Suntikan vitamin C untuk mendapatkan kulit yang cerah yang menjadi kegilaan masa kini boleh mendatangkan kesan buruk ke atas kesihatan dalam jangka masa panjang. Antara akibat yang perlu dipertimbangkan seseorang sebelum menjalani rawatan kecantikan seperti suntikan vitamin C untuk memutihkan kulit termasuk kerosakan buah pinggang dan hati.
Suntikan Vitamin C ini tidak diiktiraf Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan sehingga sekarang tiada kajian yang menyatakan prosedur itu memberi kesan pemutihan kulit.
Kebanyakan pesakit membeli suntikan ini daripada ejen dan secara atas talian menyebabkan urusan itu tidak dapat dipantau KKM. Kesan sampingan suntikan ini akan membawa keburukan kepada badan selain pesakit juga tidak dapat mengenal pasti kandungan suntikan benar-benar asli dan selamat kerana tidak diperiksa dan diluluskan.
Hindari kesan sampingan
Pesakit perlu mendapatkan rawatan di klinik yang diiktiraf untuk mengelakkan kesan sampingan yang boleh memudaratkan kesihatan dan kecantikan.
Risiko yang perlu dihadapi apabila menjalani rawatan suntikan bagi menegangkan muka seperti botox (botulinum toxin A atau BTA) dan laser boleh menyebabkan muka lebam, otot muka menjadi lumpuh, sakit kepala akibat dos berlebihan serta gejala virus. Kebanyakan pesakit yang mendapatkan suntikan dari pusat kecantikan kerap mengalami alahan selepas suntikan akibat toksin yang terdapat di dalam BTA.
Laser yang digunakan untuk menghilangkan jeragat boleh menyebabkan kulit menjadi kering, lebih sensitif dan kemerahan akibat radang.
Kesan gelap, merah pada kulit
Lebih membimbangkan, kulit boleh menjadi lebih gelap atau merah selepas menjalani rawatan laser yang dikenali sebagai post inflammatory hyperpigmentation.
Justeru, pesakit digalak menggunakan produk penahan matahari dan tidak terdedah di bawah sinarnya untuk jangka masa tertentu selepas rawatan.
Rawatan paling popular dalam kalangan lelaki adalah keguguran rambut dan mengurangkan lemak badan serta mengurangkan berat badan. Rawatan memutihkan wajah, menegangkan kulit, mengembalikan keperawanan dan membuang bulu roma pula menjadi pilihan kebanyakan wanita.
Kurang keyakinan diri, mengikuti peredaran zaman, pengaruh rakan sebaya serta ingin perubahan kepada diri sendiri mendorong kebanyakan individu mendapatkan rawatan di pusat kecantikan.
INFO
Rawatan kecantikan yang dijalani golongan lelaki
Sedutan lemak (liposuction)
Ads
– Pembekuan lemak (cryotherapy)
– Laser memecahkan lemak
– Radiofrekuensi
– Tumpuan Ultrabunyi Berkeamatan Tinggi (HIFU)
– Suntikan memecahkan lemak.
Rawatan wanita:
– Memutihkan wajah kulit
– Lasik
– Pengelupasan kulit menggunakan asid
– Suplemen tablet termasuk gluthathion
– Suntikan sel stem mencerahkan kulit
– Suntikan pelembap ( skin booster )
Ads
Menegangkan kulit
– Laser
– Tumpuan Ultrabunyi Berkeamatan Tinggi (HIFU)
– Benang kolagen (threadlift)
– Suntikan hyaluronik asid ( Dermal filler )
– Suntikan Botulinum Toxin A
Menghilangkan jeragat
– Laser
– Pengelupasan kulit menggunakan asid
– Suntikan sel stem (stem cell)
– Produk pemutihan kulit
Mengurangkan lemak dan berat badan
Ads
– Diet dan senaman
– Ubat terkawal mengurangkan selera makan
– Sedutan lemak (liposuction)
– Pembekuan lemak (cryotherapy)
– Laser memecahkan lemak
– Radiofrekuensi
– Rawatan Mesin Tumpuan Ultrabunyi Berkeamatan Tinggi (High Intensity Focused Ultrasound (HIFU))
– Suntikan untuk memecahkan lemak
INFO
Rawatan untuk mengembalikan perawanan wanita
– Laser mengetatkan vagina
Membuang bulu
– Laser
Apakah yang perlu dipertimbangkan sebelum menjalani rawatan kecantikan?
– Klinik diiktiraf kerajaan.
– Doktor berpengalaman.
– Pesakit perlu membuat kajian terlebih dulu.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Selepas melancarkan beberapa lagu seperti Wanita Terindah, Cinderella dan Wanita Terakhir, nampaknya pelakon Fattah Amin beranikan diri tampil dengan lagu bertemakan hari raya pula.
Lagu yang bertajuk ‘Syawal Kali Ini’ itu baru sahaja dilancarkan beberapa hari lalu namun sudah tersenarai dalam carta Top 3 iTunes.
Muzik video nyanyian Fattah Amin yang dimuat naik di salah sebuah laman hiburan di Instagram mendapat lebih 40,000 tontonan.
Namun Fattah Amin terus berdepan dengan kritikan dan tohmahan netizen mengenai lagu terbarunya itu yang dinyanyikan secara live ketika menghadiri rancangan Wanita Hari Ini.
Ada yang mendakwa suaranya sumbang dan sengau, malah ada juga yang meminta Fattah fokus dalam bidang lakonan berbanding nyanyian.
Lebih teruk lagi apabila ada yang mengatakan Fattah Amin dan isterinya, Fazura tidak boleh menyanyi tetapi tidak menyedari hakikat itu.
Mungkin lain orang lain cara mereka mendengar tetapi mungkin ada je yang merasakan nyanyian pasangan romantis ini sedap dan masih diterima dalam kalangan peminat mereka.
Apa yang penting, netizen jangan tahu nak kecam je, cuba beri pandangan dalam bentuk yang lebih sopan dan beretika ye!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
PAMERAN Sukan dan Kecergasan Antarabangsa (Misfit 2018) yang akan diadakan sepanjang tahun ini menjadi platform terbaik dan terbesar bagi syarikat peneraju industri sukan tempatan memperkenalkan produk mereka di peringkat antarabangsa.
Tujuan utama penubuhan Malaysia International Sports & Fitness Fair(MISFIT) 2018 adalah untuk menjadikan Malaysia satu hub sukan, negara sukan, menggalakkan sektor perlancongan sukan dan seterusnya menjadikan rakyat yang mengamalkan gaya hidup yang sihat. Expo ini dirancang untuk dijadikan acara tahunan dan dapat mengumpulkan semua pengeluar utama didalam bidang sukan, kecergasan, industri kesihatan. Ini termasuklah pengeluar industri tempatan dan luar negara seperti:
Pakaian sukan & aksesori kelengkapan sukan & fasiliti Pendidikan sukan Pertandingan sukan & acara Makanan tenaga & kesihatan Pemulihan sukan & santai E-Sukan
Expo ini akan berlangsung pada 3hb – 5hb Ogos 2018 di PWTC, Kuala Lumpur dan Persada Johor Bahru pula pada 5hb – 7hb Oktoboer 2018. Sebanyak 212 ruang ruang pameran disediakan di PWTC, Kuala Lumpur dan 150 ruang pameran di Persada, Johor Bahru. MISFIT 2018 adalah satu platform yang dapat menghubungkan pengguna tempatan dan antarabangsa dengan pengeluar dan pengamal sukan dan dalam masa yang sama dapat mengembangkan lagi ekosistem kesukanan negara.
MISFIT 2018 dijangkakan dapat menarik seramai 60,000 pengunjung dari dalam dan luar negara.
Dalam Majlis yang sama, MISFIT 2018 telah melancarkan kempen “Hentikan Perogol Dalam Rumah”. Kempen ini adalah usaha sama bersama badan bukan kerajaan(NGO) untuk memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa perkara ini adalah serius dan perlu diberikan perhatian sewajarnya.
Majlis perasmian Misfit 2018 disempurnakan Pengarah Anti-Doping Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Dr. Ramlan Abd Aziz dan hadir sama ialah Pengarah Misfit, Mohsein Sharif.
Abdja optimis 60,000 orang akan mengunjungi Misfit 2018 dan berkeyakinan pemilihan lokasi itu mampu menarik lebih ramai pempamer untuk mengetengahkan produk dan perkhidmatan pada pameran tersebut.
“Misfit 2018 akan menyediakan 100 program sukan dan akan menampilkan 50 selebriti. Antara program yang diadakan ialah Kecergasan Wanita oleh Joanna Soh, Yoga oleh Atilia Haron, Bual Bicara daripada sembilan selebriti terkenal, pertunjukan fesyen dan sesi dialog,” katanya.
Beliau berkata, Misfit 2018 juga menampilkan beberapa program lain antaranya program tanggungjawab sosial korporatnya iaitu Kempen Hentikan Perogol Dalam Rumah yang dijangka memberi pelbagai maklumat dan kesedaran kepada pengunjung untuk mengetahui dengan lebih jelas mengenai apakah yang perlu dilakukan untuk menangani masalah tersebut.
“Kami berharap Misfit 2018 menjadi hab sukan sekali gus memacu kepada sukan pelancongan dan mampu menyediakan kehidupan yang sihat,” katanya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sama ada anda peminat atau hanya pemerhati, salah satu perkara yang tidak dapat kita semua nafikan ialah pengaruh industri hiburan Korea terutamanya muzik atau dikenali dengan gelaran K-pop sangat luar biasa di peringkat global.
Lihatlah ke mana sahaja kita pergi sama ada di papan iklan gergasi atau di laman media sosial, K-pop pasti ada di situ. Fenomena K-pop kini bukan sahaja diakui mempunyai ’empayar; di sekitar Asia sahaja malah ia telah bertebaran meluas ke setiap benua seperti Amerika Utara, Eropah, Amerika Selatan dan juga Afrika.
Malah baru-baru ini, BTS grup lelaki paling popuar di dunia masa kini telah mencipta seharah apabila berjaya merangkula anugerah Artist od the Year di American Music Awards (AMA). Lebih mengagumkan mereka juga kini memegang 23 Guiness World Records di dalam pelbagai kategori muzik dan media sosial.
Jadi tidak hairanlah mengapa program muzik atau anugerah berprestij juga sentiasa menjadi berjaya menarik perhatian audiens yang sangat besar. Di antara majlis anugerah muzik yang paling berprestij di Kores Selatan ialah Golden Disk Awards.
Dan untuk edisi tahun ini iaitu 36th Golden Disc Awards (GDA2022) juga diramalkan bakal ditonton oleh jutaan peminat dan pengikut setia industri muzik K-pop.
Malah majlis anugerah tersohor ini juga dianggap dan diiktiraf sebagai majlis anugerah yang paling digemari oleh para artis diatas keterbukaan penilaiannya yang adil dan mengikut objetif sejak pertama kali ia dianjurkan.
Pemenang agi setiap kategori kebiasannya ditentukan oleh dua faktor iaitu jumlah jualan album dan juga penstriman secara digital.
Antara kemuncak dan tarikan utama GDA2022 pastinya barisan artis dan grup yang bakal melakukan persembahan secara eksklusif.
Terbaru, senarai pertama line up yang bakal membuat persembahan telah diumumkan pada hari ini. Pihak produksi GDA2022 mengumumkan senarai pertama yang merangkumi artis hebat seperti BTS, aespa, ENHYPEN, The Boyz, Brave Girls, Lee Mu Jin, Lim Young Woong dan Jeon Somi.
Walaupun ahli BTS kini dilaporkan sedang menjalani kuarantin kendiri selepas selesai dengan jadual aktviti mereka di Amerika Syarikat, namun mereka dipercayai akan boleh melakukan persembahan. Malah dilaporkan BTS telah menyediakan ‘kejutan istimewa’ untuk persembahan di GDA2022 kali ini.
Buat anda yang tidak ingin melepaskan menyaksikan persembahan berstatus ‘legendary’ dari bintang-bintang K-pop ini menontonnya pada 8 Januari 2022 bermula pada jam 2 petang. Anda boleh menontonnya menerusi saluran penyiar rasminya di Malaysia iaitu di aplikasi Astro GO dan di saluran Astro On Demand.
Lebih menarik acara karpet merah selama satu jam turut boleh ditonton menerusi saluran dinyatakan di atas. Jadi bolehlah anda saksikan sendiri trend gaya terkini yang dibawakan oleh mereka.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.