Buat anda lelaki yang sentiasa ingin kekalkan kecergasan dan bentuk badan, anda masih boleh terus melakukan senaman-senaman ringan.
Ini 5 jenis senaman mudah untuk anda kekal sihat dan timbul six pack jika dilakukan secara berjadual sepanjang Ramadan ini.
1. VERTICAL LEG CRUNCH
Jika anda orang baru dalam dunia kecergasan dan belum terbiasa melakukan latihan kecergasan yang berat-berat, maka anda disarankan melakukan latihan ringan ini saja terlebih dahulu. Namun ia tidaklah terlalu ringan juga, kerana memerlukan tenaga anda untuk melakukannya. Namun setidaknya cara ini tergolong santai untuk dilakukan kerana tidak melakukan banyak pergerakan tapi lebih kepada menahan beban tubuh.
Ambil posisi berbaring
Pegang belakang kepala dengan kedua tangan
Angkat kedua kaki ke atas lalu tahan beberapa saat.
Turunkan kembali dan lakukan latihan ini semampu otot
2. JACKNIFE SIT-UP
Ads
Latihan yang satu ini merupakan bahagian latihan dari sit up. namun jangan salah melakukan latihan ini cukup sulit, terutama bagi seseorang yang memiliki badan gemuk. Latihan ini sangat efektif untuk membentuk otot perut, kerana melibatkan hampir semua bahagian otot di sekitar perut ( atas, tengah, bawah)
Ambil posisi berbaring
Angkat kaki dan tangan secara bersamaan hingga menyentuh dengkul kaki
Turunkan kembali ke posisi berbaring dan lakukan kembali gerakan repetisi ini
Lakukan latihan ini sekitar 15 kali repetisi per 4 set atau boleh disesuaikan dengan kemampuan anda
Latihan ini tidak memerlukan banyak pergerakan dan tidak terlalu perlukan banyak tenaga dibanding latihan yang lainnya, hanya perlu menahan berat badan dan memfokuskan pada otot perut.
Ads
Ambil posisi seperti push-up
Gunakan kedua siku tangan untuk bertumpu pada lantai
Luruskan punggung
Rasakan kontraksi pada otot perut dan memfokuskan ke otot tubuh dari beban tubuh
Tahan hingga beberapa minit
4. SIT UP
Manfaat dari melakukan latihan ini cukup efektif dalam membentuk otot perut menjadi sixpack. Terlebih lagi di saat melakukannya di tambah dengan beban tambahan.
5. BICYCLE MANEUVER
Sambil tidur pun boleh membentuk otot perut. Hanya dengan mengangkat kedua kaki sambil berbaring dan mengayunkannya seperti sedang melakukan mengayun basikal. Namun, jangan remehkan latihan ini, kerana dapat membantu pembentukan otot, terutama untuk melatih otot perut bahagian bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Air itu adalah satu keperluan badan kita setiap hari. Untuk berfungsi dengan normal badan kita memerlukan air yang mencukupi. Ada pandangan mengatakan seorang lelaki perlu minum kira-kira 3.7 liter sehari manakala wanita pula sebanyak 2.7 liter.
Jika tidak minum air secukupnya kita boleh berdepan masalah dehidrasi yang sekali gus boleh mengundang simptom seperti sakit kepala, kelesuan, pening dan banyak lagi kesan sampingan.
Namun dalam meminum air pun kita perlu tahu adab dan cara yang betul. Sebagai orang Islam kita sejak kecil lagi sudah diajar bahawa bila nak minum air kita perlu duduk.
Tahukah anda sebenarnya minum air dengan duduk itu sangat baik? Ini kerana meminum air dalam kedudukan berdiri boleh memberikan kesan yang kengatif kepada kesihatan anda.
Memetik laman sesawang healthshot.com terdapat empat keburukan atau kesan negatif yang boleh berlaku kepada kesihatan dan badan jika meminum air sambil berdiri. Berikut merupakan kesan negatif yang boleh berlaku kepada anda jika melakukan tabiat seperti ini.
Tabiat minum air sambil berdiri boleh memberikan kesan buruk terhadap sistem pengahadaman anda. Ini kerana ketika minum air sambil berdiri ia akan memberikan tekanan kuat dengan laju menerusi saluran pemakanan dan jatuh secara terus ke bawah perut.
Ini merupakan satu perkara yang bahawa kerana boleh menggangu kesembangan cecair dalam perut yang boleh mengganggu proses penghadaman.
Apabila minum air sambil berdiri air akan bergerak lalu. Jadi ia menybeabkan saraf berada dalam keadaan tegang dan mengganggu keseimbangan cecair. Kondisi ini membawa kepada peningkatan toksin dan senak dalam badan.
Malah, ia juga mengumpul cecair dalam sendi, mencetuskan arthritis. Meminum air sambil berdiri boleh menyebabkan pengumpulan cecair dalam sendi serta boleh mencetuskan masalah arthritis dan kerosakan sendi.
Kajian juta mendapati bahawa buah pinggang kita menapis lebih baik semasa duduk. Semasa seseorang itu berdiri dan minum air, cecair cenderung melalui tanpa sebarang penapisan ke perut bawah seseorang di bawah tekanan tinggi.
Ia menyebabkan kekotoran air mendap dalam pundi kencing dan merosakkan fungsi buah pinggang malah boleh menyebabkan gangguan saluran kencing.
Ketika minum air sambil berdiri, nutrien dan vitamin yang diperlukan tidak sampai ke hati dan saluran penghadaman. Apabila anda berdiri dan minum air ia bergerak melalui sistem dengan sangat pantas dan itu membahayakan paru-paru dan fungsi jantung anda kerana tahap oksigen terganggu dengan cara ini.
Jadi benarlah mengapa ada hadis yang melarang kita untuk minum sambil berdiri.
Hadis Sahih Muslim (2024) bermaksud: Sesungguhnya Nabi SAW melarang daripada meminum sambil berdiri. Qatadah bertanya bagaimana pula dengan makan (sambil berdiri)? Anas menjawab: “Yang demikian itu adalah lebih buruk dan tercela.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk anda!
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN ya!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Masyarakat sering menjadikan topik berat badan sebagai isu terpenting dalam kehidupan. Walau apa pun tanggapan kita terhadap bentuk tubuh yang kurus dan fit itu nampak cantik dan sihat. Cuba singkirkan fikiran negatif dan hapuskan sikap stereotype terhadap orang lain kerana setiap manusia punya cara tersendiri untuk tampil cantik, sihat dan hebat.
Suatu ketika Izzat Zin pernah mencapai berat badan mencecah sehingga 140 kg, seluar size 46 dia sendiri mengakui betapa sukarnya untuk dia menjalani kehidupan ketika itu. Berfikir panjang mengenang nasib sekiranya dia tidak mahu berubah juga bertindak, mungkin dia kekal seperti itu tanpa ada yang menghiraukan kewujudannya. Dia juga mahu menerima kemesraan serta layanan istimewa seperti mereka yang memiliki raut wajah yang tampan, mahu menyarungkan pakaian indah dari label berjenama serta mendapat pekerjaan yang baik seperti orang-orang lain yang menganggap penampilan fizikal sebagai tunjang utama untuk berjaya.
Apa salahnya menjadi orang yang gemuk? “Ya, saya dahulu juga sering menganggap perkara itu normal, namun masyarakat memandang saiz fizikal yang besar ini sebagai satu isu yang sangat besar bagi mereka serta meletakkan yang gemuk sebagai entiti yang lambat, malas, busuk dan tidak boleh melakukan lebih dari luar keupayaan, lebih menyakitkan bila ada yang melabelkan individu bersaiz besar ini sebagai bahan jenaka yang tiada perasaan. Saya menerima setiap kata-kata orang dengan senyuman, sehingga satu ketika ada sahabat yang berkata, sampai bila saya hendak jadi begini, gemuk, berkulit gelap dan nampak busuk. Kata-kata itu cukup menangkap ke dalam hati sanubari, sangat menusuk dan sedikit mengguris. Itu semua ada benarnya dan dari situlah saya tekad mahu berubah.
Dua tahun berdiet
Saya mula menyusun rencana diet, ketika itu saya berusia 24 tahun dan target pertama saya adalah untuk turun sehingga 100 kg. Apa yang saya lakukan? Saya elak dari mengambil nasi, roti dan segala jenis karbohidrat seperti mee kuning dan mee hun. Saya menikmati oat dan buah-buahan sahaja untuk tempoh itu. Hanya berdiet dan tiada sebarang rutin senaman saya lakukan, hasilnya memang kurus, tetapi kurus yang tidak sihat. Sejak itu barulah saya mula melakukan senaman dan mengatur kembali sistem pengambilan diet agar lebih seimbang. Saya mula mengamalkan pengambilan protein dalam setiap hidangan harian, bersenam secara kerap bagi mendapatkan bentuk tubuh yang lebih fit.
Cabaran
Ketika pertama kali berdiet, cabaran paling sukar untuk dilalui adalah berhadapan dengan orang di sekeliling. Pada mulanya mereka kurang memberi sokongan dan menganggap apa yang saya lakukan sekadar angan-angan kosong, setelah melihat hasilnya barulah mereka memberi lebih sokongan dan dorongan. Bukan mudah untuk mengawal nafsu makan, jadi saya harus disiplin setiap hari agar tidak tergelincir daripada matlamat. Selain itu, cabaran untuk mengekalkan bentuk tubuh dan menjadi lebih baik adalah lebih sukar, jadi tetapkan matlamat dan jangan sesekali kembali semula ke sikap lalu. Ubah segala-galanya dan jadilah orang baru yang lebih positif dan sihat.
Motivasi
Saya pernah kembali gemuk semula, ketika itu saya terlalu selesa sehingga alpa dengan diet dan rutin senaman yang saya amalkan selama ini. Namun pengalaman itu mengajar saya erti diet yang seimbang dan memahami tubuh sebaiknya. Apa menu yang boleh menyebabkan badan mudah naik dan sebaliknya, kini berat saya sekitar 82 kg dan sedang berusaha untuk menjadi lebih fit dan sihat. Banyak faktor yang memotivasikan untuk terus kekal sihat, antaranya melihat orang-orang di bawah jagaan saya mendapat bentuk tubuh seperti yang mereka idamkan. Saya tidak boleh gemuk kerana saya sendiri mengajar dan memberi ilmu mengenai kesihatan, di samping perlu kekal aktif dan mengatur pemakanan yang lebih sihat. Saya sering mengingatkan pelajar saya bahawa kita memang perlu hidup secara sihat, tetapi janganlah sehingga mengabaikan corak hidup yang ceria dan membebankan. Diet secara sederhana dan jadikan diet sebagai satu rejim yang menggembirakan bukan menyiksakan.
Perubahan
Sejak mengalami perubahan fizikal ini, rezeki datang melimpah ruah, selain kesihatan lebih terpelihara. Keyakinan diri juga semakin meningkat dan corak komunikasi saya semakin diterima. Selain itu, badan menjadi lebih ringan dan sangat aktif dalam beriadah, jika dahulu saya seorang yang sangat malas untuk bersenam, kini aktiviti seperti mendaki gunung dan marathon adalah rutin senaman yang kerap kali saya lakukan.
Menu yang saya amalkan
Kini, menu diet yang saya amalkan adalah pengambilan protein dalam setiap hidangan. Selain itu saya juga akan minum minuman protein setiap kali bangun tidur kerana ia bagi memulihkan kembali struktur muscle kita setiap pagi. Tengah hari pula saya akan mengambil sayuran bersama ayam dan malam saya lebih kepada siakap stim ataupun sup ayam kurang minyak dan garam. Saya juga mengambil supplement seperti fat burner, vitamin c, magnesium, teh hijau dan black coffee untuk meningkatkan lagi tahap metabolisme dalam badan.
Tip kurus dan sihat
1.Paling penting, 80% kurus adalah dari penjagaan makanan, manakala 20% senaman akan membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan anda.
2.Rajinkan diri untuk membaca info-info berkenaan kesihatan dan diet yang betul. Jika rasa hampir mengalah, cepat-cepat baca kisah kejayaan orang yang boleh lakukan.
3.Jangan terlalu memaksa badan untuk cepat kurus. Ini akan menyebabkan badan cepat berasa bosan dan stres. Bila stres proses penurunan berat akan terganggu.
4.Lupakan pengambilan nasi, kerana jika disiplin paling mudah ini pun sukar untuk anda amalkan, langkah seterusnya akan menjadi lebih susah kerana nasi adalah karbohidrat yang paling mudah kita dapatkan setiap hari, jadi elakkan dari mengambilnya terus.
5.Baca kisah kejayaan orang yang telah berjaya.
6.Banyakkan senaman kardio yang diselang dengan latihan berat bagi mengelakkan badan menjadi terlalu kurus.
Tugas sebagai jurulatih
Kini saya bertugas sebagai seorang jurulatih Zumba juga jurulatih kecergasan di The Bossters Johor Baharu. Di sana saya mengajar mereka untuk berdiet dan bersenam dengan cara yang betul. Akan datang saya akan mewujudkan satu program sendiri iaitu Battle Body Project Malaysia juga Fitness Tour yang mengetengahkan perihal diet dan teknik senaman di rumah yang harus dipraktikkan setiap di antara kita. Saya mahu orang di luar sana jadikan saya sebagai idola, bagaimana saya boleh kurus dan turunkan berat badan, begitu juga anda.
Nasihat
Diet, diet diet dan bersenam untuk hidup yang lebih sihat, jangan terlalu obses sehingga tidak mahu makan. Amalkan diet mengikut piramid makanan yang seimbang serta lakukan senaman. Untuk permulaan, tetapkan niat dan terus lakukan, jika tiada langkah mula mula, ia akan kekal sebagai angan-angan selamanya!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dan jangan tak tahu jerawat yang tumbuh di bahagian tubuh badan juga petanda kekurang atau masalah pada tubuh badan .
Haba badan yang melampau serta peredaran darah yang tidak baik menjadi punca kepada naiknya jerawat pada bahagian dahi kita. Orang yang mempunyai jerawat pada dahinya selalunya memiliki sifat panas baran. Untuk menghindari, dinasihatkan supaya menjadikan amalan untuk tidur awal serta bangun awal. Selain itu pastikan dapat tidur yang cukup dan minum air yang banyak.
Kalau jerawat di batang hidung, ianya bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Jika ianya di hujung hidung mungkin disebabkan haba perut melampau dan sistem penghadaman yang tidak normal. Jika di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi yang mempunyai masalah.
Kalau jerawat tumbuh di dagu pula, berkemungkinan fungsi buah pinggang telah terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Untuk kaum wanita yang mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.
Jika jerawat tumbuh di pipi kiri, fungsi hati mungkin kurang lancar seperti dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah. Jika di sebelah pipi kanan, fungsi paru-paru berkemungkinan tidak normal.
Bagi jerawat yang tumbuh di belakang atau depan badan ianya memberi petanda kemungkinan sistem perkumuhan bermasalah, seperti terkena sembelit. Dinasihatkan supaya mengamalkan pemakanan yang sihat bagi memastikan toksin tersingkir dengan lebih baik. Nampaknya ada yang terus menghadap ke cermin untuk melihat posisi jerawat anda. Untuk mendapatkan maklumat lebih jelas mengenai tahap kesihatan, anda perlulah mendapatkan rawatan dan nasihat doktor.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang