Pengukuhan jenama Honda di negara kita nampaknya semakin berterusan. Popularitinya bukan sahaja terserlah di jalan raya malah pada angka jualannya.
Semalam Honda Malaysia mengumumkan jenama mereka telah mengekalkan kedudukan paling atas sebagai jenama kereta bukan keluaran nasional paling laris. Ia merupakan pencapaian biat tahun keenam berturut-turut buat jenama automotif asal Jepun ini.
Sepanjang tahun 2020 sebanyak 60,469 buah unit kenderaan Honda telah berjaya dijual. Secara tidak langsung menewaskan pesaing terdekatnya, Toyota.
Penyumbang utama anga jualan yang tinggi dengan sebanyak 34 peratus jumlah jualan adalah dari model City. Ia diikuti dengan model Civic dan HR-V dengan 20 peratus dan juga 17 peratus.
Ads
KEPERCAYAAN BERTERUSAN
“Ini menandakan tahun keenam berturut-turut kami berada di tempat teratas dan kami ingin ucapkan terima kasih di atas sokongan anda semua!,” jelas Honda Malaysia menerusi Facebook mereka.
Pencapaian memberangsangkan daripada model City mencatatkan jualan bulanan tertinggi dengan lebih 5,500 unit telah berjaya dijual kepada pelanggannya pada bulan Disember 2020 sahaja.
Ads
Jelas Pengarah Urusan dan Kettua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama, kepercayaan yang diberikan secara berterusan terhadap jenamanya telah membakar semangat mereka untuk terus berusaha lebih lagi. Ini selari dengan harapan membawa nilai ‘3 Joys of Honda’ iaitu ‘Joy of Buying’, ‘Joy of Selling’ dan ‘Joy of Creating’.
“Kami juga ingin berterima kasih kepada pihak kerajaan Malaysia kerana melanjutkan pengecualian cukai penjualan yang membantu lebih banyak rakyat Malaysia membeli kereta dengan penjimatan tambahan,” jelasnya lagi.
Jangan lupa ikuti Instagram MASKULIN untuk update gaya hidup lelaki terkini.
Buat anda yang ingin mencari aksesori kereta pada harga menarik, boleh dapatkannya di sini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Hobi mengubah suai kenderaan memang sinomin dengan lelaki. Malah ada lelaki yang dikatakan sanggup berhabis semata-mata untuk kereta.Tidak kira lelaki atau perempuan pasti punca hobi demi mengejar kehendak demi kepuasan diri. Pantang melihat keunikan kereta orang lain, lelaki dari kelompok ini tidak banyak berkira. Malah sebahagian daripada gaji pasti sudah diperuntukkan untuk merealisasikan kereta impian.
Sebenarnya kenderaan segmen itu sangat popular di Jepun kerana menggunakan platfrom Mitsubishi Town Box Wide.
Proton Juara yang dibeli pada tahun 2012 ini adalah kepunyaan Muzafar Kamarol Zaman, yang bekerja sebagai System administrator di sebuah syarikat di ibu kota.
Dia memilih Proton Juara kerana ia kenderaan yang ‘rare’ dengan ruang dalaman yang luas, reka bentuk yang menarik bila diubah suai, driving style yang santai dan sistem yang ada pada kereta ini selepas hanya 3,000 unit dikeluarkan dari 2001 sehingga 2003.
Muzzafar berkata, projek baik pulih dan ubah suai itu mengambil masa tujuh bulan untuk disiapkan dengan menelan belanja hampir RM10,000.
“Proses modifikasinya sedikit mencabar kerana alat ganti kenderaan sukar untuk diperoleh, malah harganya pula boleh dikatakan mahal. Biarpun sukar mencari alat ganti itu, ia menjadi satu cabaran buat saya untuk menjadi kenderaan ini kelihatan sporty dan boleh dipandu seperti biasa,” katanya.
Melihat pada bahagian luarannya, konsep dipilih bertema sporty kerana mahu kelihatan berbeza berbanding gaya ubah suai penampilan V.I.P yang tampak biasa.
1. Kena services minyak hitam dan minyak gear ikut jadual utk menjaga ketahanan enjin dan gearbox
2.kena sentiasa alert dgn tahap kepanasan air radiator kerana faktor kedudukan radiator dan condenser aircond yg rapat menyebabkan system penyejukan kurang efektif.
3. Penambahan kipas kedua utk membantu system penyejukan radiator dan condenser aircond
4 penambahan atf cooler utk membantu system penyejukan minyak gear box dan membantu jangka hayat penggunaan gear box supaya tidak cepat rosak
Kesemua faktor diatas adalah disebabkan kereta juara yg dibawa masuk ke Malaysia adalah dari model jepun dimana cuaca negara disana sejuk oleh itu setiap kedudukan sysyem seperti radiator, condenser,dan system penyejukan gear tidak mempunyai masaalah berbanding dgn Malaysia yg mana cuaca kita panas dan memberi kesan yg cepat dan sedikit sebanyak membantu kerosakan pada system enjin juara.
Jadi penambahbaikan dan penambahan alat penyejukan terpaksa dilakukan dgn sendiri utk mengelakkan kereta juara menjadi cepat rosak.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tak dapat dinafikan penggunaan motosikal di negara kita masih tinggi serta popular. Antara sebabnya mengapa ramai memilih untuk menggunakan motosikal kerana mampu mengelakkan kesesakan jalan raya.
Disebabkan itu jugalah semakin ramai pengguna memiliki kereta dan motosikal dalam masa yang sama. Selain digunakan sebagai kenderaan utaa atau kedua, motosikal juga kini dijadikan sebagai antara koleksi kebanggaan ramai orang.
Antara model motosikal yang sering meniti di bibir penggemar motosikal ialah Yamaha YZ15ZR atau lebih popular dengan gelaran ‘Y-Suku’. Sejak diperkenalkan pada tahun 2015 model motosikal moped daripada Yamaha ini merupakan antara motosikal paling popular di jalanraya selutuh negara.
Terbaru Yamaha telah mengumumkan mereka akan melancarkan model Y15ZR V2 atau versi kedua pada minggu hadapan.
Antara pembaharuan yang terdapat pada model ‘Y-Suku’ V2 ini ialah:
Yamaha Motorr Malaysia turut mengumumkan terdapat empat variasi warna yang bakal diperkenalkan iaitu Biru Storm, Merah Blazing, Cyan Striking dan Kelabu Dynamic. Masih mengekalkan enjin berkuasa 150cc dengan sejukan cecair, SOHC lima kelajuan model terbaru ini juga bakal tampil dengan ‘wajah’ corak grafik baru yang lebih baik dan gempak!
Harga yang diumumkan ialah RM8,168 (harga atas jalan tanpa insurans) yang datang dengan setahun jaminan pengeluar atau 10,000 kilometer yang mana lebih dahulu.
Jadi warna apakah yang menjadi pilihan anda agaknya?
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kenapa kena tukar tayar motosikal baru, betul ke tayar kilang tak selamat? Bagi pemilik motosikal baru, salah satu perkara yang sering dibincangkan ialah tayar yang datang sekali dengan motosikal tersebut atau lebih dikenali sebagai tayar kilang.
Ramai yang mencadangkan supaya tayar ini ditukar secepat mungkin, terutamanya jika motosikal itu akan digunakan untuk perjalanan harian. Tapi kenapa sebenarnya tayar kilang dianggap kurang selesa dan tidak sesuai?
Tayar yang dipasang oleh pengeluar biasanya dibuat untuk tujuan kos rendah dan lebih tahan lama dalam simpanan. Getah yang digunakan sering kali lebih keras dan kurang “melekat” pada jalan.
Kesan daripada getah yang terlalu keras ini ialah:
✅ Kurang cengkaman, terutama di jalan basah
✅ Lebih mudah tergelincir ketika membrek atau mengambil selekoh tajam
✅ Kurang keyakinan ketika menunggang, terutama dalam kelajuan tinggi
Jika motosikal digunakan hanya untuk jarak dekat dan kelajuan rendah, mungkin tidak terasa sangat. Tapi kalau selalu guna untuk perjalanan jauh, naik turun lebuh raya, atau menunggang dalam cuaca hujan, memang terasa perbezaannya.
Pengeluar motosikal tidak tahu secara spesifik bagaimana pemilik akan menggunakan motosikal—sama ada untuk kegunaan bandar, lebuh raya, off-road, atau perjalanan jauh.
Jadi, mereka menggunakan tayar yang lebih bersifat “general purpose”, iaitu boleh digunakan di mana-mana tetapi tidak mengkhusus kepada keselesaan atau prestasi yang baik dalam keadaan tertentu.
Berbeza dengan tayar aftermarket, yang boleh dipilih mengikut keperluan:
Tayar sport touring – Sesuai untuk perjalanan jauh, lebih cengkaman dan selesa Tayar sport/racing – Cengkaman tinggi untuk tunggangan agresif Tayar off-road – Corak bunga lebih kasar untuk jalan tanah
Dengan menukar tayar kepada yang lebih sesuai, penunggang akan rasa perbezaan yang ketara dari segi keselesaan, kawalan, dan keselamatan.
Kebanyakan tayar kilang direka dengan corak tapak asas yang mungkin tidak sesuai untuk keadaan jalan di Malaysia, terutamanya ketika hujan lebat.
Antara masalah yang sering dihadapi:
❌ Tayar cepat “aquaplaning” (tergelincir atas air) bila jalan basah
❌ Kurang daya serapan hentakan di jalan yang tidak rata
❌ Kurang kestabilan bila bawa laju di lebuh raya
Jalan Malaysia yang ada lubang, jalan konkrit, dan hujan yang kerap memerlukan tayar dengan corak bunga yang lebih sesuai. Sebab itu ramai yang menukar tayar baru untuk keselesaan yang lebih baik.
Walaupun motosikal itu baru keluar dari kedai, tayar yang dipasang mungkin sudah lama di kilang atau stor.
Tayar yang lama akan mengalami pengerasan getah, menyebabkan ia kurang grip dan mudah licin. Cara nak tahu tayar lama atau baru? Lihat tarikh pembuatan tayar di sisi tayar (contohnya, “3222” bermaksud minggu ke-32 tahun 2022).
Jika tarikh terlalu lama (lebih 2-3 tahun), elok tukar kepada tayar baru untuk keselamatan maksimum.
Selepas menukar tayar kilang kepada tayar aftermarket yang lebih berkualiti, perbezaan yang boleh dirasai ialah:
✅ Cengkaman lebih baik – lebih yakin dalam selekoh dan ketika membrek
✅ Lebih selesa – tayar lebih lembut, kurang gegaran di jalan berlubang
✅ Kurang risiko tergelincir di jalan basah
✅ Prestasi lebih stabil di lebuh raya – motosikal kurang “melayang” pada kelajuan tinggi
Tayar aftermarket yang lebih berkualiti memang sedikit mahal, tetapi ia adalah pelaburan untuk keselamatan dan keselesaan.
Walaupun motosikal baru didatangkan dengan tayar kilang, ia tidak semestinya tayar terbaik untuk kegunaan harian. Tayar ini dipilih berdasarkan kos dan ketahanan, bukan prestasi atau keselesaan.
Jika anda kerap menunggang motosikal setiap hari, terutamanya dalam pelbagai keadaan jalan dan cuaca, menukar tayar kepada yang lebih berkualiti adalah keputusan bijak untuk keselamatan dan pengalaman tunggangan yang lebih baik.
Ingat, tayar adalah satu-satunya bahagian motosikal yang bersentuhan dengan jalan. Jangan kompromi dengan keselamatan!