Melakukan latihan workout dengan teknik yang betul dapat membantu meningkatkan prestasi dan mempercepatkan hasil yang anda inginkan. Kini ramai anak muda melakukan workout untuk mendapatkan bentuk badan sasa.

Workout yang konsisten dan disiplin secara berperingkat terbukti mendatangkan pelbagai faedah seperti meningkatkan hormon, menguatkan tulang, mengurangkan risiko kecederaan, mencerdaskan minda, menguatkan daya ingatan, meningkatkan produktiviti kerja dan sebagainya. Workout itu bagus tetapi haruslah jujur kepada diri sendiri dan mempunyai kemahuan yang jitu dalam latihan. Bukan sekadar melakukan workout, anda juga perlu ketahui langkah betul. Ramai yang melakukan kesalahan ketika workout dan biasanya kita terlepas pandang.

5 Sebab Selalu Workout, Tapi Badan Masih Gemuk

  1. Tidak belajar teknik asas

Ramai mereka yang workout tidak mengamalkan teknik betul. Hal ini terjadi apabila melakukan latihan tanpa bimbingan daripada pakar kecergasan bertauliah. Workout dengan hanya mendapat ilmu dari menonton video dan majalah sahaja tidak memadai. Ramai yang tidak tahu hukum atau asas pergerakan sendi-sendi, bagaimana sendi itu boleh bergerak, pergerakan yang diharamkan, pergerakan yang mempunyai batasan ( limitation) dan sebagainya.

Rentetan daripada itu, biarpun dalam jangka pendek kesannya tidak kelihatan tetapi untuk jangka panjang ia boleh mencacatkan anggota badan. Melakukan workout dengan teknik yang betul akan mempercepatkan lagi faedah bersenam dan teknik yang salah akan mengakibatkan kecederaan, membuang masa dan tenaga.

Ads

 

  1. Pemanasan badan dan regangan

Memanaskan dan meregangkan badan adalah dua aktiviti wajib yang berbeza. Memanaskan badan dilakukan sebelum melakukan workout bertujuan meningkatkan produktiviti dan persediaan mental serta fizikal. Manakala regangan dilakukan selepas melakukan workout bertujuan mengembalikan otot dan sendi pada kondisi asal.  Dua aktiviti ini dapat meningkatkan serta memaksimumkan prestasi workout dan mengurangkan risiko kecederaan.

5 Sebab Selalu Workout, Tapi Badan Masih Gemuk

Ads
  1. Kekurangan Nutrisi

Ramai yang tidak sedar bahawa mereka memerlukan tenaga lebih untuk workout tidak kira di gim atau taman rekreasi. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan, anda perlu makan sebelum workout atau bersenam. Seperti kenderaan, anda memerlukan minyak untuk bergerak dan prestasi minyak yang akan menentukan prestasi kereta anda.

Sama seperti tubuh, anda perlukan makanan dan minuman yang berkhasiat untuk meningkatkan prestasi. Minuman bertenaga yang mempunyai caffience membantu prestasi manakala minuman isotonik membantu memulihkan ion mineral yang hilang ketika proses perkumuhan semasa workout.

Ads

5 Sebab Selalu Workout, Tapi Badan Masih Gemuk

  1. Tidak mempelbagaikan pergerakan

Bagi anda yang inginkan tubuh badan cantik dan solid, amat digalakkan untuk mempelbagaikan penggunaan alatan workout. Bagi mereka yang tidak mempelbagaikan pergerakan, hasilnya tubuh akan lambat terbentuk. Ini kerana terdapat sesetengah pergerakan yang tidak diamalkan, hanya sekadar melakukan latihan asas sahaja.

Hal ini menjadikan tubuh badan kaku terutama bagi anda yang jarang menggunakan alatan seperti cable, free weight, fitball, kettle bell, rope, trx cable, variation step up box. Apabila anda pelbagaikan pergerakan, tubuh badan akan lebih fleksibel dan nampak lebih sasa berbanding dengan mereka yang hanya melakukan latihan asas, hanya mengangkat dumbbell sahaja.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI