Apa kerjaya anda ketika ini? Pastinya untuk gapai menara gading sangat sukar atas beberapa faktor seperti peluang kerja yang sangat tipis malah Profession itu tidak lagi diperlukan. Untuk mereka yang masih lagi berusaha untuk mencapai cita-cita untuk sesebuah profession, apa kata anda lihat list kami. Mungkin ada antara kerjaya yang anda minat tapi tidak diterima lagi 10 tahun akan datang.

 

 

Juruwang

5 Pekerjaan Makin Pupus Menjelang 2020. No 2 Tu Tak Wujud Langsung Dah

Tahukah anda bahawa Jepun sudah mula mengeluarkan teknologi pasaraya elektronik di mana anda boleh menaiki kereta dan memilih barangan di dalam sebuah bangunan, dan bayar di kaunter dengan menggunakan kad debit saja? Ya, mereka telah mengeluarkan ini. Malah ketika ini pun di Malaysia, tanpa sedar, pasar raya besar telah menggunakan kaedah kaunter elektronik dimana anda hanya perlu scan barangan anda dan bayar melalui khidmat debit. Mudah kan? Jadi di mana keperluan juruwang lepas ni?

 

Telemarketer

IKLAN

5 Pekerjaan Makin Pupus Menjelang 2020. No 2 Tu Tak Wujud Langsung Dah

Di dalam dunia serba canggih ini, manusia sudah jarang menggunakan telefon untuk menjual barang dan sebagainya. Mereka lebih selesa menggunakan email ataupun khidmat pesanan ringkas untuk menjual. Tambahan pula, media sosial seperti FB telah diperkenalkan untuk mereka menjual barang secara online.  Telemarketing telah mula tidak dilihat dibawa arus zaman. Dengan pemasaran e-mel meningkat, pekerjaan yang sama sekali tidak akan dijumpai lagi.

 

 

Agen Perlancongan

IKLAN

 

5 Pekerjaan Makin Pupus Menjelang 2020. No 2 Tu Tak Wujud Langsung Dah

Siapa masih lagi perlukan Tour Guide jika internet dan blog-blog sudah bersepah memperkenalkan kehebatan sesebuah negara tersebut. Anda hanya perlu rajin check tiket penerbangan murah dan mula lihat apa yang murah dan sesuai untuk anda ketika anda sedang melancong. Backpackers sekarang ini menjadi trend anak muda. Jadi ke mana arah agen perlancongan? Mereka ini masih diperlukan jika sesebuah agensi atau syarikat melancong atau urusan syarikat secara berkumpulan, kerana tempat tinggal dan pengangkutan semua disediakan. Jadi mudahlah jika Agen yang menguruskan. Kerjaya ini masih diperlukan namun, keperluannya beransur tipis.

 

Pemandu Teksi

IKLAN

 

5 Pekerjaan Makin Pupus Menjelang 2020. No 2 Tu Tak Wujud Langsung Dah

Suatu ketika dahulu, pemandu teksi dilihat sebagai pengangkutan paling berguna apabila ada antara anda yang pulang larut malam. Mana pula nak cari bas kan? Ketika semua orang mahu menjadi pemandu teksi kerana kerjaya ini boleh menghasilkan pendapatan lumayan, ia berlaku sekitar 80an – 90an. Namun setelah dunia mencecah abad di 21, Teksi sudah mula tidak dipandang. Ini kerana pengangkutan seperti LRT dan Bas Awam percuma menjadi pilihan orang ramai. Apa yang menariknya, rezeki teksi ketika ini disekat apabila pemandu Grab mula menempah nama. Anda pasti tahu apa yang terjadi jika pemandu teksi bertemu dengan pemandu Grab kan?

 

Penerbitan dan Percetakan

 

5 Pekerjaan Makin Pupus Menjelang 2020. No 2 Tu Tak Wujud Langsung Dah
post press finishing line machine: cutting, trimming, paperback and binding

Kami sebagai media harus akui bahawa percetakan sudah mula tidak dipandang kerana ramai yang lebih selesa untuk ke digital. Ramai antara anda memilih untuk membaca surat khabar atau buku secara digital dimana anda hanya perlu download dan bacanya melalui telefon pintar anda sahaja. Kerana itu, ramai penerbitan sudah mula melebarkan sayap mereka menerusi digital agar tidak ketinggalan. Syarikat percetakan? Mungkin masih diperlukan namun tidak begitu banyak.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI