Kadang-kadang mungkin kebanyakan suami agak kurang peka dengan perasaan isteri selepas kehadiran orang baru dalam kehidupan rumah tangga mereka. Tapi tahukan para suami bahawa di sebalik senyuman dan tawa bahagia isteri selepas melahirkan anak, mereka memendam perasaan. Suami malah tidak mengetahui ini.
Isteri mengalami perubahan keadaan psikologi. Untuk sekadar diketahui suami, inilah perubahan perasaan isteri selepas mempunyai anak.
1 Perlu rehat
Bila ibu baru melahirkan anak akan sering marah-marah, itu kerana mereka penat. Mereka ingin berehat, atau sekadar santai menonton televisyen.
Ads
2 Tidak ingin ditanya
Mengurus bayi amat memenatkan. Mereka tidak ingin mendengar soalan suami, “Adakah kamu perlu bantuan?” Percayalah mereka sangat memerlukan!.
3 Makin cinta
Isteri menyukai status baru suaminya sebagai seorang ayah. Mereka makin cinta terhadap suami memegang anak, mengajak bermain, berbicara, dan mendoakan.
Ads
4 Tiada baju yang muat
Mereka kecewa melihat keadaan tubuh yang membesar dan tiada sehelai pakaian pun yang boleh dipakai. Biasanya mereka boleh bergaya feminin, tapi satu pun kini tak muat.
Ads
5 Perlukan perlindungan
Semua wanita selalu inginkan perlindungan. Mempunyai bayi membuat hidup penuh drama. Mereka ingin ada yang melindungi.
Sumber: Familyshare
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Wang amat penting dalam memenuhi keperluan untuk terus hidup. Namun ramai yang masih berhutang. Bagi mereka yang menetap di bandar kos kehidupan yang tinggi akan menjadi bebanan buat mereka berbanding mereka yang memilih untuk hidup di luar bandar.
Tiada cara bebas hutang yang efisien. Kehendak sentiasa seiring dengan keperluan. Terdapat sesetengah pihak yang cuba memenuhi kehendak mereka dengan berhutang. Hutang sentiasa membelenggu manusia dalam kehidupan serba moden ini walaupun di mana anda berada. Oleh itu, panduan bebas hutang perlu dipelajari.
Tentu ada antara kita yang bingung dengan hutang kad kredit, ‘personal loan’ mahupun pinjaman perumahan. Setiap bulan ada saja pendapatan yang diperolehi ditolak untuk membayar hutang-hutang yang telah dibuat samaada melalui institusi perbankkan atau pun orang perseorangan. Bagi anda yang mungkin telah dibebani hutang anda akan sentiasa mencari jalan keluar untuk menangani masalah hutang ini.
Biar apapun cara anda gunakan untuk melangsaikan hutang, pastikan anda memilih jalan terbaik untuk mengelakkan anda lebih terbeban dengan masalah hutang. Jadikan tips di bawah sebagai panduan untuk anda menyelesaikan hutang anda.
ANTARA TIPS TERBAIK UNTUK BEBAS HUTANG
1. BELI SECARA TUNAI
Henti dan jauhkan segala urusniaga yang dinamakan ansuran, beli dulu bayar kemudian atau skim bayaran mudah. Kalau terpaksa berhutang, itu maksudnya kita belum mampu beli barang tu lagi. jadi, simpan dulu duit sampai cukup, baru beli.
Biar kita bersabar dalam mengumpul wang untuk memiliki sesuatu untuk mengelakkan kita berhutang yang mana akan membebankan kewangan kita pada masa akan datang
2. BERBELANJA IKUT KEMAMPUAN
Beli ikut keperluan, bukan ikut kemampuan, apatah lagi ikut kemahuan. Kalau mampu pakai kereta Proton Inspira, pakai Proton Saga jer lah dulu. Lupakanlah dulu perkataan “bergaya” dalam hidup tu buat sementara waktu sampai kita benar-benar mampu untuk bergaya. Biar tak bergaya, asalkan poket kita kaya.
Gunakan pendapatan yang diperolehi untuk keperluan dan bukan kehendak semata-mata. Sebagai contoh sekiranya gaji anda sebulan RM 2,000. Bahagikan ia mengikut keperluan dahulu dan simpanlah sedikit untuk simpanan masa hadapan.
Selepas itu barulah digunakan untuk perkara-perkara yang sepatutnya. Biarlah hidup di bawah kemampuan kerana langkah ini lebih selamat berbanding hidup mengikut kemampuan atau kelebihan.
