Jika anda sedar, memang beratus- ratus tip penting menguruskan badan dan untuk mendapatkan “6 pack”. Kebanyakannya ada juga yang bercanggah. Apa kata anda lupakannya sementara dan fokus pada tip yang diulas ini.
1-Mereka yang ingin menurunkan berat badan mudah sahaja. Ia pasti berkait rapat dengan pemakanan anda. Bila sebut sahaja “nak kurus”, ingat apa sahaja yang anda makan daripada hasil kalori perlu kurang daripada aktiviti yang anda lakukan.
Ini bermaksud, anda perlu selidik serta merancang program pemakanan. Oleh itu, anda akan tahu berapa banyak kalori yang ada. Kemudian barulah boleh merancang program untuk membakar kalori lebih daripada yang anda makan.
Ads
2.Protein adalah nutrisi penting. Ia memainkan peranan penting kerana membuatkan anda sentiasa cukup dan kurang untuk berasa lapar. Protein akan mengambil masa yang lama untuk dihadamkan berbanding karbohidrat dan lemak. Protein juga memerlukan lebih banyak tenaga untuk dihadamkan. Sekurangnya-kurangnya anda memerlukan 50 gram Protein sehari. Antara sumber yang sihat dan segar adalah ikan, telur serta daging.
3.Ramai juga beranggapan latihan kardio sinonim dengan membuang lemak. Bukan itu sahaja, anda perlu mempelbagaikan latihan kardio dengan melakukan aktiviti seperti meredah hutan, berbasikal, berkayak dan sebagainya. Lakukan aktiviti yang memaksimumkan penggunaan tubuh badan. Latihan sebegini akan melatih dan mengaktifkan otot-oto anda dengan pelbagai pergerakan yang dilakukan.
4.Lakukan juga latihan kekuatan. Otot adalah komponen penting dalam menguruskan badan. Konsepnya, lagi banyak sel otot anda, lagi banyak kalori akan dibakar. Setiap pergerakan anda memerlukan tenaga dan yang mengerakkannya adalah otot. Jadi, caranya adalah anda juga perlu latihan kekuatan. Ringankan tubuh badan anda untuk hadir ke gim.
5.Anda juga memerlukan tidur yang cukup. Sekurang-kurangnya anda perlu tidur selama tujuh jam sehari kerana bagi mereka yang tidak cukup tidur boleh mengakibatkan tahap cortisol, iaitu hormon stres akan mendatangkan penyimpanan lemak. Beberapa kajian di Jepun terhadap 6000 orang dan telah terbukti bahawa peningkatan BMI kepada mereka yang kekurangan tidur.
Ads
5 petua wajib menambah berat badan
Bagi meningkatkan otot, anda perlu meluangkan lebih banyak masa di gim. Terdapat pelbagai tip hebat, tetapi tidak semuanya berkesan kepada anda kerana setiap orang mempunyai kesan yang berbeza. Sekiranya sudah berbulan-bulan anda lakukan dan tidak nampak kesan, inilah masanya untuk anda tukar pemikiran serta rancang program latihan baru. Cuba amalkan tip yang asas terlebih dahulu.
1.Amalkan senaman yang melibatkan otot-otot besar seperti chest press, latt-pull down. Ini kerana senaman ini melibatkan pelbagai gerakan otot secara tidak langsung membina otot-otot kecil . Lakukan juga senaman yang melibatkan lebih dari satu pergerakan sendi seperti squat dan dumbbell swing
Ads
2.Sekiranya ingin membina otot dengan cepat, anda memerlukan tenaga yang cukup banyak. Secara tidak langsung, kuncinya adalah mengambil kalori yang cukup. Tetapi ramai yang makan dengan berlebihan sehingga mengakibatkan penyimpanan lemak berlebihan.
Anda akan bertambah berat dan nampak besar tetapi itu adalah lemak bukan otot. Anda sepatutnya kawal pengambilan kalori. Secara asasnya, ambil lebih 500 kalori sehari daripada jumlah yang anda bakar sehari.
3.Anda juga memerlukan Protein untuk membina tisu-tisu otot. Untuk membina otot, anda memerlukan dua gram Protein bagi setiap kilogram berat anda. Ambil Protein setiap tiga hingga empat jam sehari. Kekurangan Protein akan merencatkan tumbesaran anda malah akan mengecilkan lagi saiz tubuh.
4.Minum air dan dapatkan rehat secukupnya. Air membantu dalam proses membina otot. Kawal aktiviti harian anda iaitu yang memerlukan lebih banyak kalori. Sekiranya anda lakukan aktiviti yang membakar 400 kalori, anda perlu gantikan lebih dari itu.
5.Anda digalakkan juga untuk melakukan aktiviti kardio seperti interval training, hill running atau sprinting. Latihan ini bukan sahaja membakar lemak malah membina kekuatan otot pada bahagian kaki serta abdominal. Selain itu, latihan larian pecut juga dapat membina postur badan yang lebih tegap.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Selalunya ubat kumur gigi digunakan untuk kegunaan sekitar mulut terutamanya mmenghilangkan bau yang kurang enak selepas makan. Listerine, seperti ubat kumur yang lain ia terbukti membunuh kuman di dalam mulut kita.
Untuk pengetahuan,selain sebagai ubat kumur boleh digunakan untuk pelbagai perkara lain.
1) Membersihkan berus gigi
Setelah anda memberus gigi dan berkumur, adakah anda pernah terfikir untuk membersihkan berus gigi anda? Anda dapat membunuh kuman yang mungkin bersarang di berus gigi anda dengan merendamnya di dalam Listerine selama 10 minit.
2) Membasuh bilik air
Tuang setengah gelas Listerine di atas lantai dan berus seperti biasa. Bilik air anda akan bebas kuman dan wangi.
3) Antiseptik untuk luka
Salah satu kandungan terbesar Listerine adalah antiseptik. Anda boleh sapau pada luka untuk mengelakkan kuman.
4) Membersih cermin
Tuangkan sedikit Listerine pada kain bersih dan lap cermin.
5) Hilangkan Bau Busuk Ketiak
Kehabisan deodorant untuk menghadiri acara penting? Celupkan kapas ke dalam Listerine lalu sapu di bawah lengan anda.
6) Penghilang kelemumur
Gosok kepala anda yang telah dilumuri dengan Listerine, lalu cuci rambut anda seperti biasa.
Apa yang penting ia lebih menjimatkan daripada membayar rawatan kulit kepala di salon.
7) Mengurangi gatal
Jika anda digigit serangga, sapukan Listerine pada tempat yang digigit, ini akan mengurangi rasa gatal pada kulit.
8) Pembersih Skrin TV atau komputer
Anda boleh menggunakan Listerine untuk membershkan skrin komputer dan TV jika anda kehabisan pembersih khusus.
9. Membersihkan muka yang berjerawat
Kalau korang dah penat guna semua produk pencuci muka namun tak berkesan, boleh cuba gunakan cecair antiseptik pula. Caranya, sapukan sedikit cecair ini ke seluruh muka setiap pagi dan malam. Hasilnya, jerawat-jerawat degil tu akan mula mengecut dan hilang.
10. Melegakan Masalah Kaki
Tuang cecair ini ke dalam bekas besar atau pun besen dan campurkan sedikit air dan cuka putih.
Rendam kaki selama 30 minit ke dalam besen tersebut. Segala kulat dan kuman yang menyebabkan kaki berbau busuk dan bercagu akan hilang.
Kulit kaki pun akan lebih sihat.
Jadi selamat mencuba dan jika bermanfaat silalah share….!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bagi anda yang bertubuh gemuk dan telah mengalami penurunan berat badan, pasti menyebabkan kulit menggeleber. Jangan panik!. Kulit anda akan perlahan-lahan kembali pada bentuk asal menjadi lebih fit. Memandangkan ia mengambil masa yang agak lama, berikut beberapa langkah perlu anda buat untuk menganjalkan kembali kulit dengan lebih cepat.
1-Jangan lakukan penurunan berat badan secara mendadak. Sasarkan untuk hilangkan lemak hanya 1 hingga 2 pounds seminggu. Lakukan juga weight lifting supaya otot tidak turun hilang atau turun.
2-Kekal hidrat. Air merupakan komponen penting untuk mengekalkan keanjalan kulit. Anda perlu mengambil air sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Boleh diperoleh daripada makanan mahu pun minuman.
3-Dua kandungan penting untuk mengekalkan kulit menjadi anjal adalah kolegen dan elastin. Kedua-dua kandungan ini terdapat banyak di dalam makanan berprotein seperti keju, susu, tofu, kekacang, ikan dan apa sahaja makanan yang mengandungi komponen.
4-Jaga kulit anda dengan menggunakan produk sesuai untuk kulit. Mandi dengan air panas bersama garam laut dan mineral akan meningkatkan ton kulit. Produk menganjalkan kulit yang mengandungi formula herba dapat kekalkan kulit hidrat dan tingkatkan formasi kolegen serta elastin dalam kulit.
Kaitan gen dan berat badan anda
Adakah anda pernah berfikir mengapa sesetengah orang begitu menjadi dan berkesan melakukan program diet serta senaman menurunkan berat badan. Sementara yang lain gagal walaupun melakukan program yang sama. Anda perlu ingat bahawa setiap orang mempunyai jenis tubuh unik dan bentuk tersendiri yang akan bertindak balas secara berbeza dengan program senaman atau nutrisi.
Satu kajian melaporkan bahawa bagaimana cara gen anda berekspresi (atau juga dikenali sebagai epigenetics) akan mengandaikan sama ada diet atau rejim senaman tertentu akan berkesan pada tubuh anda atau tidak. Ia sesuatu yang menarik kerana pada masa depan, ujian air liur mungkin boleh menyatakan apa jenis program turunkan berat atau tingkatkan otot bersesuaian dengan anda.
Adakah perlu ambil testosteron untuk kekal fit?
Testosteron bukan hanya sesuatu yang diambil oleh kebanyakan pemain bola sepak, ahli bina badan atau ahli sukan lain untuk meningkatkan prestasi mereka, lelaki yang rendah testosteron boleh mengalami masalah berat badan, rendah motivasi untuk bersenam, fungsi seksual semakin merudum malah ada kaitannya dengan diabetes jenis 2 dan kawalan gula dalam darah yang lemah.
Jadi, adakah testosteron baik untuk kekalkan tubuh sihat? Ya, ia baik untuk tubuh kekal sihat dan cergas, namun perlu mengambil dalam kadar yang betul serta testosteron yang dibenarkan. Selain meningkatkan sel otot, ia juga baik bagi membuatkan anda bertenaga dan aktif, meningkatkan libido, meningkatkan fokus mental dan juga menstabilkan emosi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bagi perokok tegar, biar tidak makan nasi asalkan boleh menyedut asap daripada sebatang rokok. Lihatlah betapa hebatnya kesan merokok itu. Setiap tahun harga rokok di negara ini akan naik, ia sekali gus membuatkan perokok merasa keinginan untuk berhenti. Tetapi percayalah hasrat untuk berhenti itu adalah sukar bagi mereka meskipun mengetahui merokok tidak mendatangkan apa-apa kebaikan malah mendatangkan kemudaratan pada kesihatan mereka.
Tambahan pula ramai perokok tegar ini mula merokok sejak peringkat sekolah dan remaja.Menurut kajian dengan bantuan orang yang terdekat ia akan menjadikan hasrat untuk berhenti merokok adalah lebih mudah.Justeru itu minta bantuan orang tersayang terutamanya keluarga atau rakan-rakan dan doktor.
Seorang pesakit kanser mendedahkan punca penyakitnya adalah berpunca dari merokok. Dia berkongsikan perkara tersebut melalui bebenang di Twitter. Dia mengharapkan agar perokok-perokok di luar sana agar menyedari kesan di sebalik aktiviti tidak sihat itu. Jika sudah pasang niat dan tekad berhenti rokok, sudah pasti ada perubahannya.
KEPADA perokok, ini adalah punca saya kanser, memang susah untuk buang, memang mati bukan berpunca dari ini. Tapi kurangkanlah, setiap sedutan beribu kimia ada dalam paru-paru, sekali chamber. Nasihat saya, berhentilah atau kurangkan. SAYANGI DIRI ANDA DAN ORANG TERSAYANG. Tag your BAE.
Proses untuk berhenti memang makan masa lama dan bergantung pada seseorang. Doktor tak berani untuk sarankan secara mengejut sebab takut akan ada penyakit lain. Cuma kena kuatkan hati dan nekad pada diri sendiri. Kita mampu mengubahnya. InshaAllah.
Jangan ambil vape untuk cara berhenti merokok, sebab vape adalah wap. Apabila sedut, wap asap with flavour akan tersekat pada paru-paru and boleh buat kita senang untuk mendapat asthma. Vape ini lebih bahaya dari rokok. Memang macam tak ada effect, tapi trust me ia lagi berbahaya dari rokok.
Just support orang yang korang sayang, sayangkan?? So support ja, sedangkan hati manusia boleh berubah-ubah.
Aku tweet bukan sebab nak attention atau apa, korang rasa bagus untuk diri atau orang lain share it, kalau rasa tak, go on. Aku tweet sebab aku tak nak apa yang aku hadap sekarang berlaku pada diri korang atau orang lain. Sekian terima kasih.
Kan ada 2 option berhenti atau kurangkan. Macam aku, aku kurangkan ebab asku dah lama jadi smoker. Limitkan sehari 2 batang ke, ikut sendiri. Kalau aku sehari 2 batang. Alhamdulillah and jangan lupa jogging ke, apa ke. Untuk bantu stamina, tak mudah lelah. Goodluck for your bae.
Ya Allah, semoga Engkau permudahkan bagi kami untuk terus berhenti merokok dan teguhkanlah iman kami untuk sentiasa mengingatiMu sampai ke akhir hayat kami. Amin.
Perkara mudah kita mudahkan, for those yang rasa statement ini tak betul, prefer lah pada yang pakar, cause all this statement bahaya merokok dan vape yang sampaikan pada aku doktor, tanyalah doktor, ikut nasihat doktor. Aku hormat orang yang lebih tinggi ilmu dari aku. Itu adab berilmu.
Bagi yang seronok merokok itu, moga cepat sedar. Jangan tunggu dah jadi baru nak menyesal.
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.