Anda boleh makan telur putih seberapa banyak yang anda mahukan kerana sebiji telur putih hanya mengandungi 17 kalori. Anda boleh jadikan resipi sarapan pagi atau supper setiap hari. Kajian menunjukkan bahawa telur putih boleh mengenyangkan perut anda lebih lama dari makanan berbentuk karbo. Telur putih sangat bagus untuk anda yang tegas dalam diet.
2) Salad
Salad hanya mengandungi 10 ke 20 kalori mengikut jenis daun. Selain daripada mengandungi kalori yang sangat rendah, salad juga mempunyai vitamin A dan C yang baik untuk kesihatan anda. Daun salad juga boleh mengurangkan stres, dan habitat tidur anda. Jadi, anda bolehlah makan seberapa banyak yang anda mahukan. Ingat! Jangan terlalu taksub dengan pemakanan salad kerana untuk diet yang sihat, anda perlu seimbangkan pengambilan pemakanan anda.
3) Timun
Timun mengandungi 97% air sama seperti daun saderi. Kalori dalam setiap batang timun hanya mengandungi 16 kalori sahaja. Seperti yang anda sedia maklum, timun boleh mencantikkan kulit anda. Jadi daripada anda tepek dekat muka anda, apa kata kalau anda makan. Selain daripada itu, timun berfungi untuk menambahkan metabolisme anda disamping kulit timun boleh merawat rabun mata!
4) Cauliflower
Biasa kan kalau mak masak cauliflower hari-hari? Ia tersenarai dalam list kami kerana cauliflower mengandungi vitamin A dan K dan kalori nya hanya 25 kalori sahaja. Nutrisi dalam makanan ini lebih baik jika dimakan secara mentah, namun jika anda tidak boleh telan, makan dalam masakan pun tak apa.
5) Tembikai susu
Bosan kan makan makanan tawar hari-hari. Biasalah, makanan yang sihat selalunya kurang sedap. Tapi kali ini anda boleh mikmati kemanisan gula semula jadi dari tembikai susu tanpa perlu memikirkan kalori buah tersebut. Ia mengandungi vitamin A dan C dengan 55 kalori setiap sebiji. Tembikai susu juga bagus untuk memulihkan sistem imunisasi dan boleh menghindarkan anda dari selsema.
Bertih jagung
Siapa sangka bertih jagung yang tergolong dalam keluarga jajan mempunyai kalori yang sangat rendah berbanding adik-beradiknya. Bertih jagung hanya mempunyai 31 kalori dalam setiap hidangan mangkuk kecil. Tapi perlu ingat, bertih jagung ini mestilah tidak dicampurkan dengan ceramel atau manisan yang lain. Jadi, kepada anda yang suka mengunyah tu, bolehlah menikmati bertih jagung ketika sedang menonton filem bersama rakan-rakan atau keluarga.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tahu tak yang sebenarnya tabiat menyimpan barang lama walaupun sudah tiada kegunaannya berkemungkinan menandakan seseorang itu menghidap penyakit.
Ia juga sebenarnya tanda-tanda kecelaruan mental yang dipanggil Hoarding Disorder. Perkara ini dikongsi oleh Aiman Amri atau AimanPsikologis dalam akaun twitter beliau. Aiman merupakan graduan Psikologi daripada University of Nottingham yang aktif berkongsi mengenai ilmu psikologi pada masyarakat.
“Hoarding Disorder.”
Kecelaruan mental seseorang yang tak dapat buang barang. Nampak macam simple dan bukan penyakit sangat pun, tapi bila kita tengok lagi mendalam, sebenarnya benda ni parah sebab berkait dengan Depression, Anxiety, OCD etc.
Penghidap HD, atau kita panggil Hoarders, ada satu masalah untuk lepaskan barang milikan dia, sayang nak let go walaupun tak ada apa-apa nilai pun. Sampai tahap, buku belajar waktu dia sekolah rendah pun dia still simpan. Padahal dia dah ada anak dua ?
Hoarders ada dua jenis:
1. Dia simpan semua barang (buku, magazine, kotak dll)
2. Hoarders yang spesifik barang je dia simpan. Bukan macam The Collectors Avengers tu, tu barang ada value.
Ni dia simpan benda tak ada nilai macam bekas minyak wangi, atas alasan sayang nak buang.
Nak kenal Hoarder ni, ada beberapa karakter:
1. Semua benda dia simpan, sampai tahap sos McD pun dia kumpul. Atas alasan, nanti ada nak pakai sos (sedangkan setiap kali makan, tak sentuh pun sos McD tadi tu). Prinsip dia,
“Manalah tahu, nanti ada nak pakai bila-bila.”
2. Sebab dia simpan semua benda, rumah dia jadi serabut gila. Penuh barang atas lantai disusun, tepi tangga, bawah meja dll. Hoarder ni biasanya tak rasa tenang duduk dalam rumah sendiri dan rasa panas, tapi dia sendiri tak tahu kenapa.
3. Hoarder pantang gila orang alih/buang barang dia tanpa izin, kalau dia dapat tahu. (Walaupun benda tu dah berhabuk dan tak pakai lebih 3 tahun).
Tapi kalau senyap-senyap orang buang, dia tak marah sebab tak perasan, plus memang dia tak pakai langsung pun barang tu.
Kenapa Hoarding Disorder ni perlu dirawat? Sebab ia sejenis penyakit mental yang serius dan ramai tak tahu. Especially orang Melayu kita ada pepatah “Membazir tu amalan syaitan.”
So tak boleh buang barang. Simpan berhabuk berkulat, tak dikira membazir pula ? Baik sedekah je.
Hoarder akan ada satu rasa keserabutan dalam hidup dia, jadi tak tenang, mudah marah, rasa mental dia tak clean, sama macam rumah dia.
Bila kita clearkan hidup daripada barang yang tak pakai, kita juga sebenarnya clearkan kekotoran mental kita. We declutter our mind as well.
Sebab tu, perasan tak, bila kita let go barang-barang yang masih elok tapi tak pakai, kita sedekah, clearkan almari semua, walaupun rasa berat.Kita rasa tenang gila, lapang dan bahagia. Sebab kita baru je bersihkan mental kita sambil bersedekah pada orang yang memerlukan.
Hoarder juga perlu dirawat sebab benda ni akan affect orang sekeliling dia. Kau bayangkan hidup bersama seseorang yang simpan semua benda, yang kita dah boleh anggap tu sampah.
Pen dah habis dakwat, plastik pembalut hadiah, resit yang dah berkulat, buku latihan zaman belajar ??
Reason lain kenapa Hoarders perlu dapatkan rawatan secepat mungkin, sebab barang dia yang terlalu banyak akan menyusahkan ahli keluarga dia bila dia meninggal nanti.
Kebumi hanya boleh bawa kain kapan je, tapi barang dia penuh kotak, debu, kertas etc tu, akan susahkan keluarga.
Clear space around our home is a sign of clear mind and clarity in our mental. Perasan tak bila kita travel pergi duduk hotel contohnya, kita rasa seronok gila dan tenang kat bilik hotel.
Sebab kita cuma bawa barang yang kita PERLU je, tapi kita still survive je kan? Perasaan lapang macam duduk bilik hotel tu lah yang kita nak ada hari-hari dalam hidup kita bila balik rumah.
Selagi mana kita nak simpan semua benda yang dah tak pakai, selagi itulah benda tu macam “tahi” kat otak kita. Coklat, melekat dan meleleh kat dalam minda. Kotor.
FIRST aku lebih suggest jumpa Clinical Psychologist daripada Psychiatrist. Sebab isu ni lebih kepada behaviour dan lebih berkesan dengan psikoterapi berbanding perubatan.
Tapi tak semestinya. Kena tengok penilaian penyakit tu juga. Bukan semua Hoarders itu sudah membawa kepada HD. Dia jadi penyakit bila benda ni menganggu fungsi kehidupan seseorang. Sebab itu namanya Disorder.
Tapi tak salah untuk dapatkan bantuan secepat mungkin. Takkan nak tunggu dah melarat baru nak ubati kan?
Pilih sehari untuk overhaul bilik sendiri. Kemas semua barang dan pilih mana yang kita nak guna je. Mana-mana yang lebih 4-6 bulan still tak dipakai, maksudnya kita dah tak perlu benda tu.
Nak buang memang mencabar, so kita trick la minda kita, pergi sedekah. So tu tak membazir Kedua, biasakan diri untuk bersederhana. Jangan ikut nafsu semua benda nak beli, tapi ikut keperluan.
Remember this concept, “Kalau aku beli satu baju baru, aku kena let go satu baju lama daripada almari aku.” Biar input dan output wardrobe kita seimbang ??
Ketiga, letak kenangan tu pada hati, bukan pada barang. Aku tahu sayang nak buang semua tu. Aku dulu macam tu juga. Tapi fikir pada keluarga nanti kita dah meninggal. Kesian dorang nak kena kemas. Throwing away your things does not mean throwing away your identity/memory.
Keempat, start small then big. Takut terkejut tiba-tiba buang banyak, nanti relapse balik. Means, try kemas almari dulu. Lepaskan baju dah tak pakai. Nanti bila rasa seronok tu timbul, baru pulun buat drastik. Sebab our mind need that sudden peace and feeling spacey.
Kelima, jumpa psikologis, of course. Not me, sebab I’m an Assisstant je. Antara rawatan dia ialah Psikoterapi such as Cognitive Behavioural Therapy. Teknik untuk bantu kita ubah mindset / thinking pattern. So nanti tindakan kita pun akan turut sama berubah. It works!!!
Kelima, yang PALING PENTING! Penghidap HD perlulah ada rasa nak rawat mental dia. Sebab kita tak dapat ubah orang yang tak nak berubah. Dan ini lah cabaran paling besar. Sebab penghidap HD ini tak nampak apa yang dia buat ialah sejenis penyakit/masalah pada dia.
Banyak jawapan mereka akan guna, “Tak elok membazir, ” “Mana tahu nanti ada nak guna”, “apa salahnya menyimpan? Tak susahkan sesiapa,” “Biarlah hobi aku kumpul barang macam tu.”
Tak sama collectors dengan hoarders. Collectors dia simpan barang bernilai tinggi. Bukan sampah. Sebenarnya, aku juga seorang Hoarder yang struggling dengan kondisi mental aku. But I’m glad that because I took Psychology degree that I realised about this condition.
Bayangkan, aku balik dari UK dulu bersama 17 kotak dalam kontena yang aku boleh kata, separuh ialah sampah. Waktu tu aku tak rasa benda tu sampah. Shampoo housemate tak habis pakai, sabun UK yang tinggal sikit, kertas slide lecture 3 tahun belajar (yang sebenarnya ada je soft copy).Macam-macam lagi lah!
Sampai la kawan aku tegur jangan jadi hoarder. That striked me really hard ?? Back then aku decide untuk dapatkan bantuan. Luckily, servis tu free waktu kat UK, sebab pergi public service. Aku direfer oleh kaunselor universiti, jumpa Clinical Psychologist untuk assessment dan treatment.
I am so so glad tak dapat diagnosis HD (sebab itu dah sangat nazak). Tapi CP aku made it clear yang tak dapat diagnosis HD, bukan bermakna dah terselamat. Result aku dah menghampiri.
Analoginya, aku dah lebam-lebam lengan dan ada retak sikit. Kalau tak treat, akan jadi lagi parah (iaitu patah tulang). Ni untuk senang faham konsep. So bermulalah treatment untuk bantu diri.
Hampir setiap 2 minggu kena gi klinik universiti untuk sesi terapi. Tapi time tu dah hujung final year, so agak rushing, CP suruh sambung kat Malaysia (siap bagi surat etc). Tapi aku tak sambung bila dah balik. Tu yang 17 kotak tu. ??
After my sister’s death, something spark inside me bila aku tengok barang dia dalam bilik. Waktu aku kebumikan dia, hanya kain kapan je yang balut dia. It kinda give me some reflection atas semua barang yang aku simpan selama ni. Hidup sederhana dan minimal itulah ajaran Islam.
Antara faktor risiko boleh terjadinya HD pada seseorang:
1. Genetik/keturunan keluarga sendiri.
Yes ia boleh diwarisi dan someone needs to stop the chain. Gaya didikan juga main peranan. A child yang dididik untuk simpan semua benda, ada tendency dapat HD besar nanti.
2. Faktor budaya/norma setempat.
Kita dibesarkan dengan ayat “tak baik buang nanti membazir” sebenarnya jadi perangkap pada kita. Simpan barang tak berguna juga dikira membazir, sebab dia lagi banyak kegunaan kalau kita jual/sedekah pada orang lebih memerlukan.
3. Faktor sistem negara tu sendiri.
Negara kita tak ada sistem untuk bantu kita buang sesuatu yang bukan sampah (perabot, tv rosak, peti lama dll). Boleh buang tapi kena gi sendiri kedai spare part or tempat longgokan sampah. Bila kena ada effort nak buang, orang jadi malas.
Jadi hati-hati kalau anda ada tabiat sayang nak buang barang ini.
Gonorrhea
Gonorrhea adalah disebabkan oleh bakteria (Neisseria gonorrhoeae) yang hidup di membran berlendir yang lembap dalam urethra, faraj, rektum, mulut dan mata. Jangkitan boleh merebak melalui sentuhan pada zakar, faraj, mulut dan anus.
Simptom gonorrhea akan mula muncul selepas 2 hingga 5 hari selepas berlaku sentuhan. Namun ada juga yang mengambil masa sehingga 1 bulan. Antara simptom nya adalah rasa sakit ketika kencing, kerap kencing, bengkak pada zakar, sakit ketika melakukan hubungan seks dan demam jika jangkitan merebak sehingga ke tiub fallopio.
Dalam kebanyakkan kes, gonorrhea boleh dirawat dengan menggunakan antibiotik.
Siflis (syphilis)
Siflis juga diakibatkan oleh bakteria (Treponema pallidum). Dalam sesetengah keadaan, siflis perlu dirawat dengan rapi dan berterusan kerana ianya boleh mengakibatkan kesan jangka masa panjang dan akhirnya kematian.
Simptom siflis adalah berbeza-beza bergantung kepada tahap kritikalnya. Peringkat pertama, kemunculan bengkak-bengkak. Siflis peringkat kedua ruam yang semakin kerapa pada tapak tangan dan tapak kaki. Siflis peringkat ketiga lebih kritikal dengan gangguan pada neurologi dan sistem kardiak. Siflis peringkat empat atau akhir boleh menyebabkan kematian.
Siflis dapat dirawat dengan menggunakan antibiotik.
Chlamydia
Chlamydia diakibatkan oleh bakteria Chlamydia trachomatis . Jangkitan chlamydia adalah penyebab utama kepada penyakit berkaitan dengan mata dan alat kemaluan. Dianggarkan 1 juta individu di Amerika Syarikat dijangkiti chlamydia.
Simptom bagi chlamydia adalah keluaran cairan putih daripada kemaluan, dan sakit ketika kencing. Jika dibiarkan berterusan, penyakit ini boleh mengakibatkan masalah kesihatan yang serius pada sistem pembiakan. Chlamydia pada mata boleh mengakibatkan buta.
Seperti gonorrhea dan siflis, chlamydia dapat dirawat dengan antibiotik.
Herpes
Herpes adalah penyakit yang diakibatkan oleh virus Herpes simplex virus type 1 (HSV-1) dan type 2 (HSV-2).
Simptom yang jelas kelihatan adalah jangkitan ulser pada mulut atau muka yang dikenali sebagai Herpes Oral. Simptom akan mula kelihatan sehingga hampir 3 minggu. Semasa jangkitan virus diangkut sepanjang saraf deria ke sel badan.
Rawatan kepada penyakit ini belum dimajukan. Sekali anda dijangkit, bermakna virus tersebut akan selamanya berada dalam badan anda.
HIV / AIDS
HIV (human immunodeficiency virus) adalah virus yang menyebabkan penyakit AIDS (acquired immunodeficiency syndrom). Dianggarkan sejak penemuannya, AIDS telah mengakibatkan kematian sehingga 36 juta di seluruh dunia sehingga tahun 2012.
Simptom awal bermula dengan demam berpanjangan. Sakit yang berterusan ini mendedahkan pesakit kepada penyakit lain disebabkan oleh kurangnya sistem imunisasi. Kesannya, jika tanpa rawatan rapi, boleh mengakibatkan kematian.
Sehingga kini, tiada tiada penawar atau vaksin yang boleh merawat AIDS. Tetapi rawatan antiretroviral boleh memperlahankan kesan penyakit.
HPV
HPV berasal daripada sejenis virus (human papillomavirus). Seperti virus papillomavirus yang lain, HPV menjangkiti keratin pada kulit atau membran bermukus.
Antara simptom HPV adalah tumbuh ketuat pada kemaluan. Jangkitan yang berterusan akan membawakan kepada penyakit kanser.
HPV boleh dirawat dengan menggunakan vaksin HPV, iaitu Cervarix dan Gardasil.
Simptom penyakit ini adalah radang hati, muntah-muntah, jaundis dan akhirnya boleh membawa maut. Jangkitan yang kronik juga boleh menyebabkan cirrhosis dan kanser hati.
Rawatan adalah dengan menggunakan vaksinasi. Virus hepatitis B ini lebih berjangkit 50 – 100 kali ganda berbanding HIV.
Scabies
Penyakit scabies adalah diakibatkan oleh jangkitan pada kulit oleh kutu Sarcoptes scabiei. Kutu ini kecil dan tidak mudah dilihat dan akan bertindak sebagai parasit yang menyebabkan kegatalan.
Scabies dikelaskan sebagai penyakit yang berkaitan dengan air, tetapi boleh dipindahkan melalui sentuhan kulit. Simptom scabies adalah kegatalan yang melampau, ruam dan kulit berkerak.
Tiada vaksin bagi penyakit ini, tetapi penjagaan kesihatan yang baik adalah perlu. Rawatan boleh juga menggunakan permethrin dan ivermectin.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Menurunkan berat badan bukanlah mudah, ditambah lagi dengan menerima hinaan lantaran keadaan fizikal yang menjengkelkan. Ada yang mengalami hal sebegini? Usah bersedih hadapi dan teruslah bekerja keras untuk mempunyai tubuh ideal. Jauhkan pola makan dan gaya hidup yang tidak sihat. Kalimah ” possible” pasti menjadi realiti buat siapa jua yang bekerja keras dalam menggapai apa yang diidamkan. Kata-kata semangat ini telah dibuktikan oleh Affendy Iskandar. Sosok ini dulunya pernah mengalami obesiti dengan berat 115kg, tetapi kini telah bertransformasi hingga mendapat bentuk tubuh yang ideal serta lebih berkeyakinan.
Keinginan untuk berubah
Semasa menerima cahaya mata yang pertama, saya mendapati diri ketika itu dalam kategori obesiti. Saya masih ingat sewaktu mengambil gambar dengan bayi baru lahir lapan tahun yang lalu timbul perasaan tidak suka dan malu dengan rupa diri sendiri pada waktu itu. Lantas dari detik itu saya berazam untuk lakukan perubahan pada diri dan bermulalah proses ingin menguruskan badan.
Kenangan pahit semasa obesiti
Kenangan pahit sewaktu gemuk ialah semasa pergi bersukan dengan kawan. Agak sukar untuk keep-up dengan kawan-kawan dalam acara larian pada waktu itu. Saya juga mempunyai masalah low self-esteem. Saya tidak suka bersosial, rasa segan dan tidak ingin memberi banyak sumbangan idea atau bercampur dengan orang ramai, lebih kepada berdiam diri.
Cabaran sepanjang hendak menguruskan badan
Cabaran terbesar saya ialah mahu selitkan aktiviti workout dalam waktu bekerja. Maka saya perlu bangun awal pagi untuk jogging di taman atau pulang lewat untuk jogging di kawasan bukit. Di samping itu, pemakanan juga menjadi isu kerana makanan tengah hari di luar tidak menitikberatkan nutrisi yang sihat. Jadi saya terpaksa sediakan makanan yang sewajarnya, sihat dan berkhasiat dari rumah.
Ramai orang mahu diet. Tapi, adakah keazaman mereka tinggi untuk terus istiqamah menjalani rutin diet sehingga mendapatkan berat badan yang dikehendaki. Malah, sebenarnya yang paling penting bukan sahaja untuk memperoleh berat badan ideal malah menjamin kesihatan.
Diet yang saya amalkan setiap hari ialah dengan bersarapan 10 sudu oats secebis brown sugar bercampur sesame seed. Makan tengah hari dengan mengambil tinggi protein rotation seperti dada ayam,ikan atau daging lean meat bersamaan dengan dua cawan beras perang (multi-grain) dan sayur mentah seperti ulam atau baby tomatoes. Makan malam pula dengan mengambil lima biji telur rebus/sunny side up dan tepung protein casein bersamaan dengan tiga sudu minyak kacang bijian Udo’s oil
Daripada aspek senaman, waktu pagi saya lakukan aktiviti berenang 3000 meter atau 4000 meter disusuli dengan 10km larian. Pada hari yang berselang, berbasikal sejauh 90km. Maksimum waktu pagi diperuntukkan workout tiga jam sebelum ke pejabat. Manakala waktu malam, 45 minit maksimum ke gimnasium setiap hari dan memberi tumpuan hanya satu bahagian badan .
Favourite quote / prinsip
Favorite quote saya ialah Pain is temporary, Glory is forever. Dalam usaha untuk kita menguruskan badan atau pun ingin meningkat kualiti kehidupan, kita terpaksa bersusah payah pada permulaan, namun sebaik kita mencapai hasil di penghujungnya, nikmat kejayaannya amat ketara dan berbaloi.
Prinsip yang saya amalkan pula adalah disiplin yang teguh terhadap pengurusan masa. Pengurusan masa yang tidak teratur akan memberi kesan yang tidak baik terhadap kerja, workout mahupun keluarga.
Matlamat
Saya mahu terus mengekalkan tahap kecergasan yang sedia ada. Untuk menguruskan badan memang satu proses yang boleh dilakukan walaupun agak susah, tetapi untuk terus kekal keadaan badan yang sihat memerlukan disiplin yang lebih ketat.
Selain itu, saya ingin memberi contoh yang terbaik terhadap keluarga dengan menjalani kehidupan yang sihat, daripada segi pemakanan dan senaman.
Atlet Triathlon yang terkemuka seperti pemegang rekod dunia IRONMAN Jon Frodeno merupakan idola buat diri saya. Saya ingin terus mendapat masa peribadi terpantas untuk acara seperti IRONMAN dan Marathon. Ini memerlukan diet dan latihan yang amat konsisten.
Nasihat dan tip
Pada pendapat saya, jika kita bergaul dengan orang yang like-minded maka secara langsung akan mendapat apa yang kita inginkan. Dan ini termasuk dalam perspektif ingin menguruskan badan. Juga langkah yang progresif sangat penting dalam proses menguruskan badan. Sebagai contoh, jika hari ini kita berjaya lari sejauh 500 meter, maka keesokannya kita harus tingkatkan prestasi kepada 600 meter. Walaupun sedikit, tapi masih ada peningkatan.
Banyak perkara yang saya dapati boleh dicapai, di mana sebelum ini saya rasa amat susah dan sering kali kecewa apabila gagal. Tetapi dengan sikap yang konsisten dan disiplin yang kuat, banyak perkara boleh kita capai.
Harapan
Walaupun saya telah berjaya mencapai IRONMAN Finisher sebanyak tiga kali (Langkawi, Germany, Western Australia) – 3.8km berenang 180km basikal dan 42km marathon saya mempunyai impian yang lebih besar. Saya mahu lakukan latihan lebih gigih untuk menghabiskan perlumbaan IRONMAN dalam jangka waktu 10jam 30minit, rekod peribadi yang masih belum dicapai.