ISZ AHMAD POSITIF MENGGAPAI IMPIAN

Nama komersialnya serupa dengan seorang lagi jaguh bina badan. Enggan dibandingkan walaupun membawa nama gelaran yang sama, Isz Ahmad merupakan seorang lagi jaguh bidang kecergasan yang perlu diberi perhatian. Walau masih muda, Isz Ahmad kini dalam misinya membaiki mutu kecergasan dan membina badan dengan cara tersendiri.  

5 Hari Seminggu, 2 Jam Setiap Sesi Di Gimnasium

Definisi Maskulin “Personaliti dan gaya seorang lelaki yang menitikberatkan kecergasan, kesihatan serta kebersihan”.

Tubuh kurus “Dahulu tubuh saya sangat kurus. Malu nak berhadapan dengan khalayak. Atas sebab itu, saya memberanikan diri ke gim bagi membina badan. Saya tidak segan untuk bertanyakan kepada rakan tip dan panduan membina badan. Kini saya lebih berkeyakinan”.

Diet pemakanan “Setiap hari saya akan memastikan mengambil makanan sihat dan rehat yang cukup. Sebelum memulakan workout, saya menitikberatkan soal pengambilan karbohidrat dan suplemen. Karbohidrat seperti biji-bijian, kentang, ubi, pisang dan spageti amat baik untuk memberi tenaga serta menggantikan nutrien yang hilang semasa workout.

IKLAN

5 Hari Seminggu, 2 Jam Setiap Sesi Di Gimnasium

Konsisten “ Dalam seminggu, lima hari saya akan ke gim dan memperuntukkan masa dua jam untuk setiap sesi. Setiap hari saya tidak akan membuat latihan di bahagian otot yang sama kerana otot kita memerlukan sekurang-kurangnya 72 jam rehat bagi memperbaiki sel yang koyak semasa workout.

Setiap sesi latihan, bebanan yang angkat tidak terlalu berat kerana ia akan melambatkan tumbesaran otot. Saya mulakan pada hari pertama pada bahagian dada, hari kedua belakang, hari ketiga pula tumpuan pada bahagian bahu dan trap. Pada hari keempat kaki dan perut serta hari kelima biseps dan triseps”.
Idola “Sudah tentulah jaguh bina badan negara, Sazali Samad”.

Matlamat “Setiap tahun saya akan cuba memperbaiki mutu kecergasan di dalam bina badan. Saya dan juga team Southern Shredder 01 akan berusaha menarik lebih ramai minat mereka di luar sana untuk sama-sama menyertai aktiviti kecergasan sebegini”.

IKLAN

Bahagian untuk ditingkatkan “ Perut dan kaki. Kedua-dua bahagian ini memerlukan latihan yang efektif dan mentaliti tinggi. Untuk perut memerlukan diet yang betul agar lemak tidak kekal berkumpul di bahagian itu. Kaki pula memerlukan teknik latihan yang betul”.

5 Hari Seminggu, 2 Jam Setiap Sesi Di Gimnasium

Tip “Kepada mereka yang ingin berjinak-jinak di dalam bidang kecergasan terutama membina badan ini, selain minat kita perlu tanamkan sifat positif dan kesungguhan untuk mencapai apa yang kita mahu. Jangan malu untuk bertanya kepada mereka yang berpengalaman”.

Nama serupa “Saya memandang perkara ini dari sudut positif. Memang sejak akhir-akhir ini saya sering dikaitkan dengan Isz Ahmad yang sudah hebat di gelanggang ini. . Mungkin disebabkan nama kami dan juga berada di dalam bidang yang sama, tidak hairanlah kami sering disamakan. Apa yang pasti, masing-masing memiliki gaya tersendiri”.

IKLAN

 

Profil-

Nama: Mohd Hafiszul bin Ahmad
Nama komersial: Isz Ahmad
Kerjaya: Usahawan,  freelance personal trainer dan freelance model
Tarikh lahir: 8 Oktober 1989
Tempat lahir: Johor Bahru, Johor
PERCAPAIAN:
– Juara Mr. Salivat 2013
3rd runner up  Mr. Aruku Men Model Hunt 2013

– Jejaka Perkasa 2014- Tempat ke-3 dan 4
– Mr. Physique 2014- Top 10

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI