Penggunaan data pada smartphone anda merupakan salah satu perkara yang menjadi perhatian ramai pengguna, apatah lagi dengan kuota yang terhad untuk beberapa pakej talian telekomunikasi, di samping terdapat beberapa yang mengenakan caj berasaskan PPU untuknya.

Untuk menjimatkan dan menguruskan penggunaan data smartphone, terdapat beberapa tip yang boleh diambil dan membantu anda dalam menjimatkan sedikit penggunaan berbanding kebiasaan.

1. URUSKAN PENGGUNAAN DATA

Pada peranti Android (bermula Android 4.0), Google telah menyertakan fungsi memantau penggunaan data yang hadir terbina pada halaman tetapan. Dengan menggunakannya anda boleh menetapkan berapakah kuota bulanan yang ditawarkan talian telekomunikasi anda, selain turut menetapkan notifikasi amaran apabila penggunaan anda menghampiri had kuota yang anda sudah tetapkan.

Memandangkan ia memantau penggunaan data pada talian mudah-alih, ia memberikan statistik yang agak tepat. Fungsi ini tidak memantau penggunaan data WiFi anda, jadi anda masih boleh menikmati pelbagai kandungan menggunakan WiFi, dan tidak perlu risau ia disertakan pada pemantauan ini.

IKLAN

2. MENGURANGKAN DATA KETIKA MELAYARI WEB

Ketika menggunakan telefon pintar anda, pastinya anda ingin mengakses laman web dengan kadar pantas. Anda turut boleh menjimatkan penggunaan data dengan menggunakan beberapa pelayar web khusus yang diciptakan khas bagi penggunaan ini.

Salah satu yang popular adalah Opera Mini, yang mana menawarkan penjimatan data sehingga 90% dengan compress saiz fail sebelum ditawarkan kepada anda. Selain Opera Mini, pelayar web Chrome hadir dengan fungsi terbina, dinamakan “Reduce Data Usage” yang boleh diaktifkan melalui tetapan pada Chrome.

IKLAN

3. MENGAKTIFKAN FUNGSI KEMASKINI APLIKASI MENGGUNAKAN WIFI SAHAJA

Sokongan kemaskini aplikasi autoplay Google Play adalah antara perkara yang menggunakan data yang agak tinggi.  adakala, anda mungkin tidak perasan akan aplikasi anda dikemaskini pada latar yang menggunakan kadar data yang agak tinggi.

Anda sebenarnya boleh memantau dan mengurangkannya dengan mengaktifkan fungsi mengemaskini aplikasi ketika dihubungkan ke rangkaian WiFi sahaja. Untuk mengaktifkannya, anda hanya perlu membuka Google Play Store, ke halaman Settings, dan memilih tetapan Auto-update Apps kepada WiFi sahaja.

IKLAN

4. GUNAKAN PETA OFFLINE

Fungsi peta seperti pada Waze dan Google Maps tidak menggunakan data yang tinggi seperti beberapa aplikasi lain. Tetapi, anda masih boleh menjimatkan penggunaan data dengan menggunakan aplikasi alternatif yang menawarkan sokongan offline.

Salah satunya adalah aplikasi peta percuma daripada Nokia iaitu HERE Maps, yang mana membolehkan pengguna memuat-turun data peta untuk disimpan pada peranti dan digunakan secara offline.

5. APLIKASI KHAS

Terdapat juga aplikasi seperti Onavo Extend yang menawarkan kebolehan untuk mengurangkan saiz data yang dihantar dan diterima oleh anda.