Memandangkan raya bakal menjelma pada minggu depan, ramai yang sedang membuat persiapan diri untuk nampak kacak dan smart.
Selain bakal mengenakan baju yang cantik, lelaki juga ingin dilihat semakin sado dan bahagian yang menjadi tumpuan adalah kaki.
Sehubungan itu, method plyometric perlu dilakukan untuk mencapai misi tersebut sehingga berjaya dan terima pujian apabila berjumpa time raya nanti.
Apa itu plyometric
Method plyometric adalah salah satu cara untuk mendapatkan bentuk otot kaki yang sempurna dan seimbang dalam mencipta keseluruhan fizikal yang ikonik.
Plyometric merupakan salah satu kaedah yang boleh digunakan dalam latihan untuk mengembangkan ‘exposive power’ dengan melakukan beberapa ‘super set’ yang disesuaikan dengan kemampuan diri.
Latihan plyometric lebih memperlihatkan ‘intensity’ kekuatan penuh otot dengan respons yang sangat pantas dan beban yang dinamik serta ketegangan otot yang optimum lantaran memaksa anda untuk mengeluarkan kekuatan dan tenaga penuh agar mencapai ‘peak performance’.
Bagi mendapatkan otot kaki yang sempurna, lakukan latihan kaki dua kali seminggu dan ‘split’ kaedah berbeza mengikut hari dengan latihan ‘heavy leg workout’ dan ‘plyo leg workout’.
1. Front Barbell Squat
Jalani teknik ini dengan menggunakan ‘squat rack’. Letakkan barbell pada rak yang sudah diselaraskan dengan ketinggian dada anda.
Kemudian, pegang barbell dari arah bawah dengan posisi tangan menyilang lantas angkat barbell dari rack.
Ads
Mulakan gerakan squat dengan melipatkan lutut sekitar 90 darjah dan kembali berdiri. Ulangi langkah ini sebanyak empat set dengan ulangan lima belas kali.
2. Box Jump
Latihan ringkas yang menggunakan otot kaki secara maksima. Berdiri di hadapan box dalam jarak sesuai.
Kemudian lompat di atas box tersebut dengan kedua belah kaki mendarat secara bersamaan lantas lompat kembali ke posisi asal dan ulangi sebanyak dua puluh lima kali sebanyak empat set.
Ads
3. Dumbbell Rear Lunge
Lakukan dengan berdiri tegak dan memegang dumbbell pada kedua-dua belah tangan di sisi.
Bengkokkan salah satu bahagian kaki sehingga melutut dan menyentuh lantai serta lakukan pertukaran antara bahagian kaki mengikut kiraan masa.
Lakukan secara berulang sebanyak lima belas kali dalam empat set.
4. Dumbbell Step Up
Berdiri di hadapan ‘bench’ sambil memegang dumbbell di sisi kedua-dua belah tangan. Naik ke atas ‘bench’ dengan dimulai dengan kaki kanan dan diikuti dengan kaki kiri sehingga berdiri di atas ‘bench tersebut.
Ads
Kemudian, turun semula daripada ‘bench’ dengan dimulai dengan kaki kanan kemudian kaki kiri. Ulangi semula pergerakan tersebut dengan menggunakan kaki kiri dan lakukan secara berulang sebanyak lima belas kali dalam empat set.
5. Freehand Jump Squat
Posisikan postur kaki selari dengan keluasan bahu. Silangkan kedua bahu anda di bahagian dada.
Lakukan gerakan squat dengan membengkokkan kaki sehingga paras 90 darjah .
Kemudian lompat sehingga kaki anda berada dalam keadaan lurus dan kedua-belah tangan kekal bersilang lantas mendarat dengan posisi squat.
Lakukan secara berulang sehingga tiga puluh lompatan dalam sempat set.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jika anda nak cepat bentuk otot dan sixpack, kenalah makan pisang setiap hari. Pengambilan pisang memang bagus untuk kesihatan tubuh badan.
Selain membentuk otot dan sixpack, makan pisang sebanyak dua biji sebelum melakukan senaman berat menjadi pembekal tenaga yang baik dan membantu mengekalkan gula dalam darah.
Ia kerana pisang mengandungi banyak serat serta beberapa antioksidan. Buah ini juga diperkayakan dengan potasium, vitamin B6, vitamin C, magnesium, protein dan lemak.
Berikut adalah manfaat makan pisang seperti yang dipetik dari laman Boldsky.
1. Tidur lebih nyenyak
Harus diakui bahawa pisang juga mempunyai nutrisi yang baik untuk kesihatan. Malah, nutrisi dalam pisang boleh meningkatkan kualiti tidur dan membuatkan tidur anda jadi lebih nyenyak.
2. Membentuk & memulihkan otot
Kandungan kalium dalam pisang juga boleh membantu tubuh anda mengekalkan tahap pH yang tepat. Selain itu, kalium dalam pisang juga dapat membantu anda untuk membentuk otot dan memulihkan otot lebih cepat setelah sesi latihan.
3. Mencegah kemurungan
Menurut beberapa kajian, pengambilan pisang secara teratur dapat mencegah kemurungan. Kajian juga mendedahkan, rutin makan pisang juga boleh meningkatkan mood anda.
4. Mengecilkan pinggang
Bagi anda yang sedang berdiet, dapatkan manfaat daripada buah pisang. Buah pisang mengandungi kalori yang rendah dan kaya dengan nutrisi yang diperlukan tubuh sehingga menjadikannya ia sumber suplemen yang ideal bagi anda yang ingin mengecilkan pinggang.
5. Menguatkan tulang
Meskipun pisang tidak mengandungi kalsium, ia dapat membantu meningkatkan penyerapan mineral dengan bantuan fruktooligosakarida. Malah pisang juga membantu untuk meningkatkan kemampuan tubuh untuk menyerap kalsium.
6. Perut kenyang lebih lama
Pisang kaya akan pati yang melambatkan proses pencernaan. Oleh itu, makan sebiji pisang setiap hari mampu membuatkan perut anda kenyang lebih lama.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
RESDUNG ADALAH PENYAKIT YANG DISEBABKAN OLEH ADANYA INFLAMASI ATAU KERADANGAN PADA DINDING SINUS. KERADANGAN INI KERAP DISEBABKAN OLEH JANGKITAN VIRUS ATAU BAKTERIA. RESDUNG BIASA DIPANGGIL SINUSITIS, MESKI SEBETULNYA TERDAPAT PERBEZAAN. SINUSITIS ADALAH PENYAKIT YANG BOLEH MENJANGKITI SEMUA ORANG PADA SEGALA UMUR.
Inilah beberapa tanda-tanda resdung yang perlu anda tahu:
Di awal, akan muncul mukosa atau lendir berwarna kuning atau hijau daripada hidung.
Wajah akan terasa berat dan sakit di sekitar dahi, mata, dan dagu, terutama apabila ditekan.
Bersin-bersin, selesema.
Demam dengan suhu 38 ° Celsius atau lebih.
Sakit gigi.
Sakit kepala.
Berkurangnya kemampuan dalam mencium sesuatu.
Hidung bernafas dan tersumbat.
Nafas bau.
Mata gatal.
Tidur berdengkur.
Rambut ada kelemumur.
Timbul jerawat.
Bertindak balas pada makanan terperap dan suhu sejuk.
Bila resdung belum terlalu parah, maka Anda boleh cuba kaedah rawatan resdung tradisional yang cukup berkesan untuk menangani penyakit ini. Namun bila resdung yang dialami sudah parah, maka disaranankan agar menjumpai dan berkeluh pada doktor pakar telinga, hidung, dan tekak (THT). Doktor akan menggunakan CT scan untuk mencari punca utama dari resdung yang terjadi.
MERAWAT DENGAN UBAT RESDUNG MUNGKIN TIDAK BEGITU PERLU SEBAB SEKITAR 60% PENGHIDAP RESDUNG YANG MENDERITA AKIBAT VIRUS AKAN HILANG DENGAN SENDIRINYA. WAKTU YANG DIPERLUKAN AGAR RESDUNG PULIH SEPENUHNYA IALAH MEMAKAN TEMPOH DUA HINGGA TIGA MINGGU
HIDRASI
Minum banyak air mineral tanpa gula. Cecair ini akan bekerja membantu mendorong lendir keluar. Elakkan minum alkohol, kafein, minuman, manis, dan jangan merokok. Semua zat pada minuman itu boleh menyebabkan lendir menebal dan menyumbat pada saluran pernafasan sehingga mencetuskan keradangan lebih teruk.
SEDUT WAP AIR HANGAT
Petua hilangkan resdung pertama ialah dengan menghirup wap air hangat.
Pertama, rebus air sebanyak satu gayung, lalu campurkan dengan air garam.
Matikan api selepas air mendidih.
Letakkan kepala anda 30 cm di atas air, lalu hirup wap hangat.
Bila ingin lebih berkesan, Anda boleh menyelubungkan kepala dengan tuala yang menutup wap air panas hingga terkumpul.
Hirup selama 15 minit. Lakukan tiga kali dalam sehari hingga resdung reda.
MEMAMPATKAN MUKA DENGAN AIR HANGAT
Bila tidak kuat dengan menghirup wap, Anda boleh cuba petua kedua iaitu memampatkan bahagian pipi dengan air hangat.
Panaskan air, lalu diamkan hingga hangat.
Celupkan tuala ke dalam air, lalu peras airnya.
Letakkan tuala untuk menutupi wajah anda.
Cara ini dapat membantu menggalakkan rambut agar mengeluarkan lendir yang terkumpul di bahagian bawah mata dan kawasan sekitaran hidung.
LIDAH BUAYA
Mungkin sepanjang ini kita hanya tahu khasiat lidah buaya untuk merawat rambut. Namun faktanya, lidah buaya boleh dipakai untuk mengubati resdung sebab mengandungi sifat antiseptik. Cara pakainya adalah dengan menitiskan lendir atau gel lidah buaya pada hidung. Agar lebih berkesan, minumlah rebusan lidah buaya secara teratur.
LIMAU NIPIS DAN DAUN PANDAN
Petua hilangkan resdung tradisional selanjutnya ialah memakai campuran limau nipis dan daun pandan.
Siapkan 8 buah limau nipis dan 10 helai daun pandan.
Hiris halus-halus daun pandan.
Peras buah limau hingga menghasilkan air limau yang banyak, saring air untuk memisahkan bijinya.
Campurkan air perasan limau dengan daun pandan.
Ramas daun pandan beberapa minit sehingga air berubah menjadi kehijauan.
Tapiskan sampai tertinggal air saja.
Basuh atau cuci muka terlebih dahulu.
Basuhkan air tadi ke wajah Anda, elakkan terkena mata atau bibir.
Tunggu wajah kering lalu sapukan lagi.
Lakukan setiap 3 jam untuk hasil yang lebih baik.
Selepas berakhir, cuci wajah Anda dengan air biasa.
KUNYIT ATAU HALIA
Kedua rempah ini biasa dijumpai di India dan beberapa negara di Timur Tengah. Pada kunyit terkandung sifat anti-inflamasi semula jadi dan antioksidan. Apabila digabungkan dengan halia yang dibancuh bersama teh, maka minuman hangat ini dapat membantu mencairkan mukus pada hidung serta membantu mengurangkan tekanan di kawasan wajah akibat sinus. Kesan positif lain dari halia adalah menenangkan perut.
CUKA EPAL DAN MADU
Petua menghilangkan resdung semula jadi selanjutnya adalah memakai cuka epal dan madu.
Ambil tiga sudu makan cuka epal, masukkan ke secawan air panas atau teh.
Tambah limau dan madu secukupnya, lalu minum tiga kali sehari.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Apa yang terlintas di fikiran anda apabila mendengar ada orang sanggup berbasikal dari Kota Kemuning ke Port Dickson dan kemudiannya berpatah balik semula ke Kota Kemuning dalam masa sehari?
Kedengaran agak luar biasa namun, itulah yang dilakukan oleh kira-kira 900 geng basikal yang datang dari dalam dan luar negara yang ingin menikmati kayuhan basikal bersama rakan masing-masing.
Tayar golek selepas solat subuh
kayuhan dari Kota kemuning ke Port Dickson ini bermula pada waktu pagi. Lebih tepat lagi selepas subuh dan sewaktu team Maskulin tiba di sana, kami berkesempatan untuk bertanya sedikit sebanyak daripada pihak penganjur mengenai program yang diadakan.
Peserta memulakan kayuhan seawal jam 5 pagi.
Menurut Ray Lees, penganjur BRM200 Audax Randonneurs Malaysia 2019 : Pink Ride 2.0, acara kayuhan ini adalah untuk menggalakkan lagi pengayuh-pengayuh wanita untuk terlibat dalam aktiviti kayuhan basikal jarak jauh, yang selama ini dipelopori oleh lelaki.
“Acara seperti ini adalah untuk membakar semangat dan menjadi permulaan yang baik untuk pengayuh wanita melibatkan diri dalam setiap acara kayuhan yang di anjurkan oleh Audex Randonnuers Malaysia.”
Selain daripada pengayuh lelaki, pengayuh perempuan pun ada
Selain itu, Pink Ride 2.0 juga bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pengayuh lelaki bahawa pengayuh wanita turut terlibat dalam kayuhan beratus kilometer seperti mereka dan ini memberikan pengalaman baru kepada pengayuh lain yang selama ini tidak pernah terlibat bersama pengayuh wanita untuk kayuhan jarak jauh.
Selain pengayuh lelaki, penayuh wanita turut serta dalam kayuhan 200KM Pink Ride 2.0.
Berkayuh di bawah matahari terik mencabar mental dan fizikal. 200KM bukan jarak yang dekat oi.Pengasasnya Audex Randonnuers Malaysia, Sam Tow berkata, aktiviti berbasikal jarak jauh yang dianjurkan mereka seperti ini sebenarnya sudah memasuki tahun ketiga.
Program yang diadaptasi daripada sukan antarabangsa anjuran Perancis ini amat sesuai dianjurkan di Malaysia kerana negara ini memiliki ramai peminat sukan berbasikal tidak kira jenis apa basikal yang dimiliki.
Berbasikal beri kepuasan dalam diri
Sementara itu, seorang pekerja swasta, Ahmad Rizwan Ahmad Soofi, 36, yang sudah menyertai sukan berbasikal sejak tahun 2016 mengakui sukan ini mampu memberi kepuasan kepada dirinya.
Secara peribadi juga, Ahmad Rizwan sudah menyertai lebih 70 program berbasikal dalam tempoh tiga tahun ini.
Katanya yang sentiasa menjalani rutin latihan setiap minggu, tak rugi untuk bermain basikal kerana melalui aktiviti ini, seseorang itu dapat meningkatkan staminanya selain memberi kesihatan kepada tubuh badan.
Pelepasan dari Kota Kemuning ke Port Dickson bermula seawal jam 5 pagi dan tiba semula di Kota Kemuning pada sebelah petang. Syabas semua pengayuh! Anda memang hebat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.