Berkongsi foto ke laman media sosial kini bukan lagi dianggap sebagai satu hobi semata. Ia merupakan salah satu gaya hidup yang selari dengan perkembangan teknologi dan budaya sosial masyarakat kini.

Setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan pasti akan diabadikan dalam bentuk foto untuk dikongsi bersama followers. Dan bentuk dokumentasi kehidupan beginilah yang menjadi antara nadi utama pergerakan budaya hidup masyarakat kini.

Begitu juga dengan fotografi menggunakan iPhone yang sekian lama terkenal dengan kualiti fotonya. Populariti penggunaan laman media sosial seperti Instagram, Facebook dan Twitter juga menyaksikan perkongsian foto kini boleh dilakukan dengan pantas. Seiring dengan itu pelbagai apps fotografi muncul di App Store buat pengguna iPhone.

Snapseed

Aplikasi foto editor untuk memperbaiki dan meningkatkan kualiti foto, Snapseed merupakan antara apps yang paling popular di App Store. Pertama, ia cukup senang digunakan dan menawarkan pelbagai variasi tools ubah suai foto. Untuk melakukan ubah suai warna, kadar kecerahan, memotong dan penajaman gambar app ini amat sesuai digunakan. Buat anda yang baru-baru berjinak-jinak untuk melakukan editing foto, inilah app yang paling sesuai.

IKLAN

Enlight

Ini merupakan app bagi korang yang ingin explore sisi kreatif dengan skil tersendiri. Selaion menawarkan tools yang lazimnya ada pada semua app lain, Enlight mempunyai pelbagai seleksi efek artipAKAI Pstik. Contohnya korang boleh menukar foto menjadi seperti sebuah lukisan dan menambah pelbagai elemen ke dalam foto. Sebagai contoh tool untuk ‘The Mask’ menjadikan foto bercampur dengan efek berbeza.

BACA: Pakai Sikit Tapi Line Wi-Fi Masih Slow, Ini Caranya Nak Trace

IKLAN

TouchRetouch

Pjkau

Sekarang sudah banyak app foto yang mempunyai kemampuan untuk memperbaiki dan membuang segala elemen yang buruk di dalam foto. Namun antara app terbaik untuk melakukannya ialah dengan menggunakan TouchRetouch. Ia merupakan antara app paling mudah dan senang digunakan untuk tujuan ini. Dengan menggunakan app ini anda boleh highlight dan membuat apa-apa objek tidak diperlukan. Dengan melakukan try and error korang pasti dapat menggunakannya dengan baik.

IKLAN

Adobe Lightroom CC

Secara ringkasnya Adobe Lioghtroom CC merupakan app editing foto yang cukup ‘power‘ sesuai digunakan untuk pengguna baru dan juga yang lebih advanced. Selain ditampilkan dengan interface yang ringkas dan senang untuk navigasi, ia juga banyak menggunakan one-tap preset. Untuk editing lebih kompleks korang boleh menggunakan tools untuk ubah suai foto mengikut kehendak. Ia juga membenarkan korang untuk mengakses foto di mana-mana peranti dengan menggunakan Adobe Creative Cloud.

Lens Distortions

Faktor cahaya mahari dan juga efek cuaca juga merupakan antara salah satu elemen di dalam foto yang cukup popular. Dan tidak selalu biasanya efek tersebut kita dapar secara semulajadi. Jadi untuk mencantikkan gambar korang boleh gunakan Lens Distortion yang menawarkan efek lens flares, hujan, salji dan juga kabus. Dan pelbagai efek ini juga boleh digabungkan di dalam foto yang sama bergantung kepada kreativiti korang sendiri.