Kalau ada barang yang bukan keperluan di rumah, lebih baik jual jer dulu. Downgrade life style yang berlebihan buat sementara waktu. Kalau sekarang ni langgan Astro full channel, apa kata kurangkan channel-channel tu atau terus hentikan langganan Astro! Kalau sekarang pakai kereta besar, downgrade kepada kereta yang cukup untuk keperluan jer. Kalau sekarang suka beli makan di luar, apa kata masak di rumah jer atau bawa bekal jer ke pejabat. Pointnya, hidup di bawah kemampuan.
3. MENABUNG
Mulakan tabiat menyimpan walaupun sedikit. Mulakan tabiat menabung seawal yang mungkin. Biar kita menyimpan untuk masa hadapan dan kecemasan yang tidak terjangka.
Didik semua ahli keluarga kita untuk menabung setiap hari. Kelebihan menabung amat baik untuk keluarga. Asingkan pendapatan yang diperolehi setiap kali mendapat gaji. Potong 20 % daripada gaji anda untuk tabungan masa depan anda.
Asingkan tabungan anda daripada akaun gaji anda. Anda boleh menabung di dalam Tabung Haji atau ASB, selain menabung anda juga akan mendapat bonus dan pendapatan di atas tabungan anda itu.
4. BUAT DUIT SAMPINGAN
Libatkan diri dalam bisnes, tapi bukan skim cepat kaya. Anggap gaji tu sebagai duit untuk hidup bulan-bulan, dan bisnes sebagai sumber untuk tambahkan simpanan. Simpan hasil bisnes 100%. Kalau nak guna pun, jangan lebih 50%! Duit hasil bisnes memang terbukti mempercepatkan bebas dari hutang. Second income penting sebagai ‘backup’ income utama, dan untuk tambahkan simpanan.
Bagi anda yang memiliki kemahiran tertentu, gunakan kemahiran anda untuk mencari pendapatan sampingan. Bagi yang tidak mempunyai kemahiran, berusahalah untuk belajar dari orang yang sudah berjaya.
Selain itu, anda juga boleh menggunakan teknologi masa kini untuk menambahkan pendapatan anda. Gunakan IT untuk memulakan bisness di FB, Instagram, blog dan sebagainya . Ini adalah cara yang mudah untuk memulakan bisness sebagai pendapatan sampingan
5. BERSEDEKAH & BERZAKAT
Berzakatlah kerana zakat itu menyucikan harta. Bersedekahlah kerana sesungguhnya sedekah tidak mengurangkan harta. Kedua-duanya amalan ini sangat diberkati.
Mulakanlah sedekah anda bermula dari sekarang. Orang yang bersedekah tidak akan mengalami kemiskinan malah hartanya akan bertambah. Sedekahlah mengikut kemampuan anda. Ingat setiap pendapatan yang kita perolehi ada hak orang lain.
Bertindaklah sekarang untuk menjemput rezeki dengan hanya bersedekah.
STRATEGI UNTUK BEBAS HUTANG
6. JANGAN BERHUTANG LAGI
Gali lubang tutup lubang..Ini merupakan lagu yang selalu dinyayikan pada zaman 80-an. Banyak nasihat yang kita perolehi dari lagu tersebut. Penting untuk tidak memulakan hutang baru untuk menyelesaikan hutang lama.
Berilah tempoh bertenang untuk diri sendiri untuk menimbang baik dan buruk memulakan hutang yang baru. Langsaikan semua hutang anda untuk mengelakkan masalah dalam kehidupan anda. Berfikir dahulu sebelum berhutang.
Buatlah kira-kira untuk melihat kemampuan anda sebelum berhutang. Berbaloikah anda menanggung bebanan hutang selama bertahun-tahun hanya untuk memiliki sesuatu yang bukan keperluan dalam hidup anda ?
7. LANGSAIKAN HUTANG YANG INTEREST RATENYA PALING TINGGI DAHULU
Contohnya, hutang kad kredit (18% setahun) kena settlekan dulu sebelum car loan (3% – 5% setahun). So, cuba list down semua hutang yang ada mengikut interest ratenya. Interest rate paling tinggi tu kena settlekan dulu.
Hutang ‘berkat’ seperti housing loan perlu disettlekan paling last sekali sebabnya ia dikategorikan sebagai “good debt” iaitu hutang yang membuatkan kita bertambah kaya!
8. BUKA DANA “FULL-SETTLEMENT HUTANG”
Buka akaun khas di bank untuk simpan duit yang akan digunakan untuk full-settlement hutang yang ada. Bayar ansuran pinjaman macam biasa, tapi dalam masa sama kumpul duit lain ke dalam dana tersebut.
Bila duit tu dah cukup, buat full-settlement terus. Dengan full-settlement, kita jimat dari bayar interest berbanding dengan tambah nilai ansuran bulan-bulan.
9. SIMPAN DUIT LEBIHAN SELEPAS SELESAI BAYAR HUTANG
Contohnya, bila dah bayar full-settlement loan lereta yang ansurannya RM600 sebulan, simpanlah RM600 tu masuk ke Dana Full-settlement Hutang tadi.
Jangan sesekali anggap duit tu sebagai duit berjoli, apatah lagi untuk tukar kereta baru! Jauhkan pepatah biar papa asal bergaya dari kehidupan anda. Bersabarlah menabung untuk memiliki sesuatu yang diimpikan.
Biar lambat asalkan kita tidak berhutang. Tidak salah untuk kita berhutang namun pastikan kita mampu untuk melangsaikan hutang sebelum anda membuat keputusan untuk berhutang.
Semoga tips di atas berguna untuk membantu anda melunaskan hutang-hutang anda!
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Hati siapa yang tidak hiba apabila kehilangan insan yang tersayang. Lebih memilukan apabila bukan seorang sahaja yang dijemput Ilahi, tetapi empat ahli keluarga sekaligus.
Itulah dugaan yang dihadapi Azam Radin Mustapha Amiruddin, 46, sehingga pengsan beberapa kali akibat tidak tahan menanggung kesedihan.
Sebaik sahaja jenazah dua anak perempuannya yang menjadi mangsa korban kepala air tiba di unit forensik Hospital Tapah, Perak, Azam dilaporkan tidak sedarkan diri.
Perkelahan mereka sekeluarga di Sungai Kenjur, Kampung Poh, Bidor, pada Rabu sepatutnya menjadi kenangan indah namun bertukar tragedi.
Empat daripada tujuh mangsa iaitu, Aszura Bani, 37 bersama tiga anaknya, Hanum Marissa, 2, Hafiy Muhayyat, 4, dan Hana Mikayla, 7, hilang dihanyutkan arus deras kepala air.
Memetik laporan Sinar Plus, berikut ringkasan info dan kronologi kejadian itu.
Dalam pada itu, penduduk kampung mendedahkan aliran air sungai didapati deras ketika kejadian dan paras air menurun selepas sejam, namun berdasarkan maklumat, insiden kepala air di kawasan sungai itu sudah lama tidak berlaku.
Azam Radin yang terlalu sedih atas kejadian menimpa isteri dan anaknya, berkata ketika kejadian beliau sedang bekerja di Gopeng dan bergegas ke tempat kejadian apabila diberitahu oleh seorang daripada anak saudaranya.
“Apabila sampai di lokasi kejadian, isteri saya sudah ditemukan lemas,” katanya sebak.
Sementara itu, kakak Azam Radin, Ainur memaklumkan anak-anak saudaranya sangat teruja dan rindu untuk berjumpa opah mereka.
Ujarnya pada minggu lepas sahaja, sudah dua kali Aszura dan Azam serta anak-anak mereka berziarah.
Polis menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika menjalankan aktiviti perkelahan, khususnya sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL).
Sumber & Kredit Foto: Sinar Plus dan Berita Harian
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bahaya juga akibat terlalu obses dengan aktiviti ber swafoto ini. Kejadian ini berlaku di Bangalore, India ketika remaja berusia 17 tahun itu berkelah bersama rakan sepengajiannya di kolej kebangsaan.
Menurut salah seorang rakannya, Sumanth A, ketika kejadian mereka sedang berkelah dan berenang di sebuah kuil. Selepas habis berenang, mereka berswafoto beramai-ramai dan meninggalkan kolam berkenaan tanpa menyedari kehilangan Vishwas.
“Salah seorang rakan kami melihat semula gambar itu dan menyedari Vishwas lemas. Kami kembali semula ke kolam itu namun dia telah hilang,’’ katanya yang kemudian memaklumkan kepada pensyarah mereka, Prof, Girish yang bertugas memantau pelajar terbabit.
Mereka menghubungi polis dan tidak lama kemudian mayat Vishwas ditemui di kolam kuil terbabit yang berusia 300 tahun. Keluarga Vishwas turut dimaklumkan mengenai anak mereka dan mereka bergegas ke situ. Keluarga mangsa mendakwa pensyarah yang bertugas cuai dan mahu tindakan diambil namun tidak lama kemudian menarik balik gesaan terbabit. Ia selepas pengurusan kolej berjanji akan menyiasat dan mengambil tindakan disiplin terhadap mana-mana pihak yang cuai. Vishwas merupakan anak kepada seorang penarik beca.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.