Pandangan pertama akan menentukan kejayaan sesuatu hubungan kerana tanpa tip grooming, individu yang ingin didekati mungkin tidak berminat dengan anda. Sebenarnya, lelaki nak amalkan tip grooming tak susah, kena jaga beberapa perkara sahaja.
Tambahan pula anda harus percaya dengan ungkapan ‘dari mata jatuh ke hati’ kerana setiap wanita mahupun lelaki akan lebih tertarik pada rupa atau impresi pertama.
Apa yang menarik perhatian mereka mungkin berbeza dari satu wanita kepada wanita yang lain namun kesemua mereka sepakat mementingkan pemerincian gaya dalam setiap penampilan.
Sehubungan itu, Maskulin kongsikan 5 perkara yang boleh memberikan impresi baik atau buruk tentang diri anda pada si dia. Jadi berhati-hatilah pada pandangan pertama!
Si dia akan perasan terutama mengenai bulu-bulu yang tidak sepatutnya muncul pada wajah anda. Mereka lebih rela untuk berbual bersama lelaki yang mulutnya berbau dari mereka yang bulunya tumbuh di merata tempat. Anda harus memperbaiki penampilan anda dan uruskan bulu-bulu di hidung atau telinga anda agar tidak terlalu kelihatan.
2. Gigi
Gigi anda adalah salah satu daya menarik bagi seseorang wanita kerana mereka kerap berada pada paras tersebut dan duduk di meja bertentangan, maka itulah perkara yang mereka akan perasan selalu. Anda boleh bersihkan gigi anda dan melakukan flos gigi seminggu sekali jika mempunyai kesempatan kerana wanita menggemari lelaki yang bergigi putih
Ads
3. Bulu leher
Wanita dengan segera akan perasan apabila seseorang lelaki itu memiliki garis leher yang kemas dan licin. Bulu yang tumbuh di leher boleh mencacatkan penampilan anda. Singgah kedai gunting seketika untuk memperbaiki bulu yang tumbuh pada leher anda setelah menggunting rambut anda untuk memperkemaskan penampilan.
4. Kuku jari
Ads
Hubungan peribadi dan profesional semuanya bermula dengan berjabat tangan – oleh itu penggayaan kuku anda juga haruslah berada pada tahap yang setanding dengan profesionalisma anda. Tiada wanita yang ingin keluar bertemujanji dengan lelaki yang kukunya kelihatan seperti tinggal di hutan berbulan lamanya.
Wanita ini cepat perasan jika anda memakai bau-bauan yang berlebihan. Bukan sahaja berkenaan pewangi anda tapi juga berkenaan mandian badan yang anda kadangkala pakai selepas pulang dari gimnasium.Gunakan mandian badan tanpa bau yang kuat seperti mandian badan yang bebas dari wangian. Pasti terasa segar.!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
70 daripada 100 individu yang mengikuti kajian anjuran pakar psikologi sebuah universiti di luar negara mendakwa mereka lebih mempercayai lelaki yang memiliki raut muka tajam.
Berbanding lelaki yang memiliki bentuk muka bulat, responden mendakwa kelompok tersebut terlalu comel untuk melakukan kerja-kerja yang serius.
Muka tajam sesuai jadi pemimpin
Dalam erti kata lain, lelaki yang memiliki raut wajah tajam juga dikatakan lebih dipercayai jika berdiri sebagai pemimpin walaupun berbeza pandangan politik.
Sebaliknya, yang berwajah bulat sering menjadi mangsa ejekan umum kerana kredibilitnya sebagai seorang pemimpin tidak dipercayai ramai (berdasarkan kajian psikologi).
Merungkai psikologi aneh tersebut, Maskulin ingin berkongsi sebab kenapa orang lebih suka mendengar kata-kata daripada lelaki berwajah tajam :
1. Fokus
Apabila bercakap dengan lelaki berwajah tajam, pandangannya seperti lebih fokus kepada sesuatu arah. Berbanding mereka yang berwajah bulat, orang akan melihatnya sebagai melilau kerana raut wajah yang lebar.
2. Gerun
Cuba kalau lelaki berwajah tajam hanya diam dan memandang anda untuk seketika. Ada rasa sedikit gerun tak? Cuba kalau anda berdepan dengan lelaki berwajah bulat, rasa gerun atau dan terus nak tegur dan ajak bergurau?
3. Berkarisma
Jika sosok tubuh seorang lelaki berwajah tajam berdiri di sebuah pentas dan berbicara soal politik, anda akan dengar dengan tekun meski pun mengetahui pandangannya tidak selari dengan pemahaman anda. Berbanding pemimpin berwajah bulat, anda akan siap kata, “Ah.. sembang!”
4. Serius
Riak wajah serius lelaki berwajah tajam ini bukan calang-calang. Kita pun jadi takut nak tegur kalau tahu dia sedang cuba menyelesaikan sesuatu masalah yang besar. Berbanding lelaki berwajah bulat, jika dia stress pun, anda mudah untuk mendekati dan rasa selamat (takkan kena marah).
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Apabila meningkat dewasa masalah jerawat bukan lagi menjadi ‘musuh’ utama yang anda hadapi. Akan tetapi dengan kepelbagaian aktiviti yang anda lakukan dalam kehidupan seharian, wajah terdedah kepada bermacam kotoran.
Kemunculan masalah blackhead pula bakal menghantui anda! Jika ia tak dikawal masalah blackhead ini boleh menjejaskan penampilan kacak anda. Apabila liang wajah anda tersumbat dengan kotoran, sel mati serta minyak maka sakanlah blackhead dan whitehead muncul.
Jangan biarkan ia berlarutan walaupun ia tak menyakitkan namun blackhead boleh menyebabkan kulit wajah menjadi semakin kusam.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi 4 cara terbaik bagaimana anda boleh hapuskan blackhead pada wajah.
PENCUCI MENGANDUNGI ASID SALISILIK
Antara contoh produk yang mengandungi asid salisilik.
Rejimen penjagaan kulit wajah biasanya mempunyai tiga langkah; mencucui, exfoliating dan pelembapan. Namun anda boleh jadikan ia sebagai satu langkah sahaja dengan menggunakan pencuci wajah mengandungi asid salisilik. Ia berfungsi menghakis blackhead yang tersumbat pada liang.
Ini antara amalan yang boleh anda lakukan tapi susah untuk dilakukan setiap hari. Dengan menggunakan pelembap mengandungi SPF yang kaya dengan pelbagai nutrien anda boleh mengekalkan kesihatan kulit wajah. Malah ia boleh menghalang segala jenis kotoran untuk melekat.
SAPU TREINOIN SEBELUM TIDUR
Menurut pakar, retinoid dianggap sebagai salah satu langkah terbaik untuk mengecilkan liang roma, menghalang jerawat dan melambatkan proses penuaan wajah. Walau bagaimanapun silalah rujuk doktor atau pakar dematologi sebelum anda menggunakan mana-mana produk yang betul-betul sesuai dengan kulit wajah anda.
Cuba tengok orang Korea, tak kira lelaki atau perempuan mereka sentiasa mengamalkan penggunaan mask dalam kehidupan harian.
Sebab itulah ramai di antara mereka mempunyai kulit wajah yang licin dan polos. Menggunakan mask seminggu sekali boleh menghalang berlakunya kotoran tersumbat dalam liang wajah. Pakai selama 10 hingga 15 minit pun sudah mencukupi.
Selamat mencuba ya! Jangan lupa untuk subscribe channel Telegram MASKULIN untuk perkogsian paling terkini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Semakin berusia lelaki semakin penting penampilan rambut mereka. Malah ramai lelaki sebenarnya rambut menjadi semakin cantik dan bergaya selepas memasuki usia 30 dan 40 tahun.
Perhatikanlah sahaja pelakon-pelakon kacak Hollywood. Semakin meningkat usia semakin tampan penampilan wajah serta rambut mereka. Salah seorangnya ialah Richard Madden pelakon yang popular menerusi karakter Robb Stark menerusi ‘Game of Throne’ dan juga filem ‘Cinderella’.
Setiap kali dia melakukan kemunculan di karpet merah pasti berjaya mencuri perhatian ramai. Lihat sahaja penampilan rambutnya yang sering menjadi ikutan jejaka kacak seluruh dunia. Apatah lagi dia turut diberi anugerah Hugo Boss Most Stylish Man di GQ Men of the Year Awards.
Anda juga boleh menggayakan rambut sepertinya. Jika anda ke kedai gunting rambut minta tukang gunting rambut lakukan perkara berikut:
potong bahagian belakang dan tepi sekitar ketebalan 1 hingga 1.5 sentimeter. Ini bagia memberikan feel yang lebih lembut pada permukaan rambut.
pada bahagian fringe pula pastikan pada ukuran 3.5 hingga 4 sentimeter. Manakala di bahagian atas ubun-ubun kepada pada ketebalan 3 sentimeter.
elakkan menggunakan clipper semasa melakukan potongan kerana anda ingin mendapatkan look gaya bespoke. Namun jika rambut terlalu tebal anda boleh minta untuk lakukan trim sedikit demi sedikit hingga ke belakang.
Selepas seledai melakukan potongan, gayakan rambut anda dengan menggunakan hair clay bagi mewujudkan look rambut lebih tebal dan mempunyai volume yang tinggi.
Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.