Isteri basuh kain samping suami sampai jadi ‘skirt ruffle.’ Seorang wanita berasa terkejut apabila samping songket tenun milik suaminya mengalami kerosakan teruk selepas dicuci menggunakan mesin basuh akibat teknik pencucian yang tidak sesuai.
Isteri Basuh Kain Samping Suami Sampai Jadi ‘Skirt Ruffle’
Menerusi satu perkongsian di TikTok oleh pengguna @Delishaurelia87, kelihatan kain samping tersebut disidai dalam keadaan renyuk dan berkedut selepas dicuci, menyebabkan ramai warga maya turut berkongsi pengalaman serupa.
“Samping suami saya pun pernah jadi begini. Tapi saya hapuskan bukti terus! Lima tahun dah berlalu, dan setiap kali suami tanya, saya pura-pura cari,” kongsi @Lyana_muhamad.
Paling kelakar bila ada warga maya yang memberi idea kreatif untuk mengelakkan suami menyedari keadaan samping yang sudah rosak.
“Lipat kemas-kemas, simpan dalam almari. Bila suami jumpa, buat-buat terkejut dan tanya, eh kenapa jadi begini?,” cadang @Simfoninatura.my.
Ads
Berikut dikongsikan cara menjaga kain samping songket tenun agar tahan lama
Kain samping jenis songket tenun merupakan warisan budaya yang sangat bernilai, bukan sahaja dari segi seni dan kehalusan buatannya, tetapi juga dari aspek simbolik dalam adat dan tradisi Melayu.
Oleh kerana songket tenun diperbuat daripada benang emas atau perak yang ditenun secara tradisional, ia memerlukan penjagaan khas agar kekal cantik dan tahan lama.
Berikut adalah beberapa cara yang boleh anda amalkan untuk menjaga kain samping songket tenun dengan baik.
1. Simpan Di Tempat Yang Sesuai
Salah satu faktor utama yang boleh menyebabkan kain songket cepat rosak ialah cara penyimpanan yang tidak betul. Pastikan kain samping disimpan di tempat yang kering, sejuk, dan bebas daripada kelembapan. Anda boleh menggantungnya menggunakan penyangkut khas atau melipatnya dengan kemas dalam kotak beralaskan kain kapas untuk mengelakkan geseran berlebihan.
Hindari daripada menyimpan songket dalam plastik kerana ia boleh menyebabkan kelembapan terperangkap, sekali gus mendorong pertumbuhan kulat yang merosakkan kain. Sebaiknya, gunakan kain muslin atau kain kapas untuk membalut songket sebelum disimpan.
2. Elakkan Pendedahan Terus Kepada Cahaya Matahari
Cahaya matahari yang berlebihan boleh menyebabkan warna kain songket pudar dan benang emas atau perak menjadi kusam. Jika anda perlu menjemur kain songket selepas mencuci atau menghilangkan bau, pastikan ia diletakkan di tempat yang redup dan berangin. Jangan biarkan ia terkena sinaran matahari secara langsung dalam tempoh yang lama.
Ads
3. Lipat Dengan Cara Yang Betul
Cara melipat kain songket juga penting bagi memastikan benang dan coraknya tidak rosak. Jangan melipat songket dengan cara yang sama setiap kali kerana ini boleh menyebabkan lipatan kekal yang sukar dihilangkan. Sebaliknya, ubah lipatan secara berkala supaya kain tidak mengalami tekanan pada bahagian yang sama berulang kali.
Sekiranya anda ingin memastikan kain tidak berkedut, letakkan sehelai kain nipis antara lipatan atau gunakan gulungan kain kapas sebelum menyimpannya.
4. Jangan Basuh Dengan Air Atau Mesin Basuh
Songket tenun tidak boleh dicuci seperti pakaian biasa kerana benang emas atau peraknya mudah rosak apabila terkena air. Jika kain samping anda terkena kotoran ringan, cukup sekadar mengelap bahagian tersebut dengan kain lembap yang bersih. Untuk kotoran yang lebih degil, gunakan tuala lembut yang dicelup dengan air suam dan sedikit sabun lembut, kemudian lap secara perlahan-lahan.
Jika anda perlu membersihkan keseluruhan kain, sebaiknya hantar ke pencuci kering (dry cleaning) yang berpengalaman dalam mengendalikan kain tradisional seperti songket.
5. Gunakan Pewangi Dan Anti-Kulat
Untuk mengelakkan bau hapak dan serangan serangga seperti lipas atau kutu kain, anda boleh meletakkan pewangi khas dalam almari penyimpanan songket. Pilihan yang baik ialah bunga cengkih, hirisan kayu gaharu, atau pek silica gel yang boleh menyerap kelembapan berlebihan.
Ads
Elakkan penggunaan kapur barus secara terus pada kain kerana ia boleh merosakkan tekstur dan warna benang songket.
Selain baju Melayu, MASKULIN yakin anda juga pastinya akan membeli baju kemeja atau t-shirt berkolar untuk Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma.
Hakikatnya sambutan Syawal bukanlah sehari sahaja. Pastinya anda mendapat jemputan rumah terbuka yang cukup banyak selepas ini.
Jadi bagi memastikan gaya Raya sentiasa menyerlah, baju baharu pastinya sangat membantu.
Namun satu perkara perlu kita ingat, pemilihan saiz baju yang tepat sangat penting untuk memastikan keselesaan dan penampilan yang menarik.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi panduan mengukur badan anda untuk baju dengan tepat, memastikan anda mendapatkan saiz yang sesuai.
UKUR LEHER
Gunakan pita pengukur dan letakkan di sekeliling leher anda, di mana kolar baju biasanya diletakkan. Pastikan pita pengukur itu selesa dan tidak terlalu ketat. Tambahkan kira-kira 1-2 cm untuk keselesaan.
Ukur dari ujung satu bahu ke ujung bahu yang lain, melintasi punggung. Pastikan pita pengukur mengikuti bentuk bahu anda dengan tepat. Ini penting untuk memastikan bahawa baju tidak terlalu sempit atau terlalu longgar di area bahu.
UKURAN DADA
Letakkan pita pengukur di sekeliling dada anda di bahagian paling penuh. Biarkan pita pengukur selesa di sekitar dada tanpa menariknya terlalu ketat. Bernafas secara normal dan ukur.
UKURAN PINGGANG
Untuk mengukur pinggang, cari bahagian terkecil di antara tulang rusuk bawah dan pinggul anda. Ini biasanya berada tepat di atas pusar. Pastikan pita pengukur tidak terlalu longgar atau ketat.
UKURAN PANJANG LENGAN
Angkat lengan anda dan letakkan pita pengukur di bahagian atas bahu anda, kemudian ukur ke bawah melewati siku hingga ke pergelangan tangan, atau di mana anda ingin hujung lengan baju berakhir.
UKUR PANJANG BAJU
Untuk mengukur panjang baju, mulai dari titik tertinggi di bahu, tepat di bawah tulang leher, dan ukur ke bawah hingga ke panjang yang diinginkan.
Pastikan semua pengukuran dicatat dengan teliti dan bandingkan dengan carta saiz yang disediakan oleh pembuat baju untuk memilih saiz yang paling sesuai.
Ingat, berbeza jenama mungkin memiliki carta saiz yang berbeza, jadi selalu semak pengukuran anda dengan setiap pembelian baru. Mengukur badan anda dengan tepat adalah langkah pertama untuk memastikan penampilan yang sempurna dan keselesaan sepanjang hari.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ini 5 cara patut anda tahu dalam mengambil hati mentua anda supaya tak rasa janggal bila berjumpa.
1.Telefon Selalu
Telefon mentua/bakal mentua adalah cara paling senang untuk mendekati mereka. Tanya khabar dan bersembang sedikit dengan mereka. Lebih-lebih lagi jika pasangan anda agak sibuk dengan kerja. Sekurang-kurangnya ada yang bertanya khabar dan anda boleh ‘update’ kedua-dua belah pihak tentang diri masing-masing. Cumanya, anda perlu sensitif sedikit tentang waktu anda menelefon mentua anda.
2, Ingat tarikh penting
Hari jadi? Hari ulang tahun perkahwinan? Jangan lupa wish mentua anda. Jika anda sibuk, set ‘reminder’ untuk tarikh-tarikh penting ini. Terus set untuk tahun-tahun yang akan datang juga.
3. Shopping
Walaupun agak mendebarkan jika belum habis ‘ice breaking’ lagi, tapi sebenarnya aktiviti ini agak bagus juga. Aktiviti ini membolehkan anda untuk mengenali citarasa mentua anda. Apabila anda hendak membeli hadiah untuknya kelak, at least anda sudah ada sedikit ‘hint’.
4. Bersembang bila berjumpa
Sesetengah orang boleh terus ‘masuk’ dengan semua orang termasuklah mentua mereka. Namun, ada juga yang sedikit kekok dan ‘takut-takut’. Jika anda kategori yang kedua ini, jangan risau. Biasalah itu. Tapi, jangan sampai tidak bercakap langsung. Cuba perlahan-lahan. Senyum banyak-banyak jika anda tiba-tiba gementar atau tidak tahu cakap apa. Jangan lari-lari tau.
5. Surprise visit
Jika anda sudah berkahwin, bila tiba hujung minggu tu, ajak pasangan anda lawat mentua anda dengan mengejut. Selalu bila cuti panjang atau hari raya saja kan? Kali ini buat ‘weekend gateway’ di rumah mentua pula. Lebih bagus jika anda dan pasangan dapat buat aktiviti ‘surprise visit’ ini untuk kedua-dua keluarga.
SUMBER : ikahwin.my
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
JANGAN TERJERAT DENGAN LELAKI PLAYBOY NI, MEMANG NAMPAK BAIK DAN PENYANYANG, TAPI BELAKANG ANDA ADA LAGI 10 WANITA YANG SEDANG DITIPU.
1. BERPEWATAKAN MENGANCAM
Kebanyakan lelaki playboy ni mesti hadir dengan perwatakan super menarik. Tetapi tidak bermakna si dia mesti ‘handsome’. Lelaki playboy biasanya cekap dalam menjaga penampilan diri, terutama dandanan rambutnya. Kalau korang terkena dengan mamat macam ni, silalah buat jual mahal.
2. PERAMAH DENGAN RAMAI WANITA
Mudah bergaul dan cukup peramah pada setiap wanita yang ditemui. Apatah lagi, wanita cantik dan punya karier yang bagus. Hurmm… target mereka tu!
3. TERLEBIH CARING
Ketika si dia kesepian atau sedang ligat mengatur strategi, biasanya pasti ada mesej atau deringan telefon buat anda. Lelaki jenis ini memang seronok diajak berbual dan pelbagai cerita menarik yang bakal direka untuk menambat hati anda.
4. POWER BUAT ALASAN
Selain itu, di saat anda sudah mula tertarik kepadanya, si dia jarang mahu mengangkat atau menjawab panggilan anda dengan alasan terlalu sibuk dan sebagainya. Si dia sebaliknya lebih rela menghubungi anda.
5. AYAT ABANG NI MANIS MACAM GULA
Pada awal perkenalan, si dia memang baik sangat, nampak ‘cool’ dan sebagainya. Si dia biasanya selalu suka bermain dengan ayat-ayat ‘manis’ sahaja. Tidak pernah membahaskan perkara yang realistik, apatah lagi yang berkaitan dengan masa depan dan komitmen.
Apabila anda sudah mula menunjukkan keseriusan hubungan tersebut, si dia mula cabut lari sehingga anda yang terpaksa terhegeh-hegeh mengejar cintanya!
6. DIKELILINGI WANITA
Lelaki playboy memang pakar dalam bab memikat. Jadi, tidak hairan kebanyakan lelaki playboy ini terdiri dalam kategori mereka yang mudah bergaul dan ‘charming’. Namun, mereka tidak akan mempamerkan secara terang-terang sikap penggoda itu, walaupun sebenarnya seorang pemikat.
Justeru itu, teman wanitanya sangatlah ramai dan ada di mana-mana sahaja. Lelaki playboy akan bertukar-tukar pasangan tanpa ada perasaan bersalah!
7. BERBORAK TAPI ADA JE UNSUR NAKAL
Opss! Inilah perkara yang paling utama yang perlu anda ‘alert’. Topik perbualan si lelaki playboy ini biasanya lebih menjurus kepada masalah seks,lucah dan sebagainya.
SUMBER : WOM.MY
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Hazard light tak boleh suka-suka tekan: Ini fungsi sebenar hazard light. Hazard light atau lampu isyarat kecemasan merupakan satu ciri penting yang terdapat pada semua kenderaan moden.