Berita baik buat semua pencinta Hikers, baru-baru ini Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah mengumumkan boleh mendaki gunung bermula 15 Jun dengan syarat mematuhi amalan jarakan sosial serta prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.
Jika sebelum ini, ramai pendaki yang keliru dengan aktiviti ini namun di Facebook milik KBS Malaysia ada memuat naik satu risalah Pembukaan Sektor Sukan Dan Reakreasi Fasa 2.
Ads
Ini kerena KBS ingin dan membenarkan rakyat untuk Kembali menjalani gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan, rekreasi dan operator fasiliti sukan serta perniagaan sukan dapat menjana pendapatan dan menyumbang kepada ekonomi negara.
Ads
Namun aktiviti sukan yang melibat sentuhan badan dan aktiviti berkumpulan di luar adalah tidak dibenarkan. Aktiviti untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun dan ke bawah, golongan OKU dan warga emas berumur 60 dan ke atas adalah tidak digalakan.
Ads
Malah aktiviti sukan air di dalam kolam renang juga masih tidak dibenarkan buat masa ini.
Dalam dunia larian, ramai terlalu fokus kepada pace laju, interval training atau high intensity workout. Namun sebenarnya, salah satu komponen paling penting yang sering dipandang rendah adalah larian Zone 2.
Bagi pelari berpengalaman, larian Zone 2 bukan sekadar easy run. Ia adalah asas kepada endurance, prestasi jangka panjang dan kesihatan keseluruhan.
Persoalannya, kenapa larian pada intensiti rendah ini begitu penting?
Zone 2 merujuk kepada intensiti larian yang sederhana rendah, di mana degupan jantung berada sekitar 60 hingga 70 peratus daripada kadar maksimum.
Menurut kajian dalam Journal of Applied Physiology, latihan aerobik intensiti rendah membantu meningkatkan kapasiti mitokondria dalam otot, sekali gus meningkatkan keupayaan badan menghasilkan tenaga secara efisien.
Pada tahap ini, badan belajar menggunakan oksigen dengan lebih efisien untuk menghasilkan tenaga. Hasilnya, anda mampu berlari lebih lama tanpa cepat penat, sekaligus membina asas endurance yang kukuh untuk prestasi jangka panjang.
Salah satu kelebihan utama larian Zone 2 adalah keupayaan badan untuk menggunakan lemak sebagai sumber tenaga utama, berbanding karbohidrat.
Kajian oleh American College of Sports Medicine (ACSM) menunjukkan bahawa latihan pada intensiti sederhana rendah meningkatkan keupayaan oksidasi lemak, yang penting untuk prestasi larian jarak jauh.
Apabila badan lebih efisien membakar lemak, simpanan glikogen dapat dijimatkan untuk fasa kritikal seperti penghujung perlumbaan. Ini memberi kelebihan besar kepada pelari endurance seperti marathon dan half marathon.
Berbanding latihan intensiti tinggi, larian Zone 2 memberi tekanan yang lebih rendah kepada otot, sendi dan sistem saraf.
Menurut kajian dalam British Journal of Sports Medicine, peningkatan volume latihan berintensiti rendah dikaitkan dengan risiko kecederaan yang lebih rendah berbanding latihan intensiti tinggi yang berlebihan.
Ini membolehkan badan pulih dengan lebih cepat dan mengekalkan konsistensi latihan tanpa gangguan kecederaan yang kerap.
Larian Zone 2 membantu meningkatkan keupayaan jantung untuk mengepam darah dengan lebih efisien.
Kajian oleh European Journal of Preventive Cardiology mendapati latihan aerobik sederhana membantu meningkatkan stroke volume jantung serta menurunkan kadar degupan jantung rehat.
Ia juga merangsang pertumbuhan kapilari dalam otot, membolehkan penghantaran oksigen menjadi lebih efektif. Ini penting untuk memastikan tubuh mampu mengekalkan prestasi dalam tempoh yang lebih lama.
Ramai pelari gagal bukan kerana kurang effort, tetapi kerana terlalu cepat burnout.
Larian Zone 2 membolehkan anda kekal konsisten tanpa tekanan berlebihan pada tubuh dan mental.
Menurut jurulatih endurance terkenal, Dr Stephen Seiler, berdasarkan analisis ke atas atlet elit:
“Kebanyakan pelari elit menghabiskan sekitar 80 peratus latihan mereka pada intensiti rendah.”
Kajian beliau mengenai model polarized training turut menyokong bahawa kombinasi latihan intensiti rendah dan tinggi memberikan hasil prestasi terbaik.
Ini membuktikan bahawa latihan perlahan bukan tanda lemah, tetapi strategi pintar untuk prestasi maksimum.
Larian Zone 2 mungkin nampak perlahan, tetapi impaknya sangat besar.
Ia bukan tentang siapa paling laju setiap hari, tetapi siapa paling konsisten dalam jangka panjang. Dengan mengutamakan asas ini, pelari boleh membina prestasi yang lebih stabil, mengurangkan risiko kecederaan dan meningkatkan kesihatan keseluruhan.
Jika anda serius dalam larian, larian Zone 2 bukan pilihan. Ia adalah keperluan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Lelaki moden amat mementingkan penampilan diri. Bukan sahaja pakaian, wajah juga menjadi tumpuan. Lelaki kini tidak lagi malu mengunjungi pusat-pusat kecantikan. Bukan sesuatu yang memeranjatkan jika lelaki juga berminat menjalani rawatan kecantikan terutamanya pada wajah.
Kebanyakan lelaki itu di peringkat usia 40-an. Pada usia tersebut lelaki sememangnya semakin matang dan stabil dari sudut kewangan mahupun kerjaya. Gaya hidup yang aktif di kalangan lelaki juga menuntut stamina diri. Saya percaya penampilan yang muda dan bergaya haruslah sejajar dengan peningkatan dalam kualiti kesihatan juga.
Dalam bidang perubatan anti penuaan, setiap masalah mesti dikesan dan dihindari sebelum ia terjadi. Dengan kata lain doktor mengesan dan merawat sebelum terjadinya penyakit. Konsep ini sebenarnya ibarat menyediakan payung sebelum hujan. Jika lelaki berusia 40-an mengadu letih dan kurang tenaga maka doktor perlu memeriksa paras hormon di dalam darahnya. Doktor juga akan mengesyorkan terapi ozon dan anti-oksida di samping penambahan hormon. Ia dilakukan bagi mengaktifkan kelenjar hormon di dalam badan. Masalah penampilan yang sering dialami lelaki adalah:
PIGMENTASI PADA KULIT
GARIS DAN KEDUTAN
WAJAH JATUH MENGGELEBER DAN TAMPAK TUA
RAMBUT BERUBAN
RAMBUT BOTAK
PORI PORI WAJAH KASAR KERANA KERAP BERCUKUR
KURANG STAMINA DAN KURANG KEINGINAN SEKS
KULIT KUSAM DAN TIDAK SEKATA
KULIT GELAP KERANA PENDEDAHAN MELAMPAU PADA MATAHARI
OBESITI
PERBEZAAN KULIT LELAKI
Lelaki dan wanita mempunyai kulit yang berbeza. Ini kerana kulit manusia dipengaruhi hormon. Hormon testeron mempengaruhi kulit lelaki manakala hormon estrogen mempengaruhi kulit Wanita. Kulit lelaki mempunyai elastin dan kolagen yang lebih banyak berbanding wanita. Ini menyebabkan kulit mereka 20 peratus lebih tebal dan anjal serta tahan kepada kerosakan matahari. Sebab itu apabila berbanding usia, wanita lebih menunjukkan garis-garis halus berbanding dengan lelaki seusia. Namun begitu, semakin berusia, kulit lelaki menjadi semakin nipis, manakala ketebalan kulit wanita tidak berubah.
Lelaki juga mempunyai pori-pori kulit yang lebih besar, kelenjar sebum yang lebih aktif dan mempunyai saluran darah lebih banyak. Oleh itu kulit lelaki kelihatan lebih kasar, lebih berpeluh dan berminyak. Lelaki yang mempunyai banyak bulu muka dan suka bercukur akan hilang satu lapisan hydrolytic film di permukaan kulit. Ini menyebabkan kulit menjadi lebih sensitif.
Apabila usia menganjak ke 40-an lelaki juga tidak dapat lari daripada masalah penuaan. Wajah yang dimamah usia akan menyebabkan mereka tercari-cari rawatan yang sesuai.
1) MODIFIED SERDEV
Oleh kerana lelaki mempunyai wajah yang lebar saya menggunakan teknik Modified Serdev untuk mereka. Melalui teknik ini benang yang diperbuat daripada protein digunakan bagi mengangkat muka dan mengikatnya semula pada satu struktur kepala yang dinamakan temporalis fascia. Melalui cara ini wajah yang jatuh akan diangkat semula dan hasilnya wajah tampak lebih muda dan menarik.
Teknik Modified digunakan kerana wajah lelaki agak lebar. Kawasan yang sering kendur adalah bahagian bawah dagu. Ini membuatkan leher tampak kendur dan menggeleber. Berbanding wanita pula kawasan yang mudah jatuh adalah pada pipi. Rawatan ini mengambil masa selama sejam dan hasilnya dapat dilihat sebaik saja selesai rawatan.
Wajah kita terdiri daripada struktur tulang dan otot-otot muka. Apabila usia meningkat kulit kita turut mengalami perubahan dalam kandungan kolagen di dalamnya. Jalinan kolagen yang sedikit dan tidak kukuh membuatkan kulit menurun, tidak lagi anjal dan tidak tegang. Otot-otot juga mula mengalami kesan penuaan. Ia mula melendut menimbulkan garisan kecil yang menghala ke bawah.
. Dengan menggunakan benang khas yang dimasukkan ke bawah kulit kepala, kulit muka akan diangkat semula tanpa memerlukan pembedahan yang menyakitkan. Keistimewaan teknik ini adalah ia menggunakan benang yang diperbuat daripada protein, tidak memerlukan pembedahan, tidak sakit dan hasilnya tahan lama. Dalam masa beberapa bulan benang itu akan hancur di dalam tubuh kita namun hasilnya tetap cantik selama 10 tahun kerana berlakunya fibrosis pada bahagian muka yang diangkat. Fibrosis adalah proses semula jadi di mana bahagian muka yang diangkat melekat pada tempat yang betul dengan kekal.
2) FILLER
Penggunaan Hyaluronic Filler turut penting dewasa ini. Filler menggantikan struktur lemak muka yang hilang dimamah usia. Ia mengisi ruang kosong yang menyebabkan muka tampak cengkung dan berlekuk seperti yang terdapat di pipi dan juga bawah kelopak mata. Garis halus yang muncul pada dahi di antara kening dan tepi bibir juga dapat diatasi dengan Filler. Terdapat pelbagai jenis Filler di pasaran dan saya suka mencadangkan Filler jenis berasaskan kalsium yang tahan lama dan tampak begitu natural sekali.
Sebenarnya di dalam kulit turut terdapat hyaluronik asid yang dikeluarkan secara semula jadi oleh tubuh kita. Ia bersifat sebagai bahan yang mengisi ruang di dalam kulit membolehkan kulit tampak anjal. Apabila usia meningkat, penghasilannya juga kurang dan wajah tampak berlekuk. Adalah lebih baik bagi kita melakukan penambahan.
Terdapat pelbagai jenis asid hyaluronik di pasaran dan kesemuanya mempunyai keistimewaan tersendiri .Bagi saya pemilihan haruslah mengikut kesesuaian dan usia juga. Bagi lelaki berusia 40-an saya mencadangkan penggunaan jenis berasaskan kalsium yang tahan lama.
3) LASER BAGI LELAKI
Bagi kaum lelaki penggunaan laser turut memainkan peranan yang penting. Laser yang saya cadangkan mampu meningkatkan paras kolagen secara semula jadi dan mengaktifkan semula sel-sel kulit. Di Marissa Aesthetik saya menggunakan pixel laser yang baik bagi meninggikan paras kolagen di dalam kulit. Laser sebegini bertindak pada permukaan kulit sahaja. Ia spesifik dan membolehkan pigmentasi turut dirawat dengan baik. Dengan kata lain ia membaiki struktur kulit dan menghasilkan kulit lebih gebu dan cerah. Pori-pori terbuka boleh diatasi dengan lebih berkesan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Perokok tegar harus menjadikan bulan Ramadan sebagai titik permulaan untuk mengubah aktiviti yang tidak sihat kepada kehidupan yang lebih berkualiti.
Kata seorang kawan yang tidak gemarkan rokok seludup, dia terpaksa berbelanja RM15 sehari untuk membeli sekotak rokok.
Kalau sebulan, nilainya mencecah RM450 dan jumlah itu sudah tentu agak besar untuk berbelanja atau membayar hutang apatah lagi membeli keperluan raya.
Jadi, tak salah jadikan 1 Ramadan sebagai target untuk stop rokok dan belajar menyimpan duit untuk bulan-bulan seterusnya.
Macam mana nak hentikan ketagihan merokok ni? Berdasarkan info yang Maskulin terima, mungkin anda boleh amalkan :
Pasti ramai yang tidak tahu bahawa susu sebenarnya dapat membantu anda untuk berhenti merokok. Pengambilan susu sebelum merokok akan membuatkan anda hilang selera untuk merokok. Selain susu, mereka yang ketagih kepada nikotin juga boleh mengamalkan produk tenusu lain seperti yogurt atau keju.
Merokok dengan kerap akan menyebabkan anda kehilangan banyak vitamin di dalam badan, sedangkan ianya amat penting untuk kesihatan. Bagi anda yang ingin berhenti merokok, disarankan untuk mengamalkan buah-buahan yang kaya dengan vitamin C. Contoh buah-buahan yang kaya dengan vitamin C adalah lemon, oren, strawberi dan jambu batu.
Halia ini sememangnya berkesan untuk membuatkan anda lupa kepada rokok. Caranya adalah dengan menghiris halia dan campurkan ke dalam teh panas. Percayalah, ianya amat berkesan untuk memotong selera anda merokok.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Miliki Mercedes-Benz menerusi Agility+ dengan bayaran bulanan bermula RM1,988, tempoh pembiayaan fleksibel serta pilihan GFV yang memudahkan perancangan pemilikan.