Kegiatan sosial kini sudah beransur kepada normal. Lihat sahajalah di sekeliling anda pelbavai aktiviti sosial rancak berjalan semula. Ini termasuklah aktiviti larian di lokasi-lokasi popular di seluruh negara seperti di trek, tasik dan juga taman-taman yang indah.
Malah ura-ura penganjuran pertandingan larian juga dikatakan akan diadakan semula dalam tempoh terdekat. Pastinya ia satu berita gembira buat kaki lari di negara kita. Iyalah selepas lebih dua tahun tidak dapat menyertai acara larian besar-besaran, kini ia mungkin menjadi realiti semula.
Buat anda yang mungkin telah lama tidak berlari, mungkin sekarang adalah masa sesuai untuk kembalikan stamina serta kecergasan diri. Namun untuk melakukan larian jarak jauh seperti separuh maraton anda juga perlu bersedia dengan kecederaan kaki.
Kecederaan yang biasa berlaku ialah blister atau melecet. Namun jika tahu bagaimana untuk mengelak ia berlaku pasti masalah kecederaan seperti ini tidak lagi menghantui anda.
Ads
PUNCA KAKI JADI MELECET
Permukaan kulit yang melecet ketika berlari terutamanya di bahagian tapak kaki akan membuatkan ia menggelembung dan mempunyai air. Turut dikenali sebagai blister, ini merupakan kondisi yang berlaku akibat daripada geseran kaki dan stoking yang anda pakai.
Selain itu kaki yang terlalu basah akibat peluh atau kasut basah juga boleh menyebabkan blister. Ini kerana keadaan basah tersebut membuatkan kulit kaki menjadi lembut lalu lebih mudah berlakunya pergeseran.
Memakai kasut yang terlalu kecil atau ketat juga boleh menyebabkan kaki melecet. Begitu juga memakai kasut yang sedikit longgar dan menyebabkan pergerakan terlalu banyak kaki dalam kasut.
Ads
CARA MENGELAK KAKI MELECET BERLAKU
PAKAI STOKIN G SESUAI
Ingat, jangan guna stoking sembarangan. Belilah stoking yang dihasilkan untuk larian sahaja. Stoking larian mempunyai bentuk yang cukup fit untuk kaki anda dan menggunakan material yang tidak menahan air. Sesetengah pelari aktif memakai dua lapisan stoking untuk perlindungan tambahan.
SAIZ KASUT IDEAL
Semasa berlari kaki anda akan jadi sedikit besar. Oleh itu kasut larian anda seharusnya pada setengah saiz atau satu saiz lebih besar dari kasut kasual anda. Pada bahagian ibu jari seharusnya ada ruang sedikit.
Ads
LEBIHAN KULIT
Jika anda mendapatkan rawatan atau khidmat pedicure, pastikan mereka tidak membuang kulit lebihan atau calluses di tapak kaki dengan menggunakan pisau cukur atau emery board. Kulit keras di bawah tapak kaki anda itu sebenarnya bertindak menjadi pelindung dari blister.
TAPE ATAU PADS
Sesetengah pelari aktif menggunakan moleskin atau tape di bahagian kritikal pada kaki untuk mengelak berlakunya blister. Namun anda perlu ingat jiak menggunakan tape elakkan kulit kaki dari berkedut akibat terlalu ketat.
GUNA LUBRICANT
Salah satu teknik mudah untuk elak kaki melecet ialah dengan menyapu lubricant atau Vaseline di bahagian kritikal. Ia akan membantu kaki anda bergerak lebih baik di dalam kasut dan mengurangkan berlakunya pergeseran.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai lelaki di luar sana alpa dengan fakta ‘mati pucuk’ yang kian berleluasa dikalangan orang muda. Perkara ini bukanlah sesuatu yang baru dalam dunia lelaki, jadi pengawalan terhadap isu ini harus diketengahkan. Mati pucuk atau nama saintifiknya erectile dysfunction (ED) biasanya terjadi pada lelaki yang sudah menjangkau pada usia 40 tahun ke atas atas sebab faktor umur. Mati pucuk merupakan ketakutan para lelaki kerana ia bukan saja boleh melemahkan metabolisme seseorang, tapi boleh menyebabkan lelaki tersebut mendapat banyak penyakit-penyakit aneh. Tak hairanlah jika yang kena ini terdiri dari golongan tua, tapi jika ia terjadi pada mereka yang muda? Mengapa? Dan bagaimana?
Lelaki gemar menggunakan pelbagai rawatan, atau pil-pil yang meransang hubungan seks bersama pasangan. Ubat-ubat dan jamu yang terjual di farmasi menjadi tarikan lelaki kerana ini akan membuatkan prestasi anda bersama pasangan pada waktu malam lebih hebat. Lelaki mungkin salah dalam faktor ini, kerana ubat-ubatan ini akan menyebabkan anda lesu dan lemah. Prestasi anda lama-kelamaan akan menurun dan anda akan kerap berasa letih dan lemah.
Jadi sebelum anda tergolong dalam kalangan mereka yang mati pucuk di usia muda, apa kata anda cuba beberapa langkah ini:
Makanan yang mengancam kesihatan jantung seperti burger, jajan boleh boleh menjejaskan keupayaan alat sulit anda. Dalam badan lelaki, salur darah yang paling halus ialah salur darah di zakar dengan garis pusat satu hingga dua milimeter saja, lebih kecil daripada salur darah ke jantung dengan ukuran garis pusat tiga hingga empat milimeter.
Sakit jantung terjadi akibat salur darah tersumbat, jadi kemungkinan salur darah pada zakar yang lebih halus untuk alami perkara ini adalah lebih tinggi. Aliran darah yang lancar penting untuk pucuk. Apabila aliran darah terjejas, maka seseorang akan mula mengalami masalah ini.
Kajian menunjukkan masalah ED jarang berlaku di kalangan lelaki yang mengamalkan diet Mediterranean (mengandungi banyak sayur, buah, ikan, bijirin penuh dan lemak yang baik untuk jantung). Jadi amalkan pemakanan yang sihat.
Jika anda kerap mengambil minuman ini, apa kata kalau anda kurangkan atau berheti terus! Memang tiada kajian bahawa alkohol boleh menjejaskan prestasi seks seseorang lelaki, malah ada sesetengah penyelidik berpendapat wain merah contohnya memberi manfaat kepada kesihatan jantung.
Bagaimanapun ramai pakar bersetuju tidak merugikan kepada seseorang jika tidak minum minuman beralkohol, bahkan ia disifatkan langkah yang lebih baik dalam penjagaan kesihatan. Pengambilan alkohol berlebihan dalam jangka masa panjang boleh merosakkan hati, saraf dan menyebabkan pelbagai isu kesihatan lain yang akhirnya membawa kepada masalah ED.
Tiada kajian yang menunjukkan senaman Kegel (menegang dan mengendurkan otot pelvis) dapat mengelakkan lelaki daripada ED. Bagaimanapun senaman ini sangat berguna kepada lelaki dan wanita yang mengalami masalah inkontinen (kebocoran kencing). jangan terlalu taksub dengan senaman ini, seolah-olah bila anda telah melakukan senaman ini, segala-galanya akan ok. Anda kena lebih berhati-kati dan pelbagaikan kaedah untuk mengelakkan dari penyakit seperti ini.
Testosteron ialah hormon yang diperlukan untuk mengekalkan sifat kelelakian seperti merangsang pertumbuhan bulu pada muka dan badan, penghasilan sperma, pembesaran kelenjar prostat dan ereksi; membentuk jisim dan kekuatan otot, mengekalkan keinginan seks; bersifat agresif selain menghasilkan sel darah merah dan mengekalkan ketumpatan tulang. Seorang lelaki akan tahu jika mengalami masalah testosteron menurun dimana dia sudah mula tidak mempunyai nafsu untuk berhubungan seks, dan prestasi mula menurun. Jadi, jika anda dah mula rasa tak ada nafsu dengan isteri anda tu, apa kata kalau anda terus berjumpa dengan pakar.
Sumber: Infomatipucuk
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
MASKULIN yakin ramai di antara anda yang sebelum PKP aktif berlari namun kini sukar memulakannya semula. Selepas selesa berkurung di rumah dan kini terbawa-bawa dengan gaya hidup sepanjang tempoh tersebut.
Akibatnya anda sendiri pun berasa seperti malas dan putus asa untuk berlari semula. Sebelum ini jarak 5 hingga 10 kilometer menjadi ‘mainan’ harian anda. Tapi kini ingin mula melangkah berlari pun berasa malas.
Ramai juga yang berat badan mula bertambah lalu menyebabkan keinginan berlari itu seakan terpadam begitu sahaja. Namun usah risau sebenarnya selain kesungguhan diri anda boleh melatih diri bagaimana untuk melakukan persediaan sebaiknya untuk berlari semula.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi bagaimana anda boleh menyiapkan diri melakukan larian pada jarak sederhana iaitu 10 kilometer. Pertama mental kena sedia dan seterusnya ikuti step yang kami kongsi di bawah!
1. BINA JARAK DENGAN PERLAHAN
Jika anda seorang pelari yang pada tahap beginner anda harus membina jarak larian dengan perlahan dan konsisten. Jika sudah biasa berlari pada jarak 5k, anda tambahlah jarak setiap hari dengan kadar 5 hingga 10 peratus. Jangan sesekali paksa diri untuk habiskan larian 10k kerana anda tidak mempunyai stamina pada tahap itu lagi.
2. RANCANG LARIAN
Dan jika bagi seorang pelari seasonal pula anda harus bijak merancang jarak dan corak larian. Sebagai contoh dalam sebulan sebelum menyertai mana-mana pertandingan jadualkan larian sekali dalam masa dua minggu untuk uji ketahanan stamina dan kemampuan diri.
3. VARIASIKAN SENAMAN
Berlari pada jarak 10k memerlukan kekuatan, ketahanan, kelajuan dan keazaman untuk menghabiskan larian. Oleh itu anda harus pelbagaikan corak senaman pada kesemua anggota badan. Senaman melibatkan kardio juga amat penting untuk anda membina stamina dengan sempurna.
4. SENTIASA PANASKAN BADAN
Melakukan larian 10k merupakan satu ujian ketahanan yang cukup mencabar diri. Oleh itu anda perlulah melakukan sesi memanaskan badan bagi memastikan tubuh bersedia untuk berdepan cabaran tersebut. Lakukan jogging lebih kurang satu kilometer dan lakukan latihan 5 x 100 meter dengan skips, high knees dan bum kicks.
5. BERLARI ATAS TREK
Larian pendek 200 hingga 600 meter mampu melatih kaki anda melakukan turnover dan juga membina kelajuabn. Sebagai contoh lakukan larian dengan 8 x 200 meter pada kemampuan 90 peratus dengan turut melakukan recovery jog setiap 200 meter. Lama-kelamaan anda akan terbiasa dengan pace seperti ini dan memudahkan melakukan larian 10k di masa akan datang.
6. TUKAR KELAJUAN
Pastinya anda ingin menghabiskan larian dengan catatan peribadi terbaik, bukan? Oleh itu anda harus belajar bagaimana untuk keluar dari zon selesa dan memaksimumkan kemampuan diri. Larian pada jarak yang jauh seperti 10k akan mengajar anda bagaimana untuk melatih badan dan minda sepajang larian. Cuba bina larian dengan membezakan tahap pecutan alam 10 peringkat berbeza.
7. LATIHAN KEKUATAN
Antara kelebihan luar biasa anda peroleh bila mampu berlari 10k ialah kemampuan untuk fit dalam apa jua jenis senaman seperti yoga, pilates dan juga latihan sirkit. Ambillah peluang ini untuk melakukan senaman yang boleh mengkuatkan teras badan.
8. SIMULASI LARIAN
Sebelum menyertai mana-mana pertandingan anda boleh lakukan latihan dengan melakukan simulasi larian. Dalam masa dua atau tiga minggu anda boleh cuba untuk berlari pada jarak 10k dengan tahap intensiti yang tidak terlalu tinggi. Selangkan dengan jogging recovery setiap 400 meter.
9. BINA KEKUATAN
Antara jenis senaman yang anda boleh lakukan untuk bina kekutan otot ialah squats jumps, lunge jumps atau senaman plyometrics yang lain. Lakukan sebanyak 5 reps setiap minggu. Namun jangan lakukan lebih dua kali dalam seminggu.
10. CATATAN PERIBADI TERBAIK
Bagaimana untuk meningkatkan catatan peribadi yang terbaik. Sebenarnya anda tak perlu fikirkan sangat tentang perkara ini kerana setiap larian adalah berbeza bergantung kepada kondisi cuaca, tahap kelembapan dan juga permukaan jalan. Namun rata-rata pelari akan mendapatkan catatan larian yang lebih baik untuk jarak 5 kilometer terakhir.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bukan mudah membahagikan masa antara belajar, bertanding dan latihan tetapi tidak bagi atlet gimrama negara, Shak Yuki dengan membuktikan segala pengorbanannya berbaloi apabila mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.
Gimnas remaja negara yang berusia 18 tahun itu diserapkan dalam Program Kita Juara adalah antara tiga pelajar cemerlang Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) dengan memperoleh 7A dan 2B pada 2016.
“Keputusan cemerlang ini adalah suntikan semangat terbaik untuk saya dan rakan sepasukan yang kini membuat persiapan menghadapi Sukan Sea Kuala Lumpur 2017,” jelas atlet kelahiran Kuala Lumpur itu yang memiliki hobi melancong ke negara Korea dan Jepun.
Gemar membantu ayahnya yang memiliki karier pengurusan acara, Shak Yuki yakin usaha keras yang dirancang pengurusan untuk meraih sekurang-kurangnya enam emas dalam temasya kali ini mampu membuahkan hasil.
“Kami banyak menyertai latihan dan juga kejohanan di peringkat dalam dan luar negara, begitu juga pembabitan beberapa tenaga pengajar khusus turut disediakan, bagi kami ia amat bermanfaat untuk menaikkan semangat serta memperbaiki corak persembahan.
“Tiada yang mustahil dan Kuala Lumpur 2017 akan menjadi medan terbaik menaikkan nama sukan gimrama,” ujar atlet yang gemar mendengar lagu klasik ini.
Sementara itu, rakannya, Amy Kwan yang kali pertama beraksi di pentas Sukan Sea melihat ini peluang terbaik buat dirinya untuk membuktikan sesuatu dilaman sendiri.
“Tekanan itu ada, beraksi kali pertama, namun saya perlu hadapinya dengan bijak untuk memastikan ia tidak menggangu persembahan, jurulatih banyak membantu bagi mengatasi masalah ini.
“Walaupun jurulatih tidak meletakkan acara mana yang perlu mendapatkan pingat emas namun bagi saya ia adalah cabaran buat diri sendiri untuk meraih pingat emas,” katanya yang gemar mendengar lagu beriramai santai yang boleh menghilangkan tekanan selepas berlatih.
Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Connaught, Cheras itu kini menyasarkan untuk mendapat keputusan yang lebih baik pada temasya dwitahunan itu selepas gagal beraksi di Sukan Sea Singapura 2015 akibat kecederaan lutut.
Amy, 22, pemenang pingat gangsa Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland berkata kecergasannya kini berada pada tahap terbaik dan sudah bersedia untuk menggalas cabaran negara pada temasya dwi-tahunan yang akan berlangsung pada 19 hingga 30 Ogos ini.
Beliau yang teruja serta bersemangat untuk penampilan pertamanya di laman sendiri berkata fokusnya kini hanya tertumpu kepada segala persiapan dan latihan bagi melakar kejayaan sekali gus membantu Malaysia merealisasikan misi untuk muncul juara keseluruhan.
“Dua tahun lalu, saya tidak bersama skuad kebangsaan gara-gara masalah kecederaan lutut yang dialami sebelum temasya di Singapura, pastinya agak kecewa kerana gagal bersama rakan-rakan untuk menyumbangkan pingat buat negara.
“Tetapi untuk aksi di Malaysia, saya sudah bersedia sepenuhnya untuk membuktikan kemampuan selain membalas kepercayaan jurulatih serta pengurusan. Sasaran pastinya pungutan pingat emas, apa pun saya akan cuba berikan persembahan terbaik,” jelas yang baru melanjutkan pengajian ijazah tahun lepas di Universiti Malaya (UM) dalam jurusan Ekonomi.