Membeli kereta merupakan satu pengalaman yang sangat penting buat pengguna. Ini terutamanya bila mereka ingin membeli kereta terpakai atau kereta import. Seharusnya perkara utama yang diambil kira ialah melihat secara terperinci kondisi dalam dan luaran.
Jadi mahu atau tidak mereka terpaksa mengunjungi ke pusat-pusat jualan kereta atau dealer. Namun tahukah anda bahawa kini sudah ada paltform menawarkan pengalaman melihat kereta secara 360 darjah dari dalaman dan luaran?
Sebuah platform baharu yang dikenali sebagai Tanya-Je menawarkan pengalaman istimewa ini kepada pelanggan. Lebih menarik lagi menerusi laman sesawangnya, Tanya-Je turut menampilkan teknologi SpinCar, pandangan 360 darjah dalaman dan luaran kenderaan.
Pengurus Besar Tanya-Je, Mr Rodney
Apa yang lebih istimewa lagi mereka merupakan syarikat pertama yang menawarkan teknologi seperti ini di Malaysia. Menerusi platform mereka pengguna boleh melihat secara terperinci secara di atas talian sebelum melakukan temu janji bersama penjual kenderaan.
Ads
RASAI SENDIRI
“Kami mahu menyediakan sebuah paltform yang transparen dan boleh dipercayai untuk pembeli kereta. Jadi dengan menggunakan teknologi SpinCar ia boleh dilakukan oleh pengguna,” jelas Pengurus Besar Tanya-Je, Rodney Ther atau mesra dikenali sebagai Mr. Rodney.
Ads
Pengguna hanya perlu melayari laman sesawang mereka, tanyaje.com.my dan mencari kenderaan spesifik yang mahu dilihat dengan kata kunci jenis kereta. Ini bukan sahaja memudahkan tetapi memberi peluang sangat besar kepada pengguna dan penjual untuk pengalaman lebih menarik,” tambahnya lagi.
Ads
Platform Tanya-Je akan mula dilancarkan secara rasmi bermula esok. Malah mereka juga menyediakan hadiah cabutan bertuah bernilai RM10,000!
Jadi buat anda yang ingin mencuba pengalaman menggunakan platform ini dan menang hadiah menarik janganlah lepaskan peluang!
Buat anda yang ingin mencari aksesori kereta pada harga mebnarik, boleh dapatkan di sini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
BMW R 1250 RT baharu kini disediakan dengan peralatan standard yang dinaik taraf, termasuk BMW Full Integral ABS Pro dan Kawalan Cengkaman Dinamik (Dynamic Traction Control), untuk menawarkan pengalaman tunggangan berjarak jauh yang tiada tandingannya.
Dikenali sebagai jentera penjelajah dinamik unggul, ia hadir dengan inovasi moden terkini bagi memberikan kepuasan tunggangan terbaik.
Penampilannya iras BMW R 1250 RT baharu yang serba megah diserlahkan beberapa komponen seperti fairing hadapan aerodinamik serta lampu hadapan LED berpangsi dengan ciri adaptif.
Manakala elemen pencahayaan dibekalkan lampu indikator LED di hadalan dan juga belakang. Lampu isyarat pula hadir dengan fungsi ‘comfort’ serta roda aluminium yang menawan juga ditawarkan sebagai standard.
KELENGKAPAN STANDARD
Kelengkapan standard yang lain dibawakan oleh jentera baharu ini terdiri daripada rak bagasi, kompartmen muatan, tongkat tengah, bekas panier integral dalam rona warna tubuh jentera ini, hon nafiri dwitona, serta perisai angin berciri boleh laras.
Ia juga hadir dengan brek tangan dan tuil klac yang mampu dilaras, berserta dengan penggenggam berciri hangat.
Selain itu, BMW R 1250 RT turut dilengkapi enjin boxer dua silinder berkapasiti 1,254 cc yang menggunakan sistem pacuan aci. Enjin ini membekalkan 100 kW / 136 kk pada paras 7,750 rpm dan nilai tork berjumlah 143 Nm pada paras 6,250 rpm dalam piawaian EU5 semasa.
Disempurnakan oleh teknologi BMW ShiftCam dengan kawalan aci sesondol berciri boleh ubah bagi pemasaan injap dan peninggian injap yang bervariasi pada bahagian salur masuk, teknologi ini menawarkan kuasa yang lebih hebat bagi seluruh julat kelajuan.
Dari segi suspensi, BMW R 1250 RT baharu didatangkan dengan suspensi elektronik Dynamic ESA “Generasi Baharu” dengan kompensasi beban automatik 100%. Topang suspensi belakang dengan ciri redaman berasaskan tunggangan, prabeban belakang dan lantunan belakang yang dapat dilaras, termasuk penstabil stering turut dimanfaatkan oleh jentera baharu ini.
KESELESAAN MAKSIMA
Suspensi hadapan BMW Motorrad Telelever menaik taraf keselesaan tunggangan dan melengkapi fungsi sistem pembrekan antikunci (ABS). BMW Motorrad Paralever pula menggandingkan konsep rekaan sporty dengan struktur ringan yang konsisten untuk menjamin karakteristik maklum balas yang amat sensitif bagi suspensi roda belakang, selain membekalkan jarak kelegaan tanah yang lebih tinggi.
Di samping itu, BMW R 1250 RT baharu juga hadir dengan Kawalan Cengkaman Dinamik (Dynamic Traction Control) untuk membekalkan tahap keselamatan tunggangan dan prestasi cengkaman yang cemerlang.
Mod tunggangan standard yang baharu “Eco” membolehkan penunggang menikmati tahap keefisienan penggunaan bahan api yang tinggi. Selain tiga mod tunggangan yang tersedia dalam jentera baharu ini, pakej Riding Modes Pro juga membawakan mod tunggangan Dynamic serta Kawalan Brek Enjin Dinamik (Dynamic Engine Brake Control) untuk dimanfaatkan oleh penunggang.
Turut ditawarkan sebagai standard ialah BMW Motorrad Full Integral ABS Pro, iaitu sistem pembrekan yang mampu mengaktifkan brek hadapan dan belakang pada masa yang sama.
SISTEM HIBURAN
Fungsi Kawalan Permulaan Curam (Hill Start Control) juga melengkapi BMW R 1250 RT baharu, termasuk Kawalan Luncur Aktif (Active Cruise Control), disediakan sebagai standard melalui Dynamic Package, yang hadir dengan teknologi sensor radar untuk membolehkan jentera ini meluncur dengan mudah dengan fungsi kawalan jarak.
Dari segi saluran maklumat hibur, BMW R 1250 RT baharu didatangkan dengan Connectivity yang mencakupi kluster instrumen multifungsi baharu dengan skrin TFT berwarna 10.25”, sebuah unit multikawalan, fungsi Bluetooth, serta navigasi peta – disediakan melalui aplikasi BMW Motorrad Connected.
Sistem Audio 2.0 / Perisian Radio juga membekalkan hiburan muzik ketika menunggang, hadir dengan fungsi bunyi yang menyeluruh untuk dinikmati melalui Sistem Komunikasi BMW Motorrad (BMW Motorrad Communication System).
BMW R 1250 RT baharu akan disediakan di semua pusat pengedaran BMW Motorrad yang bertauliah di seluruh negara mulai 1 April 2021.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jalan berlubang di Malaysia merupakan perkara biasa. Malah, ia kadang-kala sukar dielakkan lebih-lebih di kawasan yang sukar untuk dilihat dan gelap.
Kemalangan jalan raya akibat jalan berlubang ini juga boleh meragut nyawa. Sekiranya perkara ini berlaku kepada anda, ikut cara tuntuan seperti di bawah.
Berdasarkan maklumat yang dikongsikan Persatuan Pengguna Islam Malaysia di laman X, pihak yang mahu membuat tuntutan perlu mengambil beberapa langkah.
Enam langkah-langkah tersebut adalah:
1. Ambil gambar kenderaan anda dan lubang pada jalan sebagai bukti.
2. Ambil gambar kerosakan pada kenderaan atau kecederaan pada tubuh.
3. Kumpulkan semua resit yang berkaitan seperti resit towing, klinik, hospital, bengkel (untuk tujuan tuntutan bayaran semula)
4. Buat laporan polis dengan nyatakan nama jalan, kilometer jalan, tarikh dan masa kejadian.
5. Semak dengan polis untuk ketahui siapakah yang pihak berkuasa yang bertanggungjawab terhadap jalan tersebut.
6. Pergi ke pejabat pihak berkuasa yang bertanggungjawab pada jalan tersebut dan buat tuntutan kerosakan.
Siapa yang perlu bertanggungjawab?
Bagi jalan berkaitan dengan negeri atau persekutuan, pihak yang bertanggungjawab adalah Jabatan Kerja Raya (JKR).
Namun bagi masalah berkaitan jalan di lebuh raya pula, perlulah merujuk kepada syarikat konsesi tol yang berkaitan.
Sekiranya jalan laluan di perumahan rosak, aduan boleh disalurkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Semoga bermanfaat!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kita tidak tahu bila dan di mana masalah kerosakan kereta boleh berlaku. Ia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja dan apa jua jenis kenderaan yang anda bawa.
Apabila berlaku kerosakan kita haruslah ambil langkah sebaiknya untuk bersedia hadapi kemungkinan tersebut. Disebabkan itulah beberapa item dan peralatan perlu anda sentiasa sediakan dan bawa sepanjang masa.
Dengan adanya kit kecemasan anda boleh menghadapi dugaan kereta rosak di tengah jalan ini dengan baik. Tahukah anda bahawa kebanyakan kereta yang tersadai di tepi jalan akibat kerosakan yang remeh dan biasa seperti bateri tidak berfungsi atau berlakunya kebocoran pada tayar?
Jika anda sentiasa bersedia masalah ini boleh diatasi dengan baik dan cepat. Jadi apakah kit kecemasan serta perlatan yang selalu perlu kita bawa sepanjang masa di dalam kereta?
Ikuti perkongsian MASKULIN di bawah!
1. Pengecas Telefon Pintar Kereta
Nampak macam tak berapa penting. Tapi bayangkan telefon pintar anda sudah hampir habis bateri. Kereta pula tersadai sebab tayar bocor atau kerosakan lain. Jadi di sinilah pentingnya pengecas telefon pintar dalam kereta!
2. Kit Pertolongan Cemas
Bila berlaku kemalangan kecil yang boleh menyebabkan kecederaan anda boleh melakukan rawatan awal sebelum ketibaan bantuan atau ambulans. Antara item penting dalam kit pertolongan cemas adalah pita pelekat, aspirin, kain lap antiseptik, krim antiseptik dan pelbagai bantuan perubatan lain.
3. Alat Pemadam Api
Antara yang paling ditakuti ialah kereta terlibat dengan kebakaran. Jadi anda perlu bersedia hadapi segala kemungkinan. Pastikan anda pilih alat pemadam api yang sesuai untuk kenderaan komersial sahaja.
4. Tiga Segi Amaran Reflektif
Kebiasannya apabila anda membeli kereta baru, tiga segi amaran reflektif ini akan disediakan. Namun jika tiada anda boleh membelinya di pasaran. Penggunaannya sangat penting terutramanya apabila kereta tersadai di tepi jalan bagi memberitahu pengguna jalan raya lain.
5. Kabel Jumper
Sediakan wayar jumper yang berukuran kira-kira 10 kaki dan disalut dengan getah mampat. Jumper ini penting jika bateri kereta anda bermasalah.