Apakah tanda-tanda seseorang lelaki itu mati pucuk atau tidak? Tanda-tanda mati pucuk bagi seorang lelaki mesti diketahui untuk membolehkan rawatan segera dilakukan sebelum penyakit berkenaan bertambah teruk. Jom, kita tengok kat sini beberapatanda yang menunjukkan seseorang lelaki itu memang sudah mati pucuk atau belum.
Ads
Ads
Ads
Zakar langsung tidak mampu menegang. Ia adalah jenis mati pucuk yang gawat dan biasanya berlaku pada kadar 1 dalam 100 lelaki. Ia mati pucuk yang paling di takuti lelaki.
Zakar lembik dan tidak berupaya senggama. Mani keluar sebelum senggama. Ia adalah jenis mati pucuk yang mendukacitakan. Ia biasa di ubati dan mungkin boleh berpunca dari amalan pemakanan serta kesan psikologi dan penyakit tua.
Zakar tegang tetapi tidak boleh memancutkan mani. Ia juga termasuk mati pucuk, bukan tanda lelaki itu kuat tenaga batin. Lelaki terpaksa berhenti senggama kerana keletihan dan kejerihan.
Zakar yang tidak tegang seperti biasa. Ia juga adalah jenis mati pucuk. Ada yang mengelarnya sebagai lemah syahwat atau lemah tenaga batin. Jenis ini akan di hadapi oleh semua lelaki.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tak dinafikan buah tembikai memang laris sepanjang bulan puasa. Lihat sahaja di kebanyakan bazar Ramadan, ramai yang menjual air tembikai. Selain menghilangkan dahaga ketika berbuka puasa, tembikai juga mempunyai banyak khasiat untuk tubuh badan.
Bukan sahaja air tembikai, ketika berbuka puasa juga ramai yang mengambil buah tembikai sebagai pencuci mulut. Jadi dengan khasiat yang banyak pada buah tembikai, kenapa tidak kita manfaatkannya sepanjang sebulan menjalani ibadah berpuasa?
Khasiat luar biasa buah tembikai dikongsikan Dr Zubaidi Hj Ahmad menerusi laman Facebooknya. Bila dah tahu kelebihan buah tembikai ini, pastikan anda mengamalkan pemakanan buah tembikai dalam menu berbuka puasa anda.
Ramai di antara kita yang berpuasa pada bulan Ramadhan mengambil tembikai ketika berbuka puasa (Iftar). Sama ada buah yang dipotong atau diambil sebagai jus tembikai. Tetapi tidak ramai yang tahu manfaat buah tembikai ini.
Ada hadis yang mengatakan bahawa Rasulullah S.A.W pernah memakan buah tembikai. Ini menunjukkan buah tembikai adalah buah yang bernutrisi, selamat dan baik untuk dimakan.
Ada ulama (tidak diketahui sumber) memberitahu wanita yang hamil digalakkan untuk memakan tembikai kerana anak yang bakal dilahirkan akan baik akhlaknya dan sempurna sifatnya.
Mengikut kajian sains pula, buah tembikai ini sangat sesuai dijadikan hidangan pertama ketika berbuka puasa bersama dengan kurma. Satu atau dua ulas tembikai bersama beberapa biji kurma dan segelas air kosong cukup untuk memberikan tenaga segera bagi mereka yang berpuasa.
Tembikai mempunyai Glycemic Index yang tinggi, bermakna penyerapan gula ke dalam darah berlaku dengan pantas. Oleh kerana kita hanya mengambil beberapa ulas saja, ia tidak memudaratkan.
Nasi putih GI: 72 (tinggi) 150 kalori/100g
Tembikai GI :72 (tinggi) 30 kalori/100g
Kurma GI: 42 (rendah) 282 kalori/100g
Semasa menjalankan ibadah puasa, beberapa perubahan fisiologi dalam tubuh akan berlaku. Antaranya enzim yang berada dalam tubuh dikeluarkan secara perlahan-lahan disebabkan kita tidak makan sepanjang hari. Lapisan lendiran yang menyelaputi dinding dalam saluran penghadaman (perut dan usus) menipis. Oleh itu apabila kita berbuka puasa, mulakanlah dengan makanan yang bersifat mudah (simple real food). Antaranya buah-buahan seperti tembikai, anggur, pisang dan betik.
Tembikai mengandungi Vitamin A, C, thiamin, riboflavin, niacin, vitamin B6 dan folate. Vitamin-vitamin ini membantu menstabilkan mood dan menguatkan ingatan. Berbuka puasa dengan tembikai dapat mengekalkan kesihatan tubuh. Ia mengandungi 92% air dan nutrisi yang tinggi, sesuai untuk menghilangkan dahaga ketika berbuka puasa dan menggalakkan perpeluhan ketika musim panas.
Tembikai juga mengandungi sebatian lycopene iaitu sebatian antioksida yang boleh didapati dari buah-buahan berwrna merah seperti tomato. Satu gelas tebikai mengandungi 10mg lycopene, sementara satu gelas tomato mengandungi 5-6 mg lycopene. Lycopenen sangat baik untuk merendahkan risiko mendapat penyakit jantung dan osteoporosis, juga membantu mengelakkan penyakit kanser pada payudara dan prostat.
Lycopene juga merupakan antioksida yang bagus diamalkan bagi pesakit diabetes, katarak, kulit dan juga membantu dalam masalah kesuburan.
Tembikai juga mengandungi sebatian citrulline, yang merangsangkan pengeluaran bahan nitric oxide, yang berfungsi sebagai merehatkan, melembutkan dan mengembangkan saluran darah yang sangat sesuai diamalkan oleh pesakit yang mengalami mati pucuk (erectile dysfunction) dan tekanan darah tinggi. Bila salur darah mengembang ia mengekalkan perjalanan darah dalam saluran koronari pada jantung.
Selamat berbuka dan semoga bermanfaat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pernahkah anda mengikuti mana-mana jenis diet tapi kesannya tak berjaya diperolehi seperti yang diharap?
Dan pernahkah anda pertimbangkan bahawa diet yang anda amalkan itu mungkin tak sesuai dengan anda?
Kebanyakan pelan diet yang anda ikuti mungkin gagal disebabkan ia mengajar anda makan dalam kuantiti sedikit. Dalam hal ini maknanya anda harus komposisi bahan makanan. Cara ini bukan sahaja membuatkan anda sering lapar, malahan berat badan juga enggan turun.
Jadi, caranya ialah dengan makan seberapa banyak anda ingini tetapi masih tetap mengawal atau mengurangkan kalori makanan tersebut. Untuk dapat hasil yang baik, anda boleh mengambil sumber fiber dalam menu harian. Apabila melebihkan pengambilan fiber maka kalori yang diambil turut berkurang. Dengan ini, peratusan anda untuk kurus lebih tinggi.
Sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan lain-lain yang berfiber boleh mengurangkan risiko serangan jantung dan strok. Semua hasil fiber, bahan antikosida, photochemical, omega 3, potassium dan kalsium terkandung dalam makanan fiber.
Juga diet sepinggan penuh dengan fiber boleh menghindarkan kanser perut, peparu, kaviti gigi dan sebagainya kerana kebanyakan fiber yang kita makan ada bahan anti-mutagen, menghalang pertumbuhan kanser akibat mutasi sel.
Obesiti menyebabkan anda susah bernafas, jadi dengan memakan lebih fiber bermaksud anda tidak akan gemuk, seterusnya
Mampu menghindarkan diri dari masalah pernafasan, tercungap-cungap dan sebagainya berkaitan peparu, berdengkur ketika tidur ataupun masalah sukar bernafas ketika tidur (penyebab masalah sukar tidur).
Fiber juga tidak mengandungi gula tepu yang menjadi penyebab kepada masalah diabetes. Hal ini kerana kebanyakan kes terjadinya diabetes dikaitkan dengan obesiti. Kehadiran fiber dalam makanan menghalang sensor deria yang memberi arahan kepada pankreas untuk mengeluarkan insulin, seterusnya gula dikurangkan oleh fiber boleh larut. Gula dalam darah bergerak perlahan dengan kehadiran fiber, memberi masa kepada pankreas menapis darah tanpa overload.
Diet fiber juga mampu membantu mengurangkan masalah sakit ulu hati (penghadaman), heartburn, masalah usus, sengal-sengal sendi badan, dan keletihan. Dalam kata lain, diet sepinggan penuh fiber bermaksud hidup lebih sihat, hidup lebih lama.
Makan banyak makanan mengandungi fiber
Makan fiber sebagai pembuka hidangan
Stabilkan makan fiber
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tidak dapat dinafikan mempunyai otot teras badan di abdomen mampu menjadikan struktur fizikal anda jadi lebih tegap. Selain itu, memiliki teras badan yang kuat akan memudahkan untuk anda melakukan aktiviti kercergasan dan sukan yang lain.
Tapi membina otot abdomen atau teras badan tidaklah semudah yang disangka. Jika ia mudah maka ramailah lelaki di luar sana tampil tegap bergaya. Ia memerlukan bukan sahaja usaha dan disiplin malah perlu bijak mengatur rutin senaman yang baik.
Dan jika ada rutin yang baik perlu dilakukan secara konsisten. Jika tidak memang mustahil anda boleh bina otot sebagainya yang anda inginkan.
Berikut MASKULIN kongsikan 5 jenis senaman yang wajib anda lakukan jika ingin teras badan yang mantap,
Burpees merupakan senaman yang mencabar kekuatan seluruh badan. Ia juga memberi kelebihan untuk ketahanan otot dan jantung.
Bagi anda yang ingin membina stamina yang tinggi sambil merendahkan lemak badan, senaman ini sememangnya sesuai kerana ia sangat mujarab.
Senaman push up sememangnya senaman yang sangat popular. Dengan mengamalkan push up, badan anda akan lebih berotot, kuat dan nampak bergaya.
Ia menggunakan keseluruhan badan dengan penekanan pada otot bahu, dada dan triceps.
Senaman ini sangat efektif dalam melatih kekuatan dan bina otot kaki dan membakar lemak dengan cepat.
Bukan itu sahaja, stamina badan anda juga akan meningkat kerana lunges bukan sekadar senaman untuk orang membina badan, sebaliknya ia merupakan senaman untuk memberi kecergasan.
Kalau anda perlu memilih satu sahaja senaman untuk bahagian belakang, lakukan chin up bagi mempercepatkan pembesaran otot belakang anda.
Percayalah dengan melakukan senaman chin up, anda boleh mendapatkan otot belakang yang kembang seperti kepak. Mudah sahaja caranya, anda hanya perlukan bergayut pada satu palang sahaja untuk mendapatkan otot belakang yang mantap.
Jika anda lemah dalam bench press, cuba lakukan senaman dip dalam masa beberapa minggu. Percayalah, kekuatan bench press anda akan meningkat.
Bukan itu sahaja, senaman ini juga adalah senaman yang sangat versatil kerana ia boleh dilakukan di mana-mana sahaja tidak kira di rumah, pejabat, gym ataupun taman permainan. Kelebihannya hampir sama dengan senaman bench press.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang