Ya, setiap orang mempunyai tabiat makan yang berbeza-beza. Ada yang suka makan tanpa diganggu dan ada juga kena makan sambil berteman. Walau apa jua ‘teknik’ makan yang anda suka namun terdapat beberapa tabiat yang perlu anda elak.
Dan tabiat-tabiat makan ini sebenarnya memberikan kesan buruk kepada diri anda. Tiada kesan buruk yang paling menakutkan melainkan masalah kegemukan!
Jadi benarkan tabiat makan boleh menjadi punca berlakunya kegemukan?
PENYEBAB & KESILAPAN
Menurut pendapat daripada pakar perubatan ia berlaku disebabkan oleh pemakanan yang tak dikawal dan mengamalkan gaya hidup tanpa mempedulikan kesihatan.
Ia kini menjadi salah satu musuh utama lelaki. Apatah lagi kita kini dikelilingi dengan pelbagai jenis makanan yang boleh menggemukkan.
Anda boleh mula dengan mengurangkan sedikit demi sedikit pengambilan makanan anda terutamanya makan malam namun janganlah anda buang ia terus dari diet harian anda.
Jika anda belajar untuk mengikut peraturan secara perlahan-lahan, kemungkinan besar anda akan mendapat otot yang anda ingini dan perut yang kempis sepanjang hidup anda jika diamalkan dengan betul.
Ads
Berikut adalah beberapa kesilapan yang anda kerap lakukan yang meyebabkan masalah kegemukan pada anda.
Tidak makan apa-apa boleh menyebabkan anda merosakkan sepenuhnya kebolehan tubuh anda untuk mengawal selera makan anda.
Ads
Oleh itu jika anda meninggalkan sarapan atau sebarang waktu makan yang penting, otak anda akan kekurangan tenaga untuk mengatakan tidak kepada godaan makanyang tidak dapat dielakkan.
Makan Terlalu Cepat
Anda tidak seharusnya menolak keinginan anda untuk makan, tapi anda harus mengamalkan mengambil makanan secara perlahan-lahan.
Benarkan masa untuk tubuh anda benar-benar menikmati dan menghadam agar anda tidak makan dalam keadaan perut penuh.
Ads
Makan Banyak Hujung Minggu
Jika anda kerap berparti dan mengikuti majlis makan pada hujung minggu anda tentu akan mengalami masalah pada hari yang berikutnya.
Asid palmitik selalunya akan boleh didapati dalam lemak tepu yang terkandung dalam setiap hidangan hujung minggu anda dan ia seterusnya boleh menyebabkan keinginan anda untuk makan bertambah pada hari yang berikutnya.
Makan Snek Masin
Sodium boleh menyebabkan terlebih makan tanpa kita sedari. Dan ia juga begitu cepat untuk bertambah.
Namun anda boleh mengurangkan ketagihan kepada snek yang masin setelah beberapa lama mengamalkan diet kurang garam.
Meminum Berkarbonat & Alkohol
Minuman berkarbonat dan alkohol boleh menyebabkan berat badan anda bertambah dengan cara yang lebih mendadak. Cuba anda kira berapa banyak minuman keras yang telah anda ambil dan anda akan lebih terperanjat dengan hasilnya.
Selain dari membekalkan tiada kalori langsung, minuman keras membantutkan keinginan anda yang menyebabkan selera makan anda bertambah dengan mendadak.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Di kalangan peminat bola sepak, jersi bukan lagi satu perkara asing dalam kehidupan mereka. Ia menjadi sebahagian daripada bentuk sokongan mereka kepada pasukan kegemaran masing-masing.
Tuah Jersi Merah Jambu, Kelab Buriram United Raih RM2.78 Juta!
Jersi bola sepak kini menjadi sebahagian daripada trend fesyen terkini apatah lagi hadir dengan rekaan, warna serta identiti unik tersendiri.
Jadi tak hairanlah bila kelab gergasi liga bola sepak Thailand, Buriram United berjaya meraih jutaan Ringgit daripada jualan jersi merah jambu mereka sebelum perlawanan Liga Thailand menentang PT Prachuap baru-baru ini.
29,444 helai jersi terjual dalam sehari pada harga THB740.
Buriram melancarkan jualan bagi jersi warna merah jambu mereka sebelum aksi menentang Prachuap dan kelab itu berjaya menjual sebanyak 29,444 helai jersi pada hari pertama.
Pada jualan hari pertama, kelab yang diperkuatkan oleh pemain pertahanan Malaysia, Dion Cools itu berjaya meraih sebanyak RM2.78 Juta.
Ini bukan kali pertama Buriram United meraih jutaan Ringgit dari hasil jualan jersi dimana beberapa musim kebelakangan mereka juga berjaya melakukan perkara sama.
Pada awal musim 2023/2024, kelab itu meraih sebanyak 33 Juta Baht atau sekitar RM4.3 Juta hasil daripada penjualan jersi Home baharu.
Harga RM98 Sehelai
Buriram menjual jersi pada harga RM98 dan berjaya menjual 45,000 helai pada hari pertama. Mereka menguruskan pengeluaran jersi sendiri tanpa bekerjasama dengan pengeluar luar, yang membolehkan mereka menawarkan harga yang berpatutan.
Mungkin kejayaan kelab Thailand ini patut dijadikan contoh oleh kelab Liga Malaysia untuk memperkukuhkan kewangan pasukan melalui pelan perniagaan yang mantap dalam penjualan tiket dan barangan rasmi.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Hormon testosteron ialah sejenis hormon steroid lelaki dari kumpulan Androgen dan merupakan HORMON SEKS utama lelaki.Ia bukan saja penting untuk anda membina otot bahkan untuk melancarkan keinginan seksual anda juga. Malangnya ramai juga antara kita yang kurang sedar yang kadar pengeluaran hormon semakin menurun apabila umur semakin meningkat setiap tahun sebaik saja memasuki usia 30 tahun.
Namun begitu, 4 masalah di bawah yang berkaitan dengan kekurangan tahap testosteron sebenarnya masih boleh diubati.
“KAJIAN MENDAPATI LELAKI YANG MEMPUNYAI PARAS TESTOSTERON RENDAH MEMPUNYAI 40% RISIKO LEBIH TINGGI UNTUK MATI AWAL”
1. Kehilangan Keupayaan Seks
Kebanyakan lelaki yang kekurangan kadar testosteron akan mengalami keinginan seksual yang rendah – sukar untuk membangkitkan keghairahan dan lesu di bilik tidur. Hormon inilah yang beroperasi untuk menjana keinginan seksual anda – seperti ketika anda ternampak sesuatu yang meransang nafsu, anda akan berasa tergoda untuk melakukan seks.
2. Otot Anda Mengecil
Testosteron membantu tubuh anda untuk menjana metabolisma untuk membina otot engan menggalakkan tubuh anda untuk menghasilkan protein bagi tujuan tersebut. Tanpa kewujudan hormon ini anda akan mengalami masalah untuk membina otot dan seterusnya anda bakal mengalami kehilangan otot-otot yang anda pernah bina dahulu.
3. Zakar Akan Mengecil
Tanpa aliran hormon testosteron yang lancar, tisu pada zakar dan skrotum akan mengecut dan mengecil – sebagai hasilnya zakar anda kian mengecil.
Terapi testosteron pun sukar untuk mengembalikan semula saiz zakar anda yang mengecil itu – tapi ia masih mampu meningkatkan pembesaran zakar anda mungkin dalam seinci atau dua inci.
4. Perut Anda Membesar
Mereka yang mengalami kanser prostat semuanya mempunyai masalah perut yang besar – ini pula adalah akibat daripada kekurangan hormon testosteron. Penghasilan lemak di sekitar perut dan pinggang ini adalah dijana oleh lipoprotein lipase yang disebabkan oleh kekurangan hormon testosteron.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sekarang sudah masuk bulan Februari. Bagaimana dengan sasaran senaman dan workout anda tahun ini? Adakah ia berjalan dengan lancar atau sebaliknya? Dan adakah anda mendapat hasil tidak seperti yang anda jangkakan?
Jangan salahkan diri sendiri dahulu. Mungkin apa yang anda lakukan sebelum ini tak sesuai dengan badan serta kemampuan fizikal sendiri.
Saintis dan juga pelatih senaman telah sama-sama bersetuju bahawa terdapat tiga jenis bentuk badan berbeza terutamanya bagi lelaki.
Setiap bentuk badan pula memerlukan jenis latihan dan diet berbeza bagi mendapatkan keputusan maksima. Jadi, adakah anda tahu jenis bentuk badan anda?
Jom kita lihat di bawah.
ECTOMORPH
Adakah anda seorang yang memiliki fizikal kurus dan walau banyak mana pun makan tapi badan masih boleh maintain berat sama. Jenis bentuk badan anda adalah ectomorph. Anda memiliki kadar metabolism tinggi dan badan memproses makanan dengan cepat.
SENAMAN
Jika ingin membina otot jauhi aktiviti jarak jauh seperti berlari.
Senaman kardio juga hanya akan lebih mempercepatkan lagi kadar metabolisme anda.
Lebihkan aktiviti mengangkat berat.
Anda juga dinasihatkan untuk makan lebih banyak terutamanya makanan tinggi protein.
Sasaran makanan anda ialah 3000 kalori sehari.
MESOMORPH
Bagi orang yang dalam kategori jenis badan ini anda bolehlah dikira sangat beruntung. Ini kerana anda secara semula jadi memiliki badan tegap dan fit. Dalam ketiga-tiga kategori jenis bentuk badan anda yang paling senang untuk membina otot dan badan. Anda juga sangat mudah untuk turun dan naikkan berat badan.
SENAMAN
Fokuskan kepada senaman yang konsisten.
Amalkan gaya pemakanan seimbang dalam diet seharian.
Pengambilan kalori anda tidak boleh lebih daripada 2500 sehari.
Tekankan kepada bentuk senaman menggunakan power dan sprint untuk perkasakan lagi otot sedia ada.
ENDOMORPH
Kalau dilihat secara fizikal, anda yang berada dalam bentuk ini biasanya mempunyai fizikal bersaiz agak besar. Badan anda juga mempunyai kadar jumlah lemak dan otot yang tidak sekata. Berat badan yang berlebihan biasanya berkumpul di bahagian bawah perut. Anda juga terpaksa melakukan usaha yang lebih tinggi untuk dapatkan smeula bentuk ideal.
SENAMAN
Memerlukan sistem diet yang penuh disiplin dan juga rejim senaman tegas.
Senaman bahagian atas badan seperti lengan dan bahu boleh boleh dilakukan sebagai permulaan.
Untuk membuang lemak degil pula anda boleh fokuskan kepada senaman kardio dan workoutintervals.
Bagi diet, anda perlu jaga pemakanan dan lebihkan makan sayur dan rendah karbohidrat.
Pengambilan kalori pula tak boleh melebihi 1700 sehari.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.