Naza Italia memperkenalkan pilihan tambahan bagi model Maserati Levante ke pasaran Malaysia. Pada Mac lalu, Naza Italia memperkenalkan Levante diesel. Terkini, Levante S pula menjengah pasaran tempatan.

Berikut 5 perkara perlu anda ketahui tentang Levante S:

1) ENJIN
Levante S menawarkan pilihan jana kuasa petrol menerusi enjin 3.0 liter V6 turbo berkembar dengan sistem pancitan bahan api (GDI). Ia mampu menghasilkan kuasa 430hp pada 5,750rpm tork 580Nm pada 5,000rpm.

Penghantaran kuasa ke roda diserahkan kepada transmisi ZF 8 kelajuan automatik. Gabungan berkenaan membolehkan Levante S memecut dari sifar sehingga 100km/j dalam tempoh 5.2 saat dengan pecutan maksimum 264km/j.

 

2) DUA PILIHAN KEMASAN AKSESORI
GranLusso
Luaran: plat skid depan dan rel bumbung dengan semburan cat metalik, lencana GranLusso pada fender sisi dan skirting sisi dengan warna badan, brek kaliper warna hitam serta rim aloi Zefiro 19 inci.
Kabin: Gabungan sutera Ermenegildo Zegna atau uphosteri Itali premium bersama kemasan kayu Radica dan stereng balutan kulit. Tidak ketinggalan pelarasan kerusi 12 cara, sistem audio Harman Kardon, stereng dengan pelarasan elektrik, sil pintu iluminasi, sensor parking, sistem navigasi dan pintu dengan ciri vakum.

IKLAN

GranSport
Luaran: Gril depan, rel bumbung dan plat skid warna hitam piano, lencana GranSport pada fender, brek kaliper merah dan rim Nereo 20 inci.
Kabin: Stereng kemasan kulit dengan pelarasan elektrik, kerusi kulit dengan pelarasan 12 cara, pedal shifter, sistem navigasi dan sensor parkir.

5 PERKARA PERLU DIKETAHUI TENTANG MASERATI LEVANTE S: HARGA RM788, 800 SEUNIT

 

3) KABIN
Pengeluar kereta Itali itu menawarkan unit Maserati Touch Control Plus (MTC Plus), skrin sentuh 8.4 inci bersama kawalan rotary baharu sebagai standard. Tidak ketinggalan kawalan pendingin hawa dual zon, sensor kualiti udara dan keyless entry serta rangkaian radio digital.

IKLAN

 

4) ORIENTASI SUPERCAT MASERATI
Maserati Levante masih berorientasikan prestasi seperti jentera supercar Maserati yang lahir terlebih dahulu. Selain menggunakan material lebih ringan, agihan berat ideal 50:50 dan pusat graviti terendah dalam kelasnya menyumbang kepada pengendalian lebih lincah. Peralatan standard seperti suspensi udara, penyerap hentak Skyhook kawalan elektronik dan sistem pacuan semua roda (AWD) Q4 melengkapkan ciri teknikal SUV kategori mewah itu.

Selain itu, ciri tipikal kereta sports berprestasi tinggi turut dipinjamkan bagi kecekapan aerodinamik Levante yang menyumbang kepada pekali seretan terbaik dalam kelasnya iaitu 0.31 Cd.

IKLAN

 

5) HARGA
Levante S dijual pada harga RM788,800 seunit dengan waranti standard 3 tahun tanpa had perbatuan bersama *Maserati Permium Servis Plus 3 Tahun/60,000km (yang mana tiba terdahulu).

 

GALERI

 

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI