Lumrah bagi seorang lelaku, bila beli beg duit atau wallet yang baru memang dia gunakan dengan lama. Malah kebanyakan lelaki akan pakai wallet itu sampai lunyai.
Pasti anda pun boleh relate dengan tabiat seperti di atas, bukan?
Membeli wallet baharu merupakan satu hal cukup penting untuk lelaki. Ingat, wallet merupakan beg yang membawa pelbagai pengenalan diri yang penting. Bukan hanya wang ringgit malah pelbagai kad juga dibawa oleh wallet anda ke mana sahaja.
Di pasaran sekarang terdapat pelbagai jenis wallet yang ditawarkan. Jika bercakap daris egi material ramai yang mungkin lebih suka dan gemar menggunakan wallter diperbuat daripada kulit asli. Ia bukan sahaja lebih tahan lama malah rekaannya lebih cantik dan versatil.
Untuk rekaan lebih moden ada juga wallet yang diperbuat daripada material fabrik, bahan sintetik serta kulit tiruan. Ia tidaklah setahan lasak diperbuat daripada kulti asli namun mempunyai versatiliti daris segi penggunaan warna dan rekaan.
Bagi memilih wallet yang baik untuk anda, MASKULIN sertakan 5 tip boleh anda buat rujukan. Ikuti tip daripada kami di bawah:
REKAAN RINGKAS
Lebih ringkas lebih baik! Lelaki tidak perlu rekaan yang terlalu rumit bila bercakap tentang wallet. Pilihlah wallet dengan rekaan yang ringkas dan boleh dipadankan dengan penampilan anda sama ada untuk lebih smart atau kasual.
Dari segi warna pula pilihlah yang sesuai dengan sifat kelelakian anda seperti hitam, kelabu, coklat dan biru gelap. Buat anda lebih berani boleh juga berkepierimen dengan warna seperti merah, hijau dan beige.
JENAMA BERKUALITI
Bukan selalu anda membeli wallet, bukan? Jadi usahlah kedekut untuk belanja lebih sedikit untuk dapatkan wallet yang berkualiti dari jenama yang dipercayai.
Tak salah kalau beli yang mungkin lebih mahal sedikit kerana ia boleh bertahan lama. Berbanding beli yang murah tapi pakai tak sampai tiga bulan sudah koyak sana sini.
SAIZ SESUAI
Pemilihan wallet dengan saiz sesuai sangat penting. Bandingkan dengan saiz wallet anda gunakan sebelum ini. Dapatkan saiz yang lebih kurang sama kerana itulah saiz yang sudah biasa untuk anda.
Sebelum bertukar kepada wallet baru, buanglah mana-mana kad atau kandungan yang tidak perlu dalam wallet terdahulu. Dengan menyimpan apa yang perlu anda akan dapat tahu saiz sesuai untuk kegunaan wallet baharu.
PILIH YANG LEBIH SLIM
Pernah tak tengok mana-mana rakan anda yang ada wallet bukan main tebal dengan segala macam perkara disumbatnya. Bila diletakkan di poket belakang terus nampak terbonjol. Usah lakukan begitu.
Sebaiknya lelaki perlu pastikan wallet menjadi senipis yang mungkin. Pilih wallet yang ada ruang simpanan memadai dan tidak keterlaluan. Ia harus mudah dibawa dan juga disimpan!
BAHAN TAHAN LASAK
Seperti MASKULIN katakan tadi, wallet diperbuat daripada kulit asli memang lebih tahan lasak. Namun terdapat juga beberapa material lain yang mempunyai ketahanan yang baik. Penggunaan bahan sintetik masa kini juga tidak kurang hebatnya.
Periksa ketebalan material yang digunakan serta perhatiankan kualiti jahitannya.
Semoga tip ini mampu membantu anda m]endapatkan wallet terbaik untuk kegunaan berpanjangan dan lebih lama. Jangan lupa subscribe channel Telegram MASKULIN!
https://www.youtube.com/watch?v=SiV-4VrJLS4
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI