Seatbelt atau tali pinggang keledar merupakan ciri keselamatan penting dalam kereta sesebuah kenderaan. Namun, pernah tak anda terfikir yang seatbelt juga terdapat kegunaan lain selain daripada memakainya ketika memandu.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mari kita ikuti perkongsian Alitmat Auto Garage menerusi video TikTok @altimatautogarage di bawah.

Dalam klip video yang dikongsi, seorang lelaki mendedahkan bahawa tali pinggang keselamatan tidak hanya berfungsi sebagai perlindungan keselamatan, tetapi juga mempunyai beberapa kegunaan lain yang mungkin tidak diketahui ramai.

Fungsi sebagai ‘Penarik’ Kereta:

4 Kegunaan “Seatbelt” Kereta, Lebih Dari Sekadar Jaga Keselamatan!
Fungsi ini sangat berguna, terutamanya untuk pemandu wanita. Tali pinggang keselamatan boleh dijadikan alat untuk menolak kereta ke bahu jalan apabila mengalami kerosakan dan tiada siapa di sekitar untuk membantu. Caranya, tarik tali pinggang keselamatan sepenuhnya, keluarkan melalui pintu pemandu dan gunakan untuk menarik kereta. Pastikan brek tangan sudah dilepaskan dan gear kereta berada dalam keadaan neutral semasa melakukan tindakan ini.

Elak Beli Kereta Banjir:

IKLAN

4 Kegunaan “Seatbelt” Kereta, Lebih Dari Sekadar Jaga Keselamatan!
Bagi mereka yang ingin membeli kereta terpakai, tip ini amat berharga. Cuma tarik tali pinggang keselamatan hingga habis dan perhatikan sama ada terdapat kesan lumpur pada tali tersebut. Kesan lumpur menunjukkan kemungkinan kereta itu pernah terlibat dalam banjir.

Memeriksa Tarikh Pengeluaran Kereta

4 Kegunaan “Seatbelt” Kereta, Lebih Dari Sekadar Jaga Keselamatan!
Tahukah anda, tali pinggang keselamatan ini turut menyertakan tarikh pengeluaran? Anda boleh menyemak sama ada tarikh pengeluaran pada tali pinggang keselamatan adalah sama dengan yang terdapat pada bahagian bawah tempat duduk sebelah anda. Jika tidak sama, ini mungkin menandakan kereta itu pernah terlibat dalam kemalangan dan tali pinggangnya telah ditukar.

IKLAN

Kegunaan Kecemasan:

4 Kegunaan “Seatbelt” Kereta, Lebih Dari Sekadar Jaga Keselamatan!
Dalam situasi kecemasan, seperti terperangkap dalam kenderaan atau kereta terjunam ke dalam air, tali pinggang keselamatan juga boleh berfungsi sebagai alat penyelamat. Hujung tali pinggang keselamatan yang dilengkapi dengan besi (bunker seatbelt) boleh digunakan untuk memecahkan cermin kereta bagi membolehkan penumpang keluar dengan segera.

 

IKLAN
@altimatautogarage Ini 4 rahsia seatbelt wajib korang tahu yang kungkin boleh selamatkam nyawa korang!!! #bengkel #bengkelkereta #bengkelkeretasungaibuloh #bengkelkeretakuang #bengkelrepairkereta #bengkelrepairaircondkereta #bengkelservicekereta #aircondkeretataksejuk #aircondkeretapanas #aircondkeretabocor #aircondkeretabaubusuk #automotive #automotif #automotivemalaysia #automotifmalaysia #bengkelmalaysia #otomotif #otomotifindonesia #otomotifmobil #otomotifmobilindonesia #otomotifzone #kereta #cars #carsoftiktok #car #tips #tipspenjagaankereta #carajagakereta #trending #viral #fyp #seatbelt ♬ original sound – Altimat Auto Garage

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Sumber: TikTok @altimatautogarage

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI