Menjaga kesihatan adalah pekara paling utama bagi setiap manusia. Lakukanlah apa sahaja senaman atau gerakan, ia pasti akan memberi result yang baik pada badan.
Namun jika tidak mendatangkan apa-apa result, ia akan mengecewakan.
Di sini Maskulin sediakan 5 hack paling berguna untuk anda mendapatkan result yang bagus dan cepat!
#1: Buat Sendiri Usah Berteman
Ads
Ya, memang bersenam secara berpasangan atau dengan kawan adalah sesuatu yang menyenangkan dan tidak membosankan. Tetapi untuk mendapatkan result yang bagus dan cepat, anda seharusnya buat sendiri tanpa gangguan orang lain.
#2: Lakukan Senaman Kardio 3 Jam Selepas Makan
Tidak kisahlah anda melakukan senaman kardio pada waktu pagi atau pada waktu malam, tetapi pastikan anda melakukan senaman 3 jam selepas makan untuk memberi peluang kepada badan membakar lemak degil yang terkumpul. Jika anda melakukan senaman kardio dalam keadaan perut kosong, ia akan memudahkan lagi sistem pembakaran dengan menggunakan lemak sebagai bahan bakar.
Ads
#3: Jangan Harapkan Mesin
Jika anda bersenam, jangan harapkan mesin semata-mata. Pastikan anda menggunakan peralatan gym yang lain seperti dumbbell, tali skipping, hip twister board dan sebagainya untuk membakar lemak. Amalan seperti senaman squat dan dead-lifts akan mempercepatkan lagi proses pembakaran lemak jahat yang terkumpul di dalam badan jika nak dibandingkan dengan senaman menggunakan mesin.
Ads
#4: Makan Di luar Seminggu Sekali
Masak makanan sendiri adalah lebih baik daripada anda mengambil makanan di luar. Tetapi sesekali pasti anda rasa bosan dan mahu makan di luar. Tiada masalah, anda masih boleh menikmati momen tersebut tetapi hadkan kepada seminggu sekali. Cara ini bukan sahaja dapat menjaga diet anda seperti bahan apa yang digunakan dan sebagainya, malah ia juga akan menjimatkan wang pembelanjaan anda. Untung-untung anda boleh meniympan wang.
#5: Gunakan Foam Roller Untuk Melegakan Otot
Selepas anda melakukan senaman, benda pertama yang anda perlukan adalah alatan untuk melegakan otot. Gunakan foam roller untuk membantu otot kembali relaks dan tenang. Caranya, anda perlu golekkan atau roll ia di bawah badan (di bahagian tertentu) selama beberapa saat. Memang menyakitkan tetapi daripada sakit itu, ia akan bertukar menjadi semakin lega.
Pencarian bakat baharu sukan permotoran kini diteruskan dengan pengenalan perlumbaan Cabaran Yamaha NVX oleh pihak Hong Leong Yamaha bersama-sama penganjur bermula pada pusingan keenam Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung di Bandar Jasin Bestari, Jasin, Melaka, 5 dan 6 Ogos ini.
Perlumbaan Cabaran Yamaha NVX bakal menggunakan motosikal skuter yang baharu dilancarkan, Yamaha NVX 155 melibatkan penyertaan 20 remaja belasan tahun yang bercita-cita untuk mengikut jejak langkah pelumba negara yang mencipta nama di pentas antarabangsa ketika ini seperti Khairul Idham Pawi, Hafizh Syahrin Abdullah, Adam Norrodin dan Zulfahmi Khairuddin.
Pengarah Safe Aim Mutual Sdn Bhd, Ron Hogg berkata, perlumbaan ini menggunakan format serupa dengan dua perlumbaan satu pengeluar sedia ada, pada masa sama pelumba-pelumba yang melepasi ujian pemilihan telah dipanggil menjalani satu sesi latihan kendalian Yamaha sebagai proses menyesuaikan diri dan dapat mengendalikan jentera ini dengan baik sewaktu di litar.
“Pengenalan kategori ini juga menjadi satu lagi landasan untuk remaja belasan tahun mempamerkan kebolehan mereka dalam usaha untuk melahirkan lebih ramai pelumba muda berpotensi.” jelasnya.
Buat semua peminat , ayuh saksikan perlumbaan pertama Cabaran Yamaha NVX di Bandar Jasin Bestari, Jasin, Melaka pada hujung minggu ini.
Pasti tiap tahun azam korang nak kurus kan? Ha ini ada contoh yang korang boleh jadikan sumber inspirasi agar berjaya menurunkan berat badan.Baru-baru ini, gambar transformasi seorang lelaki bersama keluarganya telah viral di media sosial dan dijadikan inspirasi untuk netizen pada tahun baru ini!
Dikatakan lelaki dan ahli keluarganya ini hanya mengambil masa enam bulan sahaja untuk kelihatan ripped!
Idea ini terdetik apabila lelaki berumur 32 tahun itu, XY Jesse menjemput ibu bapanya tinggal bersamanya untuk sementara waktu ketika isterinya sedang mengandung anak pertama. Jesse yang merupakan seorang jurugambar difahamkan telah menjemput ibu-bapanya tinggal bersamanya kerana ia akan menjadi peluang yang baik untuk mengeratkan ikatan keluarga mereka.
Jesse telah mengamalkan rutin khas bersama keluarganya. Pada mulanya mereka hanya brisk walking dan jogging sahaja. Kemudiannya, mereka mula pergi ke gym dengan kerap dan menambah pelbagai rutin tambahan di dalam fitness regime mereka.
Setiap 10 hari, Jesse dan ayahnya akan mengambil gambar perubahan pada badan mereka dan memuat naik di akaun Instagram dan Weibo beliau. Selepas tiga bulan, result sudah kelihatan dengan ketara dan hasilnya sangat memberangsangkan
Setelah enam bulan, perubahan yang amat ketara telah kelihatan pada diri beliau dan ahli keluarganya! Impressive!
Transformasi hebat keluarga ini semestinya boleh dijadikan pembakar semangat bagi mereka yang inginkan badan idaman pada tahun 2018 ini. Kalau mereka boleh, mengapa tidak anda? Goodluck guys!
Sumber : Bored Panda Via : Says.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dalam dunia larian yang sentiasa berkembang, teknologi kasut larian terus melonjak maju, menawarkan inovasi yang mampu merevolusikan cara kita berlari.
Daripada formula buih (foam) yang lebih ringan dan responsif, plat karbon yang memberikan tujahan, hinggalah kepada reka bentuk bahagian atas (upper) yang lebih selesa dan bernafas.
Setiap kemajuan direka untuk membantu pelari mencapai potensi maksimum mereka. Memiliki sepasang kasut larian yang bersesuaian, terutamanya untuk jarak sederhana seperti 10K hingga separuh maraton, bukan sekadar tentang keselesaan.
Ia adalah pelaburan penting untuk mengelakkan kecederaan, meningkatkan kecekapan larian, dan memastikan setiap langkah yang diambil menyumbang kepada prestasi yang lebih baik. Kasut yang baik memberikan sokongan yang tepat, penyerapan hentakan yang mencukupi, dan pengembalian tenaga yang optimum.
Untuk membantu anda membuat pilihan terbaik bagi larian jarak sederhana anda di tahun 2025, kami telah menyenaraikan 10 kasut larian terbaik dalam kategori ini. Harga MASKULIN nyatakan adalah anggaran dan mungkin berbeza bergantung pada peruncit dan masa pembelian.
Berikut adalah pilihan 10 kasut larian jarak sederhana terbaik untuk tahun 2025:
Memilih kasut larian adalah keputusan peribadi. Senarai ini berfungsi sebagai panduan, tetapi adalah sangat digalakkan untuk mencuba beberapa model dan merasakan sendiri kasut mana yang paling sesuai dengan bentuk kaki, gaya larian, dan keperluan jarak sederhana anda.
Selamat berlari!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang