Jika tidak pernah dengar atau tidak kenal dengan figura pelakon sensasi Hollywood ini besar kemungkinan anda mungkin sesetengah golongan yang menolak sebarang bahan hiburan secara total.
Nama Tom Crusie sebenarnya bolehlah kita anggap sebagai di antara pelakon lelaki yang paling dikenali di seluruh dunia bukan sahaja untuk ekarang tetapi sepanjang zaman. Persona lakonan yang dibawa oleh aktor yang kini berusia 61 tahun tersebut dianggap ramai sebagai pelakon yang sentiasa meletakkan penanda aras yang tinggi.
Dalam umurnya yang rata-rata dianggap sebagai ‘senja’, Tom Crusie masih lagi gah berlakon dalam filem aksi yang bukan sahaja lasak tetapi menuntut dirinya melakukan lagak aksi ngeri sendiri. Di sinilah di antara kekuatan Tom Crusie yang dicemburui ramai kerana keberaniaannya melakukan aksi berani mati sendiri.
Terbaru, Tom Crusie bakal muncul sekali lagi membawakan watak ikonik, Ethan Hunt dalam ‘Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One’. Ini merupakan filem ketujuh Tom Crusie bagi francais filem aksi yang kini dianggap sebagi antara yang terbaik dihasilkan.
Menerusi instalasi terbaru ini, Ethan Hunt dan pasukan IMF diketuainya akan berdepan dengan satu misi yang cukup sukar. Tugas mereka ialah menjejaki senjata berteknologi baharu yang mampu mengancam keselamatan manusia sejagat dan perlu mendapatkannya sebelum jatuh ke tangan yang salah.
Dengan usaha serta misi yang sukar tersebut, Ethan sekali lagi dipaksa untuk bertindak pantas mengelilingi dunia dan melakukan apa sahaja demi mengelakkan senjata itu jatuh ke pihak musuh.
Ads
Buat peminat Tom Cruise dan filem ‘Mission Imposible’ terutamanya pastinya tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan instalasi terbaru ini! Selain Tom Cruise beberapa muka lama dalam siri ini turt muncul seperti Ving Rhames, Simon Pegg dan Rebecaa Ferguson. Turut melakukan kemunculan ialah Hayley Atwell yang tampil sebagai Grace.
‘Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One’ bakal ditayangkan di seluruh negara pada 12 Julai 2023.
Berikut MASKULIN kongsikan 5 sebab mengapa Tom Cruise merupakan seorang pelakon filem aksi yang cukup mantap!
DEDIKASI TINGGI
Tom Cruise terkenal dengan dedikasinya yang tinggi dalam memainkan peranan-peranan aksi. Dia sering melibatkan diri dalam latihan dan persediaan yang intensif untuk memastikan aksi yang dipersembahkannya tampak autentik dan menakjubkan.
Ads
FIZIKAL MANTAP
Tom Cruise mengambil berat tentang kecergasan fizikalnya sendiri. Beliau kerap melibatkan diri dalam aksi-aksi berbahaya yang melibatkan lompatan, berlari, dan pergerakan yang rumit. Kecekapan fizikalnya yang tinggi membolehkannya menjalankan tugas-tugas aksi dengan kejayaan dan meyakinkan.
ADA SKIL LAKUKAN AKSI BERBAHAYA
Tom Cruise sering melakukan aksi-aksi berbahaya sendiri tanpa menggunakan pengganti. Dia telah melakukan pelbagai aksi seperti terjun payung, berlari di atas atap bangunan tinggi, dan mengendalikan kenderaan-kenderaan berkelajuan tinggi. Keberanian dan kemahirannya dalam melaksanakan aksi-aksi ini menjadikannya seorang pelakon aksi yang dihormati.
KUALITI LAKONAN KONSISTEN
Tom Cruise bukan hanya seorang pelakon aksi yang hebat, tetapi juga mampu menyampaikan persembahan lakonan yang berkualiti.
Dia dapat menghidupkan watak-watak yang dimainkannya dengan emosi dan keaslian yang tinggi. Kecemerlangan lakonannya melengkapkan pengalaman menonton filem-filem aksi yang dipersembahkan olehnya.
Ads
MAMPU BERDEPAN TEKANAN
Tom Cruise telah membuktikan keupayaannya untuk menghadapi tekanan dan beban kerja yang besar dalam filem-filem aksi yang diambilnya. Dia sering terlibat dalam adegan-adegan yang memerlukan konsentrasi dan kecekapan fizikal yang tinggi.
Kemampuannya untuk menangani tekanan dan memberikan persembahan yang cemerlang menjadikannya seorang pelakon aksi yang unggul.
Jom sertai peraduan Tayangan Premier MASKULIN x Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One’ menerusi hantaran Facebook MASKULIN di bawah!
Jawab soalan mudah ini di Facebook MASKULIN!
Namakan 3 pelakon utama Mission: Impossible – Dead Reckoning
Siapakah pengarah ‘Mission: Impossible – Dead Reckoning’?
Kisah di antara pasangan selebriti, Fattah Amin dan Fazura kembali menjadi perbualan ramai pada hari ini selepas sebutan kes permohonan cerai pasangan ini di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada hari ini.
Desas-desus tentang keretakan perkahwinan pasangan popular ini mula dipertakan oleh peminat dan warganet beberapa minggu lalu selepas masing-masing didapati tidak lagi berinteraksi seperti komen atau meninggalkan anda sukan pada hantaran masing-masing di laman media social.
Foto: Media Hiburan
Malah pada 13 September lalu, Berita Harian melaporkan Fazura memfailkan permohonan cerai terhadap Fattah yang sekali gus mengejutkan ramai pihak.
Dalam satu hantaran terbaru di Instagram kendalian Fattah dia memuat naik sekeping foto Fazura Bersama anak mereka dengan kapsyen, “Doakan yang baik-baik buat kami. Apa-apa pun jadi Daddy will always love you two”.
Di ruangan komen pelbagai reaksi dari pengikut Fattah yang rata-rata mendoakan yang bail-baik sahaja untuk mereka. Malah ada yang mencadangkan Fattah memujuk Fazura dengan membelikan bunga.
Sementara itu, Fazura pula dalam satu hantaran terbaru di Instagram menyatakan dia kekal mekad meneruskan keputusannya sebelum ini.
Jelasnya, “Pada hari ini, Faz (Fazura) kekal nekad untuk meneruskan keputusan Faz sebelum ini demi maruah Faz sebagai wanita dan kesejahteraan Fatima dalam hidup Faz.
“Mohon doakan Faz dapat menyempurnakan proses ini dengan baik dan lancar.
“Terima kash sekali lagi diatas semua kata-kata semangat, sokongan dan semua doa untuk Fatima dan Faz sekeluarga,” tulis Fazura menerusi kapsyen bergambar dirinya sedang memeluk Fatima.
Menerusi hantaran sama, Fazura turut menitipkan ucapan penghargaan buat ramai yang tidak putus memberi kata semangat.
Malah Fazura menjelaskan, dia mengambil keputusan itu selepas mempertimbangkan masa depannya bersama Fatima.
“Pertama sekali, Faz ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan, doa yang baik, kata-kata semangat serta bunga dan tanda hati kepada Faz sejak lebih seminggu yang lalu.
“Alhamdulillah dan terima kasih sekali lagi kepada semua. Keputusan yang telah Faz buat pada 13 September lepas bukanlah sesuatu yang diambil dengan ringan tanpa sebarang pertimbangan dan refleksi yang mendalam tentang masa hadapan Fatima dan Faz,” katanya.
Semoga yang baik-baik sahaja untuk mereka sekeluarga.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bagi ramai pengguna komputer yang mungkin sudah berusia 30 tahun ke atas pastinya anda akan ingat bagaimana pengelaman menggunakan Internet buat kali pertama dahulu. Tidak lain tidak bukan menggunakan browser Internet Explorer yang dibangunkan oleh Microsoft.
Namun dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini pengguna sudah ramai berlaih arah menggunakan browser lain. Umum mengetahui bagaimana Internet Explorer menjadi bahan jenaka kerana dianggap sangat perlahan dan tidak efisien untuk digunakan.
Foto: Fairfax Media/ Getty Images
Sejauh mana kebenaran tersebut mungkin terpulang kepada jenis penggunaan masing-masing. Dan kini amatlah sukar untuk kita temui mana-mana individu yang masih setia menggunakan Internet Explorer sebagai browser kegunaan harian.
Mungkin disebabkan itulah juga menyebabkan Microsoft mengambil keputusan untuk menamatkan servis browser ciptaan mereka tersebut pada tahun hadapan. Browser yang telah diperkenalkan sejak 25 tahun yang lalu ini akan ditamatkan pada 15 Jun 2022.
Dalam pada masa yang sama Microsoft juga cukup agresif ingin mengetengahkan browser terbaru mereka, Microsfot Edge.
TIDAK JEJASKAN
“Kami mengumumkan dalam masa akan datang browser di dalam Windows 10 adalah Microsoft Edge. Aplikasi Internet Explorer 11 untuk desktop akan ditamatkan bermula 15 Jun 2022 untuk sesetengah Windows 10,” jelas Pengurus Program Microsoft Edge, Sean Lyndersay.
Penamatan ini bagaimanapun dijangka tidak akan menjejaskan Windows 10 Long-Term Servicing Channell terutamanya untuk peralatan yang tidak memerlukan update seperti mesin MRI, sistem kawalan trafik dan banyak lagi. Ia juga tidak akan menjejaskan aplikasi enjin Server Internet Explorer 11 seperti MSHHTML (Trident).
Pengguna yang masih lagi menggunakan Internet Explorer 11 digesa untuk segera ‘berhijrah’ menggunakan Edge atau browser pilihan lain sebelum penamatannya sebelum Jun tahun hadapan.
Jadi buat anda yang masih setia menggunakan Internet Explorer, sila ambil perhatian ya!
Bunuh diri bukanlah jalan penyelesaian dari segala masalah yang dihadapi. Namun kini, pembuatan membunuh diri sendiri sukar untuk dibendung. Bukan hanya berlaku di negara kita, sebaliknya di seluruh dunia. Ketahui beberapa buah lokasi paling popular di dunia yang menjadi tempat membunuh diri.
Pelbagai punca dikenal pasti menjadi penyebab kepada gejala bunuh diri semakin berleluasa. Antaranya adalah konflik keluarga, kegagalan personaliti, kehilangan sesuatu, kesukaran berkomunikasi, gagal dalam percintaan dan masalah kewangan.
Jumlah kes bunuh diri ini kian meningkat setiap tahun dan menurut kajian Kementerian Kesihatan Malaysia, kes bunuh diri berlaku dalam setiap 40 saat di seluruh dunia. Di Malaysia pula 7 kes bunuh diri dicatatkan pada setiap hari. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati, satu juta orang akan membunuh diri pada setiap tahun di seluruh dunia dengan anggaran purata sebanyak 3,000 kejadian setiap hari.
8 LOKASI KES TERTINGGI DICATATKAN
JAMBATAN SUNGAI YANGTZE
Jambatan ini terletak di Wilayah Nanjing, China. Di negara ini, ramai yang mengalami masalah dan menemui jalan buntu akan datang ke sini untuk membunuh diri. Jambatan ini dibina sepanjang 8.206 meter dan setinggi 306 meter dan telah mengorbankan lebih 2000 mangsa yang membunuh diri.
JAMBATAN GOLDEN GATE
Jambatan Golden Gate terletak di Bandar San Francisco, Amerika Syarikat. Sehingga kini, jambatan ini masih memegang rekod sebagai antara lokasi membunuh diri yang paling popular kerana lebih dari 1500 kes bunuh diri telah dilaporkan di sini. Jambatan sepanjang 2.727 meter dan setinggi 230 meter ini dibina bagi menghubungkan bandar San Francisco dengan Bandar Marin.
BEACHY HEAD
Beachy Head adalah curam kapur laut yang tertinggi di Britain. Berketinggian 162 meter dari paras laut, curam ini telah menjadi lokasi membunuh diri buat lebih 500 orang. Purata bagi kes bunuh diri di sini adalah 20 orang dalam setahun.
PRINCE EDWARD VIADUCT
Jambatan ini terletak di Toronto, Kanada. Sebanyak 400 kes bunuh diri telah dicatatkan sehingga ke hari ini dengan purata 1 kes bagi setiap 22 hari. Bagaimanapun, jambatan ini telah dilabel sebagai suicide magnet kerana merupakan bangunan kedua yang mencatat kematian paling tinggi di dunia.
MENARA EIFFEL
Menara ini terletak di Champ de Mars,Paris dan merupakan mercu tanda bagi negara Perancis. Ia dibina setinggi 325 meter dan siap sepenuhnya pada tahun 1889. Sehingga kini, 369 kes bunuh diri telah dicatatkan berlaku di sini dan hanya 2 orang yang terselamat.
JAMBATAN AURORA
Bertempat di Washington, Amerika Syarikat, Jambatan ini telah mula beroperasi pada 27 Februari 1932. Semenjak itu, ia menjadi lokasi kedua popular sebagi lokasi membunuh diri di Amerika Syarikat. Oleh kerana seramai 230 orang telah membunuh diri di sini, pihak berkuasa telah memasang 6 telefon kecemasan dan 18 papan tanda amaran sebagai langkah mencegah kes ini dari terus berleluasa.
JAMBATAN JACQUES CARTIER
Jambatan ini bertempat di Kanada dan mula beroperasi pada tahun 1930. Hampir 35.4 juta kenderaan yang melintas jambatan ini setiap tahun dan merupakan jambatan nombor dua paling sibuk di Kanada. Sehingga kini 150 kes membunuh diri telah dicatatkan di sini.
TEBING GAP
Terletak berhampiran Bandar Sydney, lokasi ini adalah yang paling popular di Australia sebagai tempat membunuh diri. Kes pembunuhan diri di sini sebenarnya telah bermula sebelum Perang Dunia 1 dan sehingga kini. Setiap tahun, hampir 50 kes bunuh diri dilaporkan di sini.
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.