oleh mereka yang mendakwanya. Tapi satu perkara anda kena ingat, jika rosak sekali memang habis satu kereta.
Pluck Ampli
Ads
Sama juga seperti dakwaan lain di atas jika dipasang ia dikatakan boleh tambah kuasa dan dalam masa yang sama mengurangkan asap keluar dari ekzos. Sama juga katanya bila pasang boleh tambah kuasa dan kurang asap. Benda tak terbukti dan hanya dakwaaan semata.
Kita sebagai pemilik kereta dan pengguna kena bijnak memilih. Jangan mudah terpedaya dengan iklan yang nampak macam meyakinkan tapi sebenarnya sudah macam scam sifatnya
Nak pasang apa-apa aksesori buatlah research dahulu. Dunia zaman sekarang apa sahaja makulmat berada di hujung jari! Kalau tak beri kesan okay lagi tapi kalau jejaskan enjin kereta memang tak elok.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pasaran India khabarnya bakal menerima model kruiser daripada Suzuki. Menerusi laporan Zigwheels, pihaknya menerima jemputan pelancaran model baharu daripada Suzuki India pada 7 November ini. Bagaimanapun, pengeluar motosikal asal Jepun itu masih mengunci mulut tentang produk baharu berkenaan.
Khabarnya model tersebut ialah Suzuki Intruder 150. Menerusi pengenalan model itu, Suzuki akan melakukan debut motosikal pengenalan asas dalam segmen kruiser. Penggayaan Intruder 150 tidak sama dengan motosikal lain dalam segmennya. Ia tampil tajam dan moden serta menonjolkan perkadaran yang besar.
Bahkan sebelum pelancarannya, brosur model tersebut sudah pun bocor di alam maya. Daripada segi dimensi model berkenaan didatangkan dengan panjang 2,130mm, lebar (805mm) dan tinggi (1,095mm). Malah jarak roda Intruder 150 juga lebih panjang iaitu 1,405mm dan jarak kelegaan tanahnya pula 170mm.
Reka bentuk lampu depan yang diukir disepadukan dengan tangki bahan api yang panjang. Imej kruiser boleh dilihat menerusi pelana lebih rendah (740mm), ekzos berkembar kemasan krom, dan madgad bersaiz besar.
Jentera itu tampil moden menerusi ciri LED pada lampu projektor dan lampu belakang. Bahagian casis dilihat seakan menggunakan rangka jenis berlian pada model Suzuki Gixxer. Tetapi posisi tunggangan agak berbeza dengan bar hendal yang lebar dan posisi perehat kaki sedikit ke depan.
Dikatakan model itu bakal dilengkapi dengan enjin 154.9cc, penyejukan udara, silinder tunggal yang mampu menghasilkan kuasa 14bhp dan tork 14Nm. Ia kemudian digabungkan dengan transmisi 5-kelajuan.
Keselesaan tunggangan diserahkan kepada fork teleskopik di depan dan monoshock di belakang. Tugas membrek dilakukan oleh brek cakera pada roda depan dan belakang bersama ciri ABS.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Art of Speed, acara tempatan Ol-Skool & Kustom Kulture Malaysia kembali dengan acara tahunannya untuk semua peminat kereta dan motor, mempamerkan seni kustom tempatan yang terdiri daripada kereta dan motosikal yang diubahsuai, galeri seni, aktiviti interaktif serta pertunjukan aksi.
Berlangsung di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS), 29 dan 30 Julai lalu, telah merekodkan lebih 40,000 pengunjung untuk dua hari. Satu pencapaian yang seharusnya dibanggakan.
Edisi keenam ini juga memperkenalkan pengisian terbaru iaitu AOS Invitational Bike Build Off 2017 yang dijayakan oleh Petronas menyaksikan 10 pembina buatan khas dari Malaysia dan Singapura bersaing untuk hadiah wang tunai RM10,000 (pemilihan juri) & hadiah wang tunai RM5,000 (pilihan awam).
Keputusan menyeluruh pemilihan juri adalah Muhammad Khalid Musa dari Rusty Factory. Anak muda berusia 30 tahun dari Ipoh juga membawa pulang hadiah wang tunai Pilihan Awam dengan undi yang paling banyak mengalahkan 9 pembina khas yang lain.
Di samping itu, acara ini juga menyaksikan kerjasama khusus jenama ikonik di Malaysia iaitu Boon Siew Honda dan Art of Speed. Gabungan kolaborasi Boon Siew X Art of Speed juga menjanjikan antara acara kemuncak utama, dimana empat ikon gaya hidup seperti Legend Racing Garage, BWB, District Shop Gallery dan Ah Ho Motors mempamerkan seni binaan khas ciptaan mereka.
Para pengunjung acara AOS 2017 dihiburkan oleh kumpulan kugiran Oh Chentaku pada hari Sabtu dan kumpulan kugiran Hujan pula akan menutup acara ini pada hari Ahad. Kehadiran selebriti tempatan seperti Nora Danish dan Alif Satar memeriahkan juga acara ini.
Acara kemuncak AOS 2017 pastinya adalah aktiviti yang paling dinantikan iaitu cabutan bertuah. Tahun ini menyaksikan kelainan apabila kedua-dua hari acara menyediakan hadiah cabutan bertuah! Sebuah motosikal CMC XY400 akan diberikan pada hari Sabtu kepada Abdul Halim Mat dan sebuah motosikal binaan khas kustom lengkap Yamaha RX-Z dua enjin hasil karya FNG Works dan Beautiful Machines akan diberikan kepada Mohd fadly Mohd Zerain dari Perlis pada hari Ahad.
Mengekalkan tradisi acara AOS, penganjur sekali lagi membawa masuk kenderaan binaan khas dari Jepun. Pada tahun ini, pengunjung dijamukan dengan:
Pengasas Art of Speed Malaysia, Asep Ahmad Iskandar berkata, edisi tahun ini pastinya pengelolaan yang paling terbaik dengan kepelbagaian dan kerumitan pemilihan kenderaan malah kami juga menambah baik bilangan aktiviti sepanjang dua hari untuk memenuhi permintaan semua pengunjung yang terdiri dari pelbagai peringkat umur.
“Ini termasuk juga pertandingan Show & Shine di dalam dewan berhawa dingin seluas 150,000 kaki persegi yang akan dipenuhi dengan kenderaan kustom dan klasik didalam Dewan A, ditambah dengan NEAT Fest di Dewan C yang akan dikelolakan oleh NoEqual, galeri seni yang bernama Moto Circus yang disertai oleh artis tempatan dan antarabangsa, Kustom dan Koffee Talk, dan juga aktiviti mesra keluarga seperti bergambar dengan ahli kostum Star Wars, acara Soap Box Show & Go!, acara bazaar jualan dan arena belia dengan taman papan luncur yang dihoskan oleh House of Vans,” katanya.
Aktiviti khas di Art of Speed 2017 adalah:
Di samping itu, terdapat juga pelbagai aktiviti yang menyeronokan seperti:
Art of Speed 2017 juga menganjurkan Mega Club Gathering dan Roda Rumble yang dikelolakan oleh Retro Mania memberi nafas segar kepada semua pemilik kenderaan klasik, retro dan olskool.
Pemenang Best of Show dalam pertandingan Show & Shine di dalam kategori kereta dan motosikal akan memenangi percutian dan hadir ke acara MOONEYES Yokohama Hotrod and Custom Show pada Disember ini sebagai tetamu kehormat.
Senarai pemenang AOS2017:
KELFOLKS
TRIUMPH MALAYSIA
Mohd Faiz Rushdi from Rachun MC
Abdul Wahab Bahari
AOS Invitational Bike Build Off
Rusty Factory – Muhammad Khalid Musa – HONDA CX500 (Malaysia)
Rusty Factory – Muhammad Khalid Musa – HONDA CX500 (Malaysia)
Setiap dari kita sering terpandang nombor-nombor siri yang terdapat pada sisi tayar. Tahukah anda apa maksudnya? Pengguna dan pemandu kenderaan seperti anda juga perlu memahami nombor yang terdapat pada tayar.
Contoh – 175/70R13 82H.
175 – Lebar tayar dalam mm.
70 – Nisbah aspek/ ketinggian tayar berbanding lebar.
R – Binaan tayar radial – tidak mempunyai tiub dan prestasi lebih bagus.
13 – Garis pusat (diameter) rim untuk dimuatkan.
82 – Indeks keupayaan mengangkut berat tayar
H – Tayar ini boleh mencapai dan mengekalkan kelajuan sejauh 210km/j.
Carta kelajuan mengikut abjad:
S- 180 km/j
T- 190 km/j
U- 200 km/j
H- 210 km/j
V- 240 km/j
Z – melebihi 240 km/j
W- 270 km/j
Y – 300 km/j
Tip Penjagaan Bateri Kereta
– Pastikan kepala bateri bersih sentiasa. Jika sudah mula kelihatan kotor pastikan ia diperiksa, tambahan pula jika mengalami kesukaran menghidupkan enjin kenderaan.
– Pastikan wayar bateri dalam keadaan baik.
– Periksa juga alternator, ini adalah kerana jika pengcaj tidak bagus, bateri juga akan cepat rosak.
– Jika boleh, kurangkan penggunaan amplifier, sportlight dan lain-lain yang menggunakan voltan yang tinggi.
Kereta perlu selalu diselenggara jika…
-Memandu kurang daripada 10 kilometer sehari.
-Memandu menggunakan gear rendah
-Memandu dalam keadaan jalan raya berhabuk.
-Memandu di kawasan berbukit.
-Menunda kenderaan lain.
-Memandu dalam kesesakan teruk di mana suhu persekitaran melebihi 32 darjah selsius.
-Kenderaan polis atau teksi.
Jadi jika anda sering memandu dalam situasi di atas, adalah perlu untuk sentiasa melakukan pemeriksaan berkala terhadap kenderaan.
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.