Sama seperti kita manusia, kereta juga pastinya akan memberikan petanda jika ia ‘kurang sihat’. Kebanyakan kerosakan pada komponen kereta biasanya akan memberikan petanda-petanda awal yang kita sendiri boleh perhatikan.
Salah satu petanda biasa yang boleh kita perhatikan ialah apabila berlakunya perubahan ada ada keluarnya bunyi tidak sepatutnya. Ini terutamanya apabila kereta sedang dibawa. Jika bunyi yang tidak patut dan pelik keluar makin kerap itu bermakna anda perlu sediakan poket yang lebih tebal.
Untuk mengelak kereta berdepan kerosakan lebih serius anda perlu kenal pasti beberapa jenis bunyi yang keluar. Kalau ada bunyi pelik dan lain dari kebiasaan periksalah dengan segera ya.
Berikut MASKULIN kongsi beberapa jenis bunyi perlu anda risaukan.
Ads
KETUKAN PADA BAHAGIAN TAYAR
Jika ketika memandu anda mendengar ada bunyi seakan ketukan pada bahagian tayar itu mungkin berpunca dari kerosakan atau masalah spring penyerap hentakan atau absorber. Ketahuilah bahawa absorber yang tidak berfungsi dengan baik boleh menjejaskan kawalan kereta setika pemanduan.
GESERAN KETIKA BREK DITEKAN
Ini antara jenis bunyi perlu diberikan perhatian khusus. Kebiasaannya bunyi geseran yang berlaku ketika brek ditekan membawa maksud brake pad suah semakin menipis. Ia juga menandakan brek anda mungkin berdepan masalah kegagalan berfungsi kerana cengkamannya sundah menyusut dan boleh membawa bahaya.
Apabila membelok di jalan selekoh ia mengeluarkan bunyi nyaring geseran seakan siulan. Ini mungkin berpunca dari masalah bearing tayar atau mungkin juga pada timing belt. Apa-apa pun kedua-duanya pun boleh membahayakan pemanduan anda. Pergilah ke bengkel dengan segera untuk lakukan diagnosis lebih terperinci.
NYARING DARI BONET DEPAN
Tidak lain tidak bukan besar kemungkinan ia berpunca darimasalah timing belt. Jika putus ia boleh menyebabkan kerosakan yang mampu buat anda sakit jiwa! Ia perlu dibaiki segera kerena timing belt merupakan komponen kawalan sistem asas kenderaan. Rosak timing belt bermakna tersadailah kereta.
Ads
EKZOS MENGERAM KUAT BILA MEMECUT
Ketika melakukan pecutan lebih laju ada bunyi kuat dari bawah ekzos. Usah diabaikan kerana mungkin ia beprunca daripada masalah kebocoran pada ekzos. Kebocoran seperti ini cukup bahaya kerana boleh menjadi punca kepada pencemaran karbonmonoksida kepada penumpang di dalam kereta. Pergilah baiki dengan segera sebelum bocor itu makin teruk.
Peranan tali pinggang keledar masih dianggap hal yang remeh bagi pengguna. Apatah lagi penumpang yang duduk di belakang. Perlu anda ketahui tidak memakai tali pinggang keledar sebenarnya adalah satu risiko tinggi bagi penumpang belakang dan juga penumpang depan.
Menurut Insurance Institute for Highway Safety (IIHS), empat daripada lima orang penumpang belakang tidak memakai tali pinggang keledar. Tidak kira sama ada perjalanan jauh mahupun dekat.
Perlu diingatkan habit anda yang tidak gemar untuk memakai tali pinggang keledar ketika duduk di belakang boleh menyebabkan kecederaan teruk kepada penumpang di depan ketika kemalangan.
Menerusi simulasi ujian kemalangan yang dijalankan, hasil ujian menunjukkan selain berisiko menyebabkan kecederaan kepada penumpang belakang, ia juga boleh menyebabkan penumpang depan terhumban ke papan pemuka atau stereng. Ini akibat daripada momentum penumpang belakang yang terhentak pada kerusi depan.
Hasil kaji selidik IIHS menunjukkan bahawa 72 peratus daripada pengguna berusia 18 tahun ke atas tidak memakai tali pinggang ketika duduk di belakang. Sebaliknya 91 peratus menyatakan menggunakan tali pinggang keledar ketika dudukk di depan.
Tiba masanya anda mempunyai kesedaran untuk memakai tali pinggang keledar tidak kira sama ada duduk di kerusi depan mahupun belakang. Dahulukan keselamatan dan lebih baik mencegah sebelum berlakunya perkara tidak diingini.
PT Mitsubishi Motors Krama Yudha Sales Indonesia (MMKSI), pengedar rasmi jenama Mitsubishi di Indonesia sebelum ini mengeluarkan teaser tentang ketibaan model MPV baharu mereka.
Model MPV (kenderaan pelbagai guna) kompak itu bakal melakukan debut global di Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) ke-25.
Bagaimanapun, foto bahagian depan MPV dengan nama Mitsubishi Expander itu telah bocor di alam maya sebelum penampilan rasminya bulan depan.
Gambar spyshot model tersebut dikatakan dirakam di salah satu hotel lima bintang sekitar kawasan Senayan Jakarta. Difahamkan MPV yang bakal bersaing dengan model Toyota Avanza, Proton Ertiga dan Honda BR-V itu memiliki ukuran lebih lebar dan besar berbanding MPV dalam kelasnya.
Model MPV dengan tujuh tempat duduk itu mengaplikasi konsep Dynamic Shield. Menerusi imej berkenaan Mitsubishi meletakkan lampu utama di tengah bampar seperti Nissan Juke. Jika diamati MPV tersebut masih mempertaruhkan lampu halogen. Rekaan itu begitu berbeza dengan pesaingnya.
Pada bahagian tengahnya pula didominasi gril yang diwarnakan sama dengan semburan cat badan. Perumah cermin sisi juga digabungkan dengan lampu isyarat membelok. Terlihat juga lampu kabus yang diletakkan di bahagian bawah bampar depan.
Lantas di manakah terletaknya ciri lampu nyalaan siang (DRL) LED. Menariknya, Mitsubishi memilih meletakkan lampu tersebut di bahagian tepi atas yang mengapit hud enjin. Desain berkenaan sedikit mencuri rekaan Mitsubishi Eclipse Cross.
Berdasarkan gambar yang tersebar, penulis dapati bahagian hud depan agak tinggi seakan mirip model SUV. Sepertinya jarak kelegaan tanah Expander berada di atas MPV sedia ada di pasaran.
Lekukan fender depan dan belakangnya yang besar dan tinggi serta menonjol menjadi bukti ketangguhan seperti yang diharapkan dari kenderaan produksi Mitsubishi Motors.
Mitsubishi Expander dikhabarkan akan menggunakan enjin 1.5 liter bersama pacuan roda depan (2WD). Pilihan transmisi pula dikatakan akan ditawarkan dengan dua pilihan iaitu CVT dan manual.
Model baru berkenaan akan dikeluarkan di kemudahan baru milik Mitsubishi Motors yang terletak di Bekasi, Jawa Barat. Bagaimana pula dengan pasaran Malaysia, adakah model berkenaan bakal menjadi senarai model baru dari Mitsubishi Motors Malaysia? Sama-sama kita nantikan selepas model tersebut rasmi dilancarkan di Indonesia.
BMW Motorrad Malaysia memperkenalkan barisan model baharunya pada acara perlumbaan MotoGP 2017.
Pengedar jenama motosikal BMW di Malaysia itu membawa masuk BMW S 1000 XR, BMW G 310GS dan BMW HP4 Race.
Kehadiran model adventure itu memberi pilihan menarik buat penggemar kembara dan menjadikan ia satu-satunya produk adventure 300cc di pasaran.
Ia dijana oleh enjin 313cc silinder tunggal bersama sistem penyejukan cecair. Enjin dengan sistem pancitan bahan api itu berupaya menghasilkan kuasa 34hp pada 9,500rpm dan tork 28Nm pada 7,500rpm.
Jentera itu juga mudah dikendalikan dengan berat hanya 169kg. Perkadaran yang kompak bersama tapak roda pendek, rim bersaiz 19 inci di depan dan pergerakan gegelung suspensi lebih panjang menawarkan postur tunggangan menegak.
BMW G 310 GS menggunakan kerangka besi tubular dengan bahagian belakang dipasang secara bolt-on untuk menawarkan ketegaran dan kualiti terbaik.
Ini memberi sumbangan kepada tunggangan lebih stabil dan maklum balas stereng lebih tepat. Manakala roda belakang pula menggunakan lengan ayun aluminium bersama topang gegelung.
Ditawarkan dalam tiga warna menarik iaitu hitam, merah dan putih mutiara metalik, harga BMW G 310 GS ialah RM29,900 seunit. Harga berkenaan tidak termasuk GST dan insurans.
Jentera berkenaan akan berada di pasaran bermula Rabu hadapan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Adam Scott bakal mencipta sejarah dengan penampilan ke-100 berturut-turut di kejohanan major. UNIQLO meraikannya menerusi koleksi polo DRY-EX edisi khas yang bakal dilancarkan pada 15 Jun.