Potong kuku pada hari Jumaat sudah menjadi kelaziman buat kita. Bukan hanya menjaga kebersihan diri malah potong kuku hari Jumaat juga menjadi sunnah nabi kita.

Indahnya agama Islam ini kerana setiap perkara yang kita lakukan pasti ada panduannya, termasuklah cara memotong kuku. Walaupun mungkin kita anggap amalan memotong kuku ini remeh namun bila kita lakukan dengan cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW, maka pasti akan mendapat pahala sunnah.

Sunnah Paling Mudah Nak Buat Pada Hari Jumaat, Potong Kuku, Ini Turutannya!

Rasulullah SAW bersabda:
خَمْسٌ مِنَ الْفِطْرَةِ: الْخِتَانُ، وَالاِسْتِحْدَادُ، وَنَتْفُ الإِبْطِ، وَتَقْلِيمُ الأَظْفَارِ، وَقَصُّ الشَّارِبِ
Maksudnya: “5 perkara daripada fitrah ialah berkhitan, mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan menggunting misai.” (HR Bukhari & Muslim, hadis sahih)

Kebiasaan memotong kuku ini dilakukan pada hari Jumaat, berdasarkan pendapat para sahabat dan tabi’in, antaranya:

Abdullah bin Umar al-Khattab r.a biasanya memotong kuku dan merapikan misai pada hari Jumaat. (Sunan Al-Kubra oleh Imam al-Baihaqi, 3/244)
Seorang tabi’in, Muhammad bin Ibrahim al-Taimi berkata, “sesiapa yang memotong kuku dan memendekkan misainya pada hari Jumaat maka dia telah menyempurnakan hari Jumaatnya.” (Al-Musannaf oleh Abd al-Razzaq, 3/197)

SubhanAllah, bahkan para ulama fiqh daripada kalangan Syafi’iyyah dan Hanabilah, menyebut galakan memotong kuku pada setiap hari Jumaat. Imam an-Nawawi berkata: “Al-Syafi’e dan ashabnya dengan tegas menyebut anjuran memotong kuku ialah pada hari Jumaat.” (Al-Majmu’, 1/340)

IKLAN
Khamis waktu Maghrib dah boleh potong

Sebenarnya walaupun dituntut untuk potong kuku pada hari Jumaat, namun kita sudah boleh memotong kuku selepas masuk waktu maghrib pada hari Khamis. Maksudnya pada hari Khamis malam Jumaat.

Berikut adalah turutan memotong kuku mengikut pendapat para ulama dalam Islam.

1. Imam an-Nawawi: Tangan kanan, dimulakan dari jari telunjuk sampai jari kelingking, kemudian barulah potong kuku jari ibu. Bagi tangan kiri, bermula dari jari kelingking sampai jari ibu.

Sunnah Paling Mudah Nak Buat Pada Hari Jumaat, Potong Kuku, Ini Turutannya!

IKLAN

2. Imam al-Ghazali: Pada tangan kanan, dimulakan dari jari telunjuk sampai jari kelingking. Kemudian jari kelingking tangan kiri sampai jari ibu tangan kiri dan diakhiri dengan jari ibu tangan kanan.

Cara ini adalah bagi memotong kuku jari-jari tangan, manakala untuk memotong jari kaki pula dimulakan dengan jari kelingking kaki kanan dan diakhiri dengan jari kelingking kaki kiri.

Sunnah Paling Mudah Nak Buat Pada Hari Jumaat, Potong Kuku, Ini Turutannya!

IKLAN

Kesimpulannya, kuku disunatkan untuk dipotong pada hari Jumaat atau Khamis malam Jumaat dan turutannya boleh dibuat mengikut panduan yang dikongsi.

BACA LAGI : Tip Mudah Untuk Jaga Kuku. Lelaki Pun Kena Tahu Jaga Kuku Supaya Tidak Dipandang Jijik.

Artikel ini diambil dan diolah dari Kashoorga.

Sumber: Ustazah Asma’ Harun

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI