Adakah kamu masih memakai jam tangan dan sentiasa melihat waktu pada jam tangan anda? Ataupun mengharapkan telefon bimbit untuk mengingatkan kamu tentang meeting yang seterusnya? Rata-rata orang kita lebih memilih untuk mengeluarkan telefon bimbit dari dalam poket seluar semata-mata untuk melihat masa dan tarikh. Percaya atau tidak, memakai jam tangan memberi banyak manfaat. Bukan hanya sekadar memudahkan kamu untuk melihat masa, tetapi ia juga boleh menukar gaya hidup kamu ke arah yang lebih berkualiti! 5 sebab ini menunjukkan bahawa jam tangan lebih bagus dari telefon bimbit kamu. Jadi, usah tanggalkannya!
1. JAM TANGAN MENJADIKAN KAMU LEBIH PUNCTUAL DAN CONSCIENTIOUS
Ada beberapa kajian dilakukan terhadap dua kumpulan iaitu kumpulan yang memakai jam tangan dan kumpulan yang tidak memakai jam tangan. Ujian ini dilakukan selama sebulan dan hasil keputusannya, kumpulan yang memakai jam tangan lebih punctual daripada kumpulan yang tidak memakai jam tangan. Jadi sudah terbukti bahawa, sains mengatakan orang yang memakai jam tangan akan lebih waras dan bertanggungjawab.
2. A REMINDER ON YOUR WRIST
Ads
Kami akui arus permodenan masa kini menjadikan kita lebih manja dengan kecanggihan teknologi yang sedia ada, terutamanya telefon pintar. Tetapi kenapa harus bergantung seratus peratus kepada telefon pintar kamu? Takkanlah nak keluar dating pun harus set kan di reminder dalam telefon pintar kamu? Ayuh tukar sikap itu dengan menggunakan jam tangan. Percaya atau tidak, dengan melihat jam tangan di pergelangan tangan, secara tidak langsung, ia mengaktifkan otak untuk berfikir tentang jadual harian kamu. Dalam masa yang sama, ia menjadikan otak sentiasa peka dengan masa dan membuatkan kita sentiasa mengikut jadual harian yang sudah ditetapkan.
3. BAHAN KOMUNIKASI
Ads
Jangan terkejut bila orang menilai kamu hanya dari pemilihan jam tangan kamu. Jujurnya, bukan gaya fesyen saja yang orang akan menilai, bahkan jam tangan juga antara pembuka bicara antara kamu dan orang lain. Terutamanya jika kamu lelaki, sudah tentu pemilihan jam tangan yang tepat membuatkan kamu lebih gentleman. Secara tidak langsung, jam tangan adalah bahan komunikasi kamu dengan orang lain. Mungkin mereka akan bertanya di mana kamu membeli jam tangan kamu. Ataupun jenama apa yang pilih untuk spesifikasi jam tangan. Jadi, pakailah jam tangan kamu dengan penuh bangga!
4. MENJADIKAN KEHIDUPAN LEBIH SENANG
Ads
Pernah tak kamu alami pengalaman seperti kamu di dalam train yang sesak dengan orang ramai dan kamu mahu mengeluarkan telefon bimbit kamu semata-mata untuk lihat masa ketika itu. Kamu terpaksa bersusah payah untuk mengambil sedikit ruang memasukkan tangan kamu dan keluarkannya. Sudahlah sesak, berhimpit lagi. Stress! Jadi apa alasan kamu untuk tidak memakai jam tangan yang sememangnya memudahkan kamu dengan lihat di pergelangan tangan kamu sahaja, Mungkin 2 saat saja masa diambil daripada kamu mahu keluarkan telefon bimbit kamu. Mungkin memakan masa dalam 5 atau 8 minit? Itupun kalau tidak terjatuh.
Walau apa jua pemilihan rekaan jam tangan kamu, ia membanu kamu lebih dari apa yang kamu sangkakan. Penggunaan jam tangan mampu memberi impak besar ke dalam hidup kamu. Apa yang penting, jam tangan menjadikan kamu lebih berdisiplin dan bertanggungjawab, setiap masa. Jadi apa alasan kamu untuk tidak memakai jam tangan?
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Allah S.W.T menjadikan makhluk itu berpasang-pasangan. Firman Allah S.W.T dalam surah Yaasiin ayat 36.
Maksudnya: Maha Suci Allah yang telah menciptakan makhluk –makhluk semua berpasangan sama ada yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka, atau pun dari apa yang mereka tidak ketahui.
Begitulah jua diciptakan manusia. Allah S.W.T. menjelaskan tentang kejadian lelaki mahupun perempuan sebagaimana firman Allah dalam surah al-Hujurat ayat 13.
Maksudnya: Hai manusia, Sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal.
Dinyatakan lagi bahawa kejadian manusia merupakan sebaik-baik ciptaan Allah sebagaimana firman Allah dalam surah al-Tin ayat 4.
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.
Hikmah manusia dijadikan secara berpasangan adalah untuk mengembangkan zuriat keturunan manusia yang diredhai Syarak.
Oleh yang demikian, setiap manusia itu hendaklah bersyukur dengan ciptaan Allah S.W.T. Maka janganlah diubah daripada lelaki yang dilahirkan hakikinya sebagai lelaki menyerupai perempuan begitulah sebaliknya.
MAKSUD LELAKI MENYERUPAI PEREMPUAN ATAU SEBALIKNYA
Maksud lelaki menyerupai perempuan atau sebaliknya ialah meniru gaya orang perempuan sama ada dari segi pakaian seperti memakai pakaian seperti wanita, dari segi perhiasan seperti memakai gelang, subang dan kalung atau dari segi gaya bercakap seperti bercakap dengan suara yang halus dan lanjut atau dari segi berjalan seperti berlenggang-lenggok dan lain-lain yang menjadi kebiasaan orang perempuan. Sementara meniru gaya orang lelaki pula adalah dari segi pakaian seperti memakai pakaian seperti lelaki, dari segi perwatakan seperti pergerakan yangkasar, berlagak lelaki, mencukur rambut kepala, dan seumpamanya yang menjadi kebiasaan orang lelaki.
Sehubungan dengan itu, perkara-perkara yang dilarang lelaki menyerupai perempuan atau sebaliknya adalah seperti berikut:
HUKUMLELAKI MENYERUPAI PEREMPUAN ATAU SEBALIKNYA
Perbuatan tersebut, sama ada lelaki berlagak perempuan atau sebaliknya adalah haram bahkan berdosa besar berdasarkan terdapatnya dalil yang mela‘nat orang yang melakukannya. Perbuatan ini juga merupakan antara kemungkaran yang telah merebak dengan meluas di kalangan umat Islam.
HUKUMLELAKI MENYERUPAI PEREMPUAN ATAU SEBALIKNYA DENGAN CARA PERUBATAN
Hukum lelaki menyerupai perempuan atau sebaliknya dengan cara perubatan sama ada dengan pengambilan hormon atau membuat pertukaran jantina adalah haram. Ianya termasuk dalam perbuatan mengubah ciptaan Allah. Hal ini berdasarkan hadith,
Yang bermaksud, Daripada ‘Abdullah bin Mas‘ud r.a katanya, “Allah mela‘nat perempuan yang membuat tatu, yang diminta membuatnya, yang mencabut bulu muka dan yang mengasah gigi untuk kecantikan yang mengubah ciptaan Allah. Kenapa pula aku tidak mencerca mereka yang dila‘nat oleh Rasulullah SAW sedangkan di dalam al-Qur’an Allah menyatakan firman-Nya yang bermaksud… Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah SAW kepada kamu maka terimalah serta ‘amalkan, dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya…”
Hikmah pengharaman mengubah-ngubah ciptaan Allah adalah kerana terdapatnya pemalsuan, penipuan dan menimbulkan sangkaan yang tidak benar seperti menganggap ciptaan Allah tidak sempurna.
