Kerap kita dengar orang tidak selesa dan merasakan jengkel dengan sikap beberapa kerat penunggang basikal yang kadang-kadang tidak mematuhi jalan raya. Ia sekali gus memberikan imej buruk kepada aktiviti yang cukup menyihatkan ini.
Jadi untuk elak perkara tersebut MASKULIN ingin kongsi beberapa tip berbasikal dengan selamat demi keselamatan anda dan juga pengguna jalan raya.
SENTIASA PATUHI PERATURAN JALAN RAYA
Tidak semestinya kenderaan anda tidak berenjin maka tidak perlu patuh undang-undang jalan raya. Sepanjang berbasikal di atas jalan raya ingatlah untuk sentiasa patuhi peraturan jalan raya. Patuhi undang-undang agar aktiviti anda lebih selamat dan menyeronokkan.
ELAK GUNA FON TELINGA
Menggunakan fon telinga kini bagaikan sudah menjadi trend wajib bagi penggiat aktviti senaman. Ini termasuklah di lalangan penunggang basikal. Namun sedarkah anda bahawa menggunakan fon telinga boleh menyebabkan anda kurang peka dengan keadaan sekeliling?
Ads
Penggunaan fon telinga mengganggu keselamatan pelumba secara individu. Alunan muzik tersebut boleh mengganggu pendengaran, fokus dan konsentrasi ketikan mengayuh basikal di atas jalan raya.
Demi keselematan anda, elakkan memotong kenderaan bermotor atau tidak bermotor dengan menggunakan bahagian kiri dari tepi jalan. Selain boleh membahayakan diri anda kerana boleh terjadinya kemalangan, anda juga boleh mendatangkan kecederaan kepada orang lain.
BERSEDIA UNTUK BREK
Malang tidak berbau, namun sekurang-kurangnya kita boleh sentiasa bersedia berdepan dengan apa jua senario. Pertama sekali pastikan basikal mempunyai brek di bahagian hadapan dan belakang. Paling penting pastikan ia berfungsi dengan baik. Ketika berbasikal di atas jalan raya, pastikan tangan anda sentiasa bersedia pada brek agar anda boleh hadapai keadaan brek mengejut.
Faktor pakaian juga amat penting bagi memastikan keselamatan dan juga kelancaran anda semasa mengayuh. Usah risau dengan harga kerana terdapat banyak pilihan yang berpatutan di pasaran. Baju yang sesuai memastikan kayuhan lebih relaks dan selamat. Pilih juga pakaian yang berwarna cerah akan anda mudah kelihatan di kalangan pengguna jalan raya yang lain.
LAMPU BASIKAL
Menunggang di waktu malam juga sangat popular sekarang. Namun ramai tidak sedar menunggang di waktu malam risikonya lebih tinggi. Oleh itu lengkapkanlah basikal anda dengan lampu yang sesuai. Selain lampu hadapan untuk visual lebih terang pastikan lampu di bahagian belakang juga turut tersedia.
Ads
Semoga tip berbasikal yang kami kongsi boleh memberikan pengalaman yang lebih selamat buat anda.
Jom subscribe YouTube MASKULIN!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Euwww gelinya, pengotor. Jangan gelak jika kami katakana bahawa memang ada lelaki yang memakai seluar dalam berulang kali tanpa dicuci. Pelik tapi benar. Ada hal yang lebih tragis perlu korang tahu. Pernah tak dengar soal side A dan side B seluar dalam? Ya, bagi lelaki yang pemalas, mereka akan memakai seluar dalam yang sama dengan hanya menterbalikkan bahagian seluar dalam tersebut tanpa dicuci.
Menurut penelitian yang dilakukan oleh Philip Tierno, director mikrobiologi di New York University dan merupakan seorang penulis bagi buku The Secret Life of Germs, rata-rata daripada seluar dalam yang sudah dipakai mengandungi sisa kotoran yang dikeluarkan oleh penis sehingga 1/10 gram. Ini kerana kadang kala berlaku pada mereka yang tidak bersih mencuci setelah membuang air.
Oleh sebab itu, WAJIB bagi korang untuk menukar seluar dalam selepas setiap kali dipakai dan lebih baik jika dicuci seluar dalam tersebut dengan air panas agar lebih bersih.
Nak sangat cepat kering, ada yang mengambil langkah mudah dengan mengeringkan seluar dalam dengan suhu yang terlalu tinggi di mesin pengering. Guys, cara ini tidak salah tapi ia akan membuatkan bahagian getah seluar dalam tersebut menjadi longgar sehingga senang untuk melorot. Oleh itu, better korang keringkannya dengan suhu yang lebih rendah atau lebih baik lagi jika dikeringkan secara alami, iaitu di bawah sinaran matahari.
Pakaian putih mudah terkena kotoran, begitu juga dengan seluar dalam. Jika tidak mahu seluar dalam korang tu bercop-cop dengan kotoran degil, maka janganlah gatal-gatal nak pilih warna putih. Tak seksi la kan kalau seluar dalam penuh dengan kotoran. Geli wey. Jadi untuk tip selamat, pilih warna-warna gelap seperti hitam, biru tua atau pun kelabu. Confirm tampak lebih jantan. Hiks!
Sebelum membeli, check terlebih dahulu material yang digunakan. Ingat, seluar dalam berfungsi untuk melindungi daerah sensitif korang, so pilih material yang sesuai seperti kain cotton kerana ia lebih ringan dan sejuk. Apabila kawasan sensitif korang tu mula berpeluh, lembap dan mengeluarkan bau, pasti tidak menyenangkan bukan? Jadi, kerana itulah bahan cotton dilihat sangat sesuai untuk material seluar dalam kerana ia dapat membantu menyerap peluh dengan baik.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Lemak di bahagian perut adalah sesuatu yang sangat mengganggu dan ia bukan sahaja berpunca daripada faktor pemakanan malah turut terhasil kerana kurang bersenam.
Namun begitu, ada penyelesaiannya untuk anda jika anda benar-benar mahu lemak di perut hilang tetapi dengan syarat, mestilah rajin dan komited melakukan senaman ringan seperti berikut :
Bicycle Exercise
Cara melakukan bicycle exercise adalah anda perlu terlentang dan meletakkan kedua-dua tangan di belakang kepala. Angkat lutut kanan hingga ke dada dan secara serentak, kepala angkat ke hadapan dan diarahkan ke sebelah kiri. Lakukan secara berselang seli sebanyak 10 kiraan.
Vertical Leg Crunch
Senaman selanjutnya adalah vertical leg crunch. Pertama, anda harus berbaring dan letak kedua tangan di kepala. Seterusnya angkat kedua kaki lurus ke atas membentuk sudut 90 darjah. Kemudian, angkat bahu dan turunkan kembali. Ulangi hingga 10 kiraan.
Senam Lilin
Posisi awal senam lilin tidak jauh bezanya dengan vertical leg crunch. Anda harus berbaring kemudian angkat kedua kaki. Letakkan tangan di pinggang. Seterusnya angkat kedua kaki sehingga perut terangkat. Untuk lebih mudah, anda boleh menggunakan tembok untuk menyandarkan kaki.
Sit Up
Ini adalah gerakan senaman yang paling popular. Anda harus berbaring dan rapatkan kedua-dua lutut. Letakkan tangan di belakang kepala atau silangkan di bahu. Angkat tubuh perlahan hingga membentuk 90 darjah. Tahan posisi tersebut beberapa saat sebelum turunkan perlahan tubuh. Ulangi hingga beberapa kali.
Diharap dengan perkongsian ini,anda tiada lagi alasan untuk mengurang lemak di perut dan semoga senaman yang dilakukan akan memberikan hasil untuk anda. Yang penting, amalkan selalu.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pengalaman berdepan alopesia atau keguguran rambut kritikal hingga menyebabkan botak menjadi igauan ngeri buat pembaca berita TV9, Amin Hayat Abd Rahim, 35, tahun lalu. Dia mengakui perkara itu memberi tekanan untuk berdepan masyarakat hingga hilang keyakinan diri dan mengganggu emosinya apabila tampil di khalayak sebagai pembaca berita.
“Masalah alopesia sudah bermula sejak 2014 tapi tidak terlalu serius dan sembuh secara semula jadi. Namun pada awal 2016, ia bertambah kritikal. Mungkin faktor stres yang tidak diurus dengan baik menyebabkannya lebih serius sehingga menjadi kronik.
“Saya mendapatkan nasihat pakar dan dimaklumkan bahawa saya menghidap alopesia areata iaitu berkaitan autoimun. Mungkin akibat terlalu mahu berbadan sasa, saya mengambil makanan tambahan seperti serbuk protein.
“Selain itu, kerana mahu kesan yang lebih cepat, saya mengambil steroid untuk dimakan dan dicucuk pada badan,” katanya yang terbabit dalam kempen kesedaran ‘Aku Alopesia #adajalannya.”
Selepas mendapatkan rawatan daripada pakar selama setahun, Amin Hayat berjaya mendapatkan kembali rambut yang hilang dan kini menjadi jurucakap bagi memberi kesedaran awam mengenai masalah itu.
Menurutnya, sepanjang tempoh setahun, dia dirawat dengan beberapa rawatan khas berkaitan alopesia iaitu helmet iGrow, suntikan steroid, suntikan dan laser Platlet Rich Plasma (PRP) serta terapi laser excimer.
Diharap pembabitan saya dalam kempen kesedaran alopesia ini dapat memberi inspirasi kepada golongan yang mempunyai masalah sama tetapi malu menyuarakannya.
“Selain itu, saya mahu memberi pengetahuan kepada mereka untuk mendapatkan rawatan yang betul bukan tertipu dengan produk atau khidmat yang menawarkan rawatan alopesia yang hanya berbentuk gimik semata-mata.
“Saya juga merancang untuk mewujudkan kumpulan sokongan khas untuk Kempen Kesedaran Alopesia yang pertama di Malaysia,” katanya.
KEPERLUAN SETIAP ORANG BERBEZA
Sementara itu, Pengarah Perubatan Clique Clinic Dr Tingsong Lim berkata, disebabkan masalah alopesia bergantung kepada tubuh individu, rawatan bagi setiap pelanggan yang mengalami masalah berkenaan mungkin berbeza dan tempoh rawatan juga bergantung kepada penerimaan atau tindak balas tubuh seseorang.
Katanya, sejarah perubatan lengkap, sejarah keluarga dan pemeriksaan fizikal dapat membantu dalam diagnosis. Corak dan kadar keguguran rambut, keadaan rambut berhampiran (contohnya, jika rambut dipotong) dan gejala yang disertai turut diambil kira apabila membuat diagnosis.
“Oleh kerana perubahan hormon, kerengsaan atau kerosakan, beberapa folikel rambut mengalami fasa pertumbuhan lebih pendek dan menghasilkan rambut lebih nipis dan pendek.
“Rambut melalui kitaran pertumbuhan dan rehat manakala setiap kitaran berbeza mengikut individu. Tetapi secara umum, fasa pertumbuhan rambut kulit kepala, yang dikenali sebagai anagen, biasanya berlangsung dua hingga tiga tahun.
“Pada masa ini, rambut anda tumbuh kurang dari setengah inci (satu sentimeter) sebulan. Fasa rehat iaitu telogen pula biasanya berlangsung tiga hingga empat bulan. Pada akhir fasa rehat, helaian rambut jatuh dan yang baru mula tumbuh di tempatnya. Setiap kali rambut gugur, peringkat pertumbuhan bermula semula,” katanya.
Mengulas lanjut, Dr Lim berkata, rata-rata rambut manusia gugur 50 hingga 100 helai setiap hari namun dengan kira-kira 100,000 rambut di kulit kepala, jumlah keguguran rambut ini tidak boleh menyebabkan penipisan ketara rambut.
Katanya, penipisan secara beransur-ansur adalah normal seiring penuaan, bagaimanapun, keguguran rambut boleh menyebabkan kebotakan apabila kadar keguguran melampaui kadar pertumbuhan semula, apabila rambut baru lebih nipis daripada rambut yang gugur.
JENIS KEGUGURAN RAMBUT
Alopesia androgenetik (kebotakan luar)
Dalam corak botak lelaki dan wanita, masa pertumbuhan semakin berkurangan dan rambut tidak tebal atau kukuh. Dengan setiap kitaran pertumbuhan, rambut berakar lebih dangkal dan lebih mudah gugur. Keturunan mungkin memainkan peranan kerana sejarah alopesia androgenetik di kedua-dua belah keluarga meningkatkan risiko botak.
Alopesia cicatricial (parut)
Keguguran rambut kekal berlaku apabila keradangan merosakkan dan meninggalkan parut folikel rambut. Ini menghalang rambut baru daripada berkembang. Keadaan ini boleh dilihat dalam beberapa keadaan kulit, termasuk lupus eritematosus atau lichen planus. Tidak diketahui apa yang mencetuskan atau menyebabkan keradangan ini.
Alopesia areata
Ia dikelaskan sebagai penyakit autoimun, tetapi penyebabnya tidak diketahui. Mereka yang mengalaminya secara amnya berada dalam keadaan baik, namun sesetengah penghidap mungkin mempunyai gangguan autoimun yang lain, termasuk penyakit tiroid. Sesetengah saintis percaya bahawa segelintir individu secara genetik menderita mengembangkan penyakit ini dan pencetus, seperti virus atau sesuatu yang lain di persekitaran menyebabkan keadaan ini. Sejarah keluarga alopesia areata menjadikan mereka lebih cenderung untuk mendapatnya. Rambut pada umumnya tumbuh semula, tetapi mungkin gugur dan tumbuh semula beberapa kali.
Telogen effluvium
Jenis keguguran ini biasanya disebabkan oleh perubahan dalam kitaran biasa rambut. Ia mungkin berlaku apabila beberapa jenis kejutan pada sistem anda emosi atau fizikal menyebabkan akar rambut dipaksa ke dalam keadaan berehat sebelum waktunya. Rambut yang terjejas dari akar rambut ini gugur dan dalam satu atau dua bulan, folikel rambut menjadi aktif lagi dan rambut baru mula berkembang.
Telogen effluvium mungkin dipengaruhi tekanan emosi, seperti kematian dalam keluarga atau tekanan fisiologi, seperti demam panas, kehilangan berat badan secara tiba-tiba atau berlebihan, diet melampau, kekurangan nutrisi, pembedahan atau gangguan metabolik. Rambut biasanya tumbuh semula selepas keadaan yang menyebabkannya membetulkan dirinya, tetapi biasanya mengambil masa berbulan-bulan.
Alopesia traction
Keguguran rambut disebabkan tekanan berlebihan pada setiap helaian rambut, contohnya tarikan terlalu kuat. Tekanan berlebihan ini akan menyebabkan rambut tertarik keluar dan ia boleh merosakkan folikel rambut. Jika tekanan berterusan, lama kelamaan proses penghasilan rambut menjadi perlahan dan akhirnya berhenti. Sekiranya tarikan dihentikan sebelum mencederakan kulit kepala dan kerosakan kekal pada akar, rambut biasanya tumbuh kembali normal.
Dr Lim turut menyarankan setiap individu mengamalkan pemakanan seimbang, meninggalkan diet keterlaluan atau mendadak yang boleh menyebabkan keguguran rambut kerana hampir 90 peratus komponen penting rambut ialah protein.
Ini kerana katanya, kesihatan rambut banyak bergantung kepada pengambilan zat seperti kalsium dan zink. Tetapi harus diingati terlalu banyak vitamin A dan D juga boleh menyebabkan rambut gugur.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Astro BizOne Watch Party kembali lagi pada minggu ini di tiga lokasi menarik bagi menyaksikan pertembungan dua kelab terbesar Liga Perdana, Manchester United dan Liverpool.