Dandanan merupakan salah satu aset lelaki. Tak kira berambut panjang atau pendek, ia haruslah kelihatan kemas untuk menyempurnakan lagi penampilan diri.
Kebanyakan lelaki lebih gemarkan gaya rambut pendek kerana ia lebih mudah dijaga dan diurus. Namun, ramai yang tak sedar sebenarnya lelaki berambut panjang mempunyai satu tarikan yang luar biasa di mata wanita.
Lihat sahaja aktor, penyanyi serta rockers di seluruh dunia. Dengan gaya rambut panjang itulah mereka berjaya membuatkan ramai wanita histeria menyebut nama mereka.
MASKULIN ingin kongsi 15 jenis gaya rambut panjang yang boleh membuatkan hati wanita bergegar bagaikan deruman enjin kereta berkuasa tinggi!
Kepada anda yang berkira-kira ingin menyimpan rambut panjang mungkin 15 gaya di atas boleh dicuba. MASKULIN dengan yakin boleh katakan penampilan serta persona anda akan berubah 100%.
Ada satu perkara yang tak dapat kita ungkapkan terhadap jejaka berambut panjang. Ia satu misteri yang hanya orang berambut panjang sahaja yang faham dan rasa.
Selamat mencuba ya!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
MASKULIN yakin anda sebagai lelaki moden pasti menggunakan sekurang-kurangnya satu produk pencuci muka setiap hari.
Selepas seharian melakukan pelbagai tugasan, kerja mahu pun aktviti cergas semestinya anda mahu pastikan kondisi wajah sentiasa terjaga dengan baik.
Pencuci muka bukan sahaja mampu membuang kotoran asing yang melekat di kulit malah ia boleh membantu memberikan kesegaran serta keperluan vitamin untuk kulit wajah menjadi lebih terpelihara.
Di pasaran sekarang terdapat ratusan jenis pencuci muka. Ada yang mahal dan tidak kurang juga yang mampu milik. Setiap satunya datang dengan pelbagai jenis solusi cucian.
Bagi MASKULIN antara pencuci muka yang paling baik untuk lelaki gunakan ialah daripada kategori kawalan minyak.
Di sini kami ingin berkongsi beberapa jenis pencuci muka pilihan untuk anda semua.
Untuk cucian harian bagi mengawal minyak di wajah. NIVEA MEN ACNE 8H OIL CLEAR SCRUB juga datang dengan Salicylic Acid dan Carnitine untuk mengurangkan minyak di permukaan wajah.
Buat anda yang ingin mencari kesegaran selepas cucian, inilah jawapannya. NANO WHITE MEN OIL CONTROL CONTROL CLEANSER diperkaya dengan bahan Menthol dan Nanowhite untuk kesegaran selepas cucian.
Merupakan solusi pencuci muka untuk mengawal minyak di permukaan wajah. SHISEIDO UNO WHIP WASH MOIST mampu memberi cucian menyeluruh tanpa menyebabkan kulit berasa kering.
Diformulakan dengan menggunakan arang daripada batang pokok buluh. MEN’S BIORE OIL BUSTER mampu melakukan 10 kali serapan dan membuang minyak dari luar dan dalam liang kulit.
HIMALAYA MEN INTENSE OIL CLEAR LEMON FACE WASH merupakan pencuci wajah yang bebas sabun dengan menggunakan formulasi herba yang mampu menyingkirkan minyak di wajah. Ia diperkuatkan dengan Active Boost Technology yang meningkatkan penetrasi dan membantu cucian wajah.
Pencuci muka ini mempunyai dua agen penyejukan dengan ICE GEL + DOUBLE SCRUB. GATSBY COOLING FACE WASH ICE FREEZE mengandungi Menthol Crystal ia memberikan sensasi kesejukan ketika melakukan cucian.
Semoga perkongsian ini boleh memberikan idea buat anda yang ingin tampil segak dan kacak untuk penjagaan kulit wajah yang lebih menyeluruh dan baik.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bila timbulnya jerawat di muka pasti anda stres dan ingin mencari jalan bagaimana untuk mengecutkan jerawat tanpa meninggalkan kesan parut. Rasa nak kikis muka sebab kehadiran jerawat akan meninggalkan parut yang menghodohkan penampilan, selain boleh menghilangkan keyakinan diri.
Pasti anda telah mencuba pelbagai produk, namun ada ketikanya produk yang digunakan tidak memberikan hasil memuaskan. Jangan berputus asa kerana ada cara lain yang mungkin berkesan untuk anda cuba.
Menggunakan hanya dua bahan murah iaitu kunyit dan timun, Nauf Safuan berkongsi petua berkesan yang digunakannya untuk mengecutkan jerawat tanpa meninggalkan kesan parut. Jom baca perkongsiannya.
Ni percubaan pertama aku mengunakan kunyit dan timun. Aku share pengalaman aku yea.
Tujuan aku pakai mask ni. Sebenarnya nak kecutkan jerawat kat atas kening ni dan aku campur dengan timun untuk haluskan kulit aku dan kecilkan pori pori. Timun tu juga bertindak untuk mengawal minyak yang bertakung kat muka aku ni. Haha
Perbezaan selepas aku pakai mask kunyit timun ni. Muka nampak lebih fresh. Kulit rasa lembut. Jerawat atas kening dah mula tunjuk kesan nak mengecut.
Kulit aku jenis berminyak. Aku pakai pagi. Alhamdulillah sampai malam kulit aku mantain ja tak berminyak. Sampai malam kulit mantain lembut dan lembab. Mungkin sebab aku buh timun tu. Pori pun nampak lebih halus.
Posted by Nauf Safuan on Tuesday, 20 February 2018
Kunyit tu hampa buh 1 sudu kecik. Sudu kfc tu. Pakai jangan lama sangat. Nanti muka jadi kuning. Pakai dalam 5 minit dan terus cuci guna air bersih.
Selamat mencuba.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Di negara tropika seperti Malaysia, cuaca panas dan lembap sepanjang tahun bukan sahaja mencabar stamina harian, malah memberi kesan langsung terhadap kondisi kulit dan bau badan lelaki. Namun, tidak semua lelaki mempunyai masa atau bajet untuk melakukan rejim penjagaan diri yang kompleks.
Berita baiknya, anda tidak perlu berbelanja besar atau meluangkan masa berjam-jam di hadapan cermin untuk kelihatan kemas dan yakin. Cukup sekadar memahami asas penjagaan diri yang sesuai dengan cuaca tropika dan mengamalkannya secara konsisten.
Berikut adalah tujuh tip penjagaan kulit dan tubuh yang mudah, praktikal serta mesra poket, lengkap dengan cadangan produk dan anggaran harga untuk memudahkan anda bermula.
Salah satu cara penjagaan diri paling asas. Mencuci muka pada waktu pagi dan malam membantu menanggalkan peluh, minyak berlebihan serta kotoran yang menyumbat pori-pori. Ini asas wajib.
Cahaya UV di Malaysia tak main-main. Sunscreen mencegah sunburn, pigmentasi dan jeragat jangka panjang.
Cadangan produk:COSRX Aloe Soothing Sun Cream SPF50+ (50ml) – ±RM39.00 Sunplay Skin Aqua UV Moisture Gel SPF50+ (80g) – ±RM32.00
Eksfoliasi membuang sel kulit mati, bersihkan liang dan bantu kulit lebih licin dan bersinar.
Cadangan produk:St. Ives Gentle Smoothing Scrub (170g) – ±RM25.00 DIY: Gula + madu dari dapur sendiri – hampir percuma!
Serum sesuai untuk lelaki yang nak rawat jerawat, kulit kusam atau tona tidak sekata, hanya beberapa titik diperlukan.
Cadangan produk:The Ordinary Hyaluronic Acid 2% + B5 (30ml) – ±RM38.00 Melano CC Vitamin C Serum (20ml) – ±RM49.00
Deodorant yang tahan lama dan sabun mandi anti-bakteria akan bantu kekal segar sepanjang hari, terutamanya jika anda banyak outdoor.
Cadangan produk:Nivea Men Fresh Active Roll-On (50ml) – ±RM10.50 Gillette Clear Gel Arctic Ice (107ml) – ±RM18.00 Dettol Cool Antibacterial Body Wash (500ml refill) – ±RM15.00
Minum cukup air (sekurang-kurangnya 2 liter sehari) dan mandi dengan suhu sederhana untuk elakkan dehidrasi kulit dan iritasi. Ini percuma, tapi impak dia sangat besar untuk kulit sihat.
Secara keseluruhan, anda boleh mulakan rutin penjagaan diri lengkap dengan bajet sekitar RM150 ke RM200 sebulan sahaja dan kebanyakan produk tahan lebih 4 minggu.
Tidak kira sama ada anda seorang yang aktif, bekerja di pejabat atau selalu berpanas di luar, kunci utama adalah konsisten dan memilih produk sesuai dengan cuaca Malaysia.
Lelaki moden bukan sahaja perlu bergaya, tetapi juga berpenampilan kemas, bersih dan wangi. Itulah aset maskulin sebenar.
Mulakan hari ini untuk kulit lebih bersih, bau lebih menyenangkan, dan keyakinan yang lebih menyerlah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Miliki Mercedes-Benz menerusi Agility+ dengan bayaran bulanan bermula RM1,988, tempoh pembiayaan fleksibel serta pilihan GFV yang memudahkan perancangan pemilikan.