DALIL PENGHARAMANNYA
Perbuatan berlagak lelaki atau perempuan haram berdasarkan hadith,
Yang bermaksud, daripada Ibnu ‘Abbas, katanya, “Rasulullah saw mela‘nat lelaki yang meniru-niru gaya perempuan, dan perempuan yang meniru-meniru gaya lelaki.”
Yang bermaksud, daripada Ibnu ‘Abbas. katanya, “Nabi saw mela‘nat lelaki yang berperangai pondan dan perempuan yang berperangai lelaki. Baginda bersabda, usirlah mereka dari rumah kamu.”
Begitu juga hadith,
عن أبي هريرة رضي الله عته قال: لَعَنَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الرَّجُلَ يَلْبِسُ لِبْسَةَ المَرْأَةِ، وَالمَرْأَةَ تَلْبِسُ لِبْسَةَ الرَّجُلِ.
Yang bermaksud : Daripada Abi Hurairah r.a berkata :Rasulullah SAW telah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan perempuan yang memakai pakaian lelaki.
(Hadith Riwayat Abu Daud: 4098 muka surat 27 dalam Bab libas An-nisak Juzuk 4)
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan al-Tabrani, Abdullah bin Amru bin al-As r.a telah melihat Ummu Sa‘id binti Abu Jahal berjalan seperti seorang lelaki dengan pedang tersisip di pinggangnya lalu Abdullah berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda,
Yang bermaksud, Bukanlah daripada kalangan umatku perempuan meniru lelaki dan lelaki meniru perempuan.
Laknat dalam hadith di atas merupakan celaan yang sangat berat kepada pelaku. Ianya menunjukkan betapa kerasnya larangan Rasulullah terhadap perbuatan tersebut. Dalam kitab Fath al-Bari, al-Tabari menjelaskan laknat ( لعن ) bermakna tidak harus ( لا يجوز ) iaitu haram. Manakala al-Syeikh Abu Muhammad bin Abi Hamzah berkata: Laknat ( اللعن ) itu menunjukkan bahawa perbuatan tersebut adalah sebahagian daripada dosa-dosa besar.
HIKMAH DISEBALIK PENGHARAMAN INI-
Hikmah pengharaman ini, sebagaimana yang dinyatakan dalam kitab Fath al-Bari, adalah kerana larangan mengubah-ngubah ciptaan Allah sebagaimana hadith di atas. Selain itu, ianya diharam bagi mengelakkan perbuatan homoseksual dan lesbian sebagaimana yang berlaku kepada kaum Nabi Lut a.s. Hal disebutkan dalam surah al-Naml ayat 54 dan 55,
Yang bermasud, Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan); (ingatlah peristiwanya) tatkala ia berkata kepada kaumnya: “Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji sedang kamu nampak kejinya?
Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki, bukan perempuan kerana memuaskan nafsu syahwat kamu. (Perbuatan kamu itu amatlah keji) bahkan kamu kaum yang jahil (yang tidak mengetahui akan akibatnya)”.
KEDUDUKAN LELAKI YANG MENYERUPAI PEREMPUAN ATAU SEBALIKNYA
Bagi lelaki menyerupai perempuan dari segi ibadah, mualamah, munakahat sehinggalah kepada urusan jenazah adalah kekal sebagaimana hukum ke atas seorang lelaki dan begitulah sebaliknya.
KEPENTINGAN HUKUM FIQH ISLAM
Hukum fiqh penting kepada umat Islam kerana:
Kaitan Antara Fiqh dan ‘Aqidah Islamiyah
Antara keistimewaan Fiqh Islam sebagaimana yang telah dijelaskan ialah hukum-hukum syara‘ yang mengatur segala perbuatan dan perkataan mukallaf. Ia mempunyai hubungan yang sangat kukuh dengan iman kepada Allah dan mempunyai kaitan yang rapat dengan asas-asas ‘aqidah Islamiyah, terutamanya yang berkaitan dengan ‘aqidah keimanan kepada hari akhirat. Hal ini demikian kerana ‘aqidah keimanan kepada Allah menjadikan seseorang muslim itu berpegang teguh dengan segala hukum agama serta memandu mereka ke arah pelaksanaannya dengan penuh keta‘atan dan kerelaan. Begitu juga orang yang tidak beriman kepada Allah tidak terikat dengan ‘ibadat solat dan puasa. Mereka akan bertindak tanpa mengira halal dan haram. Justeru, beriltizam dengan segala hukum syara‘ merupakan satu cabang daripada beriman kepada Allah yang telah menurunkan syari‘at kepada hamba-hamba-Nya
Fiqh Islam Merangkumi Semua Keperluan Manusia
Tidak syak lagi bahawa kehidupan manusia merangkumi pelbagai aspek dan kebahagiaan mereka diperolehi dengan memelihara semua aspek tersebut melalui peraturan dan perundangan. Oleh sebab Fiqh Islam merupakan hukum-hukum yang disyari‘atkan oleh Allah kepada hamba-hamba-Nya bagi menjaga kemaslahatan dan menghindari kerosakan, justeru Fiqh Islam datang dalam keadaan merangkumi aspek tersebut dan menyusun semua keperluan manusia dengan hukum-hukumnya.
Jika diperhatikan kitab-kitab fiqh yang mengandungi hukum-hukum syara‘ yang bersandarkan kepada kitab Allah , sunnah Rasulullah, ijma‘ ‘ulama’ dan ijtihad mereka, kita akan dapati hukum-hukum tersebut terbahagi kepada tujuh bahagian dan daripadanya dibentuk peraturan umum bagi menjamin kehidupan manusia secara individu atau bermasyarakat.
Hukum ‘ibadat ialah hukum-hukum yang berkaitan dengan ber‘ibadat kepada Allah seperti berwudhu’, solat, puasa, zakat, haji dan lain-lain.
Hukum kekeluargaan ialah hukum-hukum yang berkaitan dengan kekeluargaan seperti penyusuan, nafkah, pembahagian harta dan lain-lain.
Hukum mu‘amalat ialah hukum-hukum yang berkaitan dengan perbuatan manusia dan hubungan sesama mereka seperti jual beli, gadaian, sewaan, pendakwaan dan keterangan-keterangan, penghakiman dan lain-lain.
Hukum pemerintahan ialah hukum-hukum yang berkaitan dengan tanggungjawab pemerintah seperti menegakkan ke‘adilan, membasmi kezaliman dan melaksanakan undang-undang. Begitu juga hukum yang berkaitan dengan kewajipan rakyat supaya menta‘ati pemimpin dalam perkara yang bukan ma’siat dan lain-lain lagi.
Kanun keseksaan ialah hukum-hukum yang berkaitan dengan hukuman yang dikenakan terhadap penjenayah, memelihara keamanan dan peraturan seperti hukuman kepada pembunuh, pencuri, peminum arak dan seumpamanya.
Hukum hubungan antarabangsa ialah hukum-hukum yang mengatur hubungan antara negara Islam dengan negara–negara lain dari segi peperangan, perdamaian dan lain-lain.
Adab dan akhlaq ialah hukum-hukum yang berkaitan dengan akhlaq, maruah, pekerti yang baik dan yang buruk dan lain-lain.
Demikianlah Fiqh Islam merangkumi segala hukum yang berkaitan dengan keperluan manusia dan semua kemudahan hidup individu dan masyarakat.
KESIMPULAN
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bila terdengar jeritan orang di sebelah, kaki terangkat di atas kerusi, tangan penuh dengan pop corn menutupi wajah adalah di antara gelagat yang bakal akan anda lihat apabila menonton filem seram hebat Pengabdi Setan ini.
Maskulin berkesempatan menonton filem arahan Joko Anwar yang sememangnya boleh dikategorikan sebagai bingkisan paling seram 2017 untuk filem berbahasa Melayu. Memang tidak boleh lupa wajah seram watak ibu yang sedang sakit terlantar menanti maut itu, ditambah dengan suasana suram, gelap dan mood muzik benar-benar membawa penonton terheret ke dalam kancah ketakutan.
Filem Indonesia yang pernah ditayangkan pada 1980 disutradarai oleh Sisworo Gautama Putra ini sangat popular pada zaman itu. Kini ia dihasilkan semula dengan suntingan lebih segar dan moden oleh pengarah kreatifnya Joko Anwar.
Mengisahkan mengenai sebuah keluarga yang dilanda musibah atas gangguan syaitan atas amalan khurafat yang diamalkan oleh sang ibu. Pelbagai masalah dan tragedi menyeramkan dilalui keluarga ini. Dihidupkan oleh watak-watak dinamik seperti Bront Palarae, Tara Basro, Dimas Aditya dan ramai lagi.
TOP 5 KENAPA ANDA WAJIB TONTON FILEM PENGABDI SETAN!
1.Set penggambaran adalah di sebuah rumah lama yang ditinggalkan lebih 20 tahun.
Untuk mendapatkan mood yang sangat seram, pengarahnya juga mahukan suatu yang realistik, jadi sebuah rumah lama dipilih untuk menghidupkan jalan filem ini. Selain mood seram, kru produksi turut diganggu makhluk halus semasa sesi penggambaran di lakukan.
2.Bront Palarae kini semakin dikenali sebagai #pengabdibapak di kalangan peminat di Indonesia
Disebabkan filem ini menerima banyak anugerah di Festival Filem Indonesia, Nama Bront Palarae turut menjadi sebutan dan semakin mendapat tempat di hati penonton di sana.
3.Terdapat entiti seram REAL yang tidak disengajakan dirakam dan difilemkan.
Kalau anda sudah menonton filem ini nanti, anda akan perasan beberapa kelibat entiti seram yang turut termasuk dan terakam di dalam filem ini. Di antaranya scene hantu bangkit di kuburan, bila dikira semula oleh kru terlebih seorang di dalam filem. Memang la seram!
4.Wajah ibu terlantar sakit yang memang dah macam hantu!
Pelakon Ayu Laksmi yang memegang watak sebagai ibu yang mengamalkan ilmu hitam ini didandan dengan solekan yang sangat menyeramkan. Tidak perlu banyak patah kata, ekspresi sahaja sudah cukup buat penonton menutup mata!
5.Jangan mudah terpengaruh dengan ajaran yang salah, kembali kepada jalan yang benar
Menyedarkan penonton agar tidak terlalu mengejar kesempurnaan hidup. Kita hidup pun hanya sementara, dekatkan diri kepada maha pencipta bukan selainnya.
MASKULIN SCORE : 4.3/5
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pemakaian cincin bukan sahaja sunnah, tetapi juga boleh mencerminkan keperibadian seseorang lelaki.
Cincin yang dipilih dengan bijak boleh menyerlahkan gaya dan keyakinan diri. Bagi mereka yang ingin menampilkan aura elegan dan matang, cincin dengan rekaan sederhana tetapi klasik adalah pilihan terbaik.
Selain itu, pemakaian cincin dengan niat mengikuti sunnah juga boleh menjadi pengingat untuk sentiasa mencontohi akhlak Rasulullah SAW.
Memakai cincin adalah satu amalan sunnah yang mudah diamalkan oleh lelaki. Ia bukan sahaja mencerminkan gaya, tetapi juga membawa nilai spiritual yang tinggi jika dilakukan dengan niat yang betul.
Oleh itu, marilah kita sama-sama menghidupkan sunnah ini dalam kehidupan seharian.
Dengan pemakaian cincin yang mengikut sunnah, kita bukan sahaja memperkayakan penampilan tetapi juga mendapat ganjaran pahala. Selamat mengamalkan sunnah!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang