Penerbit dan pengarah filem, Datuk Yusof Haslam dedah isteri pernah merajuk, ‘hilangkan’ diri sebulan angkara fitnah curang.
Begitulah lumrah rumah tangga ada pasang surutnya, Datuk Yusof Haslam mendedahkan rumah tangganya dengan Datin Patimah Ismail pernah dilanda badai hingga menyebabkan isterinya merajuk dan menghilangkan diri selama sebulan.
Datuk Yusof Haslam Dedah Isteri Pernah Merajuk
Memetik sumber dari Harian Metro, Yusof ketika ditemui sempena majlis ulang tahun perkahwinan yang ke-41 berkata, akibat daripada khabar angin yang tidak benar mengenai dia dikatakan curang, Patimah mengambil keputusan untuk menghilangkan diri selama sebulan tanpa sebarang khabar berita.
“Akibat salah sangka isteri saya merajuk dan membawa diri ke sebuah sekolah pondok di Pokok Sena, Kedah bagi mendalami ilmu agama. Ketika itu, saya dan keluarga buntu kerana tidak tahu ke mana lokasi isteri saya melarikan diri. Waktu itu, telefon bimbit pun dia tak bawa.
“Sudahlah ketika itu anak-anak masih kecil dan kami baru saja pindah ke rumah baru. Apabila terkenang segala usaha dan penat lelah membina rumah ini, saya nekad untuk mempertahankan rumah tangga ini walau apa saja dugaan yang datang.
‘Hilangkan’ Diri Sebulan Angkara Fitnah Curang
“Lagipun saya tidak melakukan kesalahan yang besar atau benar-benar curang, sebaliknya hanya khabar angin kerana menerima banyak surat layang. Jadi sepanjang ketiadaan isteri, sayalah yang menguruskan anak-anak bersama pembantu peribadi.
Ads
“Nak dijadikan cerita satu hari ketika saya selesai solat Subuh dan duduk di balkoni rumah, saya terdengar lagu Permata Untuk Isteri dari pondok keselamatan. Tanpa saya sedar air mata saya berguguran jatuh dan lagu itu begitu menyentuh jiwa saya,” katanya.
Menurut Yusof, dia bersyukur hasil bantuan bapa mentuanya dia berjaya menemui keberadaan isteri dan mengajaknya pulang ke rumah walaupun proses memujuk memakan masa bertahun.
Datuk Yusof Haslam Dedah Isteri Pernah Merajuk, ‘Hilangkan’ Diri Sebulan
“Pada awalnya dia masih ‘keras’, tapi Alhamdulillah selepas saya meyakinkan dia dengan mengatakan sekiranya saya melakukan dosa besar pasti Tuhan tidak akan menyelamatkan saya termasuk bersikap jujur dalam perhubungan jika nak rezeki sentiasa melimpah.
“Kebetulan waktu itu filem Gerak Khas The Movie nak tayang di pawagam. Isteri saya pun terus perli dengan mengatakan biasanya filem saya selalu mendapat sambutan, jadi dia nak tengok sama ada filem ini berjaya atau tidak.
“Alhamdulillah dengan izin Allah dan saya bertegas dengan pendirian tidak melakukan hal yang tidak baik di belakangnya, filem itu sukses apabila meraih kutipan pecah panggung.
Ads
“Jujur proses memujuk memakan masa bertahun. Saya tidak salahkan dia sebab sudah tentu dalam bidang hiburan ini kami terdedah dengan macam-macam gosip. Tambah pula saya selalu berjumpa dengan artis dan isteri saya perlu kuat menghadapinya,” katanya.
Dalam pada itu, Patimah berkata, sepanjang sebulan menghilangkan diri banyak pengajaran yang dipelajari.
Ads
“Ketika belajar di sekolah pondok rata-rata tenaga pengajar saya memiliki dua atau tiga isteri, sedangkan saya baru saja dengar gosip terus melarikan ke hujung dunia.
“Jadi insiden itu memberi pengajaran dalam hidup saya. Alhamdulillah suami saya mempunyai kesabaran yang tinggi walaupun dia nampak agak panas baran tapi hatinya cukup lembut dan penyayang,” katanya.
Jenama minuman teh boba, PlayMade yang berasal dari Taiwan telah pun mengukuhkan jenamanya di lebih 30 negara. Di Singapura, ia telah menambat hati pelanggan dan menjadi popular bagi penggemar minuman boba di negara itu sejak 2017.
Selepas menembusi pasaran Malaysia dengan pembukaan cawangan pertamanya di IOI City Mall, Serdang bulan lalu, PlayMade cuba untuk melangkah setapak lagi di pasaran tempatan dengan membuka cawangan keduanya di Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur.
Menjelang tahun hadapan, PlayMade menyasarkan untuk mempunyai sekurang-kurangnya lima cawangan di Malaysia.
Kami percaya landskap kepelbagaian kulinari Malaysia menawarkan kemungkinan yang tidak berkesudahan dan “taman permainan untuk semua selera” untuk mencipta pelbagai perisa boba yang akan sentiasa mengujakan pelanggan di sini, Pengurus Besar PlayMade Malaysia, Tan Chia Hong.
“Kami sentiasa komited untuk menggunakan bahan-bahan segar, semula jadi yang diimport dan bukannya perisa tiruan supaya pelanggan kami dapat menikmati setiap hari keseronokan tanpa keraguan,” tambahnya.
Boba Dihasilkan Segar Setiap Hari
Berlainan dengan minuman boba biasa yang berasaskan gula perang, PlayMade menampilkan kelainan dengan menghasilkan boba pelbagai perisa.
Lebih menarik lagi, boba mereka dihasilkan segar setiap hari tanpa menggunakan bahan-bahan tiruan demi mengekalkan kualiti dan rasa yang asli.
Perkara ini boleh disaksikan sendiri oleh pelanggan menerusi jendela kaca yang membolehkan mereka melihat sendiri proses pembuatan boba.
PlayMade sengaja menampilkan konsep dapur berjendela kaca ini demi membuktikan ketelusan penghasilan boba yang berkualiti dan segar setiap hari.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Siapa tidak kenal dengan aktor Veteran Hong Kong yang kacak ,walaupun sudah mencapai usia 51 tahun wajah Aaron Kwok pasti buah hati gadis cair melihatnya.
Baru-baru ini, para peminatnya serata dunia berkongsi mesej ucapan tahniah selepas aktor tersebut mendedahkan perkhabaran bergelar bapa buat pertama kali di usia 51 tahun di media sosial.
Kwok membuat pengumuman pada pagi Jumaat melalui laman sosial media China Weibo tanpa mendedahkan tarikh lahir atau jantina sama ada lelaki atau perempuan. Walaupun beliau tidak mendedahkan banyak butiran dan memilih untuk tidak menunjukkan wajah bayi itu, selebriti tersebut menyiarkan gambar tangan anak sulungnya yang menggenggam tangan ibu bapa mereka.
Foto – South China Morning Post
“Happy … grateful! Us three!” tulis Kwok dalam keterangan gambar. Beliau menambah, “Grow, family, protect,” bersama dengan emotikon muka smiley. Dia juga mencatatkan satu lagi imej yang menunjukkan tapak kaki dengan kapsyen, “Welcome, little one”.
Tahniah buat aktor veteran Hong Kong, Aaron Kwok yang baru sahaja bergelar bapa ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ada beberapa punca, kenapa anda cepat lapar walaupun anda sudah makan dengan banyak. Sebahagian daripada anda, berusaha menurunkan berat badan dengan mengawal pemakanan, namun ia menyebabkan anda semakin lapar. Saya bawakan di sini, antara punca yang berkaitan dengan cara pemakanan.
1) Kurang protein
Protein penting untuk tenaga. Jika anda tidak memasukkan sumber protein di dalam hidangan anda, anda akan cepat letih dan mula mengambil makanan semula.
2) Kurang Fiber (serat)
Fiber atau serat mampu merendahkan kolesterol, mengurangkan risiko diabetes dan sakit jantung serta memastikan paras gula yang baik dalam darah. Serat menyerap lemak dan gula dalam usus yang mampu melambatkan proses penyerapan dan pencernaan. Ini mengelakkan anda cepat lapar. Masukkan hidangan buah-buahan dan makanan yang mengandungi serat yang baik untuk tubuh anda.
3) Kurang sayuran hijau
Ramai orang yang tidak suka makan sayuran hijau. Sayuran hijau sangat penting terutamanya yang mengandungi kuantiti air yang tinggi. Ia membantu anda merasa kenyang serta memberikan anda nutrien yang penting untuk badan.
4) Minuman Yang Manis atau Minuman Berkarbonat.
Gula menyebabkan anda cepat rasa lapar. Mereka yang minum air berkarbonat bukan sahaja akan cepat lapar bahkan akan mendapat banyak masalah kesihatan. Kandungan gula yang tinggi diketahui di dalam kebanyakan produk minuman, namun ramai yang masih memilih minuman yang manis berbanding air kosong. Gula tidak memberikan apa-apa nutrien, malah nutrien diperlukan untuk memetabolismakannya. Ia juga melenyapkan nutrien di dalam tubuh
5) Kurang Minum Air.
Adakah anda minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari? Jika kurang, itu menyebabkan anda rasa lapar. Anda sebenarnya tidak perlukan makanan untuk hilangkan rasa lapar tetapi anda memerlukan air. Apabila anda berasa lapar, cuba anda minum air kosong, mungkin rasa lapar anda akan cepat hilang. Salah satu cara untuk anda kurangkan pengambilan makanan adalah dengan meminum air kosong beberapa ketika sebelum anda mengambil makanan.
Indeks glisemik (IG) bagi peringkat karbohidrat adalah berdasarkan kesannya terhadap gula dalam darah.
Apabila anda makan makanan yang mempunyai Indeks Glisemik tinggi, kadar kenaikan paras glukosa dalam darah yang pantas akan menyebabkan paras glukosa memuncak. Insulin akan dirembeskan sebagai tindak balas tubuh kerana paras gula yang memuncak, untuk menurunkan paras glukosa ini dengan segera. Tubuh manusia tidak sepatutnya mempunyai paras gula yang terlalu tinggi dalam darah. Hanya sebahagian dapat digunakan sebagai tenaga dan selebihnya akan disimpan sebagai lemak. Lemak yang tersimpan tidak akan digunakan sebagai sumber tenaga utama. Tubuh akan mula merasa lapar semula apabila paras gula turun mendadak dan ini menyebabkan rasa lapar yang berulang-ulang walaupun baru makan beberapa jam sebelumnya.
Sumber : supplementlelaki4u
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.