Bagi anda yang memiliki kulit sensitif pastikan anda mengehadkan penggunaan produk yang mengandungi bahan kimia yang terlalu banyak. Jalan terbaik pilih sabun organik yang lebih mesra bahan-bahan asli. Susu kambing, minyak zaitun dan ekstrak bunga antara yang baik untuk kulit sensitif. Setiap bahan ini punya upaya tersendiri dalam membaik pulih kuit sama ada menggantikan sel kulit atau memberi kelembapan pada kulit. Bahan seperti badam juga mampu membaik pulih sel kulit yang rosak dengan menggantikan sel yang baru.
1-SABUN BIASA
Ya betul, kita semua jarang berfikir panjang ketika memilih sabun yang sesuai dengan kulit badan. Selalunya hanya bergantung pada keutuhan jenama sesuatu produk sahaja. Kebanyakan sabun biasa mengandungi nilah ph yang tinggi dan tidak sesuai. Akhirnya menyebabkan kegatalan, kekeringan dan menghilangkan kelembapan semulajadi pada kulit.
2-GLYCERIN
Ads
Bahan glycerin dalam sabun mampu membantu dalam mengekal kelembapan dalam kulit. Ia menjadikan kulit lebih lembut dan sangat sesuai bagi anda yang mengalami kulit kering serta sensitif. Bagi anda yang memiliki kulit berminyak, elak memilih sabun jenis ini kerana ia akan membantutkan pertumbuhan pori kulit.
3-SABUN BERPELEMBAP
Jika terlihat atas paparan pembungku sabun tertera untuk kulit lembap selalunya ia mengandungi bahan seperti susu, krim dan losen, kebiasaannya ia akan lebih mahal daripada sabun biasa. Namun ia sangat berfungsi dalam memberi tindakbalas baik terhadap kulit badan.
Ads
4-ANTI-BAKTERIA
Sabun jenis anti-bakteria mengandungi jumlah bahan kimia yang dikenali sebagai Triclosan Menurut salah seorang ahli dermatologi Dr. Vidula menyatakan sabun jenis ini tidak begitu sesuai. Bagi anda yang mengalami masalah kegatalan kulit dan kemerahan sesuai menggunakan sabun jenis ini. Sabun ant-bakteria biasanya digunakan untuk mengatasi bau badan akibat pepeluhan.
Kombinasi bahan organik dan sabun adalah yang paling memberi kesan positif terhadap tindak balas kulit. Bahan semulajadi seperti lavender, citrus, lemongrass dan ros merupakan bahan semulajadi yang baik untuk kulit. Amalkan juga penggunaan bahan mandian seperti skrub dan losen badan untuk membantu membaik pulih struktur kulit.
Ads
ANTARA BAHAN KIMIA BAIK UNTUK STRUKTUR KULIT ANTARANYA
1-Surfactant yang berfungsi menyepadukan tindak balas air dan sabun. Ia membantu dalam membersihkan keseluruhan bahagian yang kotor dan menyahkan minyak dengan mudah. Namun ia mudah memberi kesan kering yang keterlaluan.
2-Detergents yang memiliki bahan sintetik mampu bertindak sebagai pelembap kepada kulit yang kering dan mampu mengurangkan iritasi.
3-Fragrances diilhami bahan wangian seperti Sandalwood, ros dan aloe vera yang memberi aroma apabila dipakai. Namun kelemahan bahan ini adalah mudah memberi kesan iritasi dan agak sukar untuk dibersihkan, dan meniggalkan kesan sabun pada kulit.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ada sesetengah eksekutif muda sekarang berpendapat bahawa melakukan tugasan dengan baik sudah memadai. Salah! Walau sebaik mana tugasan yang anda lakukan, sebenarnya banyak perkara lagi yang perlu dilakukan untuk yang terbaik antara terbaik. Malah majikan sendiri mengharapkan sesuatu yang lebih cemerlang daripada pekerjanya.
Untuk menjadi seorang pekerja cemerlang bukan hanya sekadar mempunyai kebolehan melakukan sesuatu tugasan dengan hebat. Contohnya, jangan sesekali melepaskan peluang untuk menunjukkan kemampuan anda melakukan tugasan yang hebat itu ketika diberi peluang. Jika anda baru sahaja memulakan kerja, tunjukkan kehebatan pada tugasan pertama. Selain itu, apa lagi yang perlu anda kuasai untuk menjadi pekerja cemerlang?
1-Keterampilan
Penampilan yang kemas iaitu berkemeja, memakai seluar slack bergosok dengan pilihan warna sesuai, menyarungkan kasut hitam atau coklat berkilat, menjadi faktor fizikal yang menyokong keyakinan majikan mahupun orang lain untuk berurusan dengan anda. Penampilan menjadi ‘tanggapan pertama’ yang biasanya dibuat, sama ada anda seorang yang hebat atau tidak. Ia sangat penting.
2-Komunikasi
Menjadi pekerja cemerlang juga memerlukan anda mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik. Apabila berada di dalam mesyuarat, anda mengemukakan cadangan atau pendapat dengan lancar dan yakin. Ketika membuat pembentangan sesuatu tugasan kepada rakan niaga atau klien, ia dilakukan dengan jelas dan mampu menarik minat untuk orang mendengarnya. Ya, Komunikasi yang baik menjadi faktor untuk anda berjaya.
3-Kemahiran
Kemahiran di sini bermaksud anda perlu menguasai sesuatu tugasan atau bidang kerja dengan baik. Apa yang dilakukan, dirancang atau untuk dilaksanakan hendakkan dengan pengetahuan. Bayangkan, anda mendapat satu projek besar dan ia perlu disiapkan dengan segera. Mampukan anda siapkan atau lakukan jika tidak memiliki kemahiran berkenaan tugasan tersebut? Sebab itulah, kemahiran dan menguasai sesuatu tugasan itu menampakkan anda seorang yang bijak serta berpengetahuan.
4-Pergaulan
Sama ada anda sedar atau tidak, seorang pekerja yang cemerlang juga lahir apabila dirinya mempunyai hubungan yang baik dengan semua peringkat jabatan di tempat kerja. Selain mengekalkan hubungan baik dengan majikan dan rakan sekerja, anda juga perlu mempunyai hubungan baik dengan pekerja di jabatan atau unit lain. Ingat! Hubungan dengan rakan sekerja atau ahli kumpulan tugasan juga diambil kira untuk anda dilihat sebagai pekerja cemerlang.
5-Populariti
Percaya atau tidak, populariti turut memainkan peranan penting untuk menjadi seorang pekerja yang cemerlang. Bukan popular sebagai selebriti, sebaliknya menjadi pekerja yang disenangi dan disayangi? Bagaimana cara untuk meraih populariti ini? Syaratnya anda perlu jujur dan ringan tulang membantu orang lain dalam melaksanakan tugasan, sentiasa beramah mesra (tapi jangan berlebih-lebih) dengan semua orang. Yang penting jangan sombong dan berlagak walaupun anda telah hebat dan cemerlang!.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jaguh dunia keirin, Azizulhasni Awang menghadiahkan pingat emas ke-111 negara di Velodrom Nasional, Nilai, sekali gus melepasi sasaran yang diletakkan kontinjen negara untuk muncul juara keseluruhan pada edisi ke-29 Sukan SEA 2017 ini.
Azizulhasni menghadiahkan emas keramat tersebut menerusi acara pecut individu dengan menewaskan rakan senegara Muhammad Shah Firdaus Sharom dalam kedua-dua pusingan final pecut individu lelaki.
Tempat ketiga menjadi milik Jaturong Niwanti dari Thailand yang menumbangkan cabaran pelumba Indonesia, Puguh Admadi, dalam perebutan gangsa.
Ini merupakan emas individu pertama Azizul atau lebih mesra dengan panggilan Jijoe selepas menang emas pecut berpasukan di Korat 2007 bersama Junaidi Nasir dan Edrus Yunus.
Ketika ini Team MAS telah mengutip 111 emas, 77 perak dan 69 gangsa manakala Thailand yang juga pesaing utama negara mengekori di tempat kedua dengan kini memperoleh 60 emas, 72 perak dan 75 gangsa.
Team MAS dijangka menambah koleksi pungutan pingat emas apabila atlet negara bakal beraksi dipentas final dalam beberapa acara antaranya Silat, Perahu Layar, Badminton, Skuash , Luncur Air dan Hoki
Dengan dua hari temasya akan melabuhkan tirainya, tinggal 67 emas saja lagi menjadi taruhan dan mustahil bagi mana-mana negara lain untuk memintas kedudukan Malaysia setakat ini.
Pengamal media Amerika Syarikat beragama Islam, Mehdi Hasan menubuhkan syarikat media digitalnya sendiri yang dinamakan Zeteo.
Organisasi berita berasaskan langganan itu memberinya kebebasan untuk berterus terang mengenai perkauman, fasisme, pembunuhan beramai-ramai dan banyak lagi, demikian kata Mehdi menerusi laporan Forbes.
Mengulas mengenai penubuhan syarikat ini, Mehdi yang pernah memenangi anugerah kewartawanan itu berkata “sudah tiba masanya untuk sebuah organisasi media baharu” yang disifatkan “tidak gentar”.
“Saya bukan seorang yang boleh duduk diam dan tidak mempunyai saluran di mana saya boleh mengatakan apa yang perlu saya katakan,” kata Mehdi.
Tambahnya, Zeteo bakal “membawakan temu bual yang berat dan analisis yang tidak berbelah bahagi yang anda tidak akan dapati di tempat lain”.
Meskipun menjadi wajah kepada syarikat baharu ini, Mehdi menegaskan yang Zeteo bukanlah mengenai dirinya sahaja.
“Ia mengenai membina sesuatu yang bertahan dengan pelbagai suara,” jelasnya.
Secara ringkas, Mehdi mahu memusatkan suara yang tidak didengari di saluran media arus perdana.
“Saya percaya terdapat keinginan untuk melihat organisasi media yang tidak segan mennyuarakan kebenaran, walaupun ia tidak selesa, walaupun ia mengganggu orang, walaupun ia menghalang akses, walaupun ia menjejaskan perancangan seseorang”.
Mehdi meninggalkan MSNBC pada Januari lalu setelah kira-kira tiga tahun mengemudikan rancangannya, The Mehdi Hasan Show di saluran itu.
Terdahulu, Mehdi berkhidmat sebagai penyampai berita di saluran Bahasa Inggeris Al Jazeera pada 2012.
Beliau kemudian melancarkan rancangannya di platform penstriman NBC, Peacock sebelum berpindah ke MSNBC.
Memetik laporan The Washington Post, nama Zeteo yang dipilih berasal dari perkataan Bahasa Yunani yang bermaksud “untuk mencari”.
Zeteo yang pakal dilancarkan sepenuhnya pada April itu akan menerbitkan rancangan penstriman mingguan iaitu Mehdi Unfiltered menampilkan Mehdi sendiri selaku pengacara, podcast mingguan dan penulisan dari pelbagai pelbagai penyumbang terkemuka.
Memilih jam tangan larian bukan sekadar soal jenama atau rupa. GPS, bateri, data latihan dan keselesaan memainkan peranan penting untuk membantu anda menjadi pelari yang lebih baik.