Bersenam Ketika Cuaca Panas Itu Boleh Membawa Maut? Betulke?

Menjalankan senaman ketika terik matahari kadangkala boleh merisikokan kesihatan anda.

 

Apabila suhu semakin meningkat, pelbagai risiko kesihatan seperti strok haba, keletihan haba dan kekejangan haba boleh mengganggu latihan dan kesihatan anda jika langkah-langkah berjaga-jaga tidak diambil semenjak dari awal.

Ikuti tip-tip berguna dari pakar-pakar penyakit sekiranya anda berhajat untuk menjalankan latihan senaman pada cuaca yang panas terik.

Bersenam Ketika Cuaca Panas Itu Boleh Membawa Maut? Betulke?

1. Peka Pada Gejala Penyakit Akibat Haba

Mengetahui gejala-gejala penyakit yang diakibatkan oleh haba adalah penting jika anda ingin meneruskan aktiviti senaman di bawah cuaca yang panas.

Sakit kepala dan pening kepala adalah salah satu dari gejala awal yang menandakan anda sedang mengalami keletihan akibat serangan haba.

Pengsan dan keliru adalah gejala akibat strok haba yang mana ia adalah lebih kritikal yang memerlukan perhatian dan perubatan dengan segera.

Bersenam Ketika Cuaca Panas Itu Boleh Membawa Maut? Betulke?

IKLAN

2. Membawa Teman Ketika Bersenam

Membawa teman sebagai rakan senaman boleh membantu memotivasikan diri dan menjadikan sebuah sesi senaman itu lebih menyeronokkan.

Namun kelebihan ini adalah untuk dimanfaatkan ketika anda bersenam pada cuaca yang panas sebagai langkah keselamatan. Sekurang-kurangnya rakan anda boleh menolong memberikan nasihat yang terbaik untuk anda berkenaan keadaan diri anda.

Bersenam Ketika Cuaca Panas Itu Boleh Membawa Maut? Betulke?

3. Minum Lebih Banyak Air

Memastikan diri anda kekal dihidrasi sepenuhnya adalah kunci kepada keselamatan untuk anda bersenam ketika musim panas.

IKLAN

Ia menolong untuk menyejukkan tubuh anda setelah banyak mengeluarkan peluh.

Jangan tunggu sehingga anda benar-benar kehausan untuk minum kerana ia menandakan bahawa anda sebenarnya sedang dehidrasi.

Bersenam Ketika Cuaca Panas Itu Boleh Membawa Maut? Betulke?

4. Bersenam Pada Waktu Yang Sesuai

Memilih waktu yang sesuai untuk bersenam juga boleh mengurangkan risiko anda untuk terkena sebarang gejala penyakit berkaitan haba.

IKLAN

Pilih waktu awal pagi atau lewat petang kerana matahari tidak terlalu ketara pada ketika itu.

Lakukan senaman anda dengan permulaan yang perlahan, seperti selepas anda pulang dari kerja pada lewat petang kerana suasana lebih nyaman pada ketika itu.

Bersenam Ketika Cuaca Panas Itu Boleh Membawa Maut? Betulke?
Tired young man resting after workout

5. Memilih Pakaian Yang Sesuai

Mengenakan pakaian yang sesuai dengan cuaca panas ketika ini sedikit sebanyak boleh membantu anda untuk mengurangkan risiko terkena strok haba.

Penuhkan almari pakaian senaman anda dengan pakaian yang memastikan anda sentiada sejuk dan kering.

 

sumber: lelakisihat.com

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI