Rasanya impian anda untuk melihat ‘kereta terbang’ di depan mata bakal menjadi realiti.

Portal terkemuka Amerika Syarikat turut menyenaraikan kenderaan dwifungsi dengan inovasi futuristik. Buat masa ini, lesen diperoleh dari negara masing-masing.

5 Model Kereta Terbang Dengan Inovasi Futuristik, Harga Serendah RM1.4 Juta

Baca periciannya di bawah :

1. Alef Model A

5 Model Kereta Terbang Dengan Inovasi Futuristik, Harga Serendah RM1.4 JutaHarga: RM1.4 juta
Keluaran: Alef Aeronautics
Negara: Amerika Syarikat

  • Alef Model A merupakan model kereta terbang berkuasa elektrik pertama di dunia yang menerima kelulusan FAA untuk terbang ke udara.
  • Projek pembangunan yang dijalankan sejak tahun 2015 itu menghasilkan jentera yang berupaya untuk terbang secara menegak dan berputar 90 darjah menggunakan lapan kipas.
  • Boleh memuatkan dua penumpang, kenderaan tersebut boleh bergerak sejauh 322km di jalan raya. Alef Model A dijadualkan dijual dan bersedia untuk digunakan pada suku pertama tahun 2025.

2. Pal V Liberty Sport

IKLAN

5 Model Kereta Terbang Dengan Inovasi Futuristik, Harga Serendah RM1.4 JutaHarga: RM1.4 juta
Keluaran: PAL-V International
Negara: Netherlands

  •  Pal V Liberty Sport yang berupa jentera tiga roda secara asasnya boleh memuatkan dua penumpang sahaja.
  • Berdasarkan laporan, kenderaan masa depan itu akan menemui pengguna secara rasmi pada tahun ini.
  • Untuk mod jalan raya, Pal V Liberty Sport boleh mencapai pecutan hingga 97km perjam dalam masa kurang sembilan saat.
  • Jarak penerbangan pula dalam lingkungan 402 hingga 499km bergantung kepada kapasiti penumpang.

3. Doroni H1

5 Model Kereta Terbang Dengan Inovasi Futuristik, Harga Serendah RM1.4 JutaHarga: RM1.6 juta
Keluaran: Doroni Aerospace
Negara: Amerika Syarikat

  • Kenderaan jenis pesawat ringan dengan reka bentuk kereta itu berfungsi sebagai kenderaan peribadi dengan kawalan separa autonomi.
  •  Pun demikian, Doroni H1 masih dalam proses permohonan perakuan sebagai pesawat sukan ringan di bawah peraturan FAA.
  • Secara keseluruhan, jentera tersebut memiliki dua tempat duduk dan dua set sayap dengan tujahan kipas berdaya tinggi.
  • Rekod penerbangan boleh mencapai kelajuan 225km perjam pada jarak 80.4km. Tempahan sudah dibuka dan penghantaran slot pertama dijangka tahun ini.

4. Klein Vision AirCar

IKLAN

5 Model Kereta Terbang Dengan Inovasi Futuristik, Harga Serendah RM1.4 JutaHarga: RM2.3 juta
Keluaran: Klein Vision
Negara: Slovakia

  • Klein Vision AirCar nampak lebih stail apabila reka bentuknya menggabungkan kenderaan mewah dan kereta kebal tentera.
  • Buat masa ini, ia boleh membawa dua penumpang. Namun, difahamkan, desainnya sedang dikemas kini untuk menghasilkan versi empat tempat duduk dan jenis amfibia.
  • Kelulusan kereta terbang tersebut sudah disahkan oleh Pihak Berkuasa Pengangkutan Udara Slovakia dan kini sedang merancang untuk mendapatkan pensijilan di seluruh benua Eropah.

5. Aska A5

5 Model Kereta Terbang Dengan Inovasi Futuristik, Harga Serendah RM1.4 JutaHarga: RM3.7 juta
Keluaran: ASKA Drive & Fly Vehicle
Negara: Amerika Syarikat

IKLAN
  • Antara kenderaan eVTOL pertama di dunia yang boleh meluncur laju di jalan raya sejauh 113km perjam untuk mod pemanduan.
  • Aska A5 dikatakan boleh terbang secara menegak dengan keupayaan enam kipas sejauh 402km pada kelajuan 241km perjam.
  • Bukan itu sahaja, rancangan untuk ciri pemanduan autonomi sepenuhnya untuk kawalan di jalan raya dan udara juga sedang dipertingkatkan oleh jurutera prolifik mereka.
  • Berdasarkan laporan, Aska A5 bakal menembusi pasaran menjelang tahun 2026.

Wah, jika memang benar kereta terbang bakal dipasarkan, boleh la kita menabung dari sekarang.hehe

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Sumber : 1

